Isnin, 23 Jun 2014

el nino cetus musibat ??? part 5





Adakah fasa yang berlawanan dengan fasa El Niño (La Niña) ?
Pada masa-masa tertentu, walaupun tidak selalu, suhu permukaan laut di tengah dan timur Lautan Pasifik menjadi lebih rendah dari biasa. Fenomena ini di panggil La Niña suatu keadaan yang bertentangan dengan El Niño. Dalam keadaan ini, tekanan atmosfera permukaan di kawasan khatulistiwa Pasifik barat menurun, menyebabkan pembentukkan awan yang tinggi dan hujan lebat.

Semasa keadaan La Niña, tekanan permukaan atmosfera meningkat di Pasifik tengah dan timur manakala tekanan permukaan menurun di bahagian Pasifik barat. Keadaan La Niña turut dikenali sebagai fasa sejuk ENSO.


Bagaimana kita memantau El Niño dan reaksi atmosfera?
Parameter-parameter asas yang digunakan untuk memantau El Niño dan reaksi atmosfera termasuklah suhu permukaan laut di kawasan khatulistiwa Lautan Pasifik, suhu di bawah permukaan lautan sehingga ke kedalaman 150 m, keadaan awan serta corak hujan yang luar biasa.
Southern Oscillation Index (SOI)
Oleh kerana tekanan atmosfera dan suhu laut berkait rapat, suatu indeks atmosfera yang dipanggil Indeks Ayunan Selatan (Southern Oscillation Index, SOI) juga digunakan untuk mengukur reaksi atmosfera terhadap fenomena ini. Indeks ini dihitung dari perbezaan keadaan turun-naik tekanan udara bulanan di antara Tahiti (mewakili Pasifik timur) dan Darwin (mewakili Pasifik barat). Jika terdapat nilai SOI negatif yang ketara, berterusan selama sekurang-kurangannya enam bulan, kita mengalami keadaan El Niño. Lebih besar nilai negatif tersebut maka lebih tinggi keamatan El Niño. Sebaliknya, nilai SOI positif yang tinggi menunjukkan keadaan La Niña. El Niño/La Niña yang kuat biasanya diwakili oleh SOI yang bernilai 1.5 (negatif untuk El Niño dan positif untuk La Niña) atau lebih dan berpanjangan manakala keadaan yang sederhana diwakili oleh indeks berjulat di antara 0.8 dan 1.5. Keadaan El Niño yang lemah pula bernilai di antara 0.4 hingga 0.8.


ceanic Niño Index (ONI)
Definisi lain bagi El Niño dan La Niña yang digunakan oleh National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) ditakrifkan sebagai penyimpangan suhu permukaan lautan di rantau Niño 3.4 (5°U-5°S, 120°B-170°B), disebut sebagai Oceanic Niño Index. Dengan menggunakan indeks ini, El Niño dicirikan oleh ONI yang bernilai +0.5°C atau lebih sementara La Niña bernilai -0.5°C atau kurang. Syarat untuk mengkelaskan suatu episod El Niño/ La Niña ialah nilai ONI mestilah sama atau melebihi nilai ambang (+/-0.5°C) berterusan selama sekurang-kurangnya lima bulan.

BERSAMBUNG PART 6...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan