Sabtu, 25 Julai 2015

musibat di note rm10 !!!









assalamulaikum tak terlambat rasanya nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin jika ada penulisan gua menyebabkan para pembaca semua  terguris hati  kot ada salah infomasi ke tersalah tulis ke harap di maafi segala penulisan gua di blog ini 


walaupun ada kelapangan bukanlah gua sentiasa  berkesempatan nak menulis artikel di blog ini  sebab itulah blog ini semakin lemau dengan catatan, baru baru ini kita semua di kejutkan dengan kebakaran dua gerabak lrt putra aliran kelana jaya di dua station lrt yang berbeza 


gua  tak sangka teori yang dikatakan mengarut ini benar benar menjadi kenyataan satu lagi malapetaka melanda negara dengan kebakaran gerabak lrt ini mujurlah tiada kemalangan jiwa,perkara yang gua agak risau sebelum ini adalah berbeza dari apa yang berlaku 


gua  tak penah terfikir pun lrt boleh terbakar betulah ia selalunya terjadi apabila kita sedang leka,kita semua sedang leka berhari raya sebenarnya boleh baca artikel gua sebelum di SINI ini bermakna teori seorang invidu ini telah pun genaplah mercu tanda yang menerima musibat 








mungkin ada yang kata syirik dan khurafat untuk mempercayai perkara sebergini tetapi ingat lah mereka merancang allah juga merancang gua pun terus berdoa akan diselamatkan segala malapetaka ini ia membabitkan mercu tanda,apa jua yang membabitkan mercu tanda adalah satu tumpuan 



sekarang tinggalah satu teori sahaja yang itu mercu tanda yang ada pada note rm5 gua tak nak buat teori sendiri cuma gua nak bagi tahu yang dalam note rm5 ini mempunyai mercu tanda mega yang itu menara berkembar petronas,juga lapangan terbang antarabangs dan sri perdana 



terselit juga satu peta misteri yang gua sendiri tak dapat huraikan,apa yang gua nampaklah kesemua mercu tanda ini adalah nadi kepada negara bertuah ini jika sistem ini di landa melapetaka maka lumpuhlah sistem yang telah lama diguna pakai untuk pembangunan negara ini 


gua berharap sangatlah pihak pihak berwajib mempertingkat tahap keselamatan kepada kesemua tempat yang menjadi mercu tanda negara ini iia adalah aset negara yang sangat bernilai dan menjadi salah satu kepentingan awam harus di pelihara dengan sempurna



BERDOAKAN KEPADA ALLAH S.W.T SUPAYA DI JAUHI MALAPETAKA INI DAN DI JAUHI DENGAN SEGALA FITNAH DAJJAL 

Isnin, 15 Jun 2015

lrt putra bakal hilang ???



assalamulaikum semua para pembaca blog gua,hari ini tiba tiba gua terpanggil nak menulis mengenai teori konspirasi yang sebenarnya gua sendiri tak perasan dah lama sebenarnya gua tak menulis di blog ini kerana fokus kepada komitmen lain,betulah serangan selalunya dimasa kita tengah leka


mungkin pendedahan individu ini sedikit sebanyak menyedarkan kita semua  mungkin nampak mengarut kerana ia mempunyai maksud tersirat gua faham individu terbabit menyeru kita insaf dan beringat kerana kesemua mercu tanda yang jadi kebangaan di negara ini  di timpa malapetaka


apa yang kita kena ingat kebaikan itu semua datang dari allah s.w.t keburukan tu semua datang dari manusia sendiri apa yang gua nak cerita sekarang ni mengenai maksud  tersirat di sebalik wang kertas rm10 lama, gua teringat satu maksud tersirat yang ada dalam duit kertas $20dollar uncle som 




selepas misteri kehilangan musnah hancur tiga tujuh kosong dan orkim harmoni adakah selepas ini giliran lrt putra pula ??? itu menjadi persoalan gua ia sekadar langskap teori suratan atau kebetulan,mereka merancang allah juga merancang apa yang perlu kita buat adalah doa 


lrt putra mempunyai laluan yang sangat strategik mempunyai ribuan penumpang setiap hari melalui laluan bawah tanah dari ampang point ke masjid jamek mempunyai teknologi yang  canggih yang itu gerabak tanpa pemandu di hadapanya,penah jugak gua terfikir mengenai keselamatan 


semasa menaiki gerabak tanpa pemandu manual ini apa yang paling gua risau gerabak lrt ini akan berlanggar sesama  sendiri dari depan mahu pun belakang paling gua bimbang ia tergelincir  di dalam laluan terowong bawah tanah yang cukup dalam,seramkan ??? gua harap ia tak terjadi 






gua penah dengar satu cerita mengenai misteri satu gerabak lrt putra yang hilang di sebuah station yang agak lewat pembukaanya dari station station lrt yang lain sama ada benar atau tidak itu gua tak pasti apa yang gua tahu lah laluan di situ agak misteri reka bentuk laluanya 


ada juga mengaitkan ia dengan sebuah terowong rahsia yang terletak di kawasan berkenaan penah satu ketika peristiwa pelik berlaku di station berkenaan di mana ada seorang remaja cedera apabila sebuah mangkuk  tandas di station lrt berkenaan meletup sedang remaja berkenaan menggunakanya


remaja terbabit hanya cedera ringgan di syaki letupan itu angkara mercun,pelik jugak mercun apa pulak meletup tak payah bakar mungkin ia  di sabotaj oleh pihak tertentu ada juga berkata station ini berhantu walau bagaimana pun ia sekadar cerita rakyat kebenaranya masih samar samar 



KALAU KITA PERHATIKAN BETUL BETUL IA ADALAH KERETAPI...SEMOGA ALLAH S.W.T MELINDUNGI KITA SEMUA.....






Sabtu, 30 Mei 2015

etnik rohingya mangsa sendikit ???








berdasarkan kajian gua mengenai etnik rohingya...

1.etnik rohingya yang sebenarnya berasal dari bangladesh 

2.bangladesh dan myanmar tak jauh mempunyai persempadanan di antara dua buah negara 

3.hasil penjajahan inggeris di myanmar british membawa ramai etnik rohingya menetap di sebuah daerah bernama bagian arakan di myanmar ibarat etnik jawa indonesia berpindah ke tanah melayu jadilah jawa johor atau jawa selangor

4.selepas british tidak lagi menjajah myanmar dikatakan ada juga etnik burma yang tak puas hati dan membalas dendam kerana dahulu etnik rohingya ada yang menjadi askar untuk untuk british seperti mana askar pujabi yang di bawa ke tanah melayu

5.penghapusan etnik rohingya di myanmar memang benar benar belaku di negara itu

6.kemungkinan etnik rohingya bukan saja ada di bagian arakan malah di bangladesh sendiri

7.pada tahun tahun terdahulu bangladesh penah menghantar lebih 11k rakyatnya untuk bekerja di malaysia itu masuk cara sah yang masuk cara haram tak terkira lagi

8.kemungkinan konflik penghapusan etnik rohingya yang terjadi di bagian arakan diambik kesempatan oleh sendikit penyelupan manusia untuk menyeludup masuk pendatang terdiri dari etnik rohingya dari bangladesh untuk masuk ke malaysia

9.jadi orang tidak anggap pendatang haram dari bangladesh ini adalah pendatang tetapi di anggap sebagai pelarian dari bagian arakan myanmar

10.sendikit penyelupan manusia berjaya memanipulasi pendatang haram dari bangladesh ini kepada pelarian dari bagian arakan myanmar

11.beberapa buah kapal yang di temui di hanyutkan di selat melaka yang membawa ramai pendatang haram ini bukan sahaja terdiri dari etnik rohingya malah dari bangladesh sendiri

12.maka dengan atas nama kemanusiaan mereka dibawa ke darat langkawi untuk di beri pelindungan atas nama pelarian

13.maka dengan mudahlah mereka mendapat kad pelarian unhcr dengan menetap dan berkerja sebagai di malaysia

14.selepas itu dengan mudahnya mereka di ekplotasi oleh pihak pihak tertentu untuk menjadi pengemis menggunakan kanak kanak ,kutip sampah kitar semula,meniaga perbagai barangan di lampu isyarat dan bermacam macam jenis ekplotasi

15.ini bermakna ada pihak yang menyokong aktiviti perdagangan orang dan penyelupan manusia

16.jika mereka benar benar serius ingin membantu sesama islam yang itu etnik rohingya dan menganggap mereka adalah pelarian seharusnya asean atau ngo ngo kemanusiaan bersepakat memberi autonomi kepada bagian arakan di myanmar seperti mana pemintaan autonomi di selatan thailand untuk etnik patani

17.kalau gagal membantu etnik patani mendapat autonomi diselatan thailand jangan ceritalah nak bantu etnik rohingya untuk mendapat autonomi di bagian arakan

18.ingat kalau benar simpati dan ingin membantu bantulah mereka ini untuk mendapatkan autonomi bukan membantu si penyeludup manusia dan perdagangan orang

19.bab pelarian pulak di malaysia mempunyai ramai pelarian dahulunya ada pelarian vietnam,pelarian champa,pelarian patani yang ada antara mereka mempunyai dua kerakyatan

20.oleh kerana sikap dan berbeza budaya yang di bawa etnik rohingya menyebabkan mereka kurang disenangi oleh rakyat tempatan