Khamis, 18 September 2014

entiti di Kellie’s Castle ???





gua menjejakan kaki di istana keli atau lebih di kenali sebagai Kellie’s Castle untuk menghayati sejarah sebuah istana yang di anggarkan berusia seratus tahun gua tertarik sebenarnya dengan pembinaan dan reka bentuk istana ini yang penuh dengan sejarah lampau 

nak pendekan cerita antara ruangan yang ada dalam Kellie’s Castle satu ruang pertama yang gua masuk adalah wine room tempat menyimpan arak yang terletak di bawah tanah memang gua datang istana ni  nak usha  mana ruang yang dikatakan memiliki terowong rahsia tu 

sebelum  masuk wine room ada dua pintu sebenarnya satu lagi pintu kiri terkunci rapi dengan pintu besi jadi kat situ memang tak boleh masuk jadi gua tertarik dengan penanda arah yang dikatakan ada terowong tu di bilik wine room jadi gua pun turun ke bawah tanah keadaan bilik itu gelap 

gua pergi bukanlah malam gua pergi waktu siang tetapi situasi di ruangan bilik menyimpan arak ni agak gelap gelita jadi terpaksa lah gua pinjam henpon abang ipar gua sebab henpon dia ada lampu yang boleh suluh jadi gua teruskan operasi usha ruangan wine room 

untuk pengetahuan yang usha wine room masa tu gua sorang je walaupun masa tu ramai jugak pengunjung ada kat atas keadaan winie room ini agak gelap gelita terasa dingin meremang bulu roma gua tak hiraukan sebab misi gua nak cari pintu terowong bawah tanah 

tapi tak jumpa pun mungkin telah di tanam atau pintu masuk terowong tu sebelah dengan pintu wine room sebab gua nampak terkunci dengan pintu besi katanya terowong di tutup atas sebab keselamatan  cakap pasar terowong dikatakan si keli ni simpan harta kat bawah tu 

gua tak pastilah entiti yang gua dapat rakam ni adalah sebenarnya benarnya entiti sebab kemungkinan kesan dari dinding yang di tambah dengan cat putih dan ada tompokan berunsur lumut dalam gambar cerah tu videonya ada korang boleh nilai tetapi kena tunggu jejak bongkar 28 musim ke dua dulu 











gua tak berani jugak nak sahkan entiti yang gua dapat rakamkan di Kellie’s Castle ni cuma sebelum ni gua banyak kali dengar dan baca cerita  pasal misteri di Kellie’s Castle ni gua teringat pak cik parking tu kata buat sementara ni Kellie’s Castle tutup operasi waktu malam untuk sementara 


kalau korang nak tahu Kellie’s Castle sebelum ni bukak operasi untuk waktu malam tetapi kena tempah untuk pengembaraan paranormal  yang di beri nama paranormal night tour khas untuk peminat paranormal di malaysia kalau siang pun rasa seram kalau malam lagi power kot 


gua datang sini pun bukan niat nak cari entiti pun cuma nak tengok pintu terowong dan dasar pembinaan bangunan dan sejarahnya cuma setiap kali kata petunjuk yang gua jumpa tertulis mesti ada tertulis berkenaan dengan berhantu ada satu ruang tu di gelar serambi berhantu 


sama ada benar atau tidak gua tak pastilah cuma gua boleh bagi tahu istana ni memang lejen sebab bermacam macam versi cerita yang ada pada Kellie’s Castle gua percaya pada alam ghaib jadi takdelah pelik jika mendengar bermacam macam cerita mengenai Kellie’s Castle


bangunan yang ada sejarah lampau yang kita tak pasti kesahihnya berusia seratus tahun di tinggalkan bergitu entah berapa lama sehingga di naik taraf menjadi tempat pelancongan entah ke sampai nak beranak cucu bagi golongan itu yang menetap di  Kellie’s Castle


jikalau terowong tu di buka untuk pelancongan gua rasa lagi gempak buka separuh pun takpa sebagai bukti yang Kellie’s Castle memang betul ada terowong bawah tanah yang dikatakan boleh tembus sehingga sebuah kuil berdekatan atas dasar keselamatan terowong telah di tutup 



ORANG LUAR DATANG  BOLEH BINA ISTANA JOKI KITA ORANG TEMPATAN JANGAN KATA BINA ISTANA BINA TIANG RUMAH PUN BELUM TENTU MAMPU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan