Sabtu, 2 Januari 2010

harga gula naik di sorok




baru saja kita memasuki tahun baru 2010 tetapi masalah lama berulang kembali masih di takuk lama di dalam isu gula yang menjadi isu sejak tahun lepas lagi, selepas harga gula di naikkan rm 20 sen oleh kerajaan harga baru untuk pasaran seluruh malaysia pada tahun 2010 ini

harga gula yang naik yang boleh dikatakan membebankan kepada golongan peniaga dan golongan rakyat pendapatan rendah terus di belenggu kehilangan gula pada tahun baru 2010, dikatakan pemborong telah kesempatan menyorokan gula untuk mengaut keuntungan


jika perkara ini benar, kerajaan harus mengambil tindakan sewajarnya bagi pemborong gula yang menyorok bekalan untuk orang ramai,jangan pandai naik harga saja tetapi benda yang telah lama berlaku ini seolah olah di biarkan tanpa penyelesaian yang sepatut nya


sampai bila kita mahu mendengar keluhan orang ramai baru mengambil tindakan ??? setiap musim perayaan dan tahun baru mesti perkara yang sama akan berlaku kalau tidak gula pasti nya tepung pula akan di sorok. kerja siapa semua ini ??? jika harga barang naik semua orang akan mengeluh tetapi tetap juga akan membeli barangan terbabit. adakah tindakan drastik


menyorok mahukan harga gula di naikkan lebih tinggi atau pemborong mahu menyimpan bekalan untuk pasaran luar negara yang pasti mendapat keuntungan besar bagi mereka harap pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengambil tandakan tegas akan perkara seumpama ini tidak berlaku pada hari perayaan amnya


b99 akan menghantarkan pendapat dan perkara ini di email pengaduan kpdn e-aduan@kpdnkk.gov.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan