Jumaat, 15 Januari 2010

democrazy di malaysia 2 pelajar di tahan

PUTRAJAYA, 15 Jan: Rapat umum dan penyerahan memorandum Gabungan Mahasiswa Tuntut Demokrasi Adil dan Bersih (GEMA) di depan Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya petang ini dicemari dengan insiden penangkapan dua pelajar ,penulis blog dan wartawan Harakahdaily.

Mereka ditahan atas alasan tidak mengendahkan arahan polis supaya bersurai kira-kira jam 3 petang tadi.

Dua pelajar terbabit ialah Shazni Munir Mohd Ithnin dan Mohd Shahruddin Mohd Rosli yang merupakan aktivis Solidariti Mahasiswa Malaysia (SSM).

Mohd Shahruddin bagaimanapun dibebaskan sejurus selepas itu.

Sementara itu,wartawan Harakahdaily Zulfiqar Mashoor turut ditahan kerana disyaki sebagai 'pelajar yang menyamar sebagai wartawan'

Kira-kira 50 pelajar menyertai demonstrasi itu selepas solat Jumaat tengah hari tadi yang dikawal lebih 30 polis.

Terdahulu mereka menyerahkan memorandum tersebut kepada pegawai di KPT, Prof Raduan.

Memorandum berkenaan berhubung beberapa tuntutan mahasiswa iaitu menuntut demokrasi kampus telus dan adil, mengembalikan autonomi universiti dan kebebasan akademik serta memansuhkan sistem pengundian secara elektronik atau e-voting.

Memorandum itu mengandungi empat tunututan, iaitu:

1. Mengembalikan demokrasi di kampus.

2. Menjamin satu pilihan raya kampus yang adil dan bersih

3. Mengembalikan autonomi universiti dan kebebasan akademik.

4. Memansuhkan sistem e-undi dalam pilihan raya kampus.





sumber harakahdaily dan malaysia kini


penangkapan yang berlaku siang tadi membuktikan malaysia bukan negara demokrasi tetapi sebuah negara democrazy yang menyekat hak asasi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan