Sabtu, 9 Januari 2010
Baik Negeri Sembilan mahupun Selangor, kedua-dua pasukan itu mengintai peluang meraih trofi sulung dalam kempen Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
Malam ini, Negeri Sembilan dan Selangor akan berentap pada perlawanan Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan berkata, skuad Hobin Jang Hobin telah membuat persiapan sepenuhnya dan bersedia menentang Selangor pada aksi pembukaan kempen Liga Super 2010 itu.
REZAL (kiri) bersama dengan Amri pada sidang media di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi semalam.
"Walaupun kita juara Piala Malaysia musim lepas, ia sudah menjadi sejarah. Apa yang penting semangat ketika menjuarai piala itu diharap sekali lagi akan dapat diterjemahkan esok (malam ini).
"Pada saya untuk memegang piala tidak penting, apa yang penting ialah untuk mengutip tiga mata dan ia bukan satu tugas yang mudah untuk mengekalkan prestasi selaku juara Piala Malaysia.
"Saya tetap yakin dengan prestasi pemain walaupun berdepan dengan Selangor iaitu pasukan yang mempunyai pengalaman dan banyak menjuarai pertandingan," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Paroi semalam.
Ketika ditanya kelebihan bermain di tempat sendiri, Wan Jamak berkata: "Bagi kelab bola sepak di luar negara, bermain di tempat sendiri adalah suatu kelebihan tetapi di negara ini, ia adalah sebaliknya."
Jelasnya, faktor tempat belum sepenuhnya menjamin kemenangan tetapi beliau akan memasti- kan penyokong Negeri Sembilan akan menyaksikan satu perlawanan yang hebat dan tidak menghampakan mereka.
"Kesemua pemain kesebelasan utama akan diturunkan nanti dan pemain berpengalaman seperti Rezal Zambry dan Shukor Adan sekali lagi menjadi sandaran Negeri Sembilan.
"Saya cuma sedikit bimbang terhadap tiga pemain yang beraksi bersama skuad negara pada aksi kelayakan Piala Asia baru- baru ini.
"Kemungkinan mereka belum dapat keserasian dengan pemain baru. Apa pun mereka semua sempat menjalani latihan terakhir hari ini (semalam)," katanya.
Jurulatih Selangor, K.Devan pula berkata, beliau juga mengharapkan yang terbaik buat pasukan kendaliannya dan mempunyai impian untuk mempertahankan Piala Sultan Ahmad Shah.
"Yang pasti pada setiap musim baru kita mahukan perlawanan yang terbaik dan ia bergantung kepada pemain.
"Walaupun bermain di tempat lawan, saya yakin pemain dapat mengatasi psikologi masing-masing seperti mana musim lepas Selangor menjadi juara ketika menentang Kedah dan bermain di Kedah," katanya.
Devan berkata, beliau telah membuat persiapan sepenuhnya baik dari aspek fizikal mahupun mental dan tidak memandang rendah terhadap kekuatan pasukan Negeri Sembilan.
"Walaupun Negeri Sembilan tidak dilihat sebagai pasukan pilihan ketika menentang Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu tetapi mereka telah membuktikannya dengan bergelar juara," katanya.
Sementara itu, Rezal selaku kapten Negeri Sembilan berkata, dia mengharapkan rakan-rakannya mampu menambah koleksi kejuaraan.
"Perlawanan ini dijangka sengit dan saya yakin pemain-pemain Negeri Sembilan mampu melakukan yang terbaik.
"Kami tidak akan mensia-sia bermain di tempat sendiri dan menambah lagi koleksi kejayaan," katanya.
Kapten Selangor, Amri Yahyah pula berkata: "Piala ini diharap tidak akan ke mana dan selagi lagi akan menjadi milik Selangor. Kami telah sedia untuk perlawanan ini."
sumber:selangorfanatik.ning.com
di harapkan selangor mendapat langkah kanan di permulaan musim pada malam ini beraksi di stadium paroi negeri sembilan satu cabaran buat selangor di tempat lawan permulaan musim liga m 2010 dalam perlawanan piala subangsih 2010 pada malam ini. negeri sembilan juga bukan calang calang pasukan pada masa kini selepas menewas kan kelantan pada final piala malaysia 2009 yang lalu negeri sembilan di anggap pasukan hebat dan mengagumkan apabila berjaya mengecewakan 80.000 penyokong kelantan di stadium national bukit jalil pada tahun lalu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan