Isnin, 11 Januari 2010

bertindak dengan akal bukan nafsu




2010 membuka tirai dengan tindakan sempit dari puak ideologi sukular yang sanggup mengambil tindakan sendiri tanpa memikirkan kesan yang mendalam suasana masyarakat yang harmoni ketika ini. dunia makin maju tapi ada orang makin buat celaru, bukan konsep seumpama ini yang kita mahukan menjelang malaysia maju 2020.


seharus nya gunakan akal yang berharga yang di beri oleh allah s.w.t kepada kita jangan pula kita bertindak mengikut nafsu tanpa memikirkan matlamat sebenar sebelum kita bertindak jika tidak jalan yang kita tuju akan terjunam jatuh di atas jalan yang di cipta sendiri


perbuatan sempit yang yang meragu ini menjadi 1000 tanda tanya kepada semua permerhati apakah matlamat sebenar pihak berkenaan bertindak mengikut nafsu syaitan meluahkan nafsu amarah yang di beri kepada tempat yang tidak patut mereka curahi, yang menjadi mangsa adalah insan yang tidak berdosa, dan menjadi tempat menterjemahkan nafsu amarah mereka



rosaknya jiwa apabila mengikut nafsu syaitan mati nya hati mengikut corak langkah iblis buta nya hati mengikut keegoan jin kafir mati nya akal apabila ilmu yang ada di dusta di curah dengan manisan manisan beracun yang tidak tentu aliran haluannya

berjalan lah mengikut rentak kaki agar kamu tidak tumbang atau jatuh ketika dalam perjalanan di tengah jalan yang gersang, jika ikut hati tanpa mata sudah tentukan lah akan mati terperosok ke dalam gerbang yang gelap tanpa cahaya yang hakiki memang betul kita manusia bukan malaikat tetapi apa guna akal yang di beri mata hati yang di kasi kalau tidak di fungsi
fikir-fikir dan renung-renungkanlah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan