Rabu, 24 Disember 2014
musibah banjir besar yang telah di jangka
agak lama jugak gua tak update blog ni gua terpanggil nak update sebab peristiwa banjir besar yang terjadi di pantai timur sekarang ni korang lihatlah gambar dari udara tu gua ambik dari photo oh media banjir di pantai timur semakin teruk dan gua teringat satu artikel jangkaan gua
jadi gua tak pelik cuma gua heran je korang boleh baca artikel tu kat SINI dan SINIgua tak pelik sebab kerosakan ekosistem alam semulajadi semakin menjadi jadi ia memang sah mengundang bencana itu tidak termasuk sifat masyrakat yang pengotor yang membuang sampah merata rata
terutamanya di sungai,longkang sudahlah sistem peparitan tidak di selengara,selain penuh dengan sampah ia penuh juga dengan lalang dan juga infastruktur peparitan yang gagal berfungsi atau di naik taraf dengan baik oleh pihak kera-jaan di mana kawasan yang berisiko banjir
itu gua tak bukak lagi cerita pasal kerosakan ekorsistem seperti pembalakan haram,penerokaan tanah membabi buta seperti di cameron highland sehingga habis cerun bukit di tarah dengan kejam,banjir besar yang berlaku sekarang ni ada beberapa faktor dan sebab
ia sebenarnya peringatan dari allah s.w.t untuk kita semua tak terlibat banjir pun boleh ambil tauladan rasanya peringatan dari allah s.w.t dah ada sejak peristiwa banjir besar semasa zaman nabi nuh a.s antara faktornya adalah hujan,hujan tu biasa normal musim terngkujuh pun biasa dan normal
boleh gua kata semuanya normal tetapi oleh kerana tangan manusia yang berpuaka inilah punca segalanya macam gua cerita dari awal pelepasan asap industri kilang,buang sampah di longkang dan sungai,peparitan yang tidak di selengara tidak ada infastruktur
bertambah pula dengan fenomena perigee atau bulan menghampiri bumi mengikut rekod jaraknya dengan bumi 364790km ini pun fenomena biasa cuma fenomena ini akan menyebabkan air pasang laut meningkat dari biasa kat sini air laut pun penuh,sungai pun penuh sebab musim hujan,tengkujuh
jadi berlakulah limpahan air di daratan yang sangat dasyat bah ia mungkin lebih buruk dari sebelum ini dan resiko banjir ini bukan hanya di pantai timur malah di seluruh malaysia beberapa tempat bakal ditengelami air jika hujan lebat masih berterusan yang terkena bukan sahaja di malaysia
di thailand juga terkena tempiasnya jika ia berlaku di johor kemungkinan singapura juga berisiko terkena tempias bencana banjir besar ini apa yang aku pelik mengapa pihak kera-jaan hanya ada apabila banjir telah terlalu parah, sepatutnya perkara seperti ini dan bersedia lebih awal
TAKDE KEROSAKAN AKAN BERLAKU DI BUMI INI SELAIN IA DARI TANGAN MANUSIA JUGAK DI MASA KITA MENGEJAR KEMAJUAN KITA LUPA FENOMENA ALAM YANG NORMAL INI BAKAL MENJADI TIDAK NORMAL
DI MASA KINI JUGA KITA HARUS BERDOA,MENADAH TANGAN,MEMOHON KEAMPUNAN DARI ALLAH S.W.T DAN MEMINTA JAUHILAH DARI BENCANA ALAM DAN MUSIBAH BANJIR YANG BERLAKU SEKARANG INI
TAKZIAH DI UCAPKAN KEPADA MANGSA MANGSA BANJIR DI PANTAI TIMUR DAN SELURUH MALAYSIA JIKA TAHUN INI TIDAK DI JADIKAN SEBAGAI PENGAJARAN TAK TAU LAH GUA NAK CAKAP AGAKNYA NAK TUNGGU LAGI BESAR BARU FAHAM
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan