Khamis, 27 November 2014
misteri kuda terbang dan penampakan buraj ???
tertarik pulak gua nak bukak cerita pasal misteri kuda terbang yang dikatakan berlaku di jeddah selepas hujan video ni viral kat laman sosial tapi korang boleh tengok kat SINI objek yang menyerupai kuda itu kelihatan terbang di ruang udara
pertama kali gua tengok video ni gua terfikir kalau kuda ni terbang mana sayapnya ??? kalau ada sayap itu buraj namanya kalau buraj yang dikatakan haiwan tunggangan rasulullah s.a.w ianya dikatakan berkepak ada sayap tetapi dalam video ini takde sayap dan tiada pergerakan
pendek kata kuda yang terbang ni macam patung tiada pergerakan kaki pun boleh gua agak kemungkinan objek ini adalah belon yang berbentuk kuda zaman sekarang kan dah canggih belon bukan hanya berbentuk bulat malah ada perbagai bentuk
berdasarkan kajian gua mengenai kuda terbang ini objek terbabit menyerupai kuda chubby maksud gua kuda tu nampak berisi berdasarkan design bentuk kakinya gua ada jumpa satu belon kuda yang sama design dengan objek yang dikatakan kuda terbang tu
karang kalau gua samakan dengan kuda kepang tak nampak lojik pulakan jadi boleh gua kata takde yang pelik cuma orang tak penah nampak bende canggih terbang je macam layang layang led terbang malam bila orang nampak je sangka objek tu adalah objek ufo
nak cerita pasal buraj pulak masa gua pergi jalan jalan kat negeri perak hari tu gua ternampak buraj betul memang gua nampak buraj yang gua nampak adalah buraj oil satu jenama station minyak yang semakin meningkat naik di negeri perak katanya milik bumiputera
GUA RESPEK DENGAN TOKEY KEDAI NI SEBAB JENAMA BURAQ OIL NI MENYEBABKAN GUA TERINGAT MENGENAI PERISTIWA ISRAQ DAN MIKRAJ
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan