Jumaat, 27 Jun 2014

1 ramadhan jatuh pada hari sabtu 28.6.2014 ???









kalau ikut fasa bulan, anak bulan sudah pun kelihatan pada 28.6.2014 boleh tengok kat  SINI  jika ikut lojik astronomi patutnya hari sabtu atau esok dah puasa tapi kat malaysia masih lagi ikut kelender kuda kalau ikut kelender kuda ini bermakna kita puasa tahun ini hanya 29 hari ...pilih lah nak puasa 30 hari atau 29 hari 

dari pada dulu lagi bab puasa mesti lambat kalau bab raya nak cepat dan dari dulu lagi puasa ikut kelender kuda sedangkan sekarang ni zaman it dan teknologi  bila tak nampak pastu kata ikut rukyah dan hisap padahal tiap tiap tahun ikut kelender kuda kah kah kah 


patut malam ni dah  boleh tarawih dah tak pasal pasal kena tarawih esok, ikut lojik astronomi malaysia ni akan siang dulu dan akab puasa dulu macam mana pulak boleh puasa serentak dengan arab saudi ni ??? aku heran dan pelik bagi gua tak salah nak puasa 30 hari lebih sikit pahalanya 


APA APA PUN SELAMAT BERPUASA  AH LAN WASAHLAN YA RAMADHAN  NIAT PUASA JANGAN LUPA BACA PASTIKAN RAMADHAN KALI INI LEBIH BERMAKNA 

sarawak mintak fasakh dengan malaya



memang havoclah dekat media sosial yang sarawak mintak fasakh dengan malaya hahahaha dah lama kahwin bhai pasal baru sekarang nak mintak fasakh ??? kekadang aku kecewa dengan kenyataan beberapa rakyat sarawak yang menunding jari kepada semenanjung macam semua rakyat semenanjung ni salah 

padahal yang salah adalah permimpin dorang sendiri..lihatlah hasil negeri sarawak kekayaan di ratah oleh permimpin mereka sendiri siap ada dah jadi raja sekarang ni  tak cukup dengan minyak,balak dasar monopoli jugak berada di sarawak macam mana pelabur luar nak masuk sarawak ???

kalau semua kena dapat separuh pada permimpin sarawak,patutnya korang kena selesaikan masalah di negeri sarawak baru plan nak keluar dari malaysia,ingat keluar dari malaysia jalan penyelesaian untuk kemajuan sarawak ke ??? berapa banyak hasil bumi sarawak di kebas permimpin sarawak sendiri 

ini tuduh hasil sarawak di kebas dan di bawa ke semenanjung, jangan ingat semenanjung ni lekeh sangat jika tidak takdelah semenanjung atau malaya ini di gelar semenanjung emas oleh golongan barat pada sebahagian rakyat sarawak yang mintak sarawak keluar dari malaysia tu patut korang fikir balik 

tak payah nak double standart sangat korang masuk malaya senang je tapi rakyat semenanjung nak masuk negeri korang punyalah susah siap kena chek lagi padahal sarawak masih dalam malaysia tengok pilihanraya jelah...pilihanraya sarawak dan sama dengan semenanjung dan negeri lain tarikh kemerdekaan pun tak sama


merdeka ke ??? hahahahaha gua tak nafikanlah permimpin kat semenanjung ni pun sama korup sama je macam permimpin di  sarawak dengan mintak keluar dari malaysia yang memimpin sarawak orang sama ia sama jugak tak beri keuntungan pada rakyat sarawak....kepada rakyat sarawak hayati perjuangan sebenar 


HAYATILAH PERJUANGAN ROSLI DHOBI BARU CERITA NAK KELUAR MALAYSIA...BUKAN SENANG NAK KELUAR MALAYSIA BHAI...KENA PERSETUJUAN MAJLIS RAJA RAJA MELAYU SOKONGAN NEGERI NEGERI LAIN KORANG TENGOK SENDIRI WALES DAN SCOTLAND SAMPAI SEKARANG TERIKAT DENGAN GREAT BRITAIN INI KORANG NAK KELUAR DARI MALAYSIA HASIL IKATAN BRITAIN INI BERMAKNA JIKA SARAWAK KELUAR DARI MALAYSIA BUKAN SARAWAK SAJE MERDEKA MALAH MALAYA JUGA AKAN MERDEKA 


misteri bunian gunung jerai terbongkar !!!







havoc di media sosial yang mengatakan gambar yang di ambil oleh pekerja telekom malaysia semasa di gunung jerai telihat kelibat 3 lelaki berjubah putih bersolat di percayai bunian,tak nafikan orang bunian wujud tak kiralah di mana di gunung jerai ke gunung semanggol ke ??? tapi beragak lah weh 

yang dok ramai ramai bersama sheikh habib ni bunian ke ??? mana tau dia buat latihan yaha na na di gunung jerai ke sambil tu beriadah melihat alam semulajadi  ni yang ramai ramai dalam gambar siap ada smartphone takan bunian pakai smartphone kot ??? canggih siot bunian pakai smartphone

ini kes banyak sangat layan telemovie la ni asal jubah putih je bunian macam manusia tak boleh pakai jubah putih pulak tak di nafikan kawasan gunung jerai terkenal dengan cerita mistik dan misteri tapi apa pun hendaklah siasat dan pastikan cerita itu sahih,bunian memang ada tapi takan nampak jelas dengan kamera 

APA APA PUN BUNIAN ATAU MANUSIA SEBAGAI UMAT ISLAM SOLATLAH SEBELUM ANDA DI SOLATKAN DIMANA JUA BOLEH SOLAT DI BUMI ALLAH S.W.T 

Khamis, 26 Jun 2014

rahsia penjimatan minyak petrol terbongkar ???




sebenarnya info ni dari tahun 2012 minyak dalam botol ni adalah minyak ron95 yang di isi sama saja harganya tetapi setiap isi liter ternyata berbeza lihatlah perbandinganya sebelum ni gua isi full tank untuk motosikal rm6 di station petronas lepas gua dapat info ni gua cuba pulak isi full tank di shell hanya rm5

baik gua isi kat shell je lepas ni dan paling baik gua isi kat caltex,esso atau pun mobil mana yang dekat dengan rumah gua itulah jadi pilihan gua sebenarnya pasal minyak ni gua tak kisah sangat jenama apa station apa kotor ke bersih janji boleh jalan  tapi boleh pulak liter yang berbeza dengan harga yang sama

petronas dah lah gali minyak di  bumi  sendiri tapi tengok liter minyak yang dia jual antara paling sikit berbanding station minyak yang lain macam ni nak bantu rakyat ??? macam ni nak tolong melayu ??? kah kah kah  barulah gua faham mengapa ramai isi minyak kat bhp dan shell ada sebab rupanya 


LEPAS NI JANGAN KATA GUA TAK SOKONG PRODUK TEMPATAN!!!


el nino cetus musibat ??? part 8









seperti mana yang di jangka telah pun berlaku krisis bekalan air kembali menghantui terutamannya penduduk lembah klang bolek baca part7 gua rasa yang mengelaminya bukan  saja penduduk lembah klang mungkin seluruh malaysia mengelami nasib sama cuma publisiti lebih kepada lembah klang

selepas beberapa mengumuman di buat mengenai masalah bekalan air boleh tengok sini kerana kekeringan air di sungai , alhamdulilah hari ni hujan sikit  beberapa tempat di lembah klang tak pasti adakah ini hujan pembenihan awan  yang pasti ini semua dengan izin allah s.w.t di kala di uji dengan perkara sebergini

apa yang di khabarkan air tasik akan di gunakan jika paras sungai kekurangan paras, apa pun di waktu sebergini kita kena belajar jimat air kerana ramai yang leka dan melakukan pembaziran air dengan perbagai kegunaan krisis air juga akan mengakibatkan beberapa peniagaan terjejas

CAKAP PASAL KRISIS MASALAH BEKALAN AIR YANG SIKSA APABILA MEREKA YANG DOK FLAT BOTINGKEK TINGKEK...GUA PENAH RASA SEMUA ITU MEMANG SIKSA SAMPAI MASA KENA BUAT TELAGA...


BERSAMBUNG PART 9....

musim menembak orang kembali bermula !!!



selepas lama senyap, kes tembak menembak orang ni kembali bermula jelmaan negara koboi kembali mengegarkan negara bertuah ini, yang gua heran bila  kes tembak menembak ni  meningkat mesti masa nak  puasa dan raya apa penjenayah ni cari duit raya dengan tembak orang ke apa ??? untuk korang tau fail fail kes tembak korang boleh BACA SINI ingat lagi tahun lepas gua imaginasi baju raya dengan kalis peluru boleh tengok KAT SINI apa apa pun kita berdoalah supaya perkara seumpama ini tidak terjadi lagi harap penguatkuasaan undang undang harus di pertingkatkan dengan lebih mantap 

KEKADANG MENTALITI ORANG KITA BILA NAMPAK POLIS MERONDA MESTI DALAM HATI KATA ITU NAK CARI SAMAN LAH TU TAK PENAH NAK LEGA BILA ADA POLIS MERONDA ITU TANDA KESELAMATAN TERJAMIN 

penindasan keatas rakyat telah bermula part 2






boleh gua katakan kebanyakan barang barang di jual di pasar malam downtown atau uptown takde pattern, peniaga yang rata ratanya adalah golongan melayu yang meniaga perbagai jenis barang dengan harga yang berpatutan, apa yang gua risaukan tak lama lagi tiada lagi istilah barang murah di sini 

jika tiada istilah barang murah atau barang barang keperluan yang berpatutan gua risau tiada lagi istilah pasar malam downtown atau uptown ini kerana sekatan hebat yang bakal di jalankan kepada barangan yang tidak ada pattern selepas berkuasanya tppa di tanah melayu ini maka menyayilah lagu anak kecil main api 

gua memang suka pergi pasar malam sebab macam macam ada dan senang di miliki harga juga berpatutan gua menjangkakan perlaksaan tppa di tanah melayu ini bakal pupuskan pasar malam jika ada pasar malam downtown atau uptown sebagainya barangan yang di jual  disini semestinya mahal seperti shoping complex 

krisis ekonomi hutang berlambak bakal di alami rakyat malaysia dengan perlaksaan tppa ini sebelum ini tak laksana pun krisis ekonomi dan hutang berlambak telah pun berlaku cuma tahap peratusnya bakal meningkat malangnya ramai orang melayu masih layu dan leka dengan penindasan secara halus ini 


BERSAMBUNG PART 3 

musim culik bermula part 1 !!!




BACA SINI





BACA SINI




selepas isu culik di sabah dan di ulangi dengan penculikan yang sama kes culik ni semakin menjadi jadi risau pulak gua dia punya operasi culik budak budak lah sebab budak budak senang nak di culik korang jangan ingat budak je orang dewasa pun boleh kena culik kalau dulu kes culik melibatkan anak orang kaya sebab senang nak mintak wang tebusan selain dari itu kes culik sebab nak suruh jadi pengemis di thailand

yang baru ni pulak gua dengar kes culik ni membabitkan sedikit perjualan organ... yaaa organ boleh buat duit bhai memang jilake betulah siapa buat kerja macam ni memang musibat betul korang ni antara organ yang boleh di timbang kilo antara hati,kanta mata,buah pinggang cis dah macam lauk pulak gua tengok dia culik korang bagi dadah bius lepas tu dia rembat organ korang...barai bhai barai 

DULU ORANG CURI HONDA EX5 DAN SATRIA GTI SEBAB NAK BUAT SPAREPART CAKAP PASAL CULIK BUDAK PULAK SAMPAI SEKARANG LELAKI MISTERI ATAU GELARANYA LELAKI KUCING MASIH BEBAS....

BERSAMBUNG PART 2

Rabu, 25 Jun 2014

rombakan kabinet satu malaysia kena kencing !!!









rombakan kabinet ??? satu malaysia kena kencing !!! ini bukan rombakan kabinet ini menambah kabinet dapur rumah najib...apa lagi cina mau ??? cina mau jadi menteri rupanya kah kah kah depan rakyat terutamanya orang melayu buat sentimen perkauman anti cina tapi belakang rakyat terutamanya orang melayu baik gile dengan dengan cina terutamanya cina mca....cina mca paling syial punya penipu kata hari tu tak mau jawatan kabinet tertiba  ambik bahagian pulak dalam kabinet satu malaysia kena kencing !!!


KALAU ANGKAT PENIPU JADI PERMIMPIN BERTAMBAH MUSIBATLAH SESEBUAH NEGARA ITU TAPI APA BOLEH BUAT RAMAI YANG RELA DI TIPU HIDUP HIDUP 

penindasan keatas rakyat telah bermula part 1







ada yang kata web yang dia selalu bukak untuk download dah tak boleh bukak sebab  dah kena block kah kah kah padan muka korang semua padan muka rakyat ini semua terjadi apabila penjanjian tppa telah pun di tandatangani pada bulan lalu, dalam diam penindasan ke atas rakyat telah bermulakan operasi 

kepada yang masih tak sedar kesan tppa tu takpa korang bakal sedar pada masa tertentu untuk mengetahuan korang tppa ni pun akan menyebabkan peniaga melayu terutamanya yang meniaga kecil kecilan di pasar malam, uptown atau downtown terjejas apabila bekalan barangan yang takde pattern bakal di sekat dan di rampas takde lagi erti barang murah selepas ini 

rakyat lebih canang dengan isu hudud dan gst tapi kesan besar seperti tppa seperti di pandang sebelah mata pihak pakatan rakyat pun tak membuat kempen agresif seperti mana mereka bantah gst,isu gst adalah dalam negara tapi isu tppa adalah melibatkan negara luar yang menjajah menyeluruh secara halus....


BERSAMBUNG PART 2

ugutan paling klaka abad kini





gambar ni gua dapat kat  media sosial antara ugutan yang di terima oleh aktivis mahasiswa ini kira politik dalam kampus lah ni kah kah kah apa yang yang kejar sangat dalam kampus ni ??? masuk universiti sama sama kena bayar yuran jugak...yang lawak dia punya ugutam ambik seekor ayam yang dia beli kat kedai dia spray warna merah kah kah kah paling klaka dia tulis BERAMBUS tu jadi BEROMBUS

MACAM MANA ORANG BODOH BOLEH TERLEPAS  MASUK UNIVERSITI NI ???BAGI GUA ABAIKAN JELAH MANUSIA SPESIS BODOH NI

Selasa, 24 Jun 2014

el nino cetus musibat ??? part 7





seperti mana yang gua jangka sebelum  sudah pun menjadi kenyataan boleh baca di part 3 pedih mata ini dibuatnya apabila index jerebu telah pun mencapai tahap kuning yang itu tahap tidak sihat index jerebu kat atas tu terbaru boleh usha kat kat sini rupanya seluruh malaysia telah terkena tempias jerebu

gua dah kata dan harap, semuanya ada tulis  dalam part 3 tapi kapirtalis apa dia pedulikan ??? yang penting adalah untung nak salahkan indonesia tak boleh jugak sebab kepalanya ada yang dari malaysia  betulkan kerosakan di bumi ni adalah dari tangan manusia dah tau musim panas kering dia pergi bakar hutan

di masa sekarang ni gua jangkakan bekalan air pun akan mengelami masalah walaupun mb selangor kata takde masalah ini bukan salah mb selangor tapi di cuaca panas kering ini simpanan air akan susut mulai sekarang kena belajar berjimat air jangan membazir air gunakanya dengan cermat

apa punya jerebu ??? jerebu ni puncanya adalah dari kebakaran hutan atau kebakaran terbuka yang besar di lakukan di indonesia termasuk lah malaysia sendiri apabila sekarang ni musim angin barat daya ia akan menyebabkan sekitar malaysia,singapore berjerebu jika tidak diambil tindakan ia akan mencetuskan musibat


yang tak tau  lagi apa itu  fenomena el nino  sila ke part4 dan part5 dan ingin tahu apakah punca jerebu yang berpunca dari angin barat daya sila ke part6 dan kini pun sampai part 7 nak cerita panjang lebar jadi kita cerita kat sini sikit sikit ikut part boleh baca balik part 1 dan part 2

INI KALAU JEREBU TERUK SANGAT MACAM MANA NAK TENGOK ANAK BULAN RAMADHAN PUASA IKUT KELENDER KUDA LAGILAH GAMOKNYA 

BERMSAMBUNG PART 8

Isnin, 23 Jun 2014

misteri pesawat tentera kerap berlegar !!!






gua ingat gua sorang je perasan sejak dua menjak ni gua kerap nampak pesawat tentera berlegar di ruang udara tak cukup dengan kapal terbang jenis charlie ada jugak helikopter dipercayai milik tentera  ada satu malam tu gua terkejut dengan bunyi helikopter dan kapal terbang apakah misteri dan motif sebenarnya ???info yang bukan rasmi mengatakan tentera malaysia membuat latihan bersama tentera amerika 

BANYAK BANYAK NEGARA TENTERA AMERIKA JUGAK DIA BUAT LATIHAN BERSAMA...YANG BUNUH ORANG ISLAM DI AFGHANISTAN...IRAQ...TENTERA AMERIKA...MENGAKU ISLAM TETAPI BERLATIH BERSAMA MUSUH ISLAM

el nino cetus musibat ??? part 6




Apakah perubahan iklim semasa El Niño?
Di kawasan tropika, aktiviti-aktiviti ribut petir berpindah dari Pasifik barat ke kawasan Pasifik tengah dan timur, menghasilkan keadaan kering yang luar biasa di Malaysia, Indonesia, Filipina dan utara Australia semasa El Niño berlaku. Cuaca yang lebih panas dan kering juga berlaku di tenggara Afrika, India dan utara Brazil. Cuaca lebih lembap pula berlaku di sepanjang pantai barat kawasan tropika Amerika Selatan dan pantai teluk di Amerika Utara seperti ditunjuk di dalam rajah di bawah.


Apakah impak yang tipikal di Malaysia?
Dengan kehadiran El Niño yang sederhana atau kuat, taburan hujan di Sabah dan Sarawak akan berada jauh di bawah paras purata semasa monsun barat daya (Jun-Ogos) dan monsun timur laut (November-Februari), sebaliknya di Semenanjung Malaysia taburan hujan adalah di bawah paras purata hanya semasa monsun barat daya (Jun-Ogos).


Keadaan El Niño yang lemah dikenalpasti memberi impak yang minimum kepada taburan hujan di Malaysia. Tambahan pula, taburan hujan di bawah dan atas paras purata boleh juga berlaku dalam tahun-tahun yang bukan El Niño/La Niña.



BERSAMBUNG PART 7...


el nino cetus musibat ??? part 5





Adakah fasa yang berlawanan dengan fasa El Niño (La Niña) ?
Pada masa-masa tertentu, walaupun tidak selalu, suhu permukaan laut di tengah dan timur Lautan Pasifik menjadi lebih rendah dari biasa. Fenomena ini di panggil La Niña suatu keadaan yang bertentangan dengan El Niño. Dalam keadaan ini, tekanan atmosfera permukaan di kawasan khatulistiwa Pasifik barat menurun, menyebabkan pembentukkan awan yang tinggi dan hujan lebat.

Semasa keadaan La Niña, tekanan permukaan atmosfera meningkat di Pasifik tengah dan timur manakala tekanan permukaan menurun di bahagian Pasifik barat. Keadaan La Niña turut dikenali sebagai fasa sejuk ENSO.


Bagaimana kita memantau El Niño dan reaksi atmosfera?
Parameter-parameter asas yang digunakan untuk memantau El Niño dan reaksi atmosfera termasuklah suhu permukaan laut di kawasan khatulistiwa Lautan Pasifik, suhu di bawah permukaan lautan sehingga ke kedalaman 150 m, keadaan awan serta corak hujan yang luar biasa.
Southern Oscillation Index (SOI)
Oleh kerana tekanan atmosfera dan suhu laut berkait rapat, suatu indeks atmosfera yang dipanggil Indeks Ayunan Selatan (Southern Oscillation Index, SOI) juga digunakan untuk mengukur reaksi atmosfera terhadap fenomena ini. Indeks ini dihitung dari perbezaan keadaan turun-naik tekanan udara bulanan di antara Tahiti (mewakili Pasifik timur) dan Darwin (mewakili Pasifik barat). Jika terdapat nilai SOI negatif yang ketara, berterusan selama sekurang-kurangannya enam bulan, kita mengalami keadaan El Niño. Lebih besar nilai negatif tersebut maka lebih tinggi keamatan El Niño. Sebaliknya, nilai SOI positif yang tinggi menunjukkan keadaan La Niña. El Niño/La Niña yang kuat biasanya diwakili oleh SOI yang bernilai 1.5 (negatif untuk El Niño dan positif untuk La Niña) atau lebih dan berpanjangan manakala keadaan yang sederhana diwakili oleh indeks berjulat di antara 0.8 dan 1.5. Keadaan El Niño yang lemah pula bernilai di antara 0.4 hingga 0.8.


ceanic Niño Index (ONI)
Definisi lain bagi El Niño dan La Niña yang digunakan oleh National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) ditakrifkan sebagai penyimpangan suhu permukaan lautan di rantau Niño 3.4 (5°U-5°S, 120°B-170°B), disebut sebagai Oceanic Niño Index. Dengan menggunakan indeks ini, El Niño dicirikan oleh ONI yang bernilai +0.5°C atau lebih sementara La Niña bernilai -0.5°C atau kurang. Syarat untuk mengkelaskan suatu episod El Niño/ La Niña ialah nilai ONI mestilah sama atau melebihi nilai ambang (+/-0.5°C) berterusan selama sekurang-kurangnya lima bulan.

BERSAMBUNG PART 6...

el nino cetus musibat ??? part 4







dah sampai part 4 ni gua nak kongsi mana yang patut dulu gua kongsi apakah itu el nino ???

Apakah El Niño?
Setiap dua ke tujuh tahun, arus laut yang panas menggantikan arus laut yang kebiasaannya sejuk di luar pantai barat Peru, Amerika Selatan. Fenomena lautan yang ini disebut sebagai El Niño. Pemanasan lautan ini didapati berlaku di kawasan yang lebih luas meliputi Pasifik tengah dan timur serta mempunyai kaitan dengan peristiwa cuaca luar biasa yang ketara di tempat-tempat tertentu di dunia seperti banjir yang teruk dan kemarau yang berpanjangan. Di Asia Tenggara, Indonesia dan Australia, berlaku keadaan cuaca lebih kering dari normal sementara di Pasifik tengah dan timur berhampiran khatulistiwa kebiasaannya mengalami keadaan lembap.
Secara lazimnya, El Niño berlaku untuk tempoh 6 hingga 18 bulan. Biasanya ia terbentuk pada pertengahan tahun, berada di kemuncak pada akhir tahun dan menjadi lemah menjelang awal tahun berikutnya. El Niño yang mempunyai keamatan yang sama tidak semestinya menghasilkan corak iklim yang sama.

Bagaimana El Niño dikaitkan dengan keadaan atmosfera?
Semasa El Niño berlaku, suhu air laut yang lebih panas di tengah dan timur Lautan Pasifik membekalkan haba dan lembapan tambahan kepada atmosfera yang berada di atasnya. Ini mendorong pergerakan menaik yang kuat dan dengan demikian merendahkan tekanan permukaan di dalam kawasan berpergerakan menaik itu. Udara lembap yang naik itu terpeluwap lalu membentuk kawasan ribut petir yang luas dan hujan lebat di kawasan berkenaan. Di bahagian barat Pasifik termasuk Malaysia, tekanan atmosfera meningkat, menyebabkan cuaca menjadi lebih kering secara relatifnya.


Semasa El Niño terbentuk, tekanan permukaan atmosfera rendah terletak di permukaan lautan yang lebih panas ditandakan dengan warna merah di khatulistiwa tengah Pasifik. Semasa ketiadaan El Niño atau keadaan normal, tekanan permukaan atmosfera di Pasifik barat biasanya rendah manakala di tengah dan timur Pasifik adalah tinggi. Dalam keadaan ini, umumnya keadaan kawasan Pasifik barat adalah lembap manakala Pasifik tengah dan timur adalah kering.



Corak tekanan permukaan atmosfera yang berselang-seli di kawasan tropika Lautan Pasifik, yang mana keadaan lautan bertukar dari El Niño kepada keadaan normal dan sebaliknya dikenali sebagai Ayunan Selatan (SO). Gandingan hubungan di antara atmosfera dan lautan semasa kejadian El Niño ini dikenali sebagai El Niño-Ayunan Selatan (ENSO).

BERSAMBUNG PART 5.......

Ahad, 22 Jun 2014

jdt juara liga super ???









secara tak rasminya sebenarnya jdt dah jadi juara tapi tanpa piala kalau jdt nak piala jdt kena kalahkan sarawak dulu jika jdt kalah dengan sarawak ini bermakna yang menang jdt jugak yang itu juara dalam tangisan buat selangor kalau dah rezeki untuk juara campak dalam laut pun anda tetap akan juara keputusan rasminya pada rabu ini selangor vs pkns selangor sarawak vs jdt 

ribuan remaja berebut nak jadi artis !!!





KLIK SINI UNTUK BACA 


gua ingat ramai merebut nak jawatan dalam parti sampai kerusi terbang kah kah kah gua pun  tau apa nak jadi gan negara malaysia ni banyak lagi cara jadi artis ini ribuan remaja  nak jadi artis sampai merebut borang kalau pencetus umah tu takde pulak ribuan remaja sampai merebut borang teringat pulak masa gua pergi pusat karaoke sampai beratur nak tunggu turn nak kata ramainya remaja pergi pusat karaoke tak salah nak karaoke tapi jangan abaikan perkara yang patut kita lakukan  apa apa pun kita layan lagi spider dulu sebab sekarang ni ramai yang mabuk...mabuk nama....mabuk kuasa...mabuk nak bini laki orang 








el nino cetus musibat ??? part 3



agak lama jugak tak hujan mungkin sebab kerana fenomena el nino yang di jangka akan melanda selama 6 bulan tak lama jugak nak puasa kalau panas terik macam ni memang menguji keimanan salah satu musibat yang muncul apabila cuaca panas kering ni adalah jerebu apabila cuaca panas kering ada pulak pihak buat pembakaran terbuka yang akan menyebabkan jerebu melanda sekarang pun tanda tanda dah nampak

punca jerebu ni adalah dari pembakaran terbuka terutamanya pembakaran hutan nak buat tanaman pertanian tak salah nak buat pertanian tapi cara tu salah inilah masalah si kapitalis yang nak untung tapi bajet nak buat tanaman semula cara jimat adalah membuat pembakaran terbuka dimasa cuaca panas kering,disebabkan pembakaran hutan secara terbuka maka datanglah bala jerebu 

gua jangka jerebu akan lebih parah dalam masa terdekat ni jikalau pembakaran terbuka tanpa kawalan lebih parah tiada langsung hujan akan turun lagi menjadi cabaran apabila waktu tu masa umat islam berpuasa korang bayangkanlah bila cuaca panas dan kering jerebu pulak kita perlu minum banyak air kalau masa tu puasa tak ke mengangu ibadah kita gua harap sangat HENTIKAN PEMBAKARAN TERBUKA !!!


BERSAMBUNG PART 4.....

gempar imigresen jumpa zombi ???










gempar serbuan penguatkuasa imigresen di sebuah flat di nilai yang pada mulanya di sangka mayat adalah seorang remaja oku yang di percayai  kurungkan di sebuah bilik kalau ia pun  pergi kerja sampai hati abaikan anak sampai jadi zombi dengan kurus kering baju mereput tempat tinggal macam tempat binatang 


ramai orang kata mak dia kejam chea anak dia pun suruh bibik yang jaga remaja oku ni takde bibik jaga dia...ikut situasi gualah  ingat life mak dia mesti keje dari pagi sampai malam...dulu gua penah kenal pekerja indonesia ni yang kerja dia 12 jam masuk 7 pagi balik 7 malam itu pun kekadang terpaksa ot 


balik dah malam terus tidur...ikut situasi macam ni memang anak terabai apatah lagi anak oku...takde orang nak tolong jaga ...orang dah terdesak nak hidup...terpaksalah buat macam ni bertambah pulak berada di bumi asing...ini yang kantoi...yang tak kantoi kita tak tau beb ???

NAK HARAP MASYARAKAT SEKARANG NI SEMUA JAGA HAL MASING MASING TERTAMBAH KAT FLAT JIRAN SEBELAH PUN BELUM TENTU KENAL 


Jumaat, 20 Jun 2014

lagi kes coklat babi ???wajib baca







KLIK UNTUK BACA



gua tak pasti jenama coklat yang dikatakan ada ulat ni tapi dulu gua sendiri pun ada kes terjumpa ulat dalam coklat cadbury tahun tahun yang lepas gambar pun ambik guna kamera 3gp  kalau ikut gua nak saman je cadbury ni tapi gua takde bukti resit..sebab resit dah buang gua nasihatkan kalau korang beli barang keperluan resit jangan buang kalau boleh photostart sebab warna kat resit pun bukan boleh percaya cepat sangat hilang dakwatnya ,tak tau lah sama ada ini taktik pasaraya sebenarnya bukan pasaraya gua nak cerita gua nak bagi tau pasal ulat yang gua tau lah kuman dalam babilah paling susah nak mati jangan ingat islam larang makan babi suka suka tau kalau babi memberi faedah terbaik dah lama islam halal kan babi tapi ada jugak lahanot yang halalkan babi korang tengok video kat bawah kajian tentang daging babi kesukaan ramai