Sabtu, 1 Mei 2010

pemuda pas lapor polis ugutan bunuh nik aziz di facebook



Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi dan juga kepimpinan Dewan Pemuda Pas Pusat sebaik sahaja membuat laporan berkaitan ugutan bunuh TG Nik Aziz oleh Mohd Safuan Hilmi.


Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan menggesa pihak polis menyiasat ugutan bunuh terhadap Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat oleh seorang pemilik akaun Facebook, Mohd Safuan Hilmi


Nasrudin turut menyatakan bahawa Facebook Safuan Hilmi telah di tutup selepas perkara itu menjadi perbincangan orang ramai di laman web sosial tersebut.

"Perkara ini jelas bertentangan dengan norma masyarakat dan adat ketimuran orang Melayu.

"Saya juga menyeru kepada semua pihak supaya mengamalkan politik sihat dan mengelakkan budaya ugut dan kekerasan antara sesama kita," tambahnya yang membuat laporan di Balai Polis Chot Kit, di sini tengah hari tadi.

Turut hadir bersama ialah timbalannya, Azman Shapawi Abdul Rani dan Kamaruzaman Mohamad.

Sementara itu, Nasrudin dipanggil untuk memberi keterangan berhubung perkara itu di Balai Polis Dang Wangi pada jam 3.00 petang ini.







safuan hilmi (gambar) telah mengancam untuk membunuh ni aziz






berikut adalah kenyataan ugutan beliat kepada nik aziz








facebook beliau yang telah di di padam setelah menerima bantahan dari penguna facebook yang lain



apa yang di lakukan oleh mohd safuan hilmi adalah pengaruh xtremis politik yang sempit yang di bawa oleh umno kepada penyokong nya,tanpa dapat memikir dengan waras beliau sanggup mengeluarkan kenyataan ugutan kepada tuan guru nik aziz

bertapa rosaknya minda beliau menjadi penyokong umno yang xtreme apabila mengeluarkan kata kata ugutan bunuh kepada tuan guru nik aziz, kenyataan kurang ajar dan biadap itu harus di ambil tindakan kerana ia satu ugutan bunuh yang terbukti


di harapkan pihak pdrm memandang serius dan mengambil tindakan tertib kepada beliau yang cuma membuat provokasi biadap di laman web facebook, ramai juga yang membantah tindakan biadap beliau dan mengarah tarik balik kenyataan dan mintak maaf


makin canggih teknologi makin menjadi jadi kenyataan biadap di laman web facebook, bukan sahaja kenyataan bunuh malah kenyataan menghina islam juga luas di perkatakan, inilah bukti runtuhnya nilai aklak muda mudi di bawah pemerintahan umno bn

Tiada ulasan:

Catat Ulasan