Khamis, 29 April 2010

keadilan untuk aminul rashid





surat aduan polis oleh kawan aminul rashid




berikut dari kejadian seorang remaja aminul rashid,15 tahun di tembak mati di kepala oleh polis di Sek 11 shah alam pada pagi 26.4.2010,beliau di syaki oleh pihak polis sebagai penjenayah yang di kehendaki terlibat dalam kes rompakan bersenjata, sedangkan mangsa tidak langsung terlibat dalam kes jenayah berkenaan seperti mana yang di bagitahu media harus perdana


tindakan polis membabi buta menyerang hendap mangsa dengan peluru hidup sehingga menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian amat dikesali,tindakan ini umpama marahkan nyamuk kelambu di bakar, umpama harapkan pagar pagar makan mati, walaupun mangsa bersalah memandu tanpa lesen tindakan serangan hendap tanpa unsul periksa amat kejam dan tidak adil


jesteru dalam tragedi ini keadilan untuk aminul rashid harus di titik berat kan oleh pdrm supaya tidak ada tindakan double standart di antara anggota mereka, seharus nya dalam kejadian ini tiada fail yang akan di tutup



menurut laporan saksi di dalam tragedi ini



Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.

Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.

Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi. Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.

Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami. AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam. Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.

Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah. Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.

Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai. Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah. Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala.


berikut kenyataan kakak allayarham di dalam lama web facebook



aisyah Amzah : assalamualaikum
first of all,saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak yang terlibat dengan pembukaan page ni.terima kasih banyak banyak kerana anda semua prihatin dan sudi memb...eri moral support utk family kami terutamanya untuk adik saya, Allahyarham Aminulrasyid b Amzah.Insya-allah,doakanlah yang terbaik untuk Allahyarham,semoga rohnya dicucuri rahmat-Nya.Cuma di sini saya ingin tegaskan,selagi siasatan kes ini belum selesai,TOLONG JANGAN SEBARKAN SPEKULASI DAN TOHMAHAN MAHUPUN MENOKOK TAMBAH CERITA KES INI.JANGAN BERCAKAP IKUT SEDAP MULUT DAN TANPA USUL PERIKSA.KEPADA SESIAPA YANG PERNAH MENGELUARKAN KENYATAAN BERBAUR NEGATIF TENTANG ALLAHYARHAM,INGATLAH,ALLAH ITU MAHA KAYA DAN MAHA ADIL.ANDA SEBENARNYA TIDAK LAYAK UNTUK BERCAKAP SEPATAH PUN MENGENAI ADIK SAYA!!SIAPA ANDA???KALAU TAK KENAL SESEORANG,MAKA ANDA TIDAK LAYAK UNTUK MENGHAKIMI SESEORANG ITU!.CERMIN DIRI SENDIRI DULU SEBELUM MENGATA KEBURUKAN ORANG LAIN. ANDA TIDAK BERADA DI TEMPAT KAMI DAN ANDA TIDAK MUNGKIN AKAN FAHAM SITUASI SEBENAR.ADIK SAYA JUGA SEORANG MANUSIA BIASA,SEORANG BUDAK LELAKI YANG BARU MENINGKAT REMAJA,MASIH BARU BELAJAR ERTI KEHIDUPAN.APATAH LAGI KAMI BARU KEHILANGAN AYAH YANG BELUM PUN SAMPAI 10 TAHUN PEMERGIANNYA.KESIMPULANNYA DI SINI,HENTIKAN CAKAP CAKAP BURUK DAN BERBAUR NEGATIF TENTANG ALLAHYARHAM ADIK SAYA DAN SAYA DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON SOKONGAN DAN KERJASAMA ANDA SEMUA AGAR TIDAK MENGERUHKAN KEADAAN.BIAR SEKALIPUN ANDAI KATA TIADA KEADILAN UNTUK ADIK KAMI DI DUNIA INI,INSYA-ALLAH,DI AKHIRAT KELAK PASTI ADA KEADILAN.YANG BENAR TETAP BENAR,YANG SALAH TETAP SALAH.
AKHIR KATA,FIKIR FIKIRLAH.KALAU MUSIBAH INI BERLAKU PADA KELUARGA ANDA,APA YANG ANDA RASA?MUNGKIN HARI INI HARI KAMI,ESOK LUSA TERKENA BATANG HIDUNG ANDA,SIAPA TAHU?DEMI PERASAAN IBU SAYA,HAJAH NORSIAH MOHAMAD.....TOLONG..TOLONG..TOLONG.JANGAN LUKAKAN HATI IBU YANG BARU KEHILANGAN ANAKNYA.
SEKIAN.TERIMA KASIH.ASSALAMUALAIKUM.

b99 mengharapkan keadilan untuk allahyarham aminul rashid terlaksana , akibat tindakan tanpa unsul periksa ini menjadi punya seorang ibu kehilangan anak, kes tembakan membabi buta ini bukan kali pertama malah seorang ibu tunggal turut menjadi mangsa, takziah untuk keluarga allahyarham, al fatihah untuk allahyarham aminul rashid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan