Sabtu, 9 Januari 2010

isu kalimah allah !!! lebih baik bawa berbincang



isu membantah pergunaan kalimah allah oleh herald the weekly catholic, makin panas sejak hari hari ini, selepas demo bantahan yang di buat oleh beberapa ngo-ngo. satu lagi kejadian lebih dasyat apabila 3 gereja di lembah klang di serang oleh pihak tertentu yang ingin membuat prokasi hangat di negara kita malaysia dengan niat mengangu gugat keamanan negara



antara tiga gereja di lembah klang yang di serang, gereja metro tabernacle di desa melawati, gereja assumpation di jalan templer petaling jaya dan gereja life chapel di damansara. tiga gereja ini di percayai di serang dengan menggunakan bom petrol,serangan ini menunjukan ada pihak yang cuba membesarkan keadaan untuk menutup 1 lagi kes yang mendapat liputan media


sepatut nya kejadian seumpama ini tidak terjadi di negara kita, jika ada pihak yang emosional tentang keputusan mahkamah yang mengizin kan penggunaan kalimah allah lebih baik perkara ini di bawa bincang dan duduk semeja untuk menyelesaikan masalah yang di besarkan ini, bukan nya berlagak hero konon nya memperjuangkan islam, nabi muhammad pun tak ajar kita serang gereja caranak selesaikan masalah ini yang semakin hari menjadi panas.



seharus nya kerajaan harus mengambil tindakan segera dan selesaikan isu ini secepat yang mungkin agar tiada lagi kejadian seumpama ini tejadi di negara kita, jika persetujuan mahkamah itu di teruskan kerajaan harus berbincang menghad kan perggunaan kalimah allah hanya di akbar herald the weekly catholic bukan nya di risalah yang lain supaya umat islam di malaysia tidak terpesong akidah, atau lebih baik berbincang membatalkan saja niat herald the weekly catholic untuk menggunakan nama allah agar perkara ini dapat di selesaikan secepat yang mungkin, perkara seumpama ini sepatut nya jangan di besarkan,lebih baik di bawa berbincang dari membuat demo bantahan yang lebih menyemarakkan lagi isu agama yang sensitif



Baik Negeri Sembilan mahupun Selangor, kedua-dua pasukan itu mengintai peluang meraih trofi sulung dalam kempen Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Malam ini, Negeri Sembilan dan Selangor akan berentap pada perlawanan Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan berkata, skuad Hobin Jang Hobin telah membuat persiapan sepenuhnya dan bersedia menentang Selangor pada aksi pembukaan kempen Liga Super 2010 itu.

REZAL (kiri) bersama dengan Amri pada sidang media di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi semalam.

"Walaupun kita juara Piala Malaysia musim lepas, ia sudah menjadi sejarah. Apa yang penting semangat ketika menjuarai piala itu diharap sekali lagi akan dapat diterjemahkan esok (malam ini).


"Pada saya untuk memegang piala tidak penting, apa yang penting ialah untuk mengutip tiga mata dan ia bukan satu tugas yang mudah untuk mengekalkan prestasi selaku juara Piala Malaysia.

"Saya tetap yakin dengan prestasi pemain walaupun berdepan dengan Selangor iaitu pasukan yang mempunyai pengalaman dan banyak menjuarai pertandingan," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Paroi semalam.

Ketika ditanya kelebihan bermain di tempat sendiri, Wan Jamak berkata: "Bagi kelab bola sepak di luar negara, bermain di tempat sendiri adalah suatu kelebihan tetapi di negara ini, ia adalah sebaliknya."

Jelasnya, faktor tempat belum sepenuhnya menjamin kemenangan tetapi beliau akan memasti- kan penyokong Negeri Sembilan akan menyaksikan satu perlawanan yang hebat dan tidak menghampakan mereka.

"Kesemua pemain kesebelasan utama akan diturunkan nanti dan pemain berpengalaman seperti Rezal Zambry dan Shukor Adan sekali lagi menjadi sandaran Negeri Sembilan.

"Saya cuma sedikit bimbang terhadap tiga pemain yang beraksi bersama skuad negara pada aksi kelayakan Piala Asia baru- baru ini.

"Kemungkinan mereka belum dapat keserasian dengan pemain baru. Apa pun mereka semua sempat menjalani latihan terakhir hari ini (semalam)," katanya.

Jurulatih Selangor, K.Devan pula berkata, beliau juga mengharapkan yang terbaik buat pasukan kendaliannya dan mempunyai impian untuk mempertahankan Piala Sultan Ahmad Shah.


"Yang pasti pada setiap musim baru kita mahukan perlawanan yang terbaik dan ia bergantung kepada pemain.

"Walaupun bermain di tempat lawan, saya yakin pemain dapat mengatasi psikologi masing-masing seperti mana musim lepas Selangor menjadi juara ketika menentang Kedah dan bermain di Kedah," katanya.

Devan berkata, beliau telah membuat persiapan sepenuhnya baik dari aspek fizikal mahupun mental dan tidak memandang rendah terhadap kekuatan pasukan Negeri Sembilan.

"Walaupun Negeri Sembilan tidak dilihat sebagai pasukan pilihan ketika menentang Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu tetapi mereka telah membuktikannya dengan bergelar juara," katanya.

Sementara itu, Rezal selaku kapten Negeri Sembilan berkata, dia mengharapkan rakan-rakannya mampu menambah koleksi kejuaraan.

"Perlawanan ini dijangka sengit dan saya yakin pemain-pemain Negeri Sembilan mampu melakukan yang terbaik.

"Kami tidak akan mensia-sia bermain di tempat sendiri dan menambah lagi koleksi kejayaan," katanya.

Kapten Selangor, Amri Yahyah pula berkata: "Piala ini diharap tidak akan ke mana dan selagi lagi akan menjadi milik Selangor. Kami telah sedia untuk perlawanan ini."

sumber:selangorfanatik.ning.com


di harapkan selangor mendapat langkah kanan di permulaan musim pada malam ini beraksi di stadium paroi negeri sembilan satu cabaran buat selangor di tempat lawan permulaan musim liga m 2010 dalam perlawanan piala subangsih 2010 pada malam ini. negeri sembilan juga bukan calang calang pasukan pada masa kini selepas menewas kan kelantan pada final piala malaysia 2009 yang lalu negeri sembilan di anggap pasukan hebat dan mengagumkan apabila berjaya mengecewakan 80.000 penyokong kelantan di stadium national bukit jalil pada tahun lalu

Jumaat, 8 Januari 2010


Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengesahkan akan hadir ke Taklimat Penerangan Isu-Isu Semasa pada 9 Januari 2010 anjuran Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat.

Program yang berlangsung di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ini akan dirasmikan oleh Presiden.

Program akan bermula dari jam 8 pagi dan akan ditutup oleh Mursyidul Am jam 5.30 petang.

Program ini diadakan khusus untuk membentangkan isu-isu nasional serta isu-isu yang berlaku di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Dalam program ini juga segala pengkhianatan Umno dan Barisan Nasional terhadap rakyat akan dibongkar dan didedahkan kepada seluruh jentera penerangan yang hadir.

Taklimat ini dijangka akan melibatkan kehadiran Ahli Majlis Syura Ulama, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama’ Pas Pusat, Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Pusat Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat Pas Pusat, Dewan Harian Badan Perhubungan Negeri-Negeri, Setiausaha Lajnah Penerangan Badan Perhubungan Negeri-Negeri/WP, Ketua Penerangan Dewan Ulama’/Pemuda/Muslimat Negeri-Negeri, Setiausaha Penerangan Dewan Ulama’/Pemuda/Muslimat Negeri, Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan Dan Dakwah Pas Pusat, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Negara, Adun-Adun dan Ketua serta setiausaha Penerangan Kawasan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai program ini bolehlah menghubungi Pegawai Tadbir Penerangan, Shahir di talian 019-2153225.