Rabu, 6 Jun 2012

jangan ambil padang kami realiti sesama



jangan ambil padang kami !!! sebuah drama bersiri   terbitan suhan movie yang di tayangkan di astro ria drama ini penuh dengan makna walaupun di lihat sempoi je watak watak yang ada dalam drama ni ,standet lah pegang watak penduduk flat kenalah sempoi kalau tak sempoi bukan penduduk flat ha

tapi memang abf respek kat hero malaya rosyam nor  cerita yang dia terbit ni banyak isi cerita sebenar penduduk flat hanya yang tinggal di flat je tahu macam mana hidup di pesekitaran flat cerita ini mengisahkan padang yang berdekatan flat sudah pun di jual untuk pembangunan

cerita ini  ada maksud tersirat tapi ada masih lagi tak paham  mengenai padang tempat rakyat terutamanya penduduk flat dan sewaktu denganya ,oleh kerana mengejar keuntungan duniawi tempat riadah rakyat terutamanya  generasi muda di gadai oleh ahli politik yang berkepentingan

bagi abf cerita japk ini adalah realiti sebenar pendudukan flat,apartment dan padang kebanyakan berlaku di kawasan bandar apabila padang atau tempat beriadah di rampas dan di gadai  dengan alasan pembangunan,sebenar abf bukan nak politikan cerita ini tapi terpaksa dedah jugak sebab ini hak rakyat



hak rakyat yang di cabul  oleh kerajaan umno bn semasa mereka memerintah selangor abf percaya isu padang pkns adalah punca dari mereka  yang gadai padang pkns adalah kerajaan umno bn  yang jadi mangsa kerajaan yang baru memerintah yang itu kerajaan pakatan rakyat







tak pasal pasal kerajaan pakatan rakyat kena tanggung isu ni, rakyat tuntut hak supaya padang ini tidak di rampas padahal padang pkns ni dah lama umno bn jual kat tokan cina  semasa memerintah selangor,tak pasal pasal kerajaan pakatan rakyat pening kepala cari bajet nak beli balik tanah ni demi rakyat dan sokongan politik sampai pak khalid juling air memikirkanya  


inilah peragai umno sejak zaman dulu dia dah cabul dan rogol dia suruh orang lain jadi pak sanggup  kira pak khalid skang ni kena jadi pak sanggup adakah pak khalib sanggup jadi pak sanggup ??? nak pilihanraya ni ramai yang berebut rebut nak jadi pak sanggup tapi padang kat tempat lain tak nak  jadi pak sanggup pulak





tertiba pemuda keparat umno  bn nak jadi hero rakyat padahal yang jual tanah padang pkns ni kepala bapak dorang jugak yang jual memang muka tak tahu malu dorang ni kalau korang betul nak bantu rakyat korang suruh najib tu beli balik padang pkns yang telah di gadaikan oleh jawa totok klik sini tengok gang jawa totok lagak nak jadi hero pasal lu orang  punya totok satu jawa selangor dapat malu lu tau kah ???




ok gang umno jawa totok atau melayu haprak kepala jongga abf ada job untuk korang semua jadi hero ini kali korang boleh jadi hero rakyat hentam kerajaan pakatan rakyat tapi kali ini bukan kelana jaya tapi di gombak ,mana umno gombak ??? lama tak nampak muka sudah pupus ka ???? hahahahaha




tengok plan yang dahulu kawasan rakyat beriadah kini telah digadai  oleh umno totok tapi yang jadi mangsa kerajaan pakatan rakyat terutamanya pak khalid, bak kata pepatah jawa ( totok punya pasal rosak tempea sebelaga ) ini cabaran buat pak khalid sempena nak pilihanraya


penduduk apartment casmaria bantah gile gile padang dorang nak kena rampas  orang kat atas ni buat bodoh je siap masuk aduan rakyat lagi,alasan mps tanah dah kena jual pemaju dah bangkrap amboi dah makan tak reti basuh pinggan,tenaga ehsan ni juga anak syarikat umno selangor yang bertanggungjawab menghapuskan kampung kampung melayu kawasan sekitar tak caya tanya mak leha !!!





lagu ini ku tuju untuk mak leha yang juga orang kuat menghapuskan  kampung melayu pada ketika dahulu





sebenarnya cerita padang casmaria kena gadai ni tahun lepas punya cerita tapi abf nak imbas balik isu padang casmaria ni lebih kurang je dengan padang pkns  untuk tahu cerita pasal padang casmaria anda boleh tengok sini padang casmaria padang casmaria 2


dalam isu padang casmaria mana pulak hero hero umno totok takan pasal kalah pilihanraya terus senyap kot ???? apa guna ada parti tapi tak bela rakyat ??? hahahahaha mana tak senyap dah kenyang ye der kalau tak silap abf padang camaria dah berpagar tak boleh masuk  sebab nak buat projek perumahan kat situ


banyak padang bola dan taman permainan kanak kanak  di gadai  oleh umno totok di selangor tertiba muncul puak puak totok berlagak nak jadi hero tertambah nak dekat pilihanraya ni semua pakat nak salahkan kerajaan pakatan rakyat  dah baling batu sembunyi tangan





ABF: macam mana punya peragai  ni woi ??? jangan mimpi boleh menang di selangor kalau umno bn menang jugak di selangor dengan menggunakan taktir kotor lagi banyak rumah melayu kena roboh dan tanah kena gadai tapi dengar sini lagu bangun harimau bangun ni abf tuju kepada umno totok kalau tak nak anak muda di bandar ni memberontak jangan sesekali menyentuh hak kami untuk beriadah




Khamis, 31 Mei 2012

pengelaman bersih 3.0 part 2






assalamulaikum pada mulanya abf ingin memohon maaf kerana terlewat update sambungan pengelaman bersih 3.0 yang telah berlangsung pada bulan april yang lalu pejam celik pejam celik kita kini di penghujung mei 2012 kali ini abfkan akan habiskan cerita pasal bersih 3.0 sebelum bersih 4.0 menyusul  pengelaman 
bersih 3.0 part 1











ini juga kali pertama abf terkena teargas kesanya jangan cakap  amat menyiksakan antaranya mata pedih,sukar bernafas hidung berair,sakit tekak mujurlah ada hamba allah yang menghulur bantuan memberi garam kepada abf sebagai penawar apabila terkena gas pemedih mata semuanya berlaku spontan seolah olah di medan peperangan sedangkan semasa itu berada di negara sendiri

selepas mendapat bantuan garam abf terus meluru ke lobi hotel bajet berkenaan untuk berlindung keadaan umpama pelarian di medan perang walaupun beberapa minit terkena gas pemedih mata  ia masih tidak memulihkan mata yang sangat pedih  semasa itu tekak juga sakit,abf cuma meminta bantuan meminta air kepada sesiapa saja yang ada di situ mujurlah mereka bagi

di situ saling tolong menolong abf memang salute kepada mereka  yang sudi membantu tanpa mengira kaum dan agama walapun saling tidak mengenali  di situ barulah abf mengenali apa itu penyatuan sejagat disitu  ada seorang uncle berbangsa cina memberi air garam kepada abf  selepas minum barulah rasa sakit tekak berkurangan sebelum itu abf ingin membasuh muka dengan air tetapi di larang oleh sahabat seperjuangan

beberapa minit selepas itu abf dapat lihat di luar tingkap lobi hotel  fru tidak berenti menembak gas pemedih mata asap putih kelihatan berterbangan di udara semasa itu timbul rasa tidak senang kerana mata,tekak dan hidung baru saja pulih dari kesan racun yang ada pada gas pemedih mata yang di katakan buatan israel,semasa menahan pedih abf sempat bersembang dengan seorang pak cik yang datang dari kedah

dia turut terkena kesan gas pemedih mata,abf bertanya kali ini gas lagi kuat ke pak cik ??? dia menjawab pak cik dulu pergi bersih 2.0 gas tak seteruk macam ni, abf pon berkata kemungkinan ini gas pemedih mata lagi kuat dari yang dulu kemungkinan gas buatan israel,ramai juga warga emas yang terkena gas pemedih mata ini siap satu keluarga terkena  memang abf respek semangat perjuangan mereka ni


rata rata yang abf jumpa ada  yang dari kedah.perak,pahang itu antara yang sempat di intiview sementara berlindung di dalam lobi hotel menunggu keadaan reda selepas di huru hara kan oleh pihak polis keadaan tidak dapat abf rakamkan kerana memori kamera sudah penuh tapi itu bukanlah penghalang untuk  abf menceritakan keadaan sebenar,sambil itu berfikir juga apalah nasib perserta lain


tidak lama kemudian keadaan kembali kecoh apabila pihak polis cuba menyerbu hotel berkenaan dalam hati semasa itu apalah salah kami semua ??? perhimpunan ini aman umpama festival keluarga yang terbesar yang penah di anjurkan di kuala lumpur satu rekod sejarah juga buat negara,abf terdengar jeritan suruh turun dan keluar dengan bunyi hentakan yang kuat di campur dengan bunyi jeritan rakyat yang ada di situ


tanpa berlengah lagi abf terus lari mencari tempat perlindungan selepas lobi hotel di serbu oleh sekumpulan polis abf tak berapa pasti berapa anggaran yang telah di tangkap di lobi hotel berkenaan kerana abf telah menyembunyikan diri di sebuah tempat rahsia (yang tak boleh bagi tahu ) beberapa minit bersembunyi sampailah keadaan selamat dan terkawal, selepas keluar dari tempat rahsia berkenaan

keadaan terkawal kemungkinan yang berada di lobi hotel berkenaan di tangkap oleh pihak polis di koridor hotel masih ramai berlindung,abf melihat di luar tingkap masih ramai peserta bersih yang ingin bersurai malangnya di kepung oleh pihak polis,anggota polis bergitu ramai menanti untuk bertindak untuk membelasah sesiapa sahaja yang berada di situ tak kiralah siapa anda ketika itu




di lihat ada peserta bersih dan oranga awam  yang duduk di kaki lima dengan keadaan tenang dan terkawal tetapi di lihat ada pihak polis yang cuba membuat provokasi dalam keadaan tenang berkenaan rakyat yang turun semasa itu mula bersurai balik tetapi telah di kepung keadaan di jalan tar ketika itu macam medan perang apabila sisa sampah seperti botol dan kertas  surat khabar berterbangan

mana sempat nak kutip dalam keadaan yang sedikit  huru hara ketika itu walaupun keadaan di lihat tenang seperti biasa di depan hotel bajet berkenaan ramai anggota polis yang menyebabkan abf  terus berlindung di hotel berkenaan ada beberapa peserta yang lain mengarahkan menukar baju kuning kepada baju biasa untuk mengelak di kesan oleh pihak polis,berterima kasih juga kepada uncle india yang sudi bagi hotel berkenaan

sebagai tempat perlindungan kerana sebelum itu ada beberapa kekecohan selepas seorang  bapak ayam mengamuk kemungkinan beliau risau   aktiviti pelacuran beliau kantoi dalam keadaan yang kelam kabut di dalam hotel berkenaan mana tak nya ramai juga yang berlindung di hotel berkenaan kat situ barulah abf tahu ada juga aktiviti pelacuran di jalan tar sebelum ni tahu di bukit bintang,chow kit dan petaling street je

hampeh jalan tar pon ada aktiviti pelacuran yang aktif di hotel bajet,abf tak nak cerita pasal pelacuran,itu kemungkinan akan masuk dalam topik lain,selepas di beri keluar mengikut jalan belakang abf terus menuju ke jalan masjid india untuk ke masjid india untuk solat zohor di situ,keadaan di situ tenang dan peserta bersih amat ramai di situ kemungkinan untuk solat dan menunggu sahabat atau saudara mara yang terpisah



ramainya nya orang ketika itu masjid india umpama keadaan  solat jumaat apabila dewan masjid berkenaan pun penuh selepas menunaikan solat zohor abf sempat juga intiview  dengan peserta bersih yang di katakan dari pahang,beliau juga kesal apa yang terjadi tapi beliau sendiri mengatakan (kita dengan ibu bapa berani melawan tetapi dengan kerajaan zalim kita takut nak melawan itu semua kerja syaitan)

betul juga kata beliau lupa dah nama dia apa ???  intiview punya intiview masuk sudah solat asar,sewaktu abf  ingin solat sunat sementara nak tunggu asar berjemaah semasa itu kedengaran keadaan kecoh di bawah kelihatan orang ramai yang berada di dewan masjid melihat apa yanng terjadi di bawah kedengaran suara yang menjerit mengatakan (yang kat atas tu nak sembahyang buat cara nak sembahyang)



kemungkinan pihak polis berkenaan marah apabila di lihat dari atas mujurlah mereka tak naik atas serbu dan tangkap,abf abaikan dan terus memulakan solat sunat kemungkinan video di atas ini menceritakan persoalan di dalam kepala otak abf ketika itu,niat abf ke masjid india pun untuk solat bukan untuk apa apa pun tetapi tidak sangka jadi kekejaman di sekitar masjid india


selepas solat abf terus menuju untuk pulang dan keluar dari kl  dapat infomasi lrt telah pun di tutup aduh macam mana nak balik ???di lihat kuala lumpur terutamanya di jalan tar dan jalan masjid india masih ramai lalu lalang meriah juga waktu tu kedai semua penuh abf sempat singgah di sebuah kedai di jalan masjid india peti ais kedai tu kurang air di sebabkan ramai pelanggan waktu tu

siapa yang kata peniaga  rugi masa bersih 3.0 nampak benar lah pembohong kalau tutup kedai waktu tu abf  percayalah  rugi mana ada orang tutup kedai boleh untung ikut lojik akal la der bagi abf siapa yang tutup kedai masa perhimpunan bersih 3.0 dia bodoh dan rugi siapa buka macam biasa dia pandai dan untung kebanyakan pemandu teksi juga untung besar semasa itu


abf menuju ke jalan untuk cari bas untuk pulang memandangkan lrt masjid jamek telah di tutup jalan ketika itu telah pun di buka beransur ansur orang masih ramai lalu lalang ibarat pesta,bagi abf keadaan tidak akan menjadi huru hara kalau pihak polis tidak menyerang rakyat yang menyertai perhimpunan bersih 3.0 selepas dalam keadaan bersurai terlalu ramai orang lalu lalang tidak seperti biasa semua niat nak pulang




kelihatan helikopter terus berterbangan dengan keadaan rendah dalam hati abf ketika itu memanjang berdoa  mintak mintak takde polis lalu sini kalau tak habis kena tangkap semasa itu polis tangkap sesiapa sahaja yang berada di kuala lumpur kawasan sekitar dataran merdeka  dan mereka anggap yang berada di kawasan perhimpunan adalah musuh dan harus di tangkap serta merta tanpa soal


kelihatan di bas stop ada seorang warga emas berketurunan cina yang tidak terlibat dalam perhimpunan bersih dalam keadaan pedih selepas terkena gas pemedih mata kesian juga abf tengok dia,abf nak kesian kan orang abf pun kena jugak sama sama kesian ha jadinya abf dapat rasa apa yang dia rasa,niat nak tunggu bas tertiba terkena gas pemedih mata ayat yang abf dengar dari mulut dia (banyak pedih wooo itu gas )




abf memerhati kiri kanan sementara menunggu bas peserta bersih yang berbaju kuning lalu lalang semakin petang semakin ramai nak intiview pon dah tak larat suara dah takde kepenatan yang amat sangat niat hanya satu nak keluar dari kota kuala lumpur tak lama selepas itu bas pun sampai keadaan dalam bas jangan cakap penuh dengan peserta bersih,alhamdulilah akhir berjaya keluar dari kota kuala lumpur

yang telah di jajah oleh pihak polis ketika itu jalan ke arah dang wangi di tutup jalan tar juga turut di tutup mula dari sogo keadaan nampak biasa tetapi bahaya sebenarnya  resiko di lauk oleh abang misai di jalan raja laut penuh dengan peserta bersih kemungkinan mereka menunggu sahabat atau saudara yang terpisah,bagi abf ini pengelaman yang tak dapat di lupakan kekejaman polis amat zalim


tak nafika tak semua polis ni jahat ada juga baik tapi kerana kezaliman salah guna kuasa sesetengah anggota polis nama PDRM juga tercemar mungkin itu arahan pemerintah yang zalim buat anggota polis  fikirlah jangan lurus bendol sangat macam hang tuah lurus bendol sampai sahabat sendiri pon sanggup dia bunuh sedangkan sahabat dia sendiri yang berjuang hak dan keadilan untuk dirinya

ABF:ada kenalan  abf yang kutuk kutuk abf menyertai bersih 3.0  mereka kata abf ni bodoh anjing ambiga ada pula mengatakan abf di bayar abf gelak je ha ha ha sebab apa abf gelak ??? sebab tak sangka macam tu sekali mereka fikir tentang abf padahal abf pergi guna duit sendiri tidak di bayar sesen pun mulut orang kita tak boleh tutup biarkan mereka berkata kata sekurang kurangnya pahala di sisi abf 


abf menyertai bersih bukan sebab ambiga tetapi untuk menuntut pilihanraya yang telus dan adil selagi 8 tuntutan ini tidak di tunaikan jangan pelik lebih ramai rakyat terutamanya golongan muda tanpa mengira bangsa,agama dan peringkat umur akan turun jika bersih 4.0 di anjurkan


1.bersihkan senarai undi 
2.mereformasikan undi pos 
3.gunakan dakwat kekal 
4.akses media bebas dan adil 
5.masa kempen minima 21 hari 
6.kukuh intitusi awam 
7.hentikan rasuah 
8.hentikan politik kotor 


abf nak tanya anda semua mana tuntutan di atas mengugat islam dan melayu ??? mana tuntutan di atas menuntut lgbt ???kemungkinan 8 tuntutan di atas mengugat umno dan barisan nasional untuk terus berkuasa, pasal ambiga pulak dia seorang peguam dia menuntut lgbt sebab dalam undang undang negara 


boleh jadi gay !! boleh jadi lesbian !!! boleh murtad !!!


siapa yang gubal undang undang tu ??? melainkan umno dan barisan nasional takan nak tuduh ambiga pulak yang buat undang undang tu adalah kerajaan umno dan barisan nasional 


secara jujurnya abf menolak tuntutan lgbt dan tak sokong pun ambiga dalam hal lgbt dan seksualiti merdeka kalau korang sokong pasukan bolasepak harimau malaya  jurulatihnya rajagobal takan sokong bolasepak harimau malaya di tuduh anjing rajagobal ??? baruah rajagobal ???


fikir der fikir sokong bersih tak mestinya sokong ambiga sokong harimau malaya tak mestinya sokong rajagobal tak payah main isu perkauman sangat isu perkauman ni isu lapok dah basi orang dah tak pakai  hanya melayu umno sahaja yang kolot menganggap bangsa ni mulia sedangkan kita ni saling memerlukan 




Sabtu, 5 Mei 2012

pengelaman bersih 3.0
























































assalamulaikum semua hari ini 5 mei 2012 genap seminggu bersih 3.0 yang telah berlangsung dengan jayanya pada sabtu lalu pada 28 april 2012 yang kekal menjadi sejarah dalam negara kita hari ini baru abf ada masa untuk menulis pengelaman menyertai bersih 3.0 yang berlangsung sabtu lalu


secara jujurnya ini adalah pertama kali abf menyertai bersih setelah berlangsungnya bersih 1.0 dan bersih  2.0  mungkin sebelum ini abf tidak berapa serius untuk menyertai bersih hanya memantau penjalanan politik dalam negara di ruang maya tetapi semangat berkobar kobar untuk menyertai bersih 3.0

apabila mendengar perbagai isu yang sungguh kotor yang dilakukan oleh umno bn dan spr lagi kuatlah semangat abf untuk menyertai bersih 3.0 antaranya warga asing boleh mengundi sedangkan kita anak muda yang berumur 21 tahun ke atas kena daftar mengundi di pejabat pos atau pun kaunter spr


ini satu langkah yang tidak adil lagi bertambah marah apabila mengetahui pengerusi spr dan timbalanya adalah ahli umno tidak penah ada dalam sejarah dunia badan yang mewakili pilihanraya ahli kepada sebuah parti kalau macam tu baik bagi abf jadi pengerusi spr sebab abf adalah bebas


belum lagi menyertai mana mana parti yang ada kat malaysia ni, semasa bersih 3.0 abf memulakan perjalanan ke kl sentral dengan menaiki lrt putra kemudian berjalan kaki  ke brickfields kat situ ada beberapa ngo dan pihak peguam  yang memulakan barisan depan menuju ke pasar seni


selepas mendengar beberapa ucapan,terus bergerak dari brickfields ke pasar seni, beberapa gambar di abf sempat ambil di situ ada beberapa pasukan polis yang mengawal keadaan,semasa dalam perjalanan perarakan bersih 3.0 abf mengambil tempat di bahagian tempat untuk mengambil gambar


perbagai kaum dan semua peringkat umur di lihat  menyertainya bersih 3.0 kali ini  sungguh tidak sangka bertapa ramainya rakyat malaysia yang turun menyuarakan hasrat t untuk  menyokong 8 tuntutan bersih kali ini selama abf hidup di kuala lumpur tak penah lihat manusia seramai ini di kuala lumpur


ini satu catitan sejarah dalam negara malaysia,apabila mara ke depan  lihat di belakang  rakyat malaysia semakin ramai ,sampai saja di pasar seni lagi ramai yang sedang menunggu di situ sungguh tidak sangka lautan manusia sudah pun membanjiri pasar seni abf berehat sekejap kerana keletihan berjalan



semasa berehat di hidangkan dengan helikopter dan paragliding dari pihak pdrm yang membuat pemantauan dari udara ribuan rakyat malaysia semakin bertambah cuaca panas ketika itu orang pula bersesak sesak nak bernafas pun rasa panas sebab rakyat yang turun terlalu ramai ruang pun terhad


dalam perjalanan ke dataran merdeka dari pasar seni abf dah tak dapat cilok ke ruang depan sebab dah tak de ruang nak cilok di bahagian depan pula bertambah lautan manusia dengan semangat dan azam untuk ke dataran merdeka abf cuba cilok jugak untuk mara ke depan,  lagi ke depan lautan manusia semakin ramai


kalau bagaimana pun abf redah jugak sampailah di depan masjid jamek abf terkandas sebab dah tak boleh jalan lagi di situ mendengar beberapa ucapan dari permimpin pakatan rakyat,berehat sebentar di situ sambil mendengar ucapan,nak ambik gambar memori kad dah penuh sebab banyak ambik gambar masa perjalanan

dapat ambik dua  gambar saja di masjid jamek,kemudian semua berdiri untuk mara ke depan abf apa lagi join sekaki dengan satu kumpulan yang nak pergi dataran tanpa unit amal, tak taulah mereka ni sb atau betul betul peserta bersih 3.0 dengan laugan dataran !!! dataran !!! dataran !!!


abf pun ikut kumpulan ini sampailah di depan jalan masuk ke dataran termasuk lagi dalam ribuan lautan manusia  kat situ dah tersangkut tak boleh jalan lagi  dalam lautan manusia rasa nak pitam pun ada sebab keletihan cuaca yang panas 2 botol air dah abis sebotol dah bagi kt unit amal yang pengsan kt masjid jamek


semasa sesak dan kehausan abf pergi mencari sesiapa yang menjual air alhamdulilah ada juga jual air nampak yang meniaga masa tu macam untung sebab tong besar tu tinggal berapa je air mineral, lepas beli tu berehat sekejap kat jalan tar tak sangka lautan manusia sehingga ke sogo


sebelum keluar dari saf depan kelihatan anwar ibrahim melambai lambai kepada penyokong bersih  memang abf dah agak kalau anwar ibrahim mara ke depan mesti ada benda tak kena bakal berlaku,abf berundur untuk mencari air kerana terlalu haus selepas minum sembang sembang sikit dengan peserta yang hadir


ini kalau dataran bukak kan bagus takde sesak macam ni, kalau bukak pon tak muat rasanya  sembang abf dengan pemuda yang  ada di situ keadan sungguh meriah macam pesta rakyat ada yang bawak keluarga,setelah abis minum abf nak buang botol air tengok sampah pon dah penuh

tak sangka tong sampah pun penuh tertiba abf nampak water canon di sirami oleh fru ke atas rakyat yang berada di depan  beberapa peserta yang berada di atas  bangunan usang tu buat isyarat suruh ke depan tapi tidak di endahkan peserta lain di lihat rakyat mula undur ke belakang


abf pun apa lagi dengan pantasnya undur ke jalan melayu lihat orang ramai  mula undur dan lari kerana fru mula melancarkan serangan menggunakan water canon dan tear gas suasana agak tegang apabila semua lari menuju ke belakang untuk menyelamatkan diri padahal tak buat apa pun masa tu cuma duduk dan bantah



abf sebenar tak tahu apa yang telah terjadi di hadapan,tertiba teas gas sudah meluru dengan asap pedihnya sebelum terkena gas pemedih mata dari israel tu abf nampak ada satu keluarga sedang bersantai di kaki lima jalan melayu dengan anaknya yang sedang tidur  di riba seorang ibu


pantas abf menyuruh abang ni undur dan lari menyelamatkan diri dan anak yang sedang tidur kerana fru telah pun melancarkan serangan ke atas perserta bersih,tak pasti mereka ni peserta atau yang bersantai disitu, abf mengarahkan mereka bersembunyi di mana mana kedai yang bukak ketika itu


kebetulan abf nampak satu ruang tangga  yang boleh naik tanpa mengetahui tempat itu adalah hotel bajet oleh kerana keadaan kelam kabut tanpa arah tuju abf tanpa fikir panjang mengajak semua naik  ruang tangga untuk bersembunyi menyelamatkan diri semasa lari naik tangga jumpa pulak hp entah siapa punya


mungkin kerana panik tertinggal beliau hp,abf main bagi je kat sesiapa yang mahu ketika itu sebab usaha menyelamatkan diri belum selesai terus abf naik ke tingkat 4 yang itu lobi hotel bajet berkenaan tak pasti hotel apa terus ke korido melihat apa yang berlaku kat bawah

dilihat bergitu ramai orang sedang berlari di bawah di dalam keadaan berasap putih yang itu tembakan teargas,yang itu gas pemedih mata beberapa saat melihat alangkah siksanya abf turut terkena rasa macam terbakar muka ni setengah nyawa di buatnya kesan dari terkena gas pemedih mata buatan israel ni


bersambung........