Khamis, 31 Mei 2012

pengelaman bersih 3.0 part 2






assalamulaikum pada mulanya abf ingin memohon maaf kerana terlewat update sambungan pengelaman bersih 3.0 yang telah berlangsung pada bulan april yang lalu pejam celik pejam celik kita kini di penghujung mei 2012 kali ini abfkan akan habiskan cerita pasal bersih 3.0 sebelum bersih 4.0 menyusul  pengelaman 
bersih 3.0 part 1











ini juga kali pertama abf terkena teargas kesanya jangan cakap  amat menyiksakan antaranya mata pedih,sukar bernafas hidung berair,sakit tekak mujurlah ada hamba allah yang menghulur bantuan memberi garam kepada abf sebagai penawar apabila terkena gas pemedih mata semuanya berlaku spontan seolah olah di medan peperangan sedangkan semasa itu berada di negara sendiri

selepas mendapat bantuan garam abf terus meluru ke lobi hotel bajet berkenaan untuk berlindung keadaan umpama pelarian di medan perang walaupun beberapa minit terkena gas pemedih mata  ia masih tidak memulihkan mata yang sangat pedih  semasa itu tekak juga sakit,abf cuma meminta bantuan meminta air kepada sesiapa saja yang ada di situ mujurlah mereka bagi

di situ saling tolong menolong abf memang salute kepada mereka  yang sudi membantu tanpa mengira kaum dan agama walapun saling tidak mengenali  di situ barulah abf mengenali apa itu penyatuan sejagat disitu  ada seorang uncle berbangsa cina memberi air garam kepada abf  selepas minum barulah rasa sakit tekak berkurangan sebelum itu abf ingin membasuh muka dengan air tetapi di larang oleh sahabat seperjuangan

beberapa minit selepas itu abf dapat lihat di luar tingkap lobi hotel  fru tidak berenti menembak gas pemedih mata asap putih kelihatan berterbangan di udara semasa itu timbul rasa tidak senang kerana mata,tekak dan hidung baru saja pulih dari kesan racun yang ada pada gas pemedih mata yang di katakan buatan israel,semasa menahan pedih abf sempat bersembang dengan seorang pak cik yang datang dari kedah

dia turut terkena kesan gas pemedih mata,abf bertanya kali ini gas lagi kuat ke pak cik ??? dia menjawab pak cik dulu pergi bersih 2.0 gas tak seteruk macam ni, abf pon berkata kemungkinan ini gas pemedih mata lagi kuat dari yang dulu kemungkinan gas buatan israel,ramai juga warga emas yang terkena gas pemedih mata ini siap satu keluarga terkena  memang abf respek semangat perjuangan mereka ni


rata rata yang abf jumpa ada  yang dari kedah.perak,pahang itu antara yang sempat di intiview sementara berlindung di dalam lobi hotel menunggu keadaan reda selepas di huru hara kan oleh pihak polis keadaan tidak dapat abf rakamkan kerana memori kamera sudah penuh tapi itu bukanlah penghalang untuk  abf menceritakan keadaan sebenar,sambil itu berfikir juga apalah nasib perserta lain


tidak lama kemudian keadaan kembali kecoh apabila pihak polis cuba menyerbu hotel berkenaan dalam hati semasa itu apalah salah kami semua ??? perhimpunan ini aman umpama festival keluarga yang terbesar yang penah di anjurkan di kuala lumpur satu rekod sejarah juga buat negara,abf terdengar jeritan suruh turun dan keluar dengan bunyi hentakan yang kuat di campur dengan bunyi jeritan rakyat yang ada di situ


tanpa berlengah lagi abf terus lari mencari tempat perlindungan selepas lobi hotel di serbu oleh sekumpulan polis abf tak berapa pasti berapa anggaran yang telah di tangkap di lobi hotel berkenaan kerana abf telah menyembunyikan diri di sebuah tempat rahsia (yang tak boleh bagi tahu ) beberapa minit bersembunyi sampailah keadaan selamat dan terkawal, selepas keluar dari tempat rahsia berkenaan

keadaan terkawal kemungkinan yang berada di lobi hotel berkenaan di tangkap oleh pihak polis di koridor hotel masih ramai berlindung,abf melihat di luar tingkap masih ramai peserta bersih yang ingin bersurai malangnya di kepung oleh pihak polis,anggota polis bergitu ramai menanti untuk bertindak untuk membelasah sesiapa sahaja yang berada di situ tak kiralah siapa anda ketika itu




di lihat ada peserta bersih dan oranga awam  yang duduk di kaki lima dengan keadaan tenang dan terkawal tetapi di lihat ada pihak polis yang cuba membuat provokasi dalam keadaan tenang berkenaan rakyat yang turun semasa itu mula bersurai balik tetapi telah di kepung keadaan di jalan tar ketika itu macam medan perang apabila sisa sampah seperti botol dan kertas  surat khabar berterbangan

mana sempat nak kutip dalam keadaan yang sedikit  huru hara ketika itu walaupun keadaan di lihat tenang seperti biasa di depan hotel bajet berkenaan ramai anggota polis yang menyebabkan abf  terus berlindung di hotel berkenaan ada beberapa peserta yang lain mengarahkan menukar baju kuning kepada baju biasa untuk mengelak di kesan oleh pihak polis,berterima kasih juga kepada uncle india yang sudi bagi hotel berkenaan

sebagai tempat perlindungan kerana sebelum itu ada beberapa kekecohan selepas seorang  bapak ayam mengamuk kemungkinan beliau risau   aktiviti pelacuran beliau kantoi dalam keadaan yang kelam kabut di dalam hotel berkenaan mana tak nya ramai juga yang berlindung di hotel berkenaan kat situ barulah abf tahu ada juga aktiviti pelacuran di jalan tar sebelum ni tahu di bukit bintang,chow kit dan petaling street je

hampeh jalan tar pon ada aktiviti pelacuran yang aktif di hotel bajet,abf tak nak cerita pasal pelacuran,itu kemungkinan akan masuk dalam topik lain,selepas di beri keluar mengikut jalan belakang abf terus menuju ke jalan masjid india untuk ke masjid india untuk solat zohor di situ,keadaan di situ tenang dan peserta bersih amat ramai di situ kemungkinan untuk solat dan menunggu sahabat atau saudara mara yang terpisah



ramainya nya orang ketika itu masjid india umpama keadaan  solat jumaat apabila dewan masjid berkenaan pun penuh selepas menunaikan solat zohor abf sempat juga intiview  dengan peserta bersih yang di katakan dari pahang,beliau juga kesal apa yang terjadi tapi beliau sendiri mengatakan (kita dengan ibu bapa berani melawan tetapi dengan kerajaan zalim kita takut nak melawan itu semua kerja syaitan)

betul juga kata beliau lupa dah nama dia apa ???  intiview punya intiview masuk sudah solat asar,sewaktu abf  ingin solat sunat sementara nak tunggu asar berjemaah semasa itu kedengaran keadaan kecoh di bawah kelihatan orang ramai yang berada di dewan masjid melihat apa yanng terjadi di bawah kedengaran suara yang menjerit mengatakan (yang kat atas tu nak sembahyang buat cara nak sembahyang)



kemungkinan pihak polis berkenaan marah apabila di lihat dari atas mujurlah mereka tak naik atas serbu dan tangkap,abf abaikan dan terus memulakan solat sunat kemungkinan video di atas ini menceritakan persoalan di dalam kepala otak abf ketika itu,niat abf ke masjid india pun untuk solat bukan untuk apa apa pun tetapi tidak sangka jadi kekejaman di sekitar masjid india


selepas solat abf terus menuju untuk pulang dan keluar dari kl  dapat infomasi lrt telah pun di tutup aduh macam mana nak balik ???di lihat kuala lumpur terutamanya di jalan tar dan jalan masjid india masih ramai lalu lalang meriah juga waktu tu kedai semua penuh abf sempat singgah di sebuah kedai di jalan masjid india peti ais kedai tu kurang air di sebabkan ramai pelanggan waktu tu

siapa yang kata peniaga  rugi masa bersih 3.0 nampak benar lah pembohong kalau tutup kedai waktu tu abf  percayalah  rugi mana ada orang tutup kedai boleh untung ikut lojik akal la der bagi abf siapa yang tutup kedai masa perhimpunan bersih 3.0 dia bodoh dan rugi siapa buka macam biasa dia pandai dan untung kebanyakan pemandu teksi juga untung besar semasa itu


abf menuju ke jalan untuk cari bas untuk pulang memandangkan lrt masjid jamek telah di tutup jalan ketika itu telah pun di buka beransur ansur orang masih ramai lalu lalang ibarat pesta,bagi abf keadaan tidak akan menjadi huru hara kalau pihak polis tidak menyerang rakyat yang menyertai perhimpunan bersih 3.0 selepas dalam keadaan bersurai terlalu ramai orang lalu lalang tidak seperti biasa semua niat nak pulang




kelihatan helikopter terus berterbangan dengan keadaan rendah dalam hati abf ketika itu memanjang berdoa  mintak mintak takde polis lalu sini kalau tak habis kena tangkap semasa itu polis tangkap sesiapa sahaja yang berada di kuala lumpur kawasan sekitar dataran merdeka  dan mereka anggap yang berada di kawasan perhimpunan adalah musuh dan harus di tangkap serta merta tanpa soal


kelihatan di bas stop ada seorang warga emas berketurunan cina yang tidak terlibat dalam perhimpunan bersih dalam keadaan pedih selepas terkena gas pemedih mata kesian juga abf tengok dia,abf nak kesian kan orang abf pun kena jugak sama sama kesian ha jadinya abf dapat rasa apa yang dia rasa,niat nak tunggu bas tertiba terkena gas pemedih mata ayat yang abf dengar dari mulut dia (banyak pedih wooo itu gas )




abf memerhati kiri kanan sementara menunggu bas peserta bersih yang berbaju kuning lalu lalang semakin petang semakin ramai nak intiview pon dah tak larat suara dah takde kepenatan yang amat sangat niat hanya satu nak keluar dari kota kuala lumpur tak lama selepas itu bas pun sampai keadaan dalam bas jangan cakap penuh dengan peserta bersih,alhamdulilah akhir berjaya keluar dari kota kuala lumpur

yang telah di jajah oleh pihak polis ketika itu jalan ke arah dang wangi di tutup jalan tar juga turut di tutup mula dari sogo keadaan nampak biasa tetapi bahaya sebenarnya  resiko di lauk oleh abang misai di jalan raja laut penuh dengan peserta bersih kemungkinan mereka menunggu sahabat atau saudara yang terpisah,bagi abf ini pengelaman yang tak dapat di lupakan kekejaman polis amat zalim


tak nafika tak semua polis ni jahat ada juga baik tapi kerana kezaliman salah guna kuasa sesetengah anggota polis nama PDRM juga tercemar mungkin itu arahan pemerintah yang zalim buat anggota polis  fikirlah jangan lurus bendol sangat macam hang tuah lurus bendol sampai sahabat sendiri pon sanggup dia bunuh sedangkan sahabat dia sendiri yang berjuang hak dan keadilan untuk dirinya

ABF:ada kenalan  abf yang kutuk kutuk abf menyertai bersih 3.0  mereka kata abf ni bodoh anjing ambiga ada pula mengatakan abf di bayar abf gelak je ha ha ha sebab apa abf gelak ??? sebab tak sangka macam tu sekali mereka fikir tentang abf padahal abf pergi guna duit sendiri tidak di bayar sesen pun mulut orang kita tak boleh tutup biarkan mereka berkata kata sekurang kurangnya pahala di sisi abf 


abf menyertai bersih bukan sebab ambiga tetapi untuk menuntut pilihanraya yang telus dan adil selagi 8 tuntutan ini tidak di tunaikan jangan pelik lebih ramai rakyat terutamanya golongan muda tanpa mengira bangsa,agama dan peringkat umur akan turun jika bersih 4.0 di anjurkan


1.bersihkan senarai undi 
2.mereformasikan undi pos 
3.gunakan dakwat kekal 
4.akses media bebas dan adil 
5.masa kempen minima 21 hari 
6.kukuh intitusi awam 
7.hentikan rasuah 
8.hentikan politik kotor 


abf nak tanya anda semua mana tuntutan di atas mengugat islam dan melayu ??? mana tuntutan di atas menuntut lgbt ???kemungkinan 8 tuntutan di atas mengugat umno dan barisan nasional untuk terus berkuasa, pasal ambiga pulak dia seorang peguam dia menuntut lgbt sebab dalam undang undang negara 


boleh jadi gay !! boleh jadi lesbian !!! boleh murtad !!!


siapa yang gubal undang undang tu ??? melainkan umno dan barisan nasional takan nak tuduh ambiga pulak yang buat undang undang tu adalah kerajaan umno dan barisan nasional 


secara jujurnya abf menolak tuntutan lgbt dan tak sokong pun ambiga dalam hal lgbt dan seksualiti merdeka kalau korang sokong pasukan bolasepak harimau malaya  jurulatihnya rajagobal takan sokong bolasepak harimau malaya di tuduh anjing rajagobal ??? baruah rajagobal ???


fikir der fikir sokong bersih tak mestinya sokong ambiga sokong harimau malaya tak mestinya sokong rajagobal tak payah main isu perkauman sangat isu perkauman ni isu lapok dah basi orang dah tak pakai  hanya melayu umno sahaja yang kolot menganggap bangsa ni mulia sedangkan kita ni saling memerlukan 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan