assalamulaikum semua hari ini 5 mei 2012 genap seminggu bersih 3.0 yang telah berlangsung dengan jayanya pada sabtu lalu pada 28 april 2012 yang kekal menjadi sejarah dalam negara kita hari ini baru abf ada masa untuk menulis pengelaman menyertai bersih 3.0 yang berlangsung sabtu lalu
secara jujurnya ini adalah pertama kali abf menyertai bersih setelah berlangsungnya bersih 1.0 dan bersih 2.0 mungkin sebelum ini abf tidak berapa serius untuk menyertai bersih hanya memantau penjalanan politik dalam negara di ruang maya tetapi semangat berkobar kobar untuk menyertai bersih 3.0
apabila mendengar perbagai isu yang sungguh kotor yang dilakukan oleh umno bn dan spr lagi kuatlah semangat abf untuk menyertai bersih 3.0 antaranya warga asing boleh mengundi sedangkan kita anak muda yang berumur 21 tahun ke atas kena daftar mengundi di pejabat pos atau pun kaunter spr
ini satu langkah yang tidak adil lagi bertambah marah apabila mengetahui pengerusi spr dan timbalanya adalah ahli umno tidak penah ada dalam sejarah dunia badan yang mewakili pilihanraya ahli kepada sebuah parti kalau macam tu baik bagi abf jadi pengerusi spr sebab abf adalah bebas
belum lagi menyertai mana mana parti yang ada kat malaysia ni, semasa bersih 3.0 abf memulakan perjalanan ke kl sentral dengan menaiki lrt putra kemudian berjalan kaki ke brickfields kat situ ada beberapa ngo dan pihak peguam yang memulakan barisan depan menuju ke pasar seni
selepas mendengar beberapa ucapan,terus bergerak dari brickfields ke pasar seni, beberapa gambar di abf sempat ambil di situ ada beberapa pasukan polis yang mengawal keadaan,semasa dalam perjalanan perarakan bersih 3.0 abf mengambil tempat di bahagian tempat untuk mengambil gambar
perbagai kaum dan semua peringkat umur di lihat menyertainya bersih 3.0 kali ini sungguh tidak sangka bertapa ramainya rakyat malaysia yang turun menyuarakan hasrat t untuk menyokong 8 tuntutan bersih kali ini selama abf hidup di kuala lumpur tak penah lihat manusia seramai ini di kuala lumpur
ini satu catitan sejarah dalam negara malaysia,apabila mara ke depan lihat di belakang rakyat malaysia semakin ramai ,sampai saja di pasar seni lagi ramai yang sedang menunggu di situ sungguh tidak sangka lautan manusia sudah pun membanjiri pasar seni abf berehat sekejap kerana keletihan berjalan
semasa berehat di hidangkan dengan helikopter dan paragliding dari pihak pdrm yang membuat pemantauan dari udara ribuan rakyat malaysia semakin bertambah cuaca panas ketika itu orang pula bersesak sesak nak bernafas pun rasa panas sebab rakyat yang turun terlalu ramai ruang pun terhad
dalam perjalanan ke dataran merdeka dari pasar seni abf dah tak dapat cilok ke ruang depan sebab dah tak de ruang nak cilok di bahagian depan pula bertambah lautan manusia dengan semangat dan azam untuk ke dataran merdeka abf cuba cilok jugak untuk mara ke depan, lagi ke depan lautan manusia semakin ramai
kalau bagaimana pun abf redah jugak sampailah di depan masjid jamek abf terkandas sebab dah tak boleh jalan lagi di situ mendengar beberapa ucapan dari permimpin pakatan rakyat,berehat sebentar di situ sambil mendengar ucapan,nak ambik gambar memori kad dah penuh sebab banyak ambik gambar masa perjalanan
dapat ambik dua gambar saja di masjid jamek,kemudian semua berdiri untuk mara ke depan abf apa lagi join sekaki dengan satu kumpulan yang nak pergi dataran tanpa unit amal, tak taulah mereka ni sb atau betul betul peserta bersih 3.0 dengan laugan dataran !!! dataran !!! dataran !!!
abf pun ikut kumpulan ini sampailah di depan jalan masuk ke dataran termasuk lagi dalam ribuan lautan manusia kat situ dah tersangkut tak boleh jalan lagi dalam lautan manusia rasa nak pitam pun ada sebab keletihan cuaca yang panas 2 botol air dah abis sebotol dah bagi kt unit amal yang pengsan kt masjid jamek
semasa sesak dan kehausan abf pergi mencari sesiapa yang menjual air alhamdulilah ada juga jual air nampak yang meniaga masa tu macam untung sebab tong besar tu tinggal berapa je air mineral, lepas beli tu berehat sekejap kat jalan tar tak sangka lautan manusia sehingga ke sogo
sebelum keluar dari saf depan kelihatan anwar ibrahim melambai lambai kepada penyokong bersih memang abf dah agak kalau anwar ibrahim mara ke depan mesti ada benda tak kena bakal berlaku,abf berundur untuk mencari air kerana terlalu haus selepas minum sembang sembang sikit dengan peserta yang hadir
ini kalau dataran bukak kan bagus takde sesak macam ni, kalau bukak pon tak muat rasanya sembang abf dengan pemuda yang ada di situ keadan sungguh meriah macam pesta rakyat ada yang bawak keluarga,setelah abis minum abf nak buang botol air tengok sampah pon dah penuh
tak sangka tong sampah pun penuh tertiba abf nampak water canon di sirami oleh fru ke atas rakyat yang berada di depan beberapa peserta yang berada di atas bangunan usang tu buat isyarat suruh ke depan tapi tidak di endahkan peserta lain di lihat rakyat mula undur ke belakang
abf pun apa lagi dengan pantasnya undur ke jalan melayu lihat orang ramai mula undur dan lari kerana fru mula melancarkan serangan menggunakan water canon dan tear gas suasana agak tegang apabila semua lari menuju ke belakang untuk menyelamatkan diri padahal tak buat apa pun masa tu cuma duduk dan bantah
abf sebenar tak tahu apa yang telah terjadi di hadapan,tertiba teas gas sudah meluru dengan asap pedihnya sebelum terkena gas pemedih mata dari israel tu abf nampak ada satu keluarga sedang bersantai di kaki lima jalan melayu dengan anaknya yang sedang tidur di riba seorang ibu
pantas abf menyuruh abang ni undur dan lari menyelamatkan diri dan anak yang sedang tidur kerana fru telah pun melancarkan serangan ke atas perserta bersih,tak pasti mereka ni peserta atau yang bersantai disitu, abf mengarahkan mereka bersembunyi di mana mana kedai yang bukak ketika itu
kebetulan abf nampak satu ruang tangga yang boleh naik tanpa mengetahui tempat itu adalah hotel bajet oleh kerana keadaan kelam kabut tanpa arah tuju abf tanpa fikir panjang mengajak semua naik ruang tangga untuk bersembunyi menyelamatkan diri semasa lari naik tangga jumpa pulak hp entah siapa punya
mungkin kerana panik tertinggal beliau hp,abf main bagi je kat sesiapa yang mahu ketika itu sebab usaha menyelamatkan diri belum selesai terus abf naik ke tingkat 4 yang itu lobi hotel bajet berkenaan tak pasti hotel apa terus ke korido melihat apa yang berlaku kat bawah
dilihat bergitu ramai orang sedang berlari di bawah di dalam keadaan berasap putih yang itu tembakan teargas,yang itu gas pemedih mata beberapa saat melihat alangkah siksanya abf turut terkena rasa macam terbakar muka ni setengah nyawa di buatnya kesan dari terkena gas pemedih mata buatan israel ni
bersambung........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan