Ahad, 1 Januari 2012

pengenalan aku budak flat !!!





tapi akan di catit kedalam blog ini satu persatu,pada asalnya mak bapak abf adalah peneroka bandar yang datang dari pahang berkhidmat dalam perkhidmatan awam, tak perlu nak bagi tahu apa nama perkhidmatan itu,bagi abf ramai jua menerima nasib yang sama


terutamanya mereka yang meneroka di kawasan kuala lumpur dan selangor kawasan yang berdekatan dengan kuala lumpur,bagi abf  berkhidmat dengan kerajaan pun belum tentu di balas dengan setimpal cuma hanya di kaburi dengan pencen di usia emas



kadang kadang kuat main politik bagai nak gila pun belum tentu ia dapat membantu meringan beban kehidupan seharian kita sebagai rakyat terutamanya peneroka bandar yang takde hasil tanah seperti peneroka di tanah rancangan dan desa dapat untuk wang saku


tapi itulah realiti di bandar kepada yang bekerja di sektor swasta perlu mengambil langkah untuk mengatur strategi ekonomi,sebab itulah ada  istilah keluar gelap balik gelap bermakna keluar subuh balik magrib,malam waktu bersantai dan terus tidur



sebelum ini abf menetap di sebuah kampung di pinggir bandar kuala lumpur terletak di sempadan antara kuala lumpur dan selangor,kehidupan yang sungguh aman dan harmoni bertambah pula semua menetap di kampung ini majoriti peneroka bandar


yang datang dari seluruh pelusuk malaysia,ada juga yang memang berasal dari sini,semasa abf menetap di kampung atau istilah setinggan yang di beri nama oleh sang tamak semasa itu bekalan elektrik masih menggunakan generator sebesar gajah



apabila minyak generator habis satu kampung akan gelap,masa tu mana ada lampu jalan macam sekarang ,apabila malam je mengharapkan lampu picit memang gelap masa tu jalan raya saja yang di turap tar jalan antara kampung masih denai


walaupun serba kekurangan abf hidup aman dan harmoni ketika itu,rasanya takde masalah asalkan ada tempat tinggal menetap di atas tanah boleh bercucuk tanam cukup makan pakai,ruang rumah pun boleh tambah  kalau kapasiti keluarga bertambah


apa ada hal masa tu ??? semua ada takde hal,tertiba datang satu rejim malayzion ni mengaku nak majukan negara,nak majukan tanah nak bela nasib rakyat, tapi perlu ke  nak tindas tindas ni ??? yang paling bodoh ada pencacai yang rela di tindas


dengan nama kemajuan,kemajuan ??? dalam kemajuan perlu ke penindasan ???tak pasal pasal rejim malayzion atau lebih dikenali sebagai umno ni suruh semua penduduk kampung berpindah di sebuah rumah panjang sementara yang penuh daif


rupa rupanya mereka dan kroni ni dah plan nak tanah semua penduduk kampung nak majukan sebagai taman perumahan tapi penduduk kampung orang umno ni campak kat mana ??? campak kat rumah flat kos rendah dengan relanya penduduk sendiri bayar kosnya



masa tu mak bapak abf bekerja dengan kerajaan mampu jugak nak bayar kos,ada yang tak mampu sehingga terpaksa  berpindah ke tempat lain yang mana mereka mampu menetap,masih kuat di sanubari abf melihat  lori lori mengangkat barang


penduduk kampung untuk berpindah ke penempatan sementara di rumah panjang yang serba daif,standet rumah tangkap muat,rumah tak berapa sempurna,sementara nak tunggu bangunan flat siap semasa itu,rasa macam pelarian je ketika itu



bila abf korek balik sejarah mengapakah jadi sedemikian, rupa rupanya ini angkara malayzion umno yang mengejar keuntungan dari projek projek mega bersama pemaju keparat yang memberi kami rumah flat yang tidak sempurna yang separa siap


nampak sangat rumah flat yang di beri tidak lengkap dan sempurna,apa ingat nak bagi binatang duduk ke apa ???,biasalah masa tu semua penduduk teruja bakal menetap di rumah baru binaan batu tapi tak fikir kesanya selepas menduduki


sebelum berpindah ke rumah panjang,ada juga ceritanya sampai bergaduh gaduh,mana taknya kena paksa pindah,ada penduduk yang enggan berpindah,sampai bertumbuk dengan puak puak umno keparat ni tapi apa boleh buat mereka berkuasa


mereka malayzion umno ni tak panggil penduduk kampung  bincang dengan pemaju sama ada setuju atau pun tidak,diam diam tengok mereka buat konpirasi mereka kata semua  penduduk setuju untuk  berpindah dan memberi tanah tak kurang ajar ke macam tu ????


masa itu tidak sempat penduduk nak membangkang ,diam diam mereka puak umno dah  setuju sesama mereka,mesti ada unsul keuntungan pada mereka ketika itu sampai sanggup khianat sesama penduduk kampung,kononya mengaku pembela rakyat putuih !!!


kalau mereka ni (umno) masa tu ) betul nak bela rakyat patutnya mereka mintak geran tanah lot untuk semua penduduk, nasiblah masa tu abf masih kanak kanak rebina kalau tidak abf antara yang akan membantah dan mempertahan tanah peneroka bandar


sebagai rakyat malaysia kita ada hak untuk meminta tanah dan sebagai kerajaan itu adalah tanggungjawab untuk memberi tapak kepada rakyat,nak bayar pon takpa mesti ada sanggup membeli  dan membayar,sebab itu abf mengistiaf benci umno sampai kiamat


kalau orang umno nak ungkit kata abf tak bersyukur dapat seunit rumah flat,bukan mak bapak abf beli kos rumah flat guna duit umno,semuanya hasil keringat mak bapak abf jugak,semasa awal menetap di flat,ada yang tak mampu nak bayar kos rumah flat


terpaksa berpindah kerana rumah flat yang mereka duduki terpaksa di lelong oleh bank,masa tu umno yang konon perjuang bangsa pon tak boleh tolong bangsa sendiri yang majoritinya melayu ,masa duduk di kampung dulu tak jadi pun situasi macam ni


penah penduduk kampung berdialog dengan  yb umno  keparat ni yb keparat ni  kata,kalau tak nak duduk flat pergi  balik kampung,siap halau lagi tu,kurang ajarkan permimpin umno ni nak tindas orang kampung lepas tu nak halau


kalau suruh balik kampung tak jadilah peneroka bandar,pasal bahalol sangat ni ???kalau suruh balik kampung takdelah peneroka bandar jadikan sebuah kawasan tu sebagai kampung yang bertamadun,kalau suruh balik kampung macam mana penduduk nak keje


bodoh haprak punya yb umno yang juga seorang wanita permimpin apakejadahnya ni ???kini selepas belasan tahun menetap di flat bermacam macam suka duka terjadi ,semenjak berpindah di flat situasi mesra kampung tu dah hilang


dan abf yang pada asalnya anak peneroka bandar telah bertukar menjadi budak flat,dalam suka duka menjadi budak flat banyak suka duka  yang telah tercatat dari zaman kampung sehinggalah menjadi bandar yang pesat membangun


abf lahir di kuala lumpur membesar di selangor dengan situasi kampung sehinggalah bandar,banyak perubahan di sini sehingga abf rasa kadang kala percaturan ini tidak adil,abf jadi budak flat dari kerana situasi juga



abf:dapat merasakan ramai generasi baru terutamanya generasi peneroka awal bandar di kuala lumpur dan selangor menjadi mangsa ketaksub politik dan kepentingan diri sehingga terpaksa menjadi aku budak flat dan aku bapak kepada budak flat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan