Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang serius kenyataan Ketua Sub-Unit Seksualiti, Bahagian Reproduksi Manusia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr. Hamizah Mohd. Hassan bahawa remaja yang tinggal di kawasan flat kos rendah adalah berisiko tinggi terdedah kepada perbuatan zina dan pembuangan bayi. Menurut beliau, faktor jarak rumah yang terletak berhampiran antara satu sama lain boleh mendorong kepada perbuatan tersebut.
DPPWP berkongsi kebimbangan dengan jumlah flat kos rendah atau Projek Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan Kuala Lumpur yang agak banyak. Dalam keadaan begini, bagaimanakah gejala seks bebas atau zina serta gejala pembuangan bayi dapat dibendung dalam masyarakat.
Faktor jarak rumah yang terlalu dekat sebagai penyumbang kepada gejala zina perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa. Mungkin kerajaan boleh memikirkan bagaimana agar jarak sesuatu rumah flat kos rendah tidak terlalu padat seperti sekarang dengan mengambil kira keselesaan dan kesesuaian penghuni rumah flat. Selain itu, faktor rumah yang terlalu sempit serta bilik yang kecil dan tidak mencukupi menyumbang kepada gejala ini. Bagi keluarga yang mempunyai ramai anak, kepadatan rumah menyebabkan anak-anak remaja mereka sering keluar rumah kerana tidak tahan dengan suasana sempit dalam rumah. Dalam hal ini, DPPWP berharap agar kerajaan menyediakan sekurang-kurangnya 3 buah bilik untuk mengasingkan antara anak lelaki dan perempuan di samping ruang rumah serta bilik yang agak selesa untuk sebuah keluarga.
DPPWP juga ingin mengingatkan ibu bapa agar lebih berhati-hati dan mengawasi pergaulan anak-anak. Jangan sesekali membiarkan anak-anak bergaul bebas antara lelaki dan perempuan serta membenarkan rumah dijadikan tempat untuk mereka berjumpa. Ibu bapa juga perlu mengawasi telefon bimbit anak-anak, video-kamera, VCD serta komputer terutamanya akses kepada internet supaya anak-anak tidak menonton pornografi di rumah.
Selain itu, DPPWP mengharapkan Rukun Tetangga atau Persatuan Penduduk agar lebih aktif dalam menjalankan rondaan. Mana-mana aduan berhubung seks bebas atau pergaulan bebas perlu dipandang serius dan tindakan segera perlu diambil. Program motivasi remaja dan bimbingan fardhu ain perlu kerap diadakan di kalangan remaja selain kuliah ilmu dan tazkirah dihidupkan di surau flat.
Akhir sekali, DPPWP turut mengharapkan agar jiran menjadi mata dan telinga kepada masyarakat sekitarnya. Peribahasa ‘jangan jaga tepi kain orang’ sudah tidak boleh digunapakai lagi di dalam suasana masyarakat sekarang. Islam mengajar kita ‘amar ma’aruf nahi mungkar’ dan peka terhadap apa yang berlaku di sekitar terutamanya rumah jiran mereka. Hanya dengan cara ini gejala zina, maksiat serta pembuangan bayi dapat dibendung di kawasan flat.
Disediakan oleh;
FADHIL OSMAN
Ketua Penerangan
dah bagus ada pihak perihatin ingin mengawasi penduduk flat terutamanya remaja dari pada zina, tapi dakwaan mengatakan remaja flat berisiko atau terdorong terlibat dalam gegala seks bebas umpama hanya memerhati satu pihak dalam masyarakat,gejala seks bebas atau beromen suka sama suka ni
bukan boleh terkena pada budak flat sahaja malah budak teres dan budak duduk lot banglo pon boleh terlibat,malah tak kira anak siapa, anak orang kaya sederhana, miskin, anak orang umno, anak orang pas,anak orang pkr semua boleh terlibat tak kira rumah besar atau kecik anak ramai atau kurang
dalam islam mengajar kita amar maaruf nahi mungkar takde pon sebut kita nak cegah jejala seks ini memandang dari satu pihak sahaja ,oleh kerana di kuala lumpur banyak kawasan perumahan flat ini tidak bermakna pencegahan hanya di kawasan flat,di kawasan lot banglo, rumah teres juga harus di pandang sama
abf teringat penah terserempak dengan remaja dengan aksi ringan ringan di taman permainan, apa yang abf nampak ia remaja yang menghuni di kawasan rumah teres berdekatan,cuma maksiat yang di lakukan berkelas atau pun tidak,tidak kira ia remaja flat atau pun tidak
sedangkan rumah banglo lot berjarak ada 6 bilik dengan kolam renang tidak di lihat sebagai tempat maksiat ??? bagi abf maksiat ini ada di mana mana tak kira pangkat,umur miskin kaya,menetap di rumah flat,kondominium ,teres dan banglo,langkah pencegahan harus menyeluruh
oleh kerana keadaan rumah flat yang bebas dan tiada privasi senang di perhati kita memandang satu pihak sahaja bersiko melakukan maksiat ,sedangkan rumah teres dan banglo tidak nampak, ialah sebab mereka privasi kita tak boleh lihat apa isi dalamnya sebab itu dengan mudahnya menuju satu pihak
abf:nak pesan kepada sesiapa yang nak cegah maksiat terutamanya zina dikalangan remaja,lakukan secara menyeluruh masyarakat tak kita tempat dan pangkat, mentang mentanglah kebanyakan penghuni flat ni hidup sederhana dan miskin satu arah tuju sahaja di lihat,lepas tu biar orang kaya dan anak nya bebas melakukan maksiat,sebab apa??? sebab tak nampak ??? sebab hanya nampak kekayaanya ,nak cegah maksiat bukan kira tempat atau pangkat ia di banteras secara menyeluruh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan