Ahad, 29 Januari 2012

barang naik lepas pru13 ???





sebelum tiba musim piliharaya macam macam korang (ahli politik)  tabur kt rakyat antaranya cat bangunan,turap jalan,cantikan bas stop,jejantas,kawasan penjalan kaki,lanskap,rakyat ingat keindahan dan kecantikan ini adalah satu rahmat sebab benda ni semua di lihat percuma

hakikatnya mana ada kat dunia ni percuma sedangkan nak kencing pun kadang kala kena bayar atau pun di bayar,fikir perkara yang lojik wahai rakyat malaysia terutamanya pak cik mak cik yang buta it kurang infomasi yang tepat,hari hari mengadap media masa yang terikat dengan kerajaan dengan parti politik 

harus di ingatkan kerajaan bn dan kerajaan pr sedang bersaing nak berebut negeri selangor,sekarang ni umno bn tengah pump duit kaw kaw bagi sumbangan kat rakyat selangor terutamanya kawasan kubu kuat pr,kawasan kubu kuat umno sendiri di pinggirkan,kerajaan pr pulak baru nak ambil hati rakyat selangor 

setelah hampir 5 tahun memerintah di negeri selangor,masing masing nak jadi hero yang  sebelum ni bagi abf adalah zero (habuk pun takde)apabila mereka  bersaing nak rampas selangor,macam macam peruntukan keluar untuk tabur gula gula nak ambil hati rakyat selangor mungkin ada yang berjuta juta 


tapi perlu di ingatkan kepada semua rakyat malaysia terutamanya rakyat di bawah pemerintahan pr  yang semenjak dua menjak ini mendapat perbagai habuan,ini adalah gula gula beracun kerana ia bersifat sementara,apabila mereka kembali kuasa kelak segala gula gula ini akan di mintak balik(buruk siku)

sifat buruk siku ni kita sebagai rakyat tak nampak,kerajaan ini akan tax kita cara yang lain,seperti kenaikan taraf cukai,cukai pintu,cukai tanah,cukai jalan atau lain lain,barang  keperluan juga akan meningkat mendadak selepas pilihanraya nanti,sebarang aduan tidak akan di layan semasa itu



ABF:alasan yang di beri kerajaan semasa itu adalah kenaikan harga disebabkan harga global,global kepada abah dia kalau barang keperluan tu asal dari malaysia juga,sama juga dengan minyak yang hasil dari bumi malaysia,kadar cukai dan tarif elektrik akan di naikan untuk cover balik duit semasa kempen pilihanraya,rakyat dapat apa ??? nak makan pun kena cari sendiri jugak kan hahahaha 

perang bendera telah bermula !!!






belum lagi sampai  musim pilihanraya umum ke 13 perang bendera antara parti politik telah mula kelihatan di merata rata terutamanya kawasan bandar,masing masing mahu menunjukan kubu kuat masing masing,bahang pru13  telah pun kelihatan di merata rata tempat, disini juga bermula lah taburan gula gula


taburan gula gula dari dari parti politik yang selama ini tak dapat mulalah dapat,barulah muncul segembolan puak yang selama ini tidak penah muncul,telah pun muncul menjadi hero dengan huluran perbagai bantuan,yang menjadi mangsa dakyah politik adalah insan yang lemah,yang selama ini tidak di bantu baru hendak di bantu



ABF:inilah cara politik di malaysia yang tak penah berubah,mana mana parti  pun di lihat sama saja,apabila nak pilihanraya barulah nak bantu sana sini,jika tidak ??? habuk pun takde,yang menjadi heran dan pelik mana mereka pergi sebelum ini ??? membantu rakyat dan menghulur sumbangan hanya sampai musim pilihanraya

Jumaat, 6 Januari 2012

nyamuk oh nyamuk jangan buat rakyat mengamuk




dalam minggu tahun baru 2012  ini sekitar kuala lumpur dan selangor cuaca agak panas terik boleh kata kini musim kemarau di pantai barat  susah pun bermula,pada masa kinilah kelihatan nyamuk yang tidak di kenali spesisnya mula membuat operasi menghisap darah penghuni flat yang abf huni  kini


setiap waktu senja atau malam mesti di ganggu nyamuk kadang kadang tidak kira masa akan di ganggu nyamuk,sehingga artikel ini di tulis kaki abf sedang di gigit nyamuk,apa yang nak dikatakan disini,dimana tanggung jawab kementerian kesihatan untuk memulakan operasi

menyembur ubat nyamuk di kawasan abf duduk ni ??? takan nak tunggu ada yang kena demam denggi baru sibuk nak datang sembur ??? nyamuk oh nyamuk jangan buat rakyat mengamuk,ini amaran untuk kementerian kesihatan malaysia lakukan tindakan segera,jangan sampai ada yang jadi mangsa


sudahlah sikap penduduk yang suka membiak nyamuk tidak di ambil tindakan oleh pihak berkenaan bila sorang kena denggi baru sibuk datang menyemak nak sembur sana sini sampai orang nak berehat nak bersantai di rumah pun susah,nak kena tunggu jangkitan merebak baru nak sembur ????


abf:apa kejadahnya semua ini ???? tunggulah wahai wakil wakil kementerian kesihatan kalau ada orang kena denggi abf halau korang semua 



Isnin, 2 Januari 2012

budak flat kuat beromen ???














Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang serius kenyataan Ketua Sub-Unit Seksualiti, Bahagian Reproduksi Manusia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr. Hamizah Mohd. Hassan bahawa remaja yang tinggal di kawasan flat kos rendah adalah berisiko tinggi terdedah kepada perbuatan zina dan pembuangan bayi. Menurut beliau, faktor jarak rumah yang terletak berhampiran antara satu sama lain boleh mendorong kepada perbuatan tersebut.


DPPWP berkongsi kebimbangan dengan jumlah flat kos rendah atau Projek Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan Kuala Lumpur yang agak banyak. Dalam keadaan begini, bagaimanakah gejala seks bebas atau zina serta gejala pembuangan bayi dapat dibendung dalam masyarakat.


Faktor jarak rumah yang terlalu dekat sebagai penyumbang kepada gejala zina perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa. Mungkin kerajaan boleh memikirkan bagaimana agar jarak sesuatu rumah flat kos rendah tidak terlalu padat seperti sekarang dengan mengambil kira keselesaan dan kesesuaian penghuni rumah flat.  Selain itu, faktor rumah yang terlalu sempit serta bilik yang kecil dan tidak mencukupi menyumbang kepada gejala ini. Bagi keluarga yang mempunyai ramai anak, kepadatan rumah menyebabkan anak-anak remaja mereka sering keluar rumah kerana tidak tahan dengan suasana sempit dalam rumah. Dalam hal ini, DPPWP berharap agar kerajaan menyediakan sekurang-kurangnya 3 buah bilik untuk mengasingkan antara anak lelaki dan perempuan di samping ruang rumah serta bilik yang agak selesa untuk sebuah keluarga.


DPPWP juga ingin mengingatkan ibu bapa agar lebih berhati-hati dan mengawasi pergaulan anak-anak. Jangan sesekali membiarkan anak-anak bergaul bebas antara lelaki dan perempuan serta membenarkan rumah dijadikan tempat untuk mereka berjumpa. Ibu bapa juga perlu mengawasi telefon bimbit anak-anak, video-kamera, VCD serta komputer terutamanya akses kepada internet supaya anak-anak tidak menonton pornografi di rumah.


Selain itu, DPPWP mengharapkan Rukun Tetangga atau Persatuan Penduduk agar lebih aktif dalam menjalankan rondaan. Mana-mana aduan berhubung seks bebas atau pergaulan bebas perlu dipandang serius dan tindakan segera perlu diambil. Program motivasi remaja dan bimbingan fardhu ain perlu kerap diadakan di kalangan remaja selain kuliah ilmu dan tazkirah dihidupkan di surau flat.


Akhir sekali, DPPWP turut mengharapkan agar jiran menjadi mata dan telinga kepada masyarakat sekitarnya. Peribahasa ‘jangan jaga tepi kain orang’ sudah tidak boleh digunapakai lagi di dalam suasana masyarakat sekarang. Islam mengajar kita ‘amar ma’aruf nahi mungkar’ dan peka terhadap apa yang berlaku di sekitar terutamanya rumah jiran mereka. Hanya dengan cara ini gejala zina, maksiat serta pembuangan bayi dapat dibendung di kawasan flat.


Disediakan oleh;


FADHIL OSMAN


Ketua Penerangan


dah bagus ada pihak perihatin ingin mengawasi penduduk flat terutamanya remaja  dari pada zina, tapi dakwaan mengatakan remaja flat berisiko atau terdorong terlibat dalam gegala seks bebas umpama hanya memerhati  satu pihak dalam masyarakat,gejala seks bebas atau beromen suka sama suka ni

bukan boleh terkena pada budak flat sahaja malah budak teres dan budak duduk lot  banglo pon boleh terlibat,malah tak kira anak siapa, anak orang kaya sederhana, miskin, anak orang umno, anak orang pas,anak orang pkr semua boleh terlibat tak kira rumah besar atau kecik anak ramai atau kurang

dalam islam mengajar kita amar maaruf nahi mungkar takde pon sebut kita nak cegah jejala seks ini memandang dari satu pihak sahaja ,oleh kerana di kuala lumpur banyak kawasan perumahan flat ini tidak bermakna pencegahan hanya di kawasan flat,di kawasan lot banglo, rumah teres juga harus di pandang sama

abf teringat penah terserempak dengan remaja dengan aksi ringan ringan di taman permainan, apa yang abf nampak ia remaja yang menghuni di kawasan rumah teres berdekatan,cuma maksiat yang di lakukan berkelas atau pun tidak,tidak kira ia remaja flat atau pun tidak

sedangkan rumah banglo lot berjarak ada 6 bilik dengan kolam renang tidak di lihat sebagai tempat maksiat ??? bagi abf maksiat ini ada di mana mana tak kira pangkat,umur miskin kaya,menetap di rumah flat,kondominium ,teres dan banglo,langkah pencegahan harus menyeluruh


oleh kerana keadaan rumah flat yang bebas dan tiada privasi senang di perhati kita memandang satu pihak sahaja bersiko melakukan maksiat ,sedangkan rumah teres dan banglo tidak nampak, ialah sebab mereka privasi kita tak boleh lihat apa isi dalamnya sebab itu dengan mudahnya menuju satu pihak


abf:nak pesan kepada sesiapa yang nak cegah maksiat terutamanya zina dikalangan remaja,lakukan secara menyeluruh masyarakat tak kita tempat dan  pangkat, mentang mentanglah kebanyakan penghuni flat ni hidup sederhana dan miskin satu arah tuju sahaja di lihat,lepas tu biar orang kaya dan anak nya bebas melakukan maksiat,sebab apa??? sebab tak nampak ??? sebab hanya nampak kekayaanya ,nak cegah maksiat bukan kira tempat atau pangkat  ia di banteras secara menyeluruh



Ahad, 1 Januari 2012

pengenalan aku budak flat !!!





tapi akan di catit kedalam blog ini satu persatu,pada asalnya mak bapak abf adalah peneroka bandar yang datang dari pahang berkhidmat dalam perkhidmatan awam, tak perlu nak bagi tahu apa nama perkhidmatan itu,bagi abf ramai jua menerima nasib yang sama


terutamanya mereka yang meneroka di kawasan kuala lumpur dan selangor kawasan yang berdekatan dengan kuala lumpur,bagi abf  berkhidmat dengan kerajaan pun belum tentu di balas dengan setimpal cuma hanya di kaburi dengan pencen di usia emas



kadang kadang kuat main politik bagai nak gila pun belum tentu ia dapat membantu meringan beban kehidupan seharian kita sebagai rakyat terutamanya peneroka bandar yang takde hasil tanah seperti peneroka di tanah rancangan dan desa dapat untuk wang saku


tapi itulah realiti di bandar kepada yang bekerja di sektor swasta perlu mengambil langkah untuk mengatur strategi ekonomi,sebab itulah ada  istilah keluar gelap balik gelap bermakna keluar subuh balik magrib,malam waktu bersantai dan terus tidur



sebelum ini abf menetap di sebuah kampung di pinggir bandar kuala lumpur terletak di sempadan antara kuala lumpur dan selangor,kehidupan yang sungguh aman dan harmoni bertambah pula semua menetap di kampung ini majoriti peneroka bandar


yang datang dari seluruh pelusuk malaysia,ada juga yang memang berasal dari sini,semasa abf menetap di kampung atau istilah setinggan yang di beri nama oleh sang tamak semasa itu bekalan elektrik masih menggunakan generator sebesar gajah



apabila minyak generator habis satu kampung akan gelap,masa tu mana ada lampu jalan macam sekarang ,apabila malam je mengharapkan lampu picit memang gelap masa tu jalan raya saja yang di turap tar jalan antara kampung masih denai


walaupun serba kekurangan abf hidup aman dan harmoni ketika itu,rasanya takde masalah asalkan ada tempat tinggal menetap di atas tanah boleh bercucuk tanam cukup makan pakai,ruang rumah pun boleh tambah  kalau kapasiti keluarga bertambah


apa ada hal masa tu ??? semua ada takde hal,tertiba datang satu rejim malayzion ni mengaku nak majukan negara,nak majukan tanah nak bela nasib rakyat, tapi perlu ke  nak tindas tindas ni ??? yang paling bodoh ada pencacai yang rela di tindas


dengan nama kemajuan,kemajuan ??? dalam kemajuan perlu ke penindasan ???tak pasal pasal rejim malayzion atau lebih dikenali sebagai umno ni suruh semua penduduk kampung berpindah di sebuah rumah panjang sementara yang penuh daif


rupa rupanya mereka dan kroni ni dah plan nak tanah semua penduduk kampung nak majukan sebagai taman perumahan tapi penduduk kampung orang umno ni campak kat mana ??? campak kat rumah flat kos rendah dengan relanya penduduk sendiri bayar kosnya



masa tu mak bapak abf bekerja dengan kerajaan mampu jugak nak bayar kos,ada yang tak mampu sehingga terpaksa  berpindah ke tempat lain yang mana mereka mampu menetap,masih kuat di sanubari abf melihat  lori lori mengangkat barang


penduduk kampung untuk berpindah ke penempatan sementara di rumah panjang yang serba daif,standet rumah tangkap muat,rumah tak berapa sempurna,sementara nak tunggu bangunan flat siap semasa itu,rasa macam pelarian je ketika itu



bila abf korek balik sejarah mengapakah jadi sedemikian, rupa rupanya ini angkara malayzion umno yang mengejar keuntungan dari projek projek mega bersama pemaju keparat yang memberi kami rumah flat yang tidak sempurna yang separa siap


nampak sangat rumah flat yang di beri tidak lengkap dan sempurna,apa ingat nak bagi binatang duduk ke apa ???,biasalah masa tu semua penduduk teruja bakal menetap di rumah baru binaan batu tapi tak fikir kesanya selepas menduduki


sebelum berpindah ke rumah panjang,ada juga ceritanya sampai bergaduh gaduh,mana taknya kena paksa pindah,ada penduduk yang enggan berpindah,sampai bertumbuk dengan puak puak umno keparat ni tapi apa boleh buat mereka berkuasa


mereka malayzion umno ni tak panggil penduduk kampung  bincang dengan pemaju sama ada setuju atau pun tidak,diam diam tengok mereka buat konpirasi mereka kata semua  penduduk setuju untuk  berpindah dan memberi tanah tak kurang ajar ke macam tu ????


masa itu tidak sempat penduduk nak membangkang ,diam diam mereka puak umno dah  setuju sesama mereka,mesti ada unsul keuntungan pada mereka ketika itu sampai sanggup khianat sesama penduduk kampung,kononya mengaku pembela rakyat putuih !!!


kalau mereka ni (umno) masa tu ) betul nak bela rakyat patutnya mereka mintak geran tanah lot untuk semua penduduk, nasiblah masa tu abf masih kanak kanak rebina kalau tidak abf antara yang akan membantah dan mempertahan tanah peneroka bandar


sebagai rakyat malaysia kita ada hak untuk meminta tanah dan sebagai kerajaan itu adalah tanggungjawab untuk memberi tapak kepada rakyat,nak bayar pon takpa mesti ada sanggup membeli  dan membayar,sebab itu abf mengistiaf benci umno sampai kiamat


kalau orang umno nak ungkit kata abf tak bersyukur dapat seunit rumah flat,bukan mak bapak abf beli kos rumah flat guna duit umno,semuanya hasil keringat mak bapak abf jugak,semasa awal menetap di flat,ada yang tak mampu nak bayar kos rumah flat


terpaksa berpindah kerana rumah flat yang mereka duduki terpaksa di lelong oleh bank,masa tu umno yang konon perjuang bangsa pon tak boleh tolong bangsa sendiri yang majoritinya melayu ,masa duduk di kampung dulu tak jadi pun situasi macam ni


penah penduduk kampung berdialog dengan  yb umno  keparat ni yb keparat ni  kata,kalau tak nak duduk flat pergi  balik kampung,siap halau lagi tu,kurang ajarkan permimpin umno ni nak tindas orang kampung lepas tu nak halau


kalau suruh balik kampung tak jadilah peneroka bandar,pasal bahalol sangat ni ???kalau suruh balik kampung takdelah peneroka bandar jadikan sebuah kawasan tu sebagai kampung yang bertamadun,kalau suruh balik kampung macam mana penduduk nak keje


bodoh haprak punya yb umno yang juga seorang wanita permimpin apakejadahnya ni ???kini selepas belasan tahun menetap di flat bermacam macam suka duka terjadi ,semenjak berpindah di flat situasi mesra kampung tu dah hilang


dan abf yang pada asalnya anak peneroka bandar telah bertukar menjadi budak flat,dalam suka duka menjadi budak flat banyak suka duka  yang telah tercatat dari zaman kampung sehinggalah menjadi bandar yang pesat membangun


abf lahir di kuala lumpur membesar di selangor dengan situasi kampung sehinggalah bandar,banyak perubahan di sini sehingga abf rasa kadang kala percaturan ini tidak adil,abf jadi budak flat dari kerana situasi juga



abf:dapat merasakan ramai generasi baru terutamanya generasi peneroka awal bandar di kuala lumpur dan selangor menjadi mangsa ketaksub politik dan kepentingan diri sehingga terpaksa menjadi aku budak flat dan aku bapak kepada budak flat

selamat tahun baru 2012






selamat tahun baru 2012 kepada semua kita telah pon sampai di tahun yang moden dan telah masuk ke dunia ke3 tahun 2012 antara tahun yang di anggap drastik antara waktu dan perubahan,di dalam masyarakat bandar terutamanya di kuala lumpur menerima pembangunan yang melimpah masih ada lagi rakyat malaysia yang tidak langsung merasa pembangunan


jika mereka ingin merasa pembangunan itu mereka harus datang ke kota kuala lumpur dengan modal tersendiri,sama ada bekerja atau sebaliknya,bagi abf kuala lumpur penuh dengan suka duka sebagai generasi peneroka kota aku bersyukur apa yang abf ada sekarang,tapi abf harus beringat hidup di kota ini bila bila masa sahaja boleh di tindas dengan manipulasi undang undang


tapi perlu di ingatkan dalam penindasan itu masing masing ada hak sebagai individu rakyat yang perlu di pertahankan,dalam kehidupan kita mesti ada perjuangan sama ada untuk diri sendiri,keluarga dan masyarakat,tahun 2012 ini diramalkan lebih mencabar bagi abf,sistem kapitalis makin kuat bentengnya makin kukuh ada yang rela membantu menyusun tembok ini


nanti abf akan dedahkan dalam 20 rahsia di tahun 2012 di dalam artikel yang lain,alhamdulilah pembaharuan blog abf yang pada mulanya bernama b99 berjalan lancar dengan kehendaknya dengan url yang baru, blog berwajah baru ,di tahun masihi yang baru dan di alaf yang baru ini,abf akan lebih banyak mengeluarkan artikel dari pandangan abf sendiri


antaranya mengenai selok belok sebagai generasi peneroka bandar yang menetap di sebuah flat kos rendah di pinggir kota,banyak cerita suka duka di sini yang akan di kongsikan kepada semua masyarakat,tidak lupa jua infomasi konspirasi di dunia ketiga dan banyak lagi sejarah yang bakal diukir oleh abf disini,sokongan anda jua amat di alu alukan


abf:selamat maju jaya kepada semua di harapkan di tahun 2012 ini anda semua dapat selesaikan azam dan impian anda yang belum selesai hidup di dunia ketiga ini penuh cabaran yang kaya semakin kaya yang miskin semakin miskin,jika kita ikut cara islam berpandukan al quran dan hadis insyallah kita akan jumpa jalan