Ahad, 28 Mac 2010

Earth Hour klcc bergelap selama 1 jam





sambutan earth hour 2010 yang berlangsung di seluruh malaysia semalam mendapat sambutan ramai dengan memadamkan lampu selama 1 jam menunjukan perihatinya kita terhadap bumi kunjungan b99 di klcc menyaksikan ramai pengunjung dari dalam dan luar negara tidak melepaskan peluang melihat pencakar lagit ini terpadam , di sana juga antara yang mencuri tumpuan ramai tidak kira latar belakang dari umur mahu pun bangsa dan agama turut menyaksikan menara pencakar langit itu terpadam dan berlampu semula sejam kemudian,turut kelihatan pelancong asing yang tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan terpadam nya lampu di bangunan berkembar klcc yang menjadi mercu tanda kuala lumpur


b99 sempat mengunjung ke klcc untuk melihat kuala lumpur tanpa menara berkembar petronas akibat kegelapan, walaupun terlewat untuk menyaksikan menara klcc ini terpadam akibat kesesakan lalu lintas dan hal yang lain di kuala lumpur,bagaimana pun b99 sempat membuat liputan mengenai earth hour di klcc, terasa bagaikan berada di kuala lumpur era 80 an dan 90 an ketika itu akibat keadaan sekitar yang gelap dan mengharapkan lampu jalan dan lampu kenderaan yang lalu lalang di kawasan sekitar klcc ketika itu,para photograpi juga cukup ramai berhimpun di depan klcc untuk mengambil gambar klcc tanpa lampu sepenuhnya


walaupun lampu yang berada di klcc itu bukan 100% terpadam ia cukup membuatkan rasa teruja pada semua yang hadir, ini kali pertama juga b99 melihat kegelapan di klcc secara live dan terang terangan sebelum ini hanya melihat dari jauh semasa anjuran earth hour pertama di kuala lumpur, walaupun kebanyakan pasaraya,bangunan di aras bawah tidak menutup lampu dengan sepenuhnya ia tidak menjejaskan earth hour di kuala lumpur, rasa tenang dan nyaman pun ada apabila melihat panorama gelap dalam bandaraya kuala lumpur, jesteru itu syabas kepada penganjur kerana berjaya mengelapkan klcc dan kl tower selama sejam


selepas ini apa kata kita buat sendiri kempen gelapkan kuala lumpur selama semalam, baru lah dapat rasa kuala lumpur sebenar, tanpa lampu neon kadang kala menenangkan jiwa,bukan itu saja ia juga mengalakan penjimatan kadar penggunaan elektrik di seluruh bangunan di kuala lumpur, kadang kala bagus juga earth hour ini di harapkan tambah 12 jam bergelap baru mereka tahu bertapa susah nya orang dulu nak cari cahaya lampu,kalau pelita habis minyak kena cari lilin teringat zaman setinggan era 90 an jana elektrik kena guna generator bila minyak habis terus black out semasa itu semua sibuk cari minyak tanah dan lilin sementara nak tunggu generator pulih sedia kala, sambil tengok earth hour terfikir juga kesusahan orang dulu, terima kasih banyak la kepada Thomas Edison kerana mencipta mentol untuk kesenangkan generasi sekarang jasa tidak dapat ku balas dengan wang ringgit atau apa -apa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan