Ahad, 28 Mac 2010
Earth Hour klcc bergelap selama 1 jam
sambutan earth hour 2010 yang berlangsung di seluruh malaysia semalam mendapat sambutan ramai dengan memadamkan lampu selama 1 jam menunjukan perihatinya kita terhadap bumi kunjungan b99 di klcc menyaksikan ramai pengunjung dari dalam dan luar negara tidak melepaskan peluang melihat pencakar lagit ini terpadam , di sana juga antara yang mencuri tumpuan ramai tidak kira latar belakang dari umur mahu pun bangsa dan agama turut menyaksikan menara pencakar langit itu terpadam dan berlampu semula sejam kemudian,turut kelihatan pelancong asing yang tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan terpadam nya lampu di bangunan berkembar klcc yang menjadi mercu tanda kuala lumpur
b99 sempat mengunjung ke klcc untuk melihat kuala lumpur tanpa menara berkembar petronas akibat kegelapan, walaupun terlewat untuk menyaksikan menara klcc ini terpadam akibat kesesakan lalu lintas dan hal yang lain di kuala lumpur,bagaimana pun b99 sempat membuat liputan mengenai earth hour di klcc, terasa bagaikan berada di kuala lumpur era 80 an dan 90 an ketika itu akibat keadaan sekitar yang gelap dan mengharapkan lampu jalan dan lampu kenderaan yang lalu lalang di kawasan sekitar klcc ketika itu,para photograpi juga cukup ramai berhimpun di depan klcc untuk mengambil gambar klcc tanpa lampu sepenuhnya
walaupun lampu yang berada di klcc itu bukan 100% terpadam ia cukup membuatkan rasa teruja pada semua yang hadir, ini kali pertama juga b99 melihat kegelapan di klcc secara live dan terang terangan sebelum ini hanya melihat dari jauh semasa anjuran earth hour pertama di kuala lumpur, walaupun kebanyakan pasaraya,bangunan di aras bawah tidak menutup lampu dengan sepenuhnya ia tidak menjejaskan earth hour di kuala lumpur, rasa tenang dan nyaman pun ada apabila melihat panorama gelap dalam bandaraya kuala lumpur, jesteru itu syabas kepada penganjur kerana berjaya mengelapkan klcc dan kl tower selama sejam
selepas ini apa kata kita buat sendiri kempen gelapkan kuala lumpur selama semalam, baru lah dapat rasa kuala lumpur sebenar, tanpa lampu neon kadang kala menenangkan jiwa,bukan itu saja ia juga mengalakan penjimatan kadar penggunaan elektrik di seluruh bangunan di kuala lumpur, kadang kala bagus juga earth hour ini di harapkan tambah 12 jam bergelap baru mereka tahu bertapa susah nya orang dulu nak cari cahaya lampu,kalau pelita habis minyak kena cari lilin teringat zaman setinggan era 90 an jana elektrik kena guna generator bila minyak habis terus black out semasa itu semua sibuk cari minyak tanah dan lilin sementara nak tunggu generator pulih sedia kala, sambil tengok earth hour terfikir juga kesusahan orang dulu, terima kasih banyak la kepada Thomas Edison kerana mencipta mentol untuk kesenangkan generasi sekarang jasa tidak dapat ku balas dengan wang ringgit atau apa -apa
Jumaat, 26 Mac 2010
aero bundle catat sejarah hitam
berikut antara tragedi yang sudah lama belaku melibatkan pesawat yang sama Pilatus PC-7 MK II , semua tragedi berlaku mempunyai masalah teknikal, persoalannya bukankah tentera telah di siapkan mekanik sebelum pesawat berlepas, adakah tradisi bundle aero yang di amalkan menyebabkan tentera kita terkorban sebelum ke medan perang
sejuta persoalan selamatkah malaysia dari sudut pertahanan !!! sejarah menunjukan tentera kita terkorban sebelum ke medan perang,jika amalan tangkap muat dan pembelian aero bandle dalam pertahanan di terus kan, kita sebagai orang awam perlu sediakan tempat bawah tanah untuk berlindung atau tempat ke luar negara jika tidak berani menhadapi perang
antara rekod-rekod tragedi melibatkan pesawat pilatus milik tentera udara malaysia
25 mac 2010-pesawat dipandu Mejar Muhammed Zulrihan Jusof, 39, dikatakan mengalami masalah teknikal ketika membuat persembahan sebelum terjunam ke dalam kawasan hutan simpan berhampiran kolej kediaman pelajar MISC/TM.
# 11 September 2009 - Mejar Zulkifli Hassan, 38, dan Mejar Mohd Roszaini Mustafa, 37, terbunuh apabila pesawat terhempas di Langkawi.
# 16 Disember 2004 - Nahas pesawat latihan Pilatus PC-7 mengorbankan Leftenan Amnart Summok, 23, dan jurulatihnya, Mejar Alias Bakar, 36, di Kampung Titi Besi, Kepala Batas.
# 27 Mei 2004 - Leftenan Mualimin Jasid, 23, terbunuh apabila pesawat Pilatus PC-7 terhempas di Kampung Padang Gelanggang, dekat Jerlun, Kedah.
# 12 Ogos 2003 - Pelatih penerbangan KTU, Leftenan Mai Elmy Sefrina Jalaluddin, 22, terkorban selepas pesawat Pilatus terhempas di Jalan Bukit Kayu Hitam-Changlun, Kedah.
# 12 April 2001 - Seorang juruterbang jurulatih TUDM terbunuh apabila Pilatus PC-7 TUDM terhempas di Kampung Kepala Parit Dalam, Tokai, Pendang.
# 12 Julai 1993 - Juruterbang pelatih TUDM, Leftenan Muda Mohamad Nazri Amran, 21, terbunuh apabila pesawat terhempas di sawah Kampung Chemumar, Tambun Tualang, Perlis.
# 31 Januari 1992 - Pesawat Pilatus PC-7 terhempas dalam Sungai Kemaman, Terengganu menyebabkan juruterbangnya terbunuh.
# 25 September 1990 - Leftenan Muda Faizal Muhammad terbunuh apabila pesawat merempuh asrama di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.
# September 1984 - Leftenan Muda S Thulasiram terbunuh selepas pesawat TUDM terhempas di Kampung Bukit rambai,pendang,kedah
tragedi cemas Pilatus terhempas
PESAWAT Pilatus PC-7 MK II (gambar kecil) milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di kawasan hutan berhampiran kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, hari ini. Jurucakap TUDM mengesahkan seorang juruterbang terbunuh dalam kejadian itu.
adakah tragedi ini berpunca dari kapal terbang sekehen adan aero bandle yang di beli untuk save bajet ??? ini terus menjadi persoalan
takziah dan al fatihah kepada keluarga mangsa
sambutan Earth Hour 2010 di malaysia
ahli parlimen hulu selangor meninggal dunia
ahli parlimen hulu selangor dari pkr datuk zainal Abidin Ahmad meninggal dunia malam semalam akibat barah otak jenayah allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melaka di Jalan Cheras-Kajang kira-kira 11 pagi tadi.
takziah di ucapkan kepada keluarga allahyarham, nampak nya 1 lagi pilihan raya kecil akan di anjurkan di kawasan parlimen hulu selangor
Khamis, 25 Mac 2010
asas pertahanan diri dan medik ke dalam kokurikulumal perlu di perkuatkan
asas pertahanan diri dan medikal perlu di perkuatkan lagi dalam kokurikulum sekolah pada masa kini, dengan keadaan faktor keselamatan diri yang perlu di serapkan dari bangku sekolah lagi, di masa sekarang ini kita tidak nampak kesan dari benda yang di sebutkan ini,contoh kes kes yang berlaku seperti mangsa kemalangan atau mangsa jenayah kebanyakan orang awam hanya tahu tengok dan kaku untuk menolong akibat tiada asas atau ilmu yang berkaitan di atas
ini semua akibat benteng yang perlu di serapkan kepada generasi tidak di perkuatkan, malah ia tidak di ambil tahu sesetengah masyarakat, di dalam kokurikulum sekolah asas berkaitan tidak di perkuatkan malah asas yang di pelajari amat la sedikit dan tiada langsung susunan amali di lakukan yang di pelajari hanya la teori yang menyebabkan suasana panik dan kelang kabut apa bila kejadian kejadian berkenaan terjadi depan mata
apabila di tanya mengapa tidak membantu rata-rata mengatakan takut dan tidak terdaya menolong mangsa kemalangan mahu pun mangsa jenayah ini semua di sebabkan faktor kekurangan ilmu pada tahap itu, ilmu pertahanan diri dan medikal perlu di perkuatkan di dalam kokurikulum sekolah dari sekarang supaya generasi kita yang ada kini tidak buta atau kaku jika ada kejadian yang tidak di ingini belaku depan mata
ini semua terjadi akibat kelemahan dalam sistem pelajaran yang hanya memandang akademi dan sukan dalam subjek penting sedangkan perkara asas yang patut di pelajari di pandang ringan dan tidak mengalakan pelajar menyertainya, tidak pelik mengapa orang-orang yang ada sekeliling anda tidak membantu anda kerana tidak mempunyai asas di atas, jika kejadian itu menimpa kita perkataan pertama yang kita dengan talefon polis !!! talefon ambulans!!! benda ini akan terus belaku jika perkara di atas tidak di wajibkan di sekolah, ada juga yang ingin membantu mangsa kemalangan tetapi tidak ada asas medik yang menyebabkan mangsa yang ada peluang untuk hidup mati di dalam perjalanan akibat kecederaan dalaman yang parah
idea ini akan b99 beri kepada menteri pelajaran malaysia
Isnin, 15 Mac 2010
lee chong wei catat kemenangan edisi ke 100 all england
BIRMINGHAM, England - Datuk Lee Chong Wei muncul perseorangan kedua Malaysia dalam tempoh 44 tahun berjaya merangkul kejuaraan badminton berprestij, All England di Birmingham semalam.
Jika pada 2003, Muhammad Hafiz Hashim menamatkan penantian 37 tahun Malaysia, kemenangan Chong Wei kali ini pula istimewa kerana ia diraih ketika kejohanan badminton tertua di dunia itu menyambut ulang tahun ke-100.
Kepuasan terpancar di wajah Chong Wei sejurus disahkan selaku juara buat kali pertama, apabila dia mencium gelanggang sebaik tamat perlawanan sebelum mendakap jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek.
Bagi Misbun pula, ini adalah kejayaan peribadi keduanya membawa pulang kejuaraan All England selaku jurulatih selepas turut bertanggungjawab membimbing Hafiz pada 2003.
"Kemenangan ini belum melengkapkan karier Chong Wei tetapi ia meningkatkan moralnya kerana sebagai pemain No. 1 dunia akhirnya Chong Wei memiliki satu kejuaraan besar.
"Bagaimanapun pada saya Chong Wei seorang pemain yang amat luar biasa, tidak ramai yang boleh memenangi tiga kejuaraan berturut-turut. Dia muncul juara di Terbuka Korea, kemudian Malaysia dan kini All England,'' kata Misbun ketika dihubungi di Birmingham.
Walaupun impian untuk menentang musuh ketat, Lin Dan di final tidak kesampaian, namun Chong Wei tetap tidak diberi laluan mudah oleh Kenichi Tago apabila dipaksa berhempas pulas oleh pemain muda Jepun itu sebelum menang 21-19, 21-19.
Jaguh No. 1 dunia itu menjadi pemain Malaysia kelima berjaya merangkul gelaran perseorangan All England selepas Wong Peng Soon, Datuk Eddy Choong, Tan Aik Huang dan Hafiz.
Koo Kien Keat-Tan Boong Heong merupakan pemain Malaysia terakhir menjuarai gelaran prestij ini dalam saingan beregu lelaki pada 2007.
Dalam perlawanan semalam, Tago mencemaskan Chong Wei apabila mendahului saingan sejak awal sehingga kedudukan 11-15, sebelum dikejar Chong Wei 15-15.
Walaupun kurang pengalaman dan skil, namun Tago, 20, terlalu liat untuk ditewaskan Chong Wei apabila memaksa pemain negara itu memegang empat mata set pada kedudukan 20-16, 20-17, 20-18 dan 20-19, sebelum akhirnya menang 21-19.
Aksi Chong Wei pada awal set kedua lebih meyakinkan apabila dia mendahului dari awal saingan, namun kesilapan yang kerap dilakukan, termasuk sering terikut-ikut permainan rali lawan menyebabkan saingan terikat 11-11, 14-14 dan 15-15.
Seperti set pertama, Tago liat untuk dijinakkan apabila memaksa Chong Wei memegang tiga mata kemenangan sebelum tunduk 19-21 selepas membiarkan saja pukulan Chong Wei yang disangka terkeluar.
Sementara itu, kejohanan All England kali ini menyaksikan banyak kejutan, bermula dengan kejayaan pemain Denmark dan juara 2008, Tine Rasmussen merampas kejuaraan perseorangan wanita dengan menumbangkan pemain No. 1 dunia dan penyandang juara, Wang Yihan 21-14, 18-21, 21-19.
Terdahulu pasangan bukan pilihan dari China, Zhang Nan-Zhao Yunlei mengejutkan pasangan No. 1 dunia, Nova Widianto-Liliyana Natsir 21-18, 23-25, 21-18 untuk muncul juara beregu campuran.
sekalung taniah diucapkan kepada lee chong wei yang bersama mencipta sejarah menjuarai kejohanan all england edisi ke 100, 1 lagi sejarah di cipta oleh anak malaysia, malaysia boleh
Selasa, 9 Mac 2010
menjadi syaitan bisu akibat makan gaji
syaitan bisu yang di maksudkan adalah seseorang yang mengetahui mengenai agama tetapi tidak mengedahkan walaupun ternyata haram di depan mata sendiri,kisah syaitan bisu yang ingin di laporkan di sini adalah mengenai seorang individu yang boleh di katakan di hormati juga di tanah air ini tetapi sayang nya beliau tela menelan ludah beliau sendiri akibat kerja makan gaji di bawah orang yang terang mengamalkan rasuah, yang beliau sendiri tahu
malah sanggup menjadi agen akibat mahukan publisiti yang meluas,sedangkan banyak lagi faktor mengenai agama yang harus di ambil berat oleh beliau seperti yang di lantik menjadi penasihat agama,malang nya beliau juga sanggup menjadi syaitan bisu akibat desakan makan gaji di bawah organisasi yang mengamalkan rasuah, cara beliau mengajak bersatu di dalam organisasi yang korup sungguh mengecewakan,dan melupakan ideologi beliau sebelum ini
beliau juga penah mengistiarkan perharaman 1 program anjuran syarikat tv swasta di sebuah negeri di bawah nasihat beliau tetapi kini program yang beliau haramkan itu diadakan sehingga 2 kali, kini beliau telah menjilat ludah beliau sendiri akibat diam seribu bahasa mengenai program itu amalan korupsi yang di amal oleh satu organisasi di depan mata beliau sendiri tidak dapat di sanggah oleh beliau sendiri sedang beliau adalah antara orang-orang yang di lantik menjadi penasihat agama negeri, persoalan nya di manakah perginya perjuangan beliau sebelum ini ??? di sebab itulah beliau boleh di gelar sebagai syaitan bisu aibat makan gaji
memang kita sebagai umat manusia ada kalanya selalu membuat kesilapan, akan tetapi ilmu yang kita ada sepatut nya di sebarkan agar ilmu yang datang dari allah.s.w..t itu tidak mati di telan zaman, yang haram harus di sanggah walaupun ada kalahnya kita terpaksa mengambil resiko,jika tidak kita akan terperosok sebagai syaitan bisu
Isnin, 8 Mac 2010
kenapa fairus masuk umno ???
Fairus Khairuddin akhirnya meninggalkan Parti. Sejak beliau menyertai Kerajaan Pulau Pinang dan selepas meletakkan jawatan sehingga terkini, beliau merupakan liabiliti.
Fairus tiada pilihan lain dari meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri kerana beliau ketika itu disiasat SPRM dan prestasinya tidak memuaskan. Apabila berhenti, beliau menuntut supaya Parti melunaskan hutang untuk dua buah kereta mewahnya dan membayar beliau RM15,000 sebulan buat selama-lama yang ditentukannya. Tidak ada sebab bagi Parti melayan tuntutan itu. Lagipun Parti tidak mampu berbuat demikian.
Atas rasa belas kasihan terhadap anak isterinya seorang baik hati memberikannya “kerja” dengan bayaran bulanan sebanyak RM4000. Beliau tidak puas hati dan oleh itu terus memburukkan pimpinan Parti. Kini beliau sudah berjumpa dengan pemimpin Umno yang boleh membayarnya jauh lebih besar dari itu.
Fairuz memberikan alasan kaum dan agama kerana tindakannya. Sangat memalukan. Beliau sendiri, kawan-kawannya dan Allah mengetahui sebab sebenar.
DR. SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden, KEADILAN
akibat desakan hidup dan gilakan kebendaan fairus sangup meninggalkan parti dan tergoda termakan umpan gula-gula yang ternyata lebih lumayan,selok elok nya jika ada ap atau adun yang bersikap bergini seeloknya di sanggah oleh rakyat
genap 2 tahun pakatan rakyat memerintah
Prestasi Kerajaan Negeri-Negeri Pakatan Rakyat Sepanjang 2 Tahun
Pakatan Rakyat secara tuntas memperlihatkan kerjasama dan muafakat utuh demi memasti serta menjamin kemaslahatan rakyat. Pakatan Rakyat akan sentiasa menjunjung prinsip-prinsip Perlembagaan yang menjamin hak orang Melayu, agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
Pakatan Rakyat akan terus memastikan dasar-dasar yang dilaksanakan didasari prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban. Berdepan dengan masalah perkauman yang meruncing, rakyat di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat menunjukkan perpaduan kaum yang semakin jitu dan utuh. Negeri-negeri Pakatan menunjukkan prestasi ekonomi yang memberangsangkan jika dibandingkan dengan negeri yang ditadbir Umno-Barisan Nasional.
Selangor
Negeri Selangor mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM6.76 billion pada tahun 2009 dan mencipta sebanyak 20,753 peluang pekerjaan. Dari jumlah pelaburan tersebut, RM2.752 bilion (40.8%) merupakan pelaburan tempatan. Manakala Projek Industri yang diluluskan di Selangor berjumlah 278, ianya merupakan yang tertingi dicatatkan di negara ini.
Kerajaan Negeri Selangor juga mensasarkan enam hingga tujuh peratus pertumbuhan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini daripada penguncupan sebanyak 3.87 peratus tahun lepas.
Selangor juga mencatatkan penurunan indeks jenayah sebanyak 5.3 peratus iaitu sebanyak 54,339 kes sepanjang tahun 2009 berbanding 57,704 kes pada tahun sebelumnya.
Kerajaan Negeri juga memperuntukkan kira-kira RM6 juta kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri ini bagi menjalankan aktiviti pendidikan dan pembelajaran berteraskan Islam sepanjang 2010. Peruntukan ini diberikan kepada SAR yang tidak pernah mendapat sebarang peruntukan kewangan dan peralatan pembelajaran dari Kerajaan Negeri mahupun sumbangan individu.
Pulau Pinang
Pulau Pinang meluluskan sebanyak 104 projek industri (ketiga tertingi). Dasar CAT (daya saing, pertanggungjawaban dan ketelusan) menjadi pemangkin kepada kejayaan Pulau Pinang untuk merekodkan lebihan belanjawan (surplus) sebanyak RM88 juta berbanding jangkaan defisit sebanyak RM35 juta (belanjawan 2008)
Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga mewujudkan 200 ekar hub pendidikan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat pendidikan terunggul. Pengiktirafan serta bantuan kewangan (pemberian tunai) kepada pelajar terbaik SPM dan STPM serta para huffaz.
Bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat berjumlah RM97 ribu per sekolah, RM60 ribu kepada setiap sekolah Cina dan RM63 ribu kepada setiap sekolah Tamil. Jumlah keseluruhan ialah RM11.3 juta.
Kedah
Pelaburan adalah penyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri. Di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Kedah telah mencatatkan pelaburan keseluruhan lebih RM839 juta bagi tempoh Januari hingga September 2009, dengan nilai pelaburan tempatan sebanyak RM279.4 juta dan pelaburan asing sebanyak RM559.8 juta.
Kini dengan keluasan 1,000 hektar kerajaan mendapat hasil RM16.7 juta, tidak termasuk cukai per tan metrik bila balak dikeluarkan dari hutan. Sedangkan di bawah pentadbiran Umno-BN, dengan keluasan yang sama, hanya mampu mengutip RM3 hinggga RM4 juta sahaja termasuk cukai kayu pertan metrik. Kejayaan ini merupakan hasil dari pelaksanaan dasar yang telus serta tidak berkompromi dengan rasuah.
Kelantan
Semenjak 20 tahun lepas Kerajaan Kelantan secara berterusan dianaktirikan akan tetapi Kelantan tetap berjaya dengan program negeri berkebajikan. Program Kifalah untuk anak yatim, golongan miskin, ibu tunggal dan orang kurang upaya telah menjadi contoh kepada banyak negeri. Begitu juga dengan program Perbadanan Ladang Rakyat yang membantu golongan marhaen, Bandar Baru Tunjung dibina menjadi pusat komersil satelit kepada Kota Bharu. Kerajaan Negeri berjaya mengambil alih bekalan air daripada Thames Water kepada Air Kelantan. Selain itu PMBK menjadi agensi pelaburan utama negeri yang sebelum ini gagal di bawah pemerintahan BN sebelum 1990. Kerajaan Negeri berjaya menguruskan 20 sekolah agama bantuan penuh kerajaan negeri yang cemerlang dan menjadi saingan kepada sekolah premier di bawah Kementerian Pendidikan. Kehadiran pelbagai syarikat multinasional adalah bukti kuasa beli rakyat Kelantan terus kukuh. Sepanjang 20 tahun pemerintahan ekonomi tempatan dibina secara kendiri tanpa bantuan stimulus dari kerajaan Pusat.
taniah di ucapkan kepada pakatan rakyat walaupun ada beberapa ap yang bertukar menjadi katak ini tidak sedikit pun mengangguperjalanan untuk memajukan negeri-negeri yang menjadi sumber utama di malaysia, di harapkan pakatan rakyat tetap terus mentadbir negeri-negeri ini dan insyallah negara malaysia dengan sokongan padu penuh dari generasi muda
Jumaat, 5 Mac 2010
apabila raja katak sibuk melompat
inilah terjadi di malaysia sekarang cerita raja katak hangat menjadi perbualan di media harus perdana makna tidak nya binatang atau haiwan yang di maksudkan adalah bertopengkan manusia apabila gilakan kuasa rajakatak ini sanggup melompat meninggalkan tempat asal atau habitat nya perkara ini betul betul jadi apabila raja katak berkenaan meninggal kan habitat asal nya oleh kerana tergoda dengan umpan yang di pancing oleh agen agen korupsi
kerana 2 ekor rajakatak dan 1 ratu katak negeri yang terkenal dengan bijih timah ini huru hara dan tidak stabil dunia pemerintahanya,oleh kerana sikap kebinatangan ini telah terserap dalam hati manusia yang mengkhianati pilihan rakyat dengan adil dan sesakma, kerana 3 ekor katak sebuah negeri tidak stabil nilai pemerintahan nya sedangkan perkara telah di amanahkan,inilah telah terjadi apabila manusia yang bersifat berkepentingan in menjadi yb
apabila raja katak sibuk melompat mengkhianati kerusi yang telah di amanah kan oleh rakyat sesuatu kawasan itu tidak akan tersusun tiada guna nya lagi di hormati rakyat malah raja katak ini harus di sanggah terus untuk membersihkan sisik sisik jijik supaya tidak berjangkit kepada masyarakat, seelok elok nya jika tiadasifat kejujuran dan amanah lebih baik rajakatak memilih keluar dari kerusi yang di amanahkan oleh rakyat, di manakah pergi nya sumpah-sumpah rajakatak ini terhadap kerusi yang amanahkan oleh rakyat
wahai rajakatak dan yang bakal menjadi raja katak ingatlah wang ringgit itu akan habis tidak akan di bawa sampai ke kubur, ilmu,berbudi tidak akan habis biar pun jasad di mamah tanah bumi ibarat roda bermegah lah kamu sebelum kamu di sanggah tanah di sebabkan balasan melanggar sumpah setiamu di depan allah s.w.t terimalah nanti akibat kamu yang berlari semasa perang perjuangan di bawah naungan kalam yang di amanahkan
hidup jangan jadi lembu akal jangan jadi dungu hati jangan jadi katak inilah apabila terdesak inilah terjadi ada sesetengah ap dan adun yang melanggar sumpah setia kemudian dengan bangga nya melompat tanpa maruah dan pendirian orang macam ini kita harus sangaah sebelum negara kita yang di cintai tidak terjajah tanah, fikir-fikiranlah
apabila manusia bertindak lebih pada binatang
apabila manusia bertindak lebih daripada binatang perkara rakus dan kejam akan menjadi satu tragedi sadis kepada mereka yang menjadi mangsa, itulah akal manusia yang telah di rasuk iblis dan syaitan jika ada keris pastikan saudara sendiri juga akan di hunus tanpa sebab yang munasabah,manusia yang di jadikan lebih mulia oleh allah .s.w.t di beri pilihan baik dan buruk
akan tetapi apabila diri tiada pertahanan yang kukuh langsung tiada 1 tiang dalam sehari maka mudah lah terperosok di di alunan dunia keji yang di bawa oleh syaitan dan iblis,kadang-kadang kita tidak memikir panjang untuk melakukan sesuatu perkara yang melibatkan silaturahim
sanggup menconteng arang di muka saudara sendiri demi egois keibilisan apa tidaknya apabila manusia itu berasa diri nya lengkap dan sempurna maka yang kurang sempurna ini akan menjadi mangsa diskriminasi, dan bermacam-macam lagi fakta egois keiblisan
mencari ilmu bertahun-tahun dan sejauh rantau mana pun akal masih pendek dan keliru untuk menentukan kebenaran yang masih ada depan mata,adakalanya ilmu seseorang itu rendah tetapi akal nya panjang di sebabkan bijak menggunakan pengelaman menjadi tauladan, tidak semestiya kita menang dengan pedang siapa yan di hunus akan kalah
biarkanlah kita menang dengan otak dan akal yang di kurnia allah. s.w.t kepada seseorang hamba nya,yang perlu di ingatkan menang dengan pedang tamadun akan hilang menang dengan otak dan akal tamadun akan gemilang, jadi pilihan semua di tangan manusia yang berakal, gunalah dengan sebijak-bijak nya untuk menentang musuh kita yang sebenar seperti syaitan,iblis dan juga dajal, bukan nya ada ilmu tinggi tetapi sombong dan bongkak
inilah terjadi nya apabila kita berada di penghujung zaman manusia bertindak lebih liar dari binatang apa yang di tulis dalam al quran dan hadis itu semua benar benar berlaka tiada sangkaal lagi,pengelaman itu ilmu,ilmu juga pengelaman umpama mengutip sebiji permata di tanah gersang dan menyelam mencari mutiara di lautan yang dalam fikir-fikirlah inilah terjadi sekarang jika kita teguh pasti kita berdiri yang batil pasti nya jatuh
segala kesulitan amatlah di kesali
lagi sekali pihak b99 memohon maaf atas segala kesulitan amat di kesali kerana tidak mengeluarkan fakta-fakta baru dan berita sepanjang penghujung bulan febuari sehingga awal mac 2010 di sebabkan kesulitan amat di kesali oleh pihak b99 sendiri
b99 juga mengucapkan terima kasih kepada pengunjung yang sudi singah ke web blog b99 unuk info dan maklumat lanjut diblog ini, penambahan pengunjung di blog99 jelas kelihatan jadi dari pihak kami akan cuba yang terbaik untuk memberi infomasi telus luahan bernas kepada anda