Selasa, 21 Februari 2012

beza kemudahan kurikulum antara sekolah melayu dan sekolah cina



kemudahan kurikulum di sekolah kebangsaan 



             kemudahan kurikulum di sekolah kebangsaan (berbumbung)                






assalamulaikum semua,rasanya sudah lama abf tidak menulis artikel disini  ,ini  semua kerana komitmen yang lain yang menyebabkan abf tidak menulis artikel yang baru,sebenarnya banyak yang harus di beri tahu kepada semua tapi abf tangguh untuk kemudian hari ,hari ini adalah artikel pertama untuk bulan februari




agak terlewat sebenarnya bulan februari pun sudah sampai di pertengahan,orait sebenarnya sudah lama nak cerita perkara ini antara sekolah kebangsaan (melayu) dan sekolah jenis kebangsaan (cina) baru baru ini abf masuk di kawasan pendalaman di sebuah daerah di pahang  lalu pula di kawasan penempatan cina 




yang terdiri dari kaum cina ,walaupun di dalam kawasan pendalaman di kawasan terbabit di lihat maju dari infrastruktur berbanding kampung kampung melayu yang kelihatan mundur,bukan nak pelekehkan kampung melayu ini adalah hakikat sebenar apa yang abf nampak sendiri,semasa lalu di situ 




abf ternampak sebuah sekolah cina yang cukup lengkap infastrukturnya kalau tak silap ia sekolah rendah jenis kebangsaan cina (srjk) walaupun kawasanya pendalaman reka bentuk bangunan terbabit umpama sebuah sekolah swasta atau sekolah antarabangsan dengan kemudahan kurikulum yang berbumbung 




gelanggang bola keranjang yang luas dan berbumbung boleh digunakan ketika panas  ataupun  hujan,abf sebenar memang terkejut dengan kemajuan yang ada pada srkj terbabit walaupun kawasan pendalaman,berbanding dengan sekolah kebangsaan yang kebanyakanya kelihatan mundur 





gelanggang bola keranjang di sekolah kebangsaan juga tidak berbumbung apa yang abf lihat kebanyakan gelanggang bola keranjang atau pun takraw tidak berbumbung sedangkan di gelanggang itu saja boleh di gunakan apa saja aktiviti kurikulum dan tidak ada alasan untuk mengelak terjalanya  aktiviti kurikulum 


apabila cuaca panas atau pun hujan, selain gelanggang yang boleh digunakan untuk bola keranjang,takraw atau pun futsal ia juga boleh digunakan untuk aktiviti bebas yang lain tetapi malangnya di sekolah kebangsaan ia di persiakan saja kerana tidak mempunyai kemudahan berbumbung seperti yang ada pada sekolah cina 


yang pelik tak cukup lagi ke peruntukan yang di beri oleh kerajaan dan pibg ??? inilah masalah yang ada pada kebanyakan sekolah kebangsaan  yang mengangap sekolah tempat menternak bukan untuk mendidik,apalah nasib sekolah kebangsaan yang rata rata adalah pelajar melayu 



teringat masa zaman abf sekolah dahulu  selalu aktiviti kurikulum yang dijadualkan terbatal akibat cuaca hujan dan ribut petir,tak pasal pasal masa di persia siakan bergitu saja,abf ingat zaman sekarang dah berubah,rupanya masih hujud lagi kerana abang abf sendiri seorang guru 


beliau sendiri menceritakan apabila cuaca hujan maka sukarlah untuk menjalan aktiviti kurikulum maka terbatalkan aktiviti terbabit walaupun guru pelatih dan pelajar itu hadir untuk aktiviti berkenaan tempat yang tidak berbumbung adalah faktor utama yang masih membelegu sekolah kebangsaan 


ABF:kekadang malu dengan sekolah kebangsaan sendiri yang rata rata terdiri dari kaum melayu dari pelajar sehinggalah guru semuanya melayu tapi masih layu dari infastruktur dan kemudahan berbanding dengan sekolah cina sedangkan sekolah cina tidak banyak mendapat peruntukan jika di bandingkan dengan sekolah kebangsaan, persoalan di kepala otak abf mana pergi peruntukan terbabit ???? ado malam !!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan