Khamis, 6 Januari 2011

sudah tahun 2011 sk sri perak masih di bawah rumah pangsa


antara sejarah sk sri perak








barisan guru sekolah sk sri perak sentul




sk sri perak yang saban hari saban tahun di bawah rumah pangsa





fizikal sekolah



objektif sekolah



fizikal sekolah




itulah nasib warga guru dan murid-murid sk sri perak sentul kuala lumpur yang masih bertapak di ruang bawah bangunan 4 block rumah pangsa perumahan awam sri perak sentul,hari demi hari tahun demi tahun tapi sk sri perak masih tidak mempunyai bangunan sekolah sendiri


walaupun perbinaan sekolah ini dahulunya berasal untuk anak-anak penduduk rumah pangsa sri perak atas sebab faktor bilangan murid di sekolah berdekatan yang terlalu ramai,tetapi tidak relevan lagi di zaman moden yang dengan penuh dengan pembangunan sekolah ini masih di berdiri disitu


seharusnya pertubuhan sekolah ini hanya sementara waktu tetapi malang nya kerajaan atau kementerian wilayah terlepas pandang faktor sekolah di bawah rumah pangsa ini. di buka pada tahun 1989 bagi menampung murid yang penuh disekolah berdekatan ketika itu


kini kadar pendudukan di sekitar kuala lumpur makin bertambah dan terus bertambah,dan sudah tentu bilangan murid yang akan belajar di sk sri perak ini semakin bertambah walaupun sekolah ini di katakan untuk penduduk rumah pangsa sri perak sudah tentu penduduk berhampiran


akan menghantar anak mereka sekolah di sini ,majoriti murid si sk sri perak adalah melayu tapi sayangnya mereka di lupai oleh permimpin melayu sendiri, sudah berkurun lama sekolah ini meminta bangunan sendiri tetapi malangnya sehingga kini tiada lagi bangunan untuk sekolah ini



tahun lalu 2010 menteri pelajaran telah mengumumkan peruntukan 20 juta untuk membina bangunan sk sri perak tetapi sehingga kini tiada khabar berita mengenai pembinaan atau pemacakan bangunan sekolah ini, di manakah janji itu ???? http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0117&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm


diharapkan janji jangan tinggal janji seharusnya sekolah ini di bina dengan cepat,wajarkah peruntukan 20 juta untuk sk sri perak tetapi tiang sekolah pon belum ada lagi.bila bina menara warisan yang tidak memberi faedah kepada rakyat ada pula peruntukan bajet


untuk pembinaan sekolah untuk anak bangsa umpama di anaktirikan umpama pembinaan sekolah ini tidak memberi sebarang keuntungan kepada kerajaan ubn, fikirlah kerajaan ubn sekolah itu tempat lahirnya permimpin dan daya ekonomi negara dan hala tuju masa depan generasi negara


isu pelajaran sepatutnya tidak di padang remeh oleh pihak terbabit,bukan sahaja sk sri perak banyak lagi sekolah di sekitar lembah klang yang terpaksa menimba ilmu di dalam kotak kontena yang di jadikan bilik darjah akibat penerimaan murid dan pelajar yang saban tahun semakin bertambah


tiada jalan alternatif baru yang di buat oleh kerajaan ubn untuk mengatasi masalah ini saban tahun sekolah di bawah kerajaan terpaksa di tambah dengan kontena untuk menampung bilik darjah yang tidak cukup,macam mana nak capai wawasan 2020 jika murid dan pelajar kita masih belajar di dalam sebuah kontena ??? pelik mana dana dari cukai rakyat untuk pembinaan sekolah baru

2 ulasan: