sebenarnya dah lama gua nak tulis pasal isu hudud ni baru hari ini berkesempatan menulis mengenai isu hudud untuk pengetahuan hudud adalah hududalllah atau hukum allah jadi bukanlah perkara yang boleh di buat main main kerana hukum ini datangnya dari allah s.w.t dari dulu lagi gua dengar
pihak dari parti pas ini nak melaksanakan hukum hudud dan akhirnya dewan undangan negeri kelantan meluluskan enakmen hudud memang gua sokong sangatlah sebab dah lama jugak gua tunggu perkara ini, gua harap isu hukum hudud bukan lagi seperti biskut kejap ada kejap takde
atau isunya menjadi tenggelam timbul sampai masa ia lenyap macam tu je persoalan gua di sini adakah ia hanya propaganda politik ???sekarang ni belum lagi hukum hudud di kelantan di luluskan di parlimen tetapi dapat tentangan hebat dari sekutu pas yang itu pkr dan dap
yang gua heran mengapa dap dan pkr ni menjadi kepanasan ??? sedangkan hukum hudud yang bakal di laksanakan di negeri kelantan akan dikenakan pada orang islam sahaja yang pkr pulak di kalangan beragama islam pun sama mujurlah pkr kelantan menyokong perlaksanaan hudud di kelantan
sama jugak dengan umno kelantan yang turut sama menyokong hukum hudud di luluskan di negeri kelantan dan akhirnya kita dapat lihat kerajaan negeri kelantan yang di tadbir pas bersungguh sungguh nak hukum hudud di laksanakan di negeri kelantan
ada juga angin bertiup kencang mengatakan ini perangkap umno untuk memecah belahkan pakatan rakyat adakah hudud di jadikan proganda politik ??? sebagai umat islam amat wajarlah untuk kita menyokong hudud di laksanakan walaupun hanya dinegeri kelantan
bagi gua dap dan pkr tak perlu cepat melatah dengan mengeluar kenyataan yang membuat orang menyampah akhirnya dap dan pkr kekurangan sokongan rakyat yang menyokong hudud bagi gua tunggu dulu keputusan parlimen sama ada hukum hudud di lulus atau tidak di negeri kelantan
apa yang gua tahulah perlembagaan negara masih mengekalkan undang undang lord reid macam pelik kalau undang undang lord reid nak luluskan hukum hudud tapi ia semua terpulang kepada umno pusat sendiri untuk bagi lampu hijau sama ada majoriti parlimen setuju atau pun tidak
bagi gua agak payah selagi sistem demokrasi di angkat di negara ini perlaksanaann undang undang hudud di kelantan agak sukar dilaksanakan pada tahun 2015, tahun 2020 pun belum tentu hukum hudud akan di laksanakan di negeri itu sebab apa ???? korang fikirlah sendiri
walau bagaimana pun gua tunggu dan lihat supaya hukum hudud ini di luluskan oleh parlimen walaupun gua merasakan agak sukar ia di luluskan antara sebabnya jika hudud tidak mendapat sokongan majoriti dewan termasuk dari dap dan pkr
sebelum kita ingin menanam pokok haruslah kita ada benih yang mempunyai akar yang subur macam itu juga dengan perlaksanaan hukum hudud,sebelum kita nak laksanakan hukum hudud itu perlu laksanakan pemilihan melalui syura untuk tubuhkan sesuatu kerajaan,hapuskan demokrasi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan