Ahad, 10 Ogos 2014

el nino cetus musibat ??? part 12




dah sampai part 12 panjang jugak penulisan gua kali ini dari sebelum puasa sampai lepas raya tapi takpa tulis pelan pelan anggap ianya ilmu,ilmu ni kena amal 40 hari baru lekat kalau tak tak mau lekat punyalah apa yang seronok raya kali ini jatuh pada musim buah banyak jugak lah buah yang tumbuh

tapi gua tak mau sebut pasal buah kat sini mungkin gua akan sebut pasal buah dan virusnya pada part 13 sebelum kita habiskan pasal fenomena el nino ini,pakar mengatakan el nino ini akan akan berterusan tahap kemaraunya tapi dengan kuasa allah s.w.t ada jugak lah hujan turun sikit pun tak pa janji ada


sekarang ni cuaca tak menentu ada kalanya panas ada kalanya hujan,masa hujan ini lah menjadi tempat nyamuk membiak yang boleh mengundang denggi boleh tengok di part part sebelum ini apabila cuaca terlampau panas ia pula mengundang strok haba apakah strok haba ??? 




strok haba adalah serangan ke atas setiap manusia yang terdedah dengan suhu yang terlampau panas jadi janganlah terdedah dengan suhu cuaca yang terlampau panas lagi bahaya jika tidak memakai topi atau pelindung dari cahaya matahari,gua tak tipu korang gua sidai pakaian di ampaian sekejap dah kering 


dalam lingkungan tengahari kalau jemur pukul 12am dalam pukul 3pm dah boleh angkat  nak kata suhu kepanasan yang agak melampau kat atas tu ada tanda tanda dan langkah tindakan jika terkena serangan strok haba terutamanya yang bekerja di luar yang terdedah dengan suhu kepanasan 


jika nak lakukan aktiviti riadah lakukan dalam lingkungan pukul 630 pm mungkin itu waktu terbaik kerana waktu ketika itu keadan agak redup tapi bagi gua terik jugak apabila menghadap sinar cahaya kebenaran ini agak kehausan  yang cepat apabila bersukan pada waktu ini 


apa apa pun banyakan minum air bawak bekal jika anda terdedah dengan cuaca yang agak panas di waktu cuaca yang tak menentu ini bukan hanya sekadar membawa  air,payung juga kita sediakan sebab hujan turun tak kira masa walaupun ia hanya hujan sekejap sekejap


alhamdulilah hujan jugak walaupun sekejap kalau langsung tak hujan ia akan membawa malapetaka yang lagi dasyat apa yang  gua tengok sungai sungai di sekitar tempat yang gua dapat tengok mulai surut tapi syukur masih mempunyai air untuk minum dan kegunaan yang lain  jangan lupa langkah penjimatan air 



PENAH DENGAR SATU CERAMAH DALAM CERAMAH ITU MENGATAKAN APABILA BERLAKUNYA PECAH AMANAH YANG BERLELUASA  ALLAH S.W.T TURUNKAN CUACA YANG TAK MENENTU ADAKAH KINI RAMAI YANG PECAH AMANAH ??? 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan