Ahad, 23 Mei 2010

di manakah pergi nya bekalan gula ???



di manakah perginya stok dan bekalan gula untuk semua pengguna ??? ini bukan kali pertama b99 menceritakan isu gula ini.sebelum ini b99 penah bertanyakan isu ini kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia menerusi email

tetapi tidak ada langsung respon maklum balas dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia jadi sehingga kini b99 masih tertanya-tanya adakah pengedaran gula di malaysia di pantau oleh kpdn atau tidak

nampaknya kes isu kehilangan gula berulang kembali apabila ramai pengguna merungut sukar untuk mendapatkan bekalan gula di kedai runcit dan para peruncit juga sukar mendapat bekalan gula dengan banyak dam pegedaran umpama di catu


adakah pengedar mencatu gula ??? terdapat ura-ura yang mengatakan pengedar dan pembekal sengaja menyorokan gula kerana ingin memprotes untuk menaikan harga gula di negara kita,dan ada juga mengatakan ada pihak cuba kompromi mengeskport gula malaysia ke luar negara

mengeskportan yang ternyata lebih untung,dan amat tidak wajar jika cuba menyekat bekalan gula kepada pergunaan orang ramai terutamanya peniaga kecil yang banyak memelukan gula,dikhabarkan peruncit terpaksa ke super market untuk mendapat bekalan gula

ada juga peruncit terpaksa mencatu pembelian agar pengguna lain dapat membeli gula yang masih kekurangan stok bekalan,kepanikan pergguna membeli banyak kampit gula memberi kesan yang lebih parah atas kes misteri kehilangan gula


misteri dan terus misteri sebarang pertanyaan dari b99 dalam isu gula di bisu sejak dulu lagi,tidak lama lagi muncul bulan ramadhan dan musim perayaan jika isu ini masih di belenggu situasi panik pengguna membeli kampit yang lebih banyak akan berlaku

yang menjadi mangsa mereka yang tidak tahu akan hal ini,terutama nya penduduk kampung.b99 mengharapkan pihak yang terbabit kpdn mengambil langkah serius dalam hal ini supaya peristiwa sorok gula tidak berlaku lagi pada masa akan datang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan