Khamis, 25 September 2014
pesanan almarhum ustaz fadhil nor
gua ada terjumpa antara artikel yang dikatakan kata kata emas dari almarhum ustaz fadhil nor isinya ringkas dan padat maknaya cukup mendalam namun kini apa yang gua tengok ada yang menggunakan satu warna untuk agenda peribadi dan matlamat menghalalkan cara
PENDEK KATA GUA LEBIH SUKA PAS DAHULU DARI PAS SEKARANG...
Khamis, 18 September 2014
entiti di Kellie’s Castle ???
gua menjejakan kaki di istana keli atau lebih di kenali sebagai Kellie’s Castle untuk menghayati sejarah sebuah istana yang di anggarkan berusia seratus tahun gua tertarik sebenarnya dengan pembinaan dan reka bentuk istana ini yang penuh dengan sejarah lampau
nak pendekan cerita antara ruangan yang ada dalam Kellie’s Castle satu ruang pertama yang gua masuk adalah wine room tempat menyimpan arak yang terletak di bawah tanah memang gua datang istana ni nak usha mana ruang yang dikatakan memiliki terowong rahsia tu
sebelum masuk wine room ada dua pintu sebenarnya satu lagi pintu kiri terkunci rapi dengan pintu besi jadi kat situ memang tak boleh masuk jadi gua tertarik dengan penanda arah yang dikatakan ada terowong tu di bilik wine room jadi gua pun turun ke bawah tanah keadaan bilik itu gelap
gua pergi bukanlah malam gua pergi waktu siang tetapi situasi di ruangan bilik menyimpan arak ni agak gelap gelita jadi terpaksa lah gua pinjam henpon abang ipar gua sebab henpon dia ada lampu yang boleh suluh jadi gua teruskan operasi usha ruangan wine room
untuk pengetahuan yang usha wine room masa tu gua sorang je walaupun masa tu ramai jugak pengunjung ada kat atas keadaan winie room ini agak gelap gelita terasa dingin meremang bulu roma gua tak hiraukan sebab misi gua nak cari pintu terowong bawah tanah
tapi tak jumpa pun mungkin telah di tanam atau pintu masuk terowong tu sebelah dengan pintu wine room sebab gua nampak terkunci dengan pintu besi katanya terowong di tutup atas sebab keselamatan cakap pasar terowong dikatakan si keli ni simpan harta kat bawah tu
gua tak pastilah entiti yang gua dapat rakam ni adalah sebenarnya benarnya entiti sebab kemungkinan kesan dari dinding yang di tambah dengan cat putih dan ada tompokan berunsur lumut dalam gambar cerah tu videonya ada korang boleh nilai tetapi kena tunggu jejak bongkar 28 musim ke dua dulu
gua tak berani jugak nak sahkan entiti yang gua dapat rakamkan di Kellie’s Castle ni cuma sebelum ni gua banyak kali dengar dan baca cerita pasal misteri di Kellie’s Castle ni gua teringat pak cik parking tu kata buat sementara ni Kellie’s Castle tutup operasi waktu malam untuk sementara
kalau korang nak tahu Kellie’s Castle sebelum ni bukak operasi untuk waktu malam tetapi kena tempah untuk pengembaraan paranormal yang di beri nama paranormal night tour khas untuk peminat paranormal di malaysia kalau siang pun rasa seram kalau malam lagi power kot
gua datang sini pun bukan niat nak cari entiti pun cuma nak tengok pintu terowong dan dasar pembinaan bangunan dan sejarahnya cuma setiap kali kata petunjuk yang gua jumpa tertulis mesti ada tertulis berkenaan dengan berhantu ada satu ruang tu di gelar serambi berhantu
sama ada benar atau tidak gua tak pastilah cuma gua boleh bagi tahu istana ni memang lejen sebab bermacam macam versi cerita yang ada pada Kellie’s Castle gua percaya pada alam ghaib jadi takdelah pelik jika mendengar bermacam macam cerita mengenai Kellie’s Castle
bangunan yang ada sejarah lampau yang kita tak pasti kesahihnya berusia seratus tahun di tinggalkan bergitu entah berapa lama sehingga di naik taraf menjadi tempat pelancongan entah ke sampai nak beranak cucu bagi golongan itu yang menetap di Kellie’s Castle
jikalau terowong tu di buka untuk pelancongan gua rasa lagi gempak buka separuh pun takpa sebagai bukti yang Kellie’s Castle memang betul ada terowong bawah tanah yang dikatakan boleh tembus sehingga sebuah kuil berdekatan atas dasar keselamatan terowong telah di tutup
ORANG LUAR DATANG BOLEH BINA ISTANA JOKI KITA ORANG TEMPATAN JANGAN KATA BINA ISTANA BINA TIANG RUMAH PUN BELUM TENTU MAMPU
Isnin, 15 September 2014
misteri objek terbang di melaka terbongkar
gua mendapat cerita dari laporan akbar tempatan yang mengatakan seorang ahli perniagaan mendakwa telah merakam gambar objek misteri yang di percayai ufo di pangkalan balak melaka tapi kali ni gambaran yang dapat di rakam ada dua sayapnya macam penah gua lihat objek ini
tapi tak pastilah model pesawat apa yang sebenarnya cuma gua boleh bagi nyatakan kat sini serba sedikit memang gua penah nampak model macam ni mengenai pesawat canggih masa depan yang di cipta pada zaman kegemilangan uncle misai kontot gua syak pesawat ini milik uncle som
inilah adalah satu replika pesawat yang di bina semula yang dikatakan di bina secara rahsia semasa zaman kegemilangan uncle misai kontot ada juga khabaran mengatakan teknologi canggih ini di ciplak oleh uncle som supaya teknologi ini kekal menjadi rahsia dan misteri
pesawat model horten ho 2-29 di percayai dibina semasa zaman kegemilangan uncle misai kontot ianya dikatakan pesawat yang canggih dan berteknologi tinggi yang gua penah dengar banyak lagi teknologi pembuatan pesawat canggih di bina oleh uncle misai kontot yang di fitnah sebagai ufo
gua rasa dari adaptasi horten ho 2-29 inilah uncle som telah mencipta pesawat perang yang canggih yang tak dapat di kesan radar seperti f-117 dan b-2 spirit, dari hasil ciplak teknologi rahsia dari uncle misai kontot inilah kemunculan pesawat seperti f-117 dan b-2 spirit di sangka ufo
yang terbukti hanya dua pesawat ini gua rasa banyak lagi teknologi zaman kegemilangan uncle misai kontot yang masih di rahsiakan oleh uncle som yang sehingga kini menjadi tanda tanya dan kekal misteri apa yang di lihat di melaka ini mirip horten ho 2-29 dan b-2 spirit
mungkin ada lagi pesawat yang lagi canggih telah di bina oleh uncle som menjadikan ruang udara tanah melayu sebagai modul latihan penerbangan oleh mereka lepas ni korang tak payah pelik kalau nampak kelibat ufo sebab sebelum ni rakyat uncle som je nampak kelibat ufo
lepas ni kemungkinan rakyat di tanah melayu termasuklah di borneo akan kerap melihat perbagai kelibat model pesawat aneh yang di sangka ufo sebenarnya itu bukan ufo tetapi modul pesawat canggih teknologi tinggi milik uncle som yang bertaktih terbang di ruangan udara tanah melayu
SEMENJAK AGENSI MATO SATU DATANG TANAH MELAYU NI GUA PERASAN KITA NI DAH MACAM RAKYAT UNCLE SOM ADAKAH ADA PANGKALAN TERSEMBUNYI DI TANAH MELAYU DAN BORNEO INI ??? ITU JADI PERSOALAN BAGI GUA
Langgan:
Catatan (Atom)









