
perhimpunan bersih dalam perlembagaan persekutuan malaysia PERKARA 10. KEBEBASAN BERCAKAP, BERHIMPUN DAN MENUBUH PERSATUAN.(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4);(a) tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran;(b) semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata;(c) semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan;(2) Parlimen boleh dengan undang-undang menggunakan:(a) ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain, ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakkan penghinaan terhadap mahkamah, fitnah, atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan;(b) ke atas hak yang diberi oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau ketenteraman awam;(c) ke atas hak yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam atau akhlak.(3) Sekatan-sekatan ke atas hak menubuhkan persatuan yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang mengenai buruh atau pelajaran.(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2) (a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan bahagian 3, Perkara 152, 153 dan 181 berhubung dengan apa-apa jua melainkan berhubung dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itub99:seharusnya rakyat malaysia yang mahukan pilihanraya yang lebih adil dan bersih harus turun untuk menyuarakan pendapat secara bersama,perhimpunan bersih tidak salah di sisi undang undang sebenarnya tidak seperti mana yang di katakan oleh media masa yang mengatakan perhimpunan bersih satu provokasi mengulingkan kerajaan,rakyat malaysia tidak perlu takut atau gentar dengan ugutan umno bn yang mengelirukan rakyat dengan perundangan negara yang telah di termaktub
dokumen harapan baru mahasiswa malaysia demi rakyat mahasiswa bangkit Muqaddimah Dokumen Harapan Baru Mahasiswa adalah manifestasi usaha Pakatan Rakyat khususnya Angkatan Muda Keadilan dalam memberikan tawaran yang lebih baik kepada mahasiswa Malaysia selaku tonggak masa depan Negara.
Di bawah pemerintah sedia ada, mahasiswa hanya menjadi tunggangan kepentingan politik dan dilayan sekadar melepaskan batuk di tangga. Pelbagai ugutan diberikan kepada mahasiswa jika berlainan pandangan dengan pemerintah. Dasar pengajian tinggi yang menekan dan mengongkong mahasiswa membantutkan potensi besar mahasiswa selaku pelapis Negara. Lebih malang apabila isu pembiayaan pengajian tinggi yang melibatkan PTPTN dan biasiswa seperti JPA menjadi dilema besar kepada generasi muda Malaysia meneruskan pengajian
diperingkat yang lebih tinggi. Masalah selepas graduat seperti bebanan hutang dan masalah pengangguran serta bekerja tidak mengikut taraf pendidikan menjadi dilema utama kepada para mahasiswa. Mahasiswa yang masih menuntut dan graduan segar sekitar 1.5 juta orang. Kelompok ini adalah kelompok yang paling terkesan dgn tekanan ekonomi dan dasar pengajian tinggi negera yang tidak berpihak kepada mereka. Lebih penting adalah kerana kelompok terpelajar ini bakal keluar dan menjadi kelompok penting yang menjadi penentu hala tuju negara. Sehubungan dengan itu siri wacana Meja Bulat Dokumen Harapan Baru Mahasiswa telah dijalankan bagi mendapat maklum balas dan input daripada kepimpinan mahasiswa dan pihak berkaitan menerusi pendekatan ‘Bottom-Up’.
Wacana ini, sebenarnya adalah mengambil susulan daripada buku jingga, yang kemudiannya memberi fokus kepada isu mahasiswa yang dinamakan Dokumen Harapan Baru Mahasiswa Malaysia, dengan bertemakan “Demi Rakyat: Mahasiswa Bangkit”. Hasil daripada Wacana Meja Bulat ini, Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan telah mendapat input dan buah fikiran pihak berkepentingan terutama pimpinan mahasiswa dan badan gerakan mahasiswa utama Malaysia dan telah menggariskan komitmen Angkatan Muda Keadilan di dalam menjuarai isu yang dinyatakan dengan mandat Pakatan Rakyat sebagai kerajaan persekutuan. Garis Besar Dokumen Harapan Baru Mahasiswa:
1. AUTONOMI UNIVERSITI DAN KEBEBASAN AKADEMIK Mutu dan kualiti Universiti berkait rapat dengan autonomi dan kebebasan akademik universiti. Adalah malang apabila institusi pendidikan tinggi ini menjadi lubuk menyebarkan pengaruh parti politik tertentu semata-mata. Dasar, hala tuju dan aktiviti universiti termasuk kajian akademik, kenaikkan pangkat kakitangan universiti, pelantikan Naib Canselor hinggakan aktiviti persatuan mahasiswa semuanya dikawal dan disekat mengikut kehendak pihak-pihak tertentu. DEMI MAHASISWA, Angkatan Muda Keadilan komited untuk memberikan kebebasan automoni kepada universiti terutama di dalam soal pentadbiran, penyelidikan akademik, dan ruang kepada mahasiswa untuk bergerak. Proses pemilihan Naib Caselor dan kenaikkan pangkat kakitangan termasuk pensyarah adalah ditentukan oleh pihak panel yang terdiri daripada pakar-pakar.
2. MEMANSUHKAN AUKU Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU) yang digubal pada 1971 hanya dilaksanakan kerana ketakutan pihak pemerintah kepada kebangkitan gerakan mahasiswa di era 70-an yang berjuang bagi rakyat terbanyak dalam isu kemiskinan. Walaupun AUKU yang telah dipinda sebanyak tiga kali iaitu pada 1975, 1983 dan terbaru adalah pada 2009, namun tidak ada perubahan yang signifikan, AUKU tetap menjadi dilema mahasiswa bagi tujuan untuk menakutkan. DEMI MAHASISWA, Angkatan Muda Keadilan percaya bahawa seperti undang-undang zalim lain termasuk ISA dan Akta Mesin Cetak, AUKU telah disepakati oleh pimpinan Pakatan Rakyat untuk dimansuhkan sama-sekali.
3. MANSUH BUNGA PTPTN DAN POLISI BAYARAN BALIK 6 BULAN SELEPAS KERJA TETAP Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ditubuhkan sejak 1997 membelenggu mahasiswa dan graduan segar dengan bebanan hutang PTPTN serta kadar bunga yang dikenakan. Peluang pekerjaan yang terhad dan kadar gaji yang rendah membingungkan mahasiswa dan menyusahkan graduan segar. Lebih malang pihak PTPTN mengambil tindakan keras dengan menguatkuasa senarai hitam Imigresen bagi peminjam. DEMI MAHASISWA, Dokumen Harapan Baru Mahasiswa Malaysia memberikan komitmen Angkatan Muda Keadilan bagi meringankan beban Mahasiswa dan Graduan segar dengan polisi pinjaman tanpa faedah dan membenarkan pembayaran semula enam bulan setelah peminjam mendapat pekerjaan tetap.
4. PERUNTUKKAN BIASISWA DIBESARKAN DAN PERBAIKI PROSES PEMILIHAN. Saban tahun Biasiswa JPA menjadi isu hangat yang tidak mampu diselesaikan pemerintah Ruang penerima biasiswa yang terhad tidak dapat menampung jumlah pemohon yang ramai. Sebagai contoh, pada tahun lepas (2010) seramai 18,690 telah memohon bagi mendapatkan biasiswa JPA, namun demikian hanya seramai 1829 atau 9.8 peratus pemohon sahaja berjaya mendapatkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). DEMI MAHASISWA, ruang dan peruntukkan kepada biasiswa akan dibesarkan bagi membolehkan lebih ramai pelajar cemerlang mendapat biasiswa bagi melanjutkan pelajaran serta prosedur pemilihan penerima biasiswa yang lebih adil yang mampu menyeimbangi kuota dan merit. DEMI MAHASISWA, mengambil peruntukkan perlembagaan Artikel 153 (3) akan dikaji dan meneliti mekanisma pemberian biasiswa kepada seluruh pelajar bumiputera seperti yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia.5. PELUANG PEKERJAAN GRADUAN SECARA MAMPAN Jumlah pengangguran Malaysia telah mencecah seramai 400,000 orang. Daripada jumlah ini kadar pengangguran dikalangan Graduan Segar mencecah kadar 7.2 peratus. Isu ini turut berkait rapat dengan graduan bekerja tidak mengikut taraf pendidikan. Masalah pengangguran ini menyumbang faktor daripada aspek ekonomi yang lembab, dasar ekonomi yang salah, rasuah dan tatakelola kerajaan yang rosak. DEMI MAHASISWA, Angkatan Muda Keadilan komited merubah tatakelola institusi perkhidmatan awam dengan mengambil kira faktor pretasi dan ketrampilan. DEMI MAHASISWA, pretasi ekonomi Malaysia ditingkatkan dan usaha menghapus rasuah mampu meningkatkan peluang pekerjaan kepada graduan.
6.WIFI, PENGANGKUTAN AWAM SECARA PERCUMA DAN KOLEJ KEDIAMAN DITINGKATKAN. Kemudahan asas mahasiswa seperti kebajikan dan pengangkutan masih ditahap yang rendah. Rata-rata mahasiswa terutama mahasiswa tahun akhir tidak mendapat kediaman, lebih malang masih banyak universiti awam dan swasta yang tidak lengkap kelengkapan kediaman. Begitu juga pengangkutan awam yang teruk dan kemudahan WIFI yang masih sukar didapati. DEMI MAHASISWA, kolej dan tempat kediaman akan ditingkatkan kualiti dan diberikan kepada semua penuntut universiti awam. DEMI MAHASISWA, perkhidmatan WIFI percuma dan kualiti kelajuan WIFI ditingkatkan kepada seluruh penuntut IPTA dan IPTS. DEMI MAHASISWA, pengangkutan awam utama seperti bas, keretapi dan transit ringan diberikan percuma.sumber:biro mahasiswa angkatan muda keadilan malaysia
b99:taniah buat pakatan rakyat kerana lebih perhatian hal mahasiswa
*Penting! **Panduan bagi peserta Perhimpunan Bersih 2.0 *Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur.Tuntutan Bersih 2.0:Pendaftaran automatikReformasi undi posPenggunaan dakwat kekalAkses kepada mediaMasa berkempen minimaPengukuhan perbadanan awamHentikan rasuahBERSIH 2.0 has been actively advocating for electoral reform but our demands have fallen on deaf ears. Bersih 2.0 feels that, the time has come for those mandated to administer the nation to “listen to the voices of the rakyat”. There is a clamour worldwide for greater democratisation of societies and we would invite those in power to heed those voices.Perhimpunan Bersih 2.0 is threefold: to further press for the rakyat’s demands for electoral reform, strengthening of public institutions, and to take a stand against widespread corruption at all levels of society. We would like to emphasise that this initiative is spearheaded purely by civil society with every intention of inviting all political parties to join forces with the rakyat to promote and uphold democracy in this country.Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia untuk mereformasikan pilihanraya.Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.*Perkara yang perlu anda bawa/sediakan *Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.Duit-maksimum RM100 sahaja.3. Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning. Sebaiknya ada logo Bersih 2.0Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.Aksesori kempen-Button, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihanraya boleh digunakan.Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 2.0 H/P: 0162208784; Email: bersih2.0electoral@gmail.com [Kita perlu alamat email yang boleh id lindungi dari spam/hacking, etc – siapa boleh tolong?]*Perkara yang tidak dibenarkan*Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan.Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihanraya.6. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 tidak dibenarkan.Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.*Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan*Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.Pastikan anda telah menunaikan ‘hajat’ sebelum memasuki perhimpunan.Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.Maklumkan mereka tujuan anda keluar.Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.Jangan lupa *charge* bateri handphone dan kamera.Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan — Sogo, DBKL, & Masjid Kg BaruPastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).Jangan memakai baju Bersih 2.0 sebelum perhimpunan bermula.*Semasa perhimpunan dan perarakan*Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan Sogo, DBKL, & Masjid Kg Barudan tunggu arahan dari *Field Commander* yang dilantik.Ikutilah arahan dari Unit Amal atau *Field Commander* sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada *Field Commander*Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan *Field Commander*.Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi *sound system* akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 2.0 H/P: 0162208784; Email: bersih2.0electoral@gmail.com.Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.*Selepas perhimpunan*Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila laporkan ___________________________________[KL LAC?]Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik.Dapatkan maklumat ___________________________ berkaitan untuk bebaskan mereka.Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha Bersih 2.0 H/P: 0162208784; Email: bersih2.0electoral@gmail.com.*Apa anda perlu buat jika kumpulan Anti-tuntutan Bersih 2.0 buat Provokasi*1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan *Field Commander* Unit Amal.2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.3. Jangan hampiri mereka.4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.*Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan*Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.Duduk jika pimpinan arahkan.Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air *water canon* berwarna kuning.Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.Ambil gambar mereka jika sempat.Buat laporan Polis jika anda dikasari.*Apa yang anda perlu buat jika ditahan*Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab “Masih tengah cari kerja” atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai student. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab”Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab “saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja”. Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.Jangan terlalu risau kerana, diluar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.*Apa yang anda buat selepas dibebaskan*Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.*Perhatian!*Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan iniSecara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak SPR dan kerajaan persekutuan mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan dan proces implementasi negara kita.Ingat, Himpunan Bersih berjaya pada 10 November 2007 kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk mereformasikan pilihanraya, mengkukuhkan berbadanan institusi dan hentikan korupsi.Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada *Field Commander* atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini.Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.sumber:suaram.netb99:diharapkan apa yang di rancang berjaya dengan amnya,demotrasi bersih 2.0 bukanlah untuk berperang tetapi ia satu demotrasi aman rakyat malaysia,sebagai peserta yang bakal menyertai kita harus bersedia sebarang kemungkinan,apa yang mahukan dikatakan disini janganlah kita gentar dengan amaran perkasa dan umno yang juga mahu berhimpun pada tarikh yang sama, ayuh kita bersama turun di jalanan untuk bersama menyuara kan pendapat agar mendapat tuntutan pilihanraya yang lebih bersih dan adil