Khamis, 29 April 2010

keadilan untuk aminul rashid





surat aduan polis oleh kawan aminul rashid




berikut dari kejadian seorang remaja aminul rashid,15 tahun di tembak mati di kepala oleh polis di Sek 11 shah alam pada pagi 26.4.2010,beliau di syaki oleh pihak polis sebagai penjenayah yang di kehendaki terlibat dalam kes rompakan bersenjata, sedangkan mangsa tidak langsung terlibat dalam kes jenayah berkenaan seperti mana yang di bagitahu media harus perdana


tindakan polis membabi buta menyerang hendap mangsa dengan peluru hidup sehingga menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian amat dikesali,tindakan ini umpama marahkan nyamuk kelambu di bakar, umpama harapkan pagar pagar makan mati, walaupun mangsa bersalah memandu tanpa lesen tindakan serangan hendap tanpa unsul periksa amat kejam dan tidak adil


jesteru dalam tragedi ini keadilan untuk aminul rashid harus di titik berat kan oleh pdrm supaya tidak ada tindakan double standart di antara anggota mereka, seharus nya dalam kejadian ini tiada fail yang akan di tutup



menurut laporan saksi di dalam tragedi ini



Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.

Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.

Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi. Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.

Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami. AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam. Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.

Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah. Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.

Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai. Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah. Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala.


berikut kenyataan kakak allayarham di dalam lama web facebook



aisyah Amzah : assalamualaikum
first of all,saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak yang terlibat dengan pembukaan page ni.terima kasih banyak banyak kerana anda semua prihatin dan sudi memb...eri moral support utk family kami terutamanya untuk adik saya, Allahyarham Aminulrasyid b Amzah.Insya-allah,doakanlah yang terbaik untuk Allahyarham,semoga rohnya dicucuri rahmat-Nya.Cuma di sini saya ingin tegaskan,selagi siasatan kes ini belum selesai,TOLONG JANGAN SEBARKAN SPEKULASI DAN TOHMAHAN MAHUPUN MENOKOK TAMBAH CERITA KES INI.JANGAN BERCAKAP IKUT SEDAP MULUT DAN TANPA USUL PERIKSA.KEPADA SESIAPA YANG PERNAH MENGELUARKAN KENYATAAN BERBAUR NEGATIF TENTANG ALLAHYARHAM,INGATLAH,ALLAH ITU MAHA KAYA DAN MAHA ADIL.ANDA SEBENARNYA TIDAK LAYAK UNTUK BERCAKAP SEPATAH PUN MENGENAI ADIK SAYA!!SIAPA ANDA???KALAU TAK KENAL SESEORANG,MAKA ANDA TIDAK LAYAK UNTUK MENGHAKIMI SESEORANG ITU!.CERMIN DIRI SENDIRI DULU SEBELUM MENGATA KEBURUKAN ORANG LAIN. ANDA TIDAK BERADA DI TEMPAT KAMI DAN ANDA TIDAK MUNGKIN AKAN FAHAM SITUASI SEBENAR.ADIK SAYA JUGA SEORANG MANUSIA BIASA,SEORANG BUDAK LELAKI YANG BARU MENINGKAT REMAJA,MASIH BARU BELAJAR ERTI KEHIDUPAN.APATAH LAGI KAMI BARU KEHILANGAN AYAH YANG BELUM PUN SAMPAI 10 TAHUN PEMERGIANNYA.KESIMPULANNYA DI SINI,HENTIKAN CAKAP CAKAP BURUK DAN BERBAUR NEGATIF TENTANG ALLAHYARHAM ADIK SAYA DAN SAYA DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON SOKONGAN DAN KERJASAMA ANDA SEMUA AGAR TIDAK MENGERUHKAN KEADAAN.BIAR SEKALIPUN ANDAI KATA TIADA KEADILAN UNTUK ADIK KAMI DI DUNIA INI,INSYA-ALLAH,DI AKHIRAT KELAK PASTI ADA KEADILAN.YANG BENAR TETAP BENAR,YANG SALAH TETAP SALAH.
AKHIR KATA,FIKIR FIKIRLAH.KALAU MUSIBAH INI BERLAKU PADA KELUARGA ANDA,APA YANG ANDA RASA?MUNGKIN HARI INI HARI KAMI,ESOK LUSA TERKENA BATANG HIDUNG ANDA,SIAPA TAHU?DEMI PERASAAN IBU SAYA,HAJAH NORSIAH MOHAMAD.....TOLONG..TOLONG..TOLONG.JANGAN LUKAKAN HATI IBU YANG BARU KEHILANGAN ANAKNYA.
SEKIAN.TERIMA KASIH.ASSALAMUALAIKUM.

b99 mengharapkan keadilan untuk allahyarham aminul rashid terlaksana , akibat tindakan tanpa unsul periksa ini menjadi punya seorang ibu kehilangan anak, kes tembakan membabi buta ini bukan kali pertama malah seorang ibu tunggal turut menjadi mangsa, takziah untuk keluarga allahyarham, al fatihah untuk allahyarham aminul rashid

Isnin, 26 April 2010

adakan semula kempen bersih !!!




ada menang ada kalah itu adat bertanding tetapi kalau dalam pertandingan itu pengadil nya tidak adil maka rosak lah pertandingan itu dengan nilai-nilai asli dalam pertandingan, seperti mana yang di lakukan suruhan pilihan raya malaysia yang ternyata masih menyebelahi bn

seperti mana kempen bersih yang di lakukan semasa tahun 2008 yang telah memalukan kerajaan bn dalam undang undang demokrasi sesebuah negara,mereka yang menuntut pilihan raya yang adil telah di serang anggota fru dengan kuasa allah.s.w.t hujan turun dengan selebat-lebatnya dan manghalang serangan terkutuk mereka kepada hak demokrasi sebagai rakyat


tetapi bukan semua yang di tuntut telah di laksana malah di pandang ketepi oleh spr 4 tuntuhan gambungan pilihan raya bersih masih tidak di gunakan pakai oleh spr,sedangkan permintaan rakyat itu adalah adil dan saksama,mengapa sukar bagi mereka untuk melaksanakan tuntukan rakyat seperti yang tertulis di atas


tuntutan bersih


pergunaan dakwat kekal- malang nya spr telah membatalkan pergunaan dakwat kekal pada saat akhir semasa pilihan raya umum tahun 2008 dengan alasan risau dengan provokasi, sehingga kini tuntutan itu di abaikan oleh spr


pembersihan daftar pemilih- masih ada lagi nama pengundi berdaftar yang telah meninggal dunia yang tidak di padam oleh spr dan nama mereka di gunakan untuk para pengundi hantu yang di lantik untuk mengundi di sebuah kawasan terutamanya semasa pilihanraya kecil


pemansuhan undi pos- pemansuhan undi pos sepatut nya sudah lama di mansuhkan tetapi di gunakan alasan kesibukan para pertugas awam seperti polis dan tentera tetapi malang nya undi pos di salah guna menambahkan undi curi bagi bn


akses kepada media- tetapi media di salah guna oleh bn untuk berkempen dan merayu undi untuk diri mereka malah fitnah di hujud kan untuk menhasut dan menghujud perasaan benci



bersihkan pilihan raya kembalikan rakyat,tetapi hak rakyat masih terpadam untuk mengekalkan orang yang gila kuasa,terang lagi bersuluh 4 tuntutan itu risau bagi spr untuk mnghujudkan nya kerana risau bapa mereka barisan nasional tumbang dalam pilihanraya


dalam pertandingan seharus ada pengadil yang betul betul adil tetapi pengadil tidak menerima pakai tuntutan rakyat yang mahu bersihkan undang undang pilihan raya,yang sepatut nya di laksanakan kerana itu adalah hak rakyat sebagai pengundi


kepada rakyat yang mahukan keputusan badan spr yang adil dan saksama jangan putus asa kita hujudkan semula kempen bersih supaya spr menghujudkan tuntutan yang rakyat mahukan,bermulah dari sekarang sebelum era permainan tun mahathir di generasikan najib tun razak yang jelas mempergunakan spr dalam kempen pilihanraya mereka


jelas lagi bersuluh perkara di atas perlu di lakukan spr tetapi mengapa sukar bagi mereka laksanakan nya ??? mungkin ada udang di sebalik batu dalam spr yang menyebabkan undi curi masih hujud menyokong barisan nasional

pakatan rakyat perlu ada stesen tv

selepas tewas di ulu selangor dengan majoriti gula-gula sampai masa kerajaan pakatan rakyat menghujudkan stesen tv di setiap negeri negeri di bawah pemerintahan mereka macam mana di guna oleh kerajaan barisan nasional di media harus perdana yang ternyata tidak bebas dan adil


ternyata pergunaan media eletronik juga membantu kempen bn di ulu selangor,media harus perdana yang selama ini di gunakan bn untuk mengaburkan mata rakyat dengan penyampai berat sebelah ternyata berjaya mempergaruhi undi di ulu selangor


sepatut nya media harus perdana seperti rtm dan tv3 harus menyampai kan berita dengan adil dan saksama, tetapi malang nya media ini menjadi agen kempen barisan nasional dan hanya melaporkan untuk sebelah pihak


media yang di harapkan untuk melaporkan berita yang adil tetapi malangnya menjadi mesin kerajaan barisan nasional dengan tanyangan pemberian gula-gula oleh mereka . sampai masa nya kerajaan pakatan rakyat berkabung menghujudkan satu stesen tv baru untuk laporan di media perdana lebih telus dan adil


jika kini media blog di katakan tunjang utama melaporkan berita yang bebas dan menyebelahi mana-mana parti politik tetapi bukan semua boleh membuka rakaian internet,malah di ceruk-ceru kampung masih tidak kenal apakah itu internet


lalu minda mereka telah di kaburkan dengan berita yang tidak adil, dan surat khabar yang merosakan minda supaya membenci apa yang patut di hujud dan didapati oleh mereka sendiri, jika rakyat di bandar kini sedar, sampai masana menyedarkan rakyat di luar bandar yang masih di perbodohan oleh kerajaan barisan nasional