Ahad, 1 Januari 2012

selamat tahun baru 2012






selamat tahun baru 2012 kepada semua kita telah pon sampai di tahun yang moden dan telah masuk ke dunia ke3 tahun 2012 antara tahun yang di anggap drastik antara waktu dan perubahan,di dalam masyarakat bandar terutamanya di kuala lumpur menerima pembangunan yang melimpah masih ada lagi rakyat malaysia yang tidak langsung merasa pembangunan


jika mereka ingin merasa pembangunan itu mereka harus datang ke kota kuala lumpur dengan modal tersendiri,sama ada bekerja atau sebaliknya,bagi abf kuala lumpur penuh dengan suka duka sebagai generasi peneroka kota aku bersyukur apa yang abf ada sekarang,tapi abf harus beringat hidup di kota ini bila bila masa sahaja boleh di tindas dengan manipulasi undang undang


tapi perlu di ingatkan dalam penindasan itu masing masing ada hak sebagai individu rakyat yang perlu di pertahankan,dalam kehidupan kita mesti ada perjuangan sama ada untuk diri sendiri,keluarga dan masyarakat,tahun 2012 ini diramalkan lebih mencabar bagi abf,sistem kapitalis makin kuat bentengnya makin kukuh ada yang rela membantu menyusun tembok ini


nanti abf akan dedahkan dalam 20 rahsia di tahun 2012 di dalam artikel yang lain,alhamdulilah pembaharuan blog abf yang pada mulanya bernama b99 berjalan lancar dengan kehendaknya dengan url yang baru, blog berwajah baru ,di tahun masihi yang baru dan di alaf yang baru ini,abf akan lebih banyak mengeluarkan artikel dari pandangan abf sendiri


antaranya mengenai selok belok sebagai generasi peneroka bandar yang menetap di sebuah flat kos rendah di pinggir kota,banyak cerita suka duka di sini yang akan di kongsikan kepada semua masyarakat,tidak lupa jua infomasi konspirasi di dunia ketiga dan banyak lagi sejarah yang bakal diukir oleh abf disini,sokongan anda jua amat di alu alukan


abf:selamat maju jaya kepada semua di harapkan di tahun 2012 ini anda semua dapat selesaikan azam dan impian anda yang belum selesai hidup di dunia ketiga ini penuh cabaran yang kaya semakin kaya yang miskin semakin miskin,jika kita ikut cara islam berpandukan al quran dan hadis insyallah kita akan jumpa jalan

Jumaat, 23 Disember 2011

buletin 99 !!! dalam kenangan !!!



buletin 99 dalam kenangan selepas penjenamaan baru bermula pada tahun 2012 yang secara automatiknya mengubah panorama blog ini secara total terima kasih juga kepada pengunjung yang sudi singgah di blog ini yang telah mula beroperasi pada 1.1.10


satu tempoh yang singkat berjaya menarik ribuan pengunjung di seluruh nusantara suatu percapaian yang tidak di jangka oleh kami sendiri,walaupun b99 hanya beroperasi kadang kadang sahaja tidak selalu menerbitkan informasi sejak kebelakangan ini


kerana sebab sebab tertentu,oleh kerana blog yang tak seberapa ini mendapatkan sambutan kesemua pihak di alam maya ini kami di b99 nekat membuat penjenamaan semula dengan wajah blog yang baru dan nama yang baru pada alaf yang baru


akhirnya tamat jua penjenamaan buletin 99 bukan kerana tidak mendapat sambutan,oleh kerana mendapat sambutanlah kami di b99 tranformasikan blog ini secara total mulai 2012 dengan tagline yang baru dan lebih bebas tidak terlalu mengikut protokol


kini blog ini akan di ubah secara beransur ansur termasuklah urlnya yang akan di ubah kepada www.abf12.blogspot.com tepat pada pukul 12 tengahmalam mulai 1.1.12 ini, harapkan anda semua terus menyokong b99 yang akan menukar nama kepada abf12

Khamis, 22 Disember 2011

b99 akan berwajah baru dan bernama baru

mulai tahun 2012 buletin 99 akan bertukar nama kepada ( aku budak flat ) atau pon ABF,link url juga akan di tukarkan daru www.buletin99.blogspot.com kepada www.abf..blogspot.com.diharapkan tranformasi dalam blog ini lebih santai dan tidak terlalu serius untuk semua pengunjung membaca disini