lama gua tak cerita pasal hantu zaman sekarang ni memang hantu boleh nampak bak kata malique ibrahim dalam aku ada hantu itulah patut korang akui manusia berperagai hantu lebih bahaya dari hantu sebenarnya kekadang gua nak ketawa pun ada hal hal remeh korang nak besarkan
gua paling klaka sebahagian pendudukan taman medan petaling jaya mendesak sebuah premis yang dijadikan gereja menurunkan tanda salib itu konon konon sensitif sebab kawasan tu ramai umat islam wakakakakaka takut lari akidah ke ??? yang gua tahu hanya pontianak je takut dengan tanda salib ni
gua tak nak sebut soal politik tapi gua tahu ini salah satu cabang permainan politik dari puak tu bagi gua agak memalukan apabila umat yang mengaku islam sendiri melarang hak kebebasan beragama pada penganut kristian pergi lantak dialah nak letak salib ke apa lagi bagus baru orang tahu itu gereja
gua rasa lebih baik lagi masuk gereja dari masuk kasino ye tak ???gereja bukan tempat maksiat gereja tempat beribadah bagi penganut kristian jadi kita tak perlu nak halang mereka beribadah dengan kepercayaan mereka tanda salib tu satu tanda bahawa itu adalah gereja
wahai pontianak taman medan dah boleh buat tajuk filem dah ni kalau korang sensitif sangat dengan tanda salib korang tengok kat atas tu berapa banyak tanda berunsul salib korang tak takut ke tanda salib yang ada pada keris,tingkap,lapangan terbang klia,gst wakakakakakakakakaka
TANDA TANDA BERUNSUR SALIB MEMANG DAH BANYAK MEMPENGARUHI PERSEKITARAN JADI MENGAPA KITA PERLU MEMBANTAH HAK KEPERCAYAAN ORANG LAIN BAGI GUA LEBIH BAIK LETAK TANDA SALIB SUPAYA ORANG TAHU TEMPAT ITU ADALAH GEREJA SEBAGAI UMAT ISLAM KITA TAK PERLU TAKUT KALAU KITA NI SELALU PERGI MASJID DAN SURAU
KAT RUMAH GUA NI TAKDE MASJID TETAPI ADA GEREJA PUNYA BESAR TAKDA TANDA SALIB MACAM TEMPAT PRIVASI SEDAR SEDAR HARI AHAD PENUH KERETA PARKING SEBAGAI HAK KEBEBASAN BERAGAMA GUA OK JE CUMA GUA HERAN MENGAPA PREMIS ITU TIDAK MEMAPARKAN BAHAWA ITU ADALAH GEREJA
GUA TAK TAHU SAMA ADA NAK MENGHORMATI KAWASAN MAJORITI ISLAM ATAU APA ??? ATAU NAK MENUTUP SESUATU SUPAYA ORANG LAIN TAK TAHU KALAU KORANG LETAK TANDA SALIB KAT SITU TAKDELAH PENDUDUKAN MAJORITI ISLAM INI TERTANYA TANYA TEMPAT APAKAH ITU ???
BAGI GUA PERGI LANTAK ASALKAN KORANG TAK MENYUSAHKAN PIHAK LAIN CUMA GUA AGAK KECEWA DENGAN STRATEGI PEMBANGUNAN KAT AREA RUMAH GUA MAJORITI ISLAM TETAPI TAKDE MASJID LAMBAKAN BINAAN SURAU MEMBUATKAN UMAT ISLAM ITU SENDIRI BERPECAH