Khamis, 30 Ogos 2012

logo merdeka luahan anak muda !!!

 logo ini lah bermulanya kontroversi yang menyebabkan bantahan ramai dari rakyat malaysia terutamanya anak muda golongan designer rata rata  yang mengatakan logo ini tidak sesuai untuk dijadikan logo merdeka ke 55 dengan rekaan umpama tangkap muat dan janji ada  dari situ bermulalah protes dengan ciptaan logo merdeka mengikut kreativiti sendiri ada jugak yang memerli






















 1


















ABF:kreatif sungguh logo logo yang di cipta oleh rakyat malaysia yang disertai di page facebook kami bantah logo kemerdekaan malaysia ke55,punya ramai bakat tetapi langsung pihak kerajaan terutamanya rais yatim mengambil kreativiti luahan rakyat sebagai modul sambutan kemerdekaan  atau lain lain acara yang melibatkan negara,sebagai negara yang sedang naik maju seharusnya kita mengutamakan kualiti dari kuantiti 



Khamis, 23 Ogos 2012

kuala lumpur masih lengang !!!



alhamdulilah selesai beraya di desa pada 1 syawal dan 2 syawal pada 3 syawal pula masa untuk pulang ke bandar semula di lihat menyusur saja ke bandar masih banyak kedai kedai yang tutup kalau ada pun kedai bukak yang bekerjanya india,bangla,indonesia ada jugaklah kedai hardware itu pun satu je bukak


bermakna cina pun cuti jugak biasalah negara yang mengamalkan masyarakat majmuk,setibanya ke flat dari desa keadaan macam kawasan yang ditinggalkan macam bandar mati,bergitu lengang sekali,mana orang ni ??? kebanyakanya masih balik kampung yang ada pun warga indonesia yang tak balik kampung

perh tenang gila siot bila ramai balik kampung ni tapi tu ha boringlah pulak,abf  tak tau ha apa lah kawan kawan atau jiran jiran rasa bila menyambut 1 syawal di ibukota ni sebenarnya abf tak penah pun berada di kuala lumpur pada 1 syawal kalau 2 syawal penahlah keadaan memang lengang


dah macam adat lah pulak bila datang 1 syawal je  kuala lumpur dibiar lengang oleh warga kota, nak rasa jugak sambut 1 syawal di kuala lumpur tetapi orang tua suruh balik kampung jugak katanye tak baik hari raya aidilfitri ni tak balik kampung,ikut jugak pemintaan orang tua


apa yang abf lihatlah apabila semua warga kota pulang bercuti menyambut aidilfitri kat situ bersepahlah warga asing yang kita tak penah nampak kekadang rasa macam kat negara orang pun ada padahal berada di negara sendiri,patut pihak kerajaan kena ambik tahu pasal perkara ini sebelum  ia melarat


ia memberi ancaman keselamatan kepada warga tempatan terutamanya yang memang berasal di kuala lumpur,abf sebagai warga kota yang lahir di kuala lumpur menyeru pihak kerajaan mengawal pendatang asing yang bergitu ramai ini ia sebenar satu ancaman kepada negara sebenarnya


ABF:mungkin hari ini 5 syawal lagi ramai warga kota pulang ke kampung keadan yang sepi ini bakal riuh kembali itulah adat di kuala lumpur atau bandar sekitarnya  apabila datang 1 syawal ia lengang seketika walaupun tiada istilah rehat bagi kota metropolitan yang bernama kuala lumpur 

abf bantah akta 114A



abf membantah akta 114a yang kelihatan kejam yang ingin di laksanakan  oleh kerajaan umno bn ia kelihatan seperti akta kuku besi yang mahu menghalang kebebasan bersuara di alam cyber pada 14 ogos yang lalu kempen black out telah dibuat bagi menyokong membantah akta ini

 undang undang baru akta 114a berbunyi begini




seksyen 114A menganggap individu yang memiliki laman web atau peralatan komputer yang mengandungi bahan berunsur hasutan atau fitnah bersalah walaupun bahan itu dimuat naik oleh pihak lain. 

Individu atau organisasi yang mengendali atau menawarkan perkhidmatan kepada forum, blog,atau laman web juga bert

anggungjawab terhadap segala kandungan yang terdapat pada perkhidmatan tersebut.

Para pengguna internet yang akaun atau komputernya digodam (hack) juga akan dipertanggungjawabkan ke atas bahan yang dimuat naik oleh penggodam (hacker)

Seksyen 114A ini mengancam kebebasan bersuara di Internet dan menggugat prinsip asas keadilan, demokrasi dan hak asasi manusia



ABF:jika akta  114a ini di laksanakan bermakna abf terpaksalah menutup blog ini atas sebab sebab keselamatan mana tak nya misal kata blog abf kena hack di buat pulak bahan fitnah atau manipulasi oleh pihak yang tak bertanggungjawab yang kena tuan punya blog jugak bagi abf ini akta paling zalim dalam sejarah 



selamat hari raya aidilfitri 1433



assalamulaikum rasanya tak terlambat abf nak ucapkan  selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua pengunjung blog abf,oleh kerana kesibukan abf tidak tidak dapat update blog ini sebenarnya banyak cerita yang telah tersimpan kalau update pun mesti ada yang ingat ketinggalan zaman tak kisahlah janji blog ini ada cerita dari pada takde cerita langsungkan