Selasa, 17 Julai 2012
Ahad, 15 Julai 2012
perhimpunan oren berjaya !!!
KUALA LUMPUR 15 JULAI: Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH)) membelakangi peneroka kerana ia memindahkan pemilikan dan penguasaan tanah dan aset Felda kepada pelabur, termasuk pelabur asing.
Selain itu, pemajakan tanah Felda kepada syarikat swasta merupakan langkah menyalahi Akta Penempatan Berkelompok (Group Settlement Act) 1960, menurut memorandum Gabungan NGO Gerakan Selamatkan Felda (GSF).
Memorandum setebal sepuluh halaman itu diserahkan kepada pegawai Yang Dipertua Agong semalam di himpunan oren selamatkan Felda di depan Istana Negara di Jalan Duta.
Memorandum tersebut turut mempertikaikan perlantikan dua pegawai di dalam Felda, iaitu Datuk Sabri Ahmad sebagai Pegawai Pengerusi Eksekutif dan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Felda.
Ia mendakwa Sabri mempunyai rekod buruk semasa beliau berkhidmat di syarikat ladang
Golden Hope manakala Isa, yang merupakan pemimpin Umno pernah disabitkan kesalahan rasuah oleh Lembaga Disiplin Umno.
Golden Hope manakala Isa, yang merupakan pemimpin Umno pernah disabitkan kesalahan rasuah oleh Lembaga Disiplin Umno.
Memorandum itu turut senaraikan lima justifikasi mengapa penyenaraian FGVH perlu ditolak seperti kes ‘jutawan gagal’ di lima skim Felda sebelum ini.
Sebaliknya GSF menyarankan agar tanah 360 ribu hektar milik Felda Plantation diserahkan kepada generasi kedua, ketiga dan rakyat Malaysia yang layak menjadi peneroka baru serta.
Ia juga mencadangankan agar perumahan untuk generasi kedua dibangunkan di rancangan baru Felda dan juga di kawasan Felda sedia ada.
Selain itu, koperasi peneroka juga dicadangkan untuk mengurus ladang peneroka.
sumber:selangorku.com
ABF:kali ini abf tidak dapat turun bersama rakyat dalam perhimpunan oren selamatkan felda cuma abf nak ucap taniah kepada rakyat yang turun dalam perhimpunan oren semalam kerana termasuk dalam catatan sejarah
jiran yang sombong !!!
assalamulaikum semua rasanya sudah lama abf tak update blog ini,hari ini baru ada masa untuk menulis artikel di blog ini, kali ini abf nak cerita sikit pasal jiran yang sombong kat flat ni,bukan apalah nak sombong agak agak ha kita ni dah la jiran sebelah rumah pulak tu
memang dah sifat abf akan menegur jiran yang abf rasa boleh di tegur,abf ni dah duduk flat ni dari kecik lagi antara orang lama dan orang baru abf tahu siapa mereka yang telah lama menetap di sini,bagi abf yang sudah lama tidak ada masalah untuk tegur menegur tapi yang baru datang ni
dia punya sombong jangan cakap ha pandang kita pun tak nak, sekali bila abf cuba menegur dan senyum,dia punya muka ketat macam kena skrew dah,sebenar abf apa kisah dia nak sombong,tapi heran bin ajaib baru duduk flat dah nak sombong kalau orang kaya duduk banglo tu nak sombong takpa lagi
bagi abf yang telah lama duduk flat ni masa senang boleh lah sombong nanti dah susah kita yang jiran tidak penah di tegur bertahun tahun ni jugak lah dia cari minta bantuan ini hakikat di flat sekarang sudahlah baru datang tapi sombong kepada jiran yang telah lama menetap dari dia
secara jujurnya abf tidak kenal pun jiran abf ni cakap atau bersembang pun tak penah,sekali sekala je nampak,tapi bila dah nampak abf cubalah menegur dan senyum sebagai tanda hormat tapi dia buat muka ketat macam tak puas hati,abf pantang betul kalau abf tegur sesiapa terutamanya jiran dia buat bodoh
kalau jauh takpa gak ini dekat selangkah,macam ni punya orang pun ada ke ??? ingat la der lu duduk flat je tak payah berlagak ha tapi lepas ni abf takan tegur jenis manusia macam ni suatu hari nanti lu ada masalah ke apa lu setel sorang sorang tak payah nak invite wa atau jiran jiran yang lain
bukan apa ha kita niat baik nak rapatkan silatulrahim tapi tulah jenis manusia dungu duduk di bandar kononya tak campur hal orang,buat hal masing masing kononya,tapi dia lupa tanpa jiran atau orang sekeliling takde makna kehidupan dia terutamanya kehidupan di sebuah bangunan di gelar flat
Langgan:
Catatan (Atom)