benda ni dah lama abf dok perhati dalam suasana panas mengenai isu nfc,sekarang ni abf bukan nak cerita pasal lembu nfc tapi standet kemudahan kandang lembu nfc dan tempat riadah untuk bersukan khas untuk golongan belia gambar dalam google dah mengesahkan waktu dan ketika
gambar di atas adalah pusat riadah perbagai guna yang berbumbung yang belum ada di malaysia kerajaan umno bn masih tak pandang serius dalam infrastruktur yang harus di bina seperti diatas,infastruktur yang berbumbung dan berlampu bukan saja boleh digunakan untuk bolasepak atau futsal malah perbagai guna
malah keadaan cuaca hujan hutan tropika yang di alami saban tahun masih tidak menyedari resiko yang bakal melanda golongan belia yang beriadah di padang bola dan futsal yang tidak berbumbung yang beresiko di panah petir mengharungi detik kuyup terdedah kepada cuaca panas diwaktu tengahari
apabila cuaca panas terik,kepanasan menimpa golongan belia dan apabila cuaca hujan basahlah golongan belia yang sedang beriadah termasuklah gelanggang futsal yang sediakan oleh kerajaan yang tidak berbumbung akan lembab dan licin resiko tergelicir akan berlaku selepas di panah petir
hakikat gelanggang futsal yang di buat oleh kerajaan umno bn antaranya gelanggang futsal di putrajaya yang tidak berbumbung para belia yang beriadah terdedah dengan resiko kecederaan akibat di panah petir dan tergelincir akibat keadaan gelanggang yang licin akibat hujan melanda
tetapi lembu lembu yang tidak berakal diberi kemudahan berbumbung oleh kerajaan umno bn terutamanya lembu lembu nfc ,ini yang menjadi perkara pelik dan hairan abf sehingga ke hari ini,kerajaan umno bn sanggup mengeluarkan jutaan ringgit untuk kemudahan lembu nfc
lihatlah bertapa indahnya menjadi lembu kerajaan umno bn apabila mendapat kemudahan berbumbung dan tidak terkena tempias cuaca panas malah terlindung dari panahan petir dan cuaca hujan,nampak gayanya kemudahan yang di sediakan hanya untuk lembu yang tidak berakal
projek kandang lembu nfc yang siap berbumbung
gelanggang futsal tak boleh letak bumbung tapi kandang lembu boleh letak
sehingga ada golongan belia terpaksa menggunakan kreativiti sebergini kerana di diskriminasi oleh kerajaan umno bn yang hanya membina kemudahan untuk lembu berbanding manusia
ABF:adakah lembu lembu nfc ini yang sebelum ini menyokong dan mengundi kerajaan umno bn ??? bukankah manusia yang diantaranya golongan muda yang bakal mengundi yang sebelum ini telah pun mengundi dan menyokong umno bn tetapi tidak mendapat kemudahan seperti lembu nfc,ayuh anak muda tok sah la lagi kita di perbodohkan oleh pemimpin umno bn yang hanya berani keluar duit rakyat berbilion untuk keuntungan sendiri tetapi berat nak keluar bajet untuk kemudahan dan keselesaan anak muda untuk beriadah di padang bola,futsal dan lain lain aktiviti yang bermafaat terbukti lembu lebih di utamakan dari manusia sungguh memualkan sebagai anak muda yang memerhati politik