Rabu, 26 Oktober 2011
b99 bakal berwajah baru
setelah setahun lebih b99 beroperasi di ruang maya ini,blog b99 bakal berwajah baru bermula awal tahun 2012,setelah mengikut percapaian pengunjung yang kian meningkat sampai masanya b99 melangkah ke era baru untuk tranformasikan blog b99 sebagai modul penting kepada masyarakat,terima kasih kepada masyarakat di luar sana kerana menyokong b99 sebagai modul penting untuk informasi yang boleh kita kongsikan bersama
Isnin, 24 Oktober 2011
kemalangan maut di dagu mahathir
kemalangan maut di selekoh ke11 betul betul di dagu mahathir
marco simoncelli maut
penampilan terakhir beliau
kemalangan maut yang melibatkan pelumba moto gp honda marco simoncelli mengejutkan dunia semalam apabila buat kali pertamanya dalam sejarah litar sepang meragut nyawa
kedudukan selekoh kemalangan yang meragut nyawa marco simoncelli di selekoh 11 betul terletak di dagu mahathir jika mengikut teori lukisan kartunis zunar
berikut adalah video kemalangan maut yang melibatkan 3 pelumba Colin Edwards,velentino rossi tidak sempat mengelak dan merempuh marco simoncelli yang tergelincir dari motosikal beliau
marco simoncelli maut dengan kecederaan parah di kepala,leher dan dada selepas di rempuh 2 jentera motosikal yang di tunggang colin Edwards,velentino rossi
b99:takziah di ucapkan
kedudukan selekoh kemalangan yang meragut nyawa marco simoncelli di selekoh 11 betul terletak di dagu mahathir jika mengikut teori lukisan kartunis zunar
berikut adalah video kemalangan maut yang melibatkan 3 pelumba Colin Edwards,velentino rossi tidak sempat mengelak dan merempuh marco simoncelli yang tergelincir dari motosikal beliau
marco simoncelli maut dengan kecederaan parah di kepala,leher dan dada selepas di rempuh 2 jentera motosikal yang di tunggang colin Edwards,velentino rossi
b99:takziah di ucapkan
Khamis, 13 Oktober 2011
kuasa allah !!!
Jumaat, 7 Oktober 2011
bajet 2012 !!! bajet hampeh !!!
caj membuat akaun bsn http://www.mybsn.com.my/pb_deposits_giro.html
1.Semua pelajar sekolah rendah dan menengah akan menerima Wang Bantuan Persekolahan sebanyak RM100 yang akan dibayar melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).
b99:yang sebenarnya kerajaan umno bn tak ikhlas nak bagi para pelajar sekolah peruntukan rm100 ni,cuba kaji balik kalau peruntukan rm100 di beri sebulan atau setahun,contoh pembelanjaan sehari rm5 untuk beli buku dan makanan termasuk cukai gst yang bakal di laksanakan pada tahun 2012 rm5 x 30 hari =rm150,buat akaun simpanan nasional bukanlah percuma untuk buat akaun bank simpanan nasional untuk pelajar sekolah rendah akan di caj rm10 untuk pelajar sekolah menengah pula di caj rm50 ,pemberian ini ternyata tidak cukup dan separuh dari pemberian tersebut akan di serah semula kepada kerajaan umno bn bertambah pula melalui cukai gst (cukai kepada individu rakyat) yang satu lagi bajet hampeh nak kabur mata rakyat dan sistem yang mengelirukan fikirlah tiada benda percuma kt dunia ini selain dari membayar, nak kencing pun kena bayar 0.20 sen (satu lagi bajet hampeh dan tak ikhlas )
2.Bantuan sebanyak RM500 (sekali bayar) akan diberi kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.
b99:mengikut keadaan semasa terkini harga barangan semakin meningkat tanpa kawalan kerajaan umno bn,bertambah pula dengan cukai gst (cukai kepada individu rakyat) yang bakal di kenakan pada barang keperluan mulai tahun 2012 bayaran rm500 sekali bayar untuk individu rakyat yang gaji di bawah rm3000 langsung tidak relevan sedangkan tak sampai sehari pun rm50 boleh habis kerana kos sara hidup yang semakin meningkat kalau benar kerajaan umno bn ikhlas nak bagi golongan berpendapatan rendah mengapa tak bagi bajet rm1000 untuk kos isi rumah setiap bulan untuk individu rakyat yang berpendapatan rendah dan mempunyai ramai tanggungan. bukankah itu lebih baik??? (satu lagi bajet hampeh dan tak ikhlas )
3.Warga emas berumur 60 tahun ke atas akan dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital & klinik kesihatan kerajaan.
b99: yang ini di lihat lebih perihatin kepada warga emas tetapi dengan hanya caj pendaftaran dan persakit luar (kurang serius)tidak kronik sahaja di berikan pengecualian,mengapa hanya separuh di berikan percuma ??? perlu di ingatkan kos perubatan lanjut atau tahanan wad warga emas perlu bayar juga hanya pendaftaran sebagai pesakit luar sahaja di beri percuma ,satu lagi langkah mengelirukan rakyat (satu lagi bajet hampeh dan tak ikhlas )
4. Kerajaan akan memansuhkan yuran pendidikan rendah & menengah di semua sekolah kerajaan.
b99: perkara ini penah diumumkan pada bajet yang lalu oleh mantan perdana menteri abdullah badawi ,malangya itu hanya pembohongan ,yuran sekolah di mansuhkan tetapi perlu di bayar yuran tambahan ,seperti yuran peralatan sukan yuran kokurikulum ,yuran PIBG,yuran komputer, yuran perpustakaan dan yuran tuala wanita dan yuran lain lain yang di jangka lebih mahal dari harga sebenar kemungkinan buku teks akan di caj penggunaan dengan kadar cukai gst (cukai individu untuk rakyat) seperti yang sedia maklum yuran sekolah yang dimansuhkan itu di tukar kepada yuran tambahan (satu lagi bajet hampeh dan tak ikhlas)
5. Pemberian subsidi untuk minyak petrol, gas LPG, gula, beras akan diteruskan seperti biasa. Kerajaan juga akan terus menanggung bil elektrik yang kurang dari RM20 sebulan.
b99:jika kalau pemberian subsidi untuk minyak petrol,gas lpg dan beras akan di teruskan mengapa kadar pengurangan dan potongan langsung tidak di umumkan ???sedangkan pemberian subsidi ini kepada rakyat langsung tidak jelas dan masih lagi samar kalau betul ikhlas nak menangung bil elektrik rakyat mengapa kerajaan umno bn tak masuh sahaja taraf fit 1% yang baru sahaja di laksanakan pada september 2011 bagi penggunaan 300 kwj ke atas sedangkan taraf fit untuk jana kuasa baru tidak digunakan rakyat,buat apa kita membayar caj yang kita sendiri tidak gunakan (satu lagi bajet hampeh dan tak ikhlas)
6. Pemberian baucer buku RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam, swasta tempatan, matrikulasi & tingkatan 6.
b99:pemberian baucer buku yang bernilai rm200 langsung tidak memberi mafaat kepada pelajar ipta/ipts/matrikulasi /stpm/stam.ini satu lagi bajet yang mengelirukan rakyat,sedangkan harga buku di peringkat menara gading ini lebih pada rm200,dan mungkin baucer ini hanya di berikan kepada satu kedai yang di tenderkan sahaja,bermakna baucer ini tidak boleh di gunakan pada kedai kedai buku yang lain, kalau kerajaan umno bn ikhlas nak bagi buku kepada pelajaryang berada di menara gading mengapa perlu buat kaedah baucer rm200 ??? ,ini hanya satu strategi marketing oleh pihak pihak tertentu yang menggunakan nama kerajaan,itu tak tambah lagi cukai gst (cukai untuk individu rakyat)bagi setiap buku yang di beli, di sini jelas tiada keikhlasan kerajaan untuk membantu pelajar menara gading sedangkan pusat serenti atau puspen berjuta kerajaan umno habis bajet untuk mendapatkan segala tender projek,pelajar universiti ??? langsung tidak di bantu sekurang kuranya yuran percuma atau pun buku percuma,bertambah bebanlah para pelajar ipta/ipts dengan pinjaman ptptn yang penuh dengan riba atau bayaran bunga,dari sudut itu langsung kerajaan umno bn tak pandang untuk di mansuhkan unsul bunga atau riba pada pinjaman ptptn (satu lagi bajet hampeh dan tak ikhlas)
7.Umur bersara wajib kakitangan awam dinaikkan dari umur 58 tahun kepada 60 tahun.
b99: ia satu kelegaan juga kepada penjawat awam yang bakal bersara kelak dan ada juga yang merancang sebaliknya, disini tak salah menambah had persaraan dari umur 58 tahun kepada 60 tahun tetapi peluang pekerjaan bagi golongan muda bagi sektor awam semakin berkurangan dan di lihat tipis sedangkan kini peluang pekerjaan sektor awam tidak di tambah dengan meluas sedangkan hakikatnya negara memerlukan tenaga muda untuk memajukan negara (satu lagi bajet hampeh dan tak ikhlas )
8. Kakitangan kerajaan akan mendapat tambahan bonus setengah bulan gaji (minimum RM500) bersama gaji bulan Disember 2011. Pesara kerajaan juga akan menerima bayaran bantuan RM500.
b99: pemberian rm500 ini ternyata tidak relevan dengan kos yang semakin meningkat bertambah pula dengan cukai gst (cukai untuk individu rakyat )yang akan di laksanakan pada tahun 2012 seharusnya pemberian bonus melebihi dari tahap sebenar mengikut keadaan semasa dengan kos sara hidup yang semakin meningkat bertambah pula dengan cukai gst yang bakal di kembalikan kepada kerajaan umno bn ternyata bonus rm500 ini tidak cukup terutamanya individu yang banyak tanggungan (satu lagi bajet hampeh dan tak ikhlas
9. Kerajaan akan menawarkan bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam untuk menyambung pengajian kepada 5,000 pengajian ijazah sarjana & 500 bagi doktor falsafah.
b99:pelik tapi benar ia satu lagi strategi marketing oleh kerajaan umno bn yang kononya ingin memberi bantuan kewangan kepada penjawat awam yang ingin menyambung pengajian di ipta/ipts persoalanya sekarang adakah bantuan yuran pengajian hanya sekali atau akan di buat melalui pontongan gaji ??? belum lagi masuk kos buku untuk belajar,yang heran mengapa kerajaan umno bn hanya memberi bantuan yuran ??? memgapa tidak memberi bantuan kepada peralatan pelajaran ???(satu lagi bajet hampeh dan tak ikhlas)
kadar sewa gelanggang mohktar dahari yang menggunakan duit rakyat bernilai 3.4 juta http://portal.ppj.gov.my/c/document_library/get_file?p_l_id=17343&folderId=37411&name=DLFE-6202.pdf
10. RM15 juta akan diperuntukkan untuk membina gelanggang futsal dengan matlamat “Satu Gelanggang Satu Mukim”.
b99: rm15 juta ??? banyak tu pembinaan gelanggang futsal yang kononya untuk golongan belia di setiap mukim,kalau pembinaannya untuk strategi marketing seperti gelanggang futsal mohktar dahari di putrajaya yang di kenakan kadar caj sewa lebih baik tak payah, kalau ikhlas nak bagi gelanggang futsal kepada golongan muda buat apa nak perlu bayar ??? contoh jelas kita lihat sahaja gelanggang futsal mohktar dahari yang di kena caj sewa sedangkan ia di bina menggunakan duit rakyat (satu lagi bajet hampeh dan tak ikhlas)
11. Pendapatan Kerajaan Persekutuan bagi 2012 dianggar meningkat 1.9% kpd RM186.9 bilion. Defisit Kerajaan Persekutuan dijangka terus berkurangan kepada 4.7% daripada KDNK, berbanding 5.4% tahun ini.
b99:meningkat atau turun ia bukanlah persoalan, ia sebenar memang dah tanggungjawab mana mana kerajaan di dunia ini untuk mengistiar apa yang kerajaan lakukan untuk ekonomi negara dan perlu di jelaskan kepada rakyat setiap bulan bukanlah hanya di peringkat pembentangan bajet hujung tahun baru nak umum kepada rakyat (satu lagi bajet hampeh dan tak ikhlas )
12. RM200 juta akan disediakan untuk melatih belia yang telah meninggalkan sekolah melalui Program Strategik untuk Belia 1Malaysia (SAY 1Malaysia)
b99:dana ini di lihat bagus untuk di laksanakan tetapi apakah jaminan masa depan muda mudi yang menyertai program ini??? adakah dapat tempat dapat kerajaan ??? dan adakah ia percuma atau perlu membuat bayaran ???di sini kita dapat lihat satu lagi bisnes marketing yang di buat oleh kerajaan umno bn demi keuntungan mereka semata mata dana rm200 juta milik rakyat hanya indah khabar dari rupa,lihatlah program yang di buat sebelum ini langsung tidak melahirkan modal insan yang boleh mencipta satu benda baru kebanggan negara dan perserta gagal mendapat tempat dalam sektor awam semuanya kena usaha sendiri di sektor swasta ,ia adalah hakikat di negara kita program di tambah tetapi peluang kerja tidak di tambah (satu kagi bajet hampeh dan tak ikhlas)
undian harian metro di facebook menunjukan majoriti tidak berpuas hati dengan bajet 2012
b99: malang sekali golongan rakyat yang bekerja swasta,warga oku langsung tidak di beri keutamaan sedangkan pada asalnya golongan ini juga membayar cukai kepada kerajaan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat golongan ini lebih teruk menerima beban apabila perlaksanaan gst(cukai individu rakyat )kelak pada tahun 2012
walaupun bajet ini di lihat indah sebenarnya indah khabar dari rupa,malang sekali bajet yang di berikan hanya sekejap singgah di tangan, kemudian serahkan kembali kepada kerajaan umno bn,diharapkan golongan rakyat tidak terpedaya dengan dengan gula gula beracun yang sedap hanya sehari merana bertahun tahun satu permainan malapetaka buat rakyat
Langgan:
Catatan (Atom)