Rabu, 8 September 2010

selamat hari raya







b99 mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua pengunjung ,b99 memohon 10 jari kemaafan jika ada tersalah silap dalam penulisan sehingga menyebabkan sesetengah pihak terguris ,bukan apa nak menegur mana yang silap,mintak maaf juga jika b99 tidak terlalu kemas kini blog ini akibat menghormati bulan ramadan dan laporan akankembali seperti biasa selepas hari raya aidilfitri

tempat peniaga melayu terabai tiada berbumbung


petaling street tempat peniaga cina yang berbumbung tetap menjadi pelancong tempatan dan asing


tempat berbumbung bazar ramadan jalan masjid india



lorong jalan tuanku abdul rahman yang menjadi perhatian warga kota setiap kali muncul sambutan satu syawal




assalamulaikum kepada semua pembaca pengunjung blog b99 terima kasih kerana sudi membaca segala maklumat di blog ini sempena hari raya aidilfitri yang bakal tiba ni saya ingin melaporkan nasib peniaga melayu di kuala lumpur yang umpama di pulau dengan kesenangan dan kemudahan,bukan sahaja peniaga malah pengunjung juga terkena tempias


jika di petaling street kita dapat melihat kemajuan di sana dari kawasan peniaga berketurunan cina yang dulu kelihatan biasa di naik taraf dengan bumbung supaya pengunjung selesa membeli belah dari panas dan hujan itulah realiti nya belaku di petaling street yang tetap menjadi tumpuan pelancong tempatan dan asing mengunjung tempat ini



tapi apakah nasib peniaga melayu di jalan masjid india dan jalan tungku abdul rahman ??? siapa tak kenal kawasan peniagaan jalan masjid india yang berbumbung cantik ini tetapi malang nya tempat ini sering banjir apabila hujan turun dengan lebat,terletak di persebelahan sungai klang menjadi sebab air lambat surut di kawasan rendah yang menjadi tumpuan ini



akibat perbinaan kawasan yang rendah dan berdekatan dengan sungai menjadi antara sebab kenaikan air yang mampu mengelamkan bukulali,suasa akan menjadi tidak terkawal apabila peniaga terpaksa menutup kedai dengan plastik supaya barang tidak terkena air dan sampah sarap yang di buang terhanyut ibarat sungai yang mengalir.


tidak lari air kumbahan yang penuh terkeluar dari lubang kumbahan bawah tanah yang menyebabkan suasana menjadi busuk peniaga dan pengunjung terpaksa meredah nya akibat paksaan walaupun terlindung dari hujan kejadian banjir ini berlaku akibat masalah pengaliran dan kawasan rendah yang tidak di ambil serius oleh pihak dbkl


sayang seribu kali sayang peniaga yang rata -rata melayu umpama di pinggirkan walaupun setiap bulan mereka membayar sewa tapak tetapi pelangan yang mahu membeli belah di kawasan berkenaan lari kerana keadaan yang tidak selesa di situ walaupun sebahagian kawasan yang mengalami banjir seharusnya kelengkapan keselesaan harus ada untuk menjaga imej



sama juga nasib dengan peniaga di kawasan lorong jalan tuanku abdul rahman,walaupun peniagaan hanya di jalankan setiap sabtu dan sambutan hari raya seharus nya dbkl menjadikan ini kawasan peniagaan ,pelancongan seperti petaling street dan tempat ini harus membumbung kerana rata-rata peniaga di sini adalah melayu bumiputera di manakah pembelaan dbk kepada peniaga melayu dan tempat ini menjadi tumpuan di seluruh negara malah singapura



apabila berlakunya hujan peniaga juga akan mengalami kerugian kerana pengunjung tidak dapat membeli belah dalam keadaan yang basah,tinjauan yang di buat dalam persiapan hari raya ramai pengunjung terpaksa menumpang khemah dan premis para peniaga untuk mengelak dari basah kuyup,ada juga yang basah lecun kerana terkena hujan semasa membeli belah


bila kita ke petaling street kita tidak akan basah seperti mana kita berkunjung ke jalan masjid india dan jalan tuanku abdul rahman itulah realiti yang berlaku jika hak peniaga bumi putera di abaikan oleh dbkl sendiri sedangkan itu tempat munculnya ekonomi di kalangan peniaga melayu,seharus nya lorong jalan tuanku abdul rahman harus di majukan dengan berbumbung


kita sibuk dengar laungan hidup melayu di kalangan pihak yang mengaku perjuang melayu sedangkan nasib usahawan bumiputera peniaga melayu telah abaikan.b99 berharap dbkl memajukan tempat ini kerana ia tempat tumpuan pelancong seluruh malaysia termasuk negara jiran singapore dan brunei tempat ini juga menyumbang ekonomi negara