Khamis, 29 April 2010

keadilan untuk aminul rashid





surat aduan polis oleh kawan aminul rashid




berikut dari kejadian seorang remaja aminul rashid,15 tahun di tembak mati di kepala oleh polis di Sek 11 shah alam pada pagi 26.4.2010,beliau di syaki oleh pihak polis sebagai penjenayah yang di kehendaki terlibat dalam kes rompakan bersenjata, sedangkan mangsa tidak langsung terlibat dalam kes jenayah berkenaan seperti mana yang di bagitahu media harus perdana


tindakan polis membabi buta menyerang hendap mangsa dengan peluru hidup sehingga menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian amat dikesali,tindakan ini umpama marahkan nyamuk kelambu di bakar, umpama harapkan pagar pagar makan mati, walaupun mangsa bersalah memandu tanpa lesen tindakan serangan hendap tanpa unsul periksa amat kejam dan tidak adil


jesteru dalam tragedi ini keadilan untuk aminul rashid harus di titik berat kan oleh pdrm supaya tidak ada tindakan double standart di antara anggota mereka, seharus nya dalam kejadian ini tiada fail yang akan di tutup



menurut laporan saksi di dalam tragedi ini



Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.

Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.

Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi. Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.

Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami. AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam. Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.

Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah. Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.

Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai. Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah. Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala.


berikut kenyataan kakak allayarham di dalam lama web facebook



aisyah Amzah : assalamualaikum
first of all,saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak yang terlibat dengan pembukaan page ni.terima kasih banyak banyak kerana anda semua prihatin dan sudi memb...eri moral support utk family kami terutamanya untuk adik saya, Allahyarham Aminulrasyid b Amzah.Insya-allah,doakanlah yang terbaik untuk Allahyarham,semoga rohnya dicucuri rahmat-Nya.Cuma di sini saya ingin tegaskan,selagi siasatan kes ini belum selesai,TOLONG JANGAN SEBARKAN SPEKULASI DAN TOHMAHAN MAHUPUN MENOKOK TAMBAH CERITA KES INI.JANGAN BERCAKAP IKUT SEDAP MULUT DAN TANPA USUL PERIKSA.KEPADA SESIAPA YANG PERNAH MENGELUARKAN KENYATAAN BERBAUR NEGATIF TENTANG ALLAHYARHAM,INGATLAH,ALLAH ITU MAHA KAYA DAN MAHA ADIL.ANDA SEBENARNYA TIDAK LAYAK UNTUK BERCAKAP SEPATAH PUN MENGENAI ADIK SAYA!!SIAPA ANDA???KALAU TAK KENAL SESEORANG,MAKA ANDA TIDAK LAYAK UNTUK MENGHAKIMI SESEORANG ITU!.CERMIN DIRI SENDIRI DULU SEBELUM MENGATA KEBURUKAN ORANG LAIN. ANDA TIDAK BERADA DI TEMPAT KAMI DAN ANDA TIDAK MUNGKIN AKAN FAHAM SITUASI SEBENAR.ADIK SAYA JUGA SEORANG MANUSIA BIASA,SEORANG BUDAK LELAKI YANG BARU MENINGKAT REMAJA,MASIH BARU BELAJAR ERTI KEHIDUPAN.APATAH LAGI KAMI BARU KEHILANGAN AYAH YANG BELUM PUN SAMPAI 10 TAHUN PEMERGIANNYA.KESIMPULANNYA DI SINI,HENTIKAN CAKAP CAKAP BURUK DAN BERBAUR NEGATIF TENTANG ALLAHYARHAM ADIK SAYA DAN SAYA DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON SOKONGAN DAN KERJASAMA ANDA SEMUA AGAR TIDAK MENGERUHKAN KEADAAN.BIAR SEKALIPUN ANDAI KATA TIADA KEADILAN UNTUK ADIK KAMI DI DUNIA INI,INSYA-ALLAH,DI AKHIRAT KELAK PASTI ADA KEADILAN.YANG BENAR TETAP BENAR,YANG SALAH TETAP SALAH.
AKHIR KATA,FIKIR FIKIRLAH.KALAU MUSIBAH INI BERLAKU PADA KELUARGA ANDA,APA YANG ANDA RASA?MUNGKIN HARI INI HARI KAMI,ESOK LUSA TERKENA BATANG HIDUNG ANDA,SIAPA TAHU?DEMI PERASAAN IBU SAYA,HAJAH NORSIAH MOHAMAD.....TOLONG..TOLONG..TOLONG.JANGAN LUKAKAN HATI IBU YANG BARU KEHILANGAN ANAKNYA.
SEKIAN.TERIMA KASIH.ASSALAMUALAIKUM.

b99 mengharapkan keadilan untuk allahyarham aminul rashid terlaksana , akibat tindakan tanpa unsul periksa ini menjadi punya seorang ibu kehilangan anak, kes tembakan membabi buta ini bukan kali pertama malah seorang ibu tunggal turut menjadi mangsa, takziah untuk keluarga allahyarham, al fatihah untuk allahyarham aminul rashid

Isnin, 26 April 2010

adakan semula kempen bersih !!!




ada menang ada kalah itu adat bertanding tetapi kalau dalam pertandingan itu pengadil nya tidak adil maka rosak lah pertandingan itu dengan nilai-nilai asli dalam pertandingan, seperti mana yang di lakukan suruhan pilihan raya malaysia yang ternyata masih menyebelahi bn

seperti mana kempen bersih yang di lakukan semasa tahun 2008 yang telah memalukan kerajaan bn dalam undang undang demokrasi sesebuah negara,mereka yang menuntut pilihan raya yang adil telah di serang anggota fru dengan kuasa allah.s.w.t hujan turun dengan selebat-lebatnya dan manghalang serangan terkutuk mereka kepada hak demokrasi sebagai rakyat


tetapi bukan semua yang di tuntut telah di laksana malah di pandang ketepi oleh spr 4 tuntuhan gambungan pilihan raya bersih masih tidak di gunakan pakai oleh spr,sedangkan permintaan rakyat itu adalah adil dan saksama,mengapa sukar bagi mereka untuk melaksanakan tuntukan rakyat seperti yang tertulis di atas


tuntutan bersih


pergunaan dakwat kekal- malang nya spr telah membatalkan pergunaan dakwat kekal pada saat akhir semasa pilihan raya umum tahun 2008 dengan alasan risau dengan provokasi, sehingga kini tuntutan itu di abaikan oleh spr


pembersihan daftar pemilih- masih ada lagi nama pengundi berdaftar yang telah meninggal dunia yang tidak di padam oleh spr dan nama mereka di gunakan untuk para pengundi hantu yang di lantik untuk mengundi di sebuah kawasan terutamanya semasa pilihanraya kecil


pemansuhan undi pos- pemansuhan undi pos sepatut nya sudah lama di mansuhkan tetapi di gunakan alasan kesibukan para pertugas awam seperti polis dan tentera tetapi malang nya undi pos di salah guna menambahkan undi curi bagi bn


akses kepada media- tetapi media di salah guna oleh bn untuk berkempen dan merayu undi untuk diri mereka malah fitnah di hujud kan untuk menhasut dan menghujud perasaan benci



bersihkan pilihan raya kembalikan rakyat,tetapi hak rakyat masih terpadam untuk mengekalkan orang yang gila kuasa,terang lagi bersuluh 4 tuntutan itu risau bagi spr untuk mnghujudkan nya kerana risau bapa mereka barisan nasional tumbang dalam pilihanraya


dalam pertandingan seharus ada pengadil yang betul betul adil tetapi pengadil tidak menerima pakai tuntutan rakyat yang mahu bersihkan undang undang pilihan raya,yang sepatut nya di laksanakan kerana itu adalah hak rakyat sebagai pengundi


kepada rakyat yang mahukan keputusan badan spr yang adil dan saksama jangan putus asa kita hujudkan semula kempen bersih supaya spr menghujudkan tuntutan yang rakyat mahukan,bermulah dari sekarang sebelum era permainan tun mahathir di generasikan najib tun razak yang jelas mempergunakan spr dalam kempen pilihanraya mereka


jelas lagi bersuluh perkara di atas perlu di lakukan spr tetapi mengapa sukar bagi mereka laksanakan nya ??? mungkin ada udang di sebalik batu dalam spr yang menyebabkan undi curi masih hujud menyokong barisan nasional

pakatan rakyat perlu ada stesen tv

selepas tewas di ulu selangor dengan majoriti gula-gula sampai masa kerajaan pakatan rakyat menghujudkan stesen tv di setiap negeri negeri di bawah pemerintahan mereka macam mana di guna oleh kerajaan barisan nasional di media harus perdana yang ternyata tidak bebas dan adil


ternyata pergunaan media eletronik juga membantu kempen bn di ulu selangor,media harus perdana yang selama ini di gunakan bn untuk mengaburkan mata rakyat dengan penyampai berat sebelah ternyata berjaya mempergaruhi undi di ulu selangor


sepatut nya media harus perdana seperti rtm dan tv3 harus menyampai kan berita dengan adil dan saksama, tetapi malang nya media ini menjadi agen kempen barisan nasional dan hanya melaporkan untuk sebelah pihak


media yang di harapkan untuk melaporkan berita yang adil tetapi malangnya menjadi mesin kerajaan barisan nasional dengan tanyangan pemberian gula-gula oleh mereka . sampai masa nya kerajaan pakatan rakyat berkabung menghujudkan satu stesen tv baru untuk laporan di media perdana lebih telus dan adil


jika kini media blog di katakan tunjang utama melaporkan berita yang bebas dan menyebelahi mana-mana parti politik tetapi bukan semua boleh membuka rakaian internet,malah di ceruk-ceru kampung masih tidak kenal apakah itu internet


lalu minda mereka telah di kaburkan dengan berita yang tidak adil, dan surat khabar yang merosakan minda supaya membenci apa yang patut di hujud dan didapati oleh mereka sendiri, jika rakyat di bandar kini sedar, sampai masana menyedarkan rakyat di luar bandar yang masih di perbodohan oleh kerajaan barisan nasional

bn menang dengan majoriti gula gula




calon barisan nasional kamalanthan berjaya memenangi kerusi parlimen ulu selangor dengan mengalahkan datuk zaid ibrahim dengan majoriti gula gula umno yang telah di tabur kepada rakyat ulu selangor semasa sminggu hari berkempen


kemenangan bn dengan 24,997 undi mengalahkan pkr yang mendapat 23,272 undi majoriti gula-gula umno bn 1,725 undi, taburan gula gula dan janji manis itu harus di laksana kan oleh bn bermula hari ini kepada rakyat ulu selangor

kempen besar-besaran yang telah di anjur umno bn untuk menang di ulu selangor memang nampak hasilnya apabila kempen joran rakyat dan taburan gula gula yang di anjur oleh bn mendapat kepukauan rakyat di ulu selangor

dengan pergunaan media harus perdana yang menyebelahi bn juga menjadi punya pengaruh undi kepada bn, dengan kemenangan besar bn ini mampukah mereka memajukan ulu selangor dibawah parlimen mereka, di harapkan mereka dapat menunai janji untuk memajuka ulu selangor yang terpinggir dari harus pembangunan


walaupun tewas pkr juga bejaya menaikan jomlah angka 11,000 undi, dan berjaya mengagalkan misi bn untuk menang dengan 6000 undi di ulu selangor, ternyata prk ulu selangor yang paling sengit, yang menang di harapkan dapat menunaikan janji yang di kota


jangan hanya pilihan raya kecil sahaja baru sibuk nak bagi gula gula kepada rakyat dan calon yang menang jangan sebelum sahaja hormat dan tunduk kepada rakyat selepas menang sombong dan tak terlayan


bagi b99 kemenangan bn di ulu selangor banyak faktor di antaranya taburan gula-gula beracun,pergunaan media, 13,000 perpindahan pengundi di ulu selangor,kandungan undi pos yang di gunakan, walaupun itu taktik yang di gunakan nya masih ada kemenangan rakyat di dalam prk ulu selangor cuma nasib tidak menyebelahi pr, selepas ini sibu menjadi perhatian

Ahad, 25 April 2010

maaf akibat laporan b99 tergendala



kami dari pihak b99 meminta maaf kepada semua pengunjung yang menanti laporan baru dari b99 ,laporan dalam prosesan harap maklum

kisah lembu umno





kisah lembu umno sudah lama belaku,ada juga yang penah menjadi lembu umno dan menjadi katak keluar dan terus bertukar menjadi sang kancil, tetapi ada juga yang berebut mahu menjadi lembu umno kerana tawaran wang yang lumayan


sebelum menjadi lembu umno harus menjadi katak melompat dengan riang ria nya tanpa alasan yang kukuh,barulah berubah menjadi lembu umno yang mampu membuat 1 keadaan menjadi haru biru


semua orang boleh jadi katak tetapi gunakan kuasa katak melompat itu ke arah kebaikan bukanya terjerumus menjadi lembu umno, yang terang hanya menurunkan bantuan ketika waktu pilihan raya kecik jika tidak batang hidung pun tak nampak


ini lah masalah orang kita pantang di suap gula-gula terus alpa dan lupa, ingat gula gula itu beracun manis nya hanya seketika selepas itu sengsara, tak lari juga ada yang sangup menjadi lembu umno mempertahankan tah apa mereka juangkan

semata-mata kerana duit terus menjadi batak gila menyerang peribadi yang ada dalam diri sendiri, umpama membuka pekong di dada,pemberian serupa hanya di waktu pilihanan raya semua dah meluat dan naik loya


harapkan pagar pagar tak boleh harap,ku tanam nya padi tumbuh nya lalang,itu kesan jikalau menjadi lembu umno,berubah la wahai saudara ku keluar kelompok lembu berfikirlah seperti sang kancil, jangan menang sorak kampung tergadai

Ahad, 18 April 2010

achik spin maut dalam kemalangan







terbabit video kemalangan yang sempat di rakamkan


Kejadian berlaku pukul 6.15 petang apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dinaiki penyanyi itu bersama seorang rakan lelaki yang belum dikenali dikatakan terbabas dan melanggar papan tanda.

“Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan yang dipandunya itu melanggar papan tanda selepas melepasi kawasan Rawat dan Rehat (R&R) dekat susur keluar ke Pajam.


“Difahamkan kenderaan yang dipandunya itu dalam perjalanan balik ke Seremban bersama seorang rakan selepas menyertai sebuah rancangan di RTM, Kuala Lumpur,” katanya di sini.

Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan.


Mayat Achik dan rakannya yang cedera telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.

Sementara itu Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat dari Mantin, Hamizin Khaidir berkata, penyanyi berkenaan tercampak keluar dari MPV dan orang ramai cuba menyelamatkannya sebelum dia meninggal dunia.

Achik merupakan penyanyi utama kumpulan Spin yang popular sekitar tahun 2002.

Penyanyi yang popular dengan lagu Janji Kita itu telah mendirikan rumahtangga dengan bekas Pegawai Khidmat Pelanggan Astro, H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof pada Nov 2005.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Puteri Rania pada 2007 tetapi meninggal dunia ketika berusia dua bulan akibat demam panas dan masalah usus dalam perut.



b99 mengucapkan salam takziah kepada keluarga allahyarham achik spin,yang terbabit dalam kemalangan petang semalam, dari tanah kita datang ke tanah juga kita kembali, al fatihah semoga roh nya di cucuri rahmat

Ahad, 11 April 2010

umno agen yahudi di malaysia !!!

gagasan 1 israel yang lahir dari idea apco yang di guna pakai najib untuk gagasan 1 malaysia




antara logo-logo suci bagi orang yahudi yang di serap dalam malaysia




bendera zionis israel berkibar di pwtc






kementerian dalam negeri juga terlibat dalam menjalan gagasan apco di malaysia


latihan apco dalam kdn



apco yang berpusatl di tel aviv,israel



bukti kenyataan apco yang nyata umno bn agen yahudi di malaysia



kenyataan gempar dsai di parlimen yang di sangkal baru-baru ini ternyata ada benarnya apabila bukti-bukti kerjasama umno bn bersama rejim zionis israel melaksanakan gagasan 1 malaysia tersebar di internet terutamanya laman web facebook mereka mengelar diri mereka Penguasa akhir zaman disanjung2 telah mengkaji mengenai apco dan ternyata kenyataan dsai baru baru ini adalah benar apabila semua laman web apco melaporkan telah menghujudkan syarikat terbesarnya di asia yang berpusat di kuala lumpur malaysia


syarikat yang bertanggung jawab melaksanakan gagasan 1 israel berazam untuk membantu kerajaan Malaysia baru dalam mengukuhkan komunikasi, APCO Worldwide juga di katakan mahu memperbesarkan ideologinya di seluruh asia dengan tubuhnya syarikat pertama nya di kuala lumpur, malaysia. Margery Kraus, Presiden dan CEO apco worldwide mengatakan datuk seri najib adalah pelanggan pertama untuk dakyah ideloginya di asia,apco wolrdwide juga berkata malaysia adalah negara utama nya di asia Salah satu pelanggan pertama dari pejabat baru APCO akan menjadi kerajaan Malaysia, yang mempertahankan APCO untuk membantu dalam menilai kemampuan untuk berkomunikasi melalui media baru. APCO juga akan membantu kepimpinan baru kerajaan Malaysia itu dengan perkembangan baru-baru ini berkongsi dalam komunikasi strategik yang dilakukan oleh kerajaan di Eropah, Amerika Utara dan Afrika. Secara berasingan, APCO akan memberikan sokongan di Washington, DC, Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.


berikut adalah kenyataan apco worldwide


Seperti Malaysia bergerak maju, kerajaan ingin memastikan bahawa ia mampu memberikan maklumat kepada masyarakat cepat dan telus, memanfaatkan semua teknologi baru yang relevan," kata Kraus. "Pasukan kami di Kuala Lumpur akan merangkumi profesional berpengalaman dari berbagai negara, termasuk Malaysia, yang berada di hujung tombak media baru. Mereka akan bekerja untuk membantu mengukuhkan talian kerajaan dan lain kemampuan komunikasi strategik untuk mempercepatkan pemberian maklumat yang tepat kepada media dan awam. "

Paul Stadlen, sebelumnya yang berpusat di London pejabat APCO, akan berfungsi sebagai managing director APCO di Malaysia. Seorang pakar yang memenangi anugerah dalam hubungan media dan pengurusan reputasi antarabangsa, pelanggan Stadlen termasuk pemimpin perniagaan di syarikat multinasional blue-cip dari berbagai sektor. Pelanggan juga termasuk pemimpin kerajaan di Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia. Mantan jurnalis, Stadlen dahulu bekerja untuk BBC dan telah menulis untuk The Times of London dan majalah Prospek.

"Ini adalah saat kesempatan untuk Malaysia," kata Stadlen. "APCO sangat senang untuk berkongsi kepakaran dan perkhidmatan media komunikasi strategik dengan kerajaan Malaysia dan pelanggan lain di Malaysia. Kami amat gembira tentang masa depan Malaysia dan kemampuan kita untuk menyertai di dalamnya. "
Tentang APCO Worldwide

Ditubuhkan pada tahun 1984, APCO Worldwide adalah, pemenang anugerah yang dimiliki secara bebas perunding komunikasi global dengan pejabat-pejabat di bandar-bandar besar di seluruh Amerika, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia. Berkantor pusat di Washington, DC, pelanggan APCO termasuk syarikat dan kerajaan, persatuan industri dan organisasi bukan keuntungan, dan tujuh daripada 10 syarikat utama Fortune Global 500. APCO menawarkan perkhidmatan yang berkaitan dengan perniagaan dan kewangan, media, pendapat umum dan masyarakat dan kerajaan dan dasar awam. Syarikat adalah perniagaan majoriti wanita-dimiliki.


nampaknya keselamatan negara kita dalam ancaman apabila kerajaan umno bn di bawah pimpinan najib tun razak sanggup menjadi agen yahudi untuk mentadbir malaysia sedangkan banyak lagi ideologi tempatan yang boleh di gunakan untuk mentadbir negara di globaldisasi nampaknya jelas gagasan 1malaysia menyerupai gagasan 1israel yang di ilhamkan oleh apco worldwide syarikat zionis israel

kementerian keselamatan dalam negeri juga di lihat terlibat dalam usahasama menyebarkan ideologi rejim zionis israel di malaysia, persoalannya sekarang adalah siapakah lagi yang boleh kita harap untuk menjaga keselamatan negara yang kian terancam dari anasir-anasir luar yang berniat jahat terhadap negara kita, saya menyeru kepada pasukan keselamatan negara menyiasat perkara ini dengan mendalam

jika perkara ini berterusan kemungkinan negara kita akan tergadai di bawah naungan rejim israel,b99 dengan ini mengecam 100% kerjasama dengan rejim zionis israel dalam pentadbiran negara malaysia ini,jangan hanya menang sorak kampung tergadai

Khamis, 8 April 2010

selamatkah penumpang apabila berlaku feri karam


keadaan tingkap feri yang berkunci menggunakan skrew berkarat mustahil boleh di buka jika belakunya kecemasan


dari bawah sampai ke atas tingkap feri di kunci rapi yang menjadi persoalan mengapa pemutar kekunci berkarat dan tidak di taruk minyak



jaket keselamatan untuk penumpang di letak di bawah kerusi ,jika belakunya kecemasan sempatkah penumpang memakai jaket dengan keadaan panik dan jika cara memakaian jaket keselamatantidak betul ia akan menyebabkan mansa lemas, dan perlu di ingatkan feri bukanlah kapal titanic yang mengambil masa yang lama untuk tengelam


ini satu kisah mengenai faktor keselamatan penumpang feri jika berlakunya kecemasan,baru-baru ini b99 ke langkawi melalui jeti kuala perlis,pada mula pergi tidak perasaan sangat keadaan feri yang serba sederhana,apabila pulang baru lah b99 perasaan ada yang tidak kena dengan faktor keselamatan penumpang feri,mana tidaknya feri di anggap umpama kapal besar jika berlakunya karam,masa untuk feri tengelam atau pon terbalik mengambil masa yang cukup pantas jadi siapa yang tidak berjaya keluar dari feri


ia akan mati lemas bersama feri yang karam, faktor tingkap kecemasan memainkan peranan tetapi malang sekali keadaan kekunci tingkap yang menggunakan kekunci skrew kelihatan ketat dan karat ia kelihatan tidak di sapukan minyak pelincir akan mudah untuk di buka,bukankah kegunaan pintu kecemasan harus di permudah jika berlakunya kecemasan di tengah laut,bergitu juga dengan jaket keselamatan sepatut nya di pakai untuk bersedia menghadapi kecemasan jka berlakunya satu tragedi benda seumpama ini tidak sempat di gunakan di sebabkan kemalangan akan berlaku bergitu pantas,penumpang semestinya panik dan tidak sempat menyelamatkan diri tambah-tambah lagi orang yang tidak pndai berenang


bagi b99 yang penah merasa menaiki feri ke pulau langkawi ini langkah keselamatan itu ada tetapi tidak di praktikan dengan cara yang betul langkah persediaan menghadapi kecemasan tidak ada langsug untuk para penumpang ini bermakna setiap kali naik feri ke pulau langkawi,semestinya ramai yang mengadai nyawa di tengah laut jika tidak mempunyai asas berenang, di harapkan pihak yang sepatut nya bertanggungjawab dalam hal ini harus mengadakan permantauan agar mengelak dari ramai yang terkorban. jangan satu hari nanti ada kejadian feri karam ke pulau langkawi melibatkan ramai nyawa terkorban baru la pihak berkenaan beria-ia mengambil tindakan langkah drastik yang sepatutnya di laksanakan


bertindaklah sebelum terlambat agar keselamatan penumpang terjamin jangan nasi dah jadi bubur baru sibuk nak ambil tindakan sedangkan apa yabg ada tidak di pratikan dengan serius

Rabu, 7 April 2010

intro terbaru buletin99




intro baru ini tanda bermulanya era video buletin99 pada masa akan datang dengan bermulanya intro buletin99 mengharapkan dapat memberi maklumat dengan tepat dan lebih memahami seperti mana slogan buletin99 infomasi telus luahan bernas,nantikan laporan khas kami yang pertama mengenai jajahan minda freemason di malaysia yang akan di tayangkan di youtube dan blog buletin99,di harapkann para pengunjung blog ini nantikan kemunculanya

michael schumacher juara membonceng kapcai


michael schumacher kelihatan bersantai mencuba modenas gt 128 sebelum waktu berlangsung perlumbaan f1 di sepang




michael schumacher terpaksa di bawa menggunakan motosikal kapcai kriss ke pit selepas mengelami masalah jentera



bergaya michael schumacher semasa membonceng modenas kriss selepas terkeluar dari perlumbaan



turut terlibat pemandu jentera sauber pedro de la rosa dari sepanyol turut terpaksa membonceng modenas akibat kerosakan jentera

sungguh unik dan jarang sekali belaku sebelum ini motosikal buatan negara modenas kriss yang menjadi pilihan kebanyakan sekolah memandu untuk kegunaan para pelajar menjadi boncengan bekas juara dunia formula 1 micheal schumacher dan perlumba f1 yang lain yang mengelami masalah jentera yang sama semasa berlangsung nya perlumbaan f1 di litar sepang


mungkin modenas menjadi sebahagian penaja untuk perlumbaan kali ini,tetapi mengapa pengangkutan yang di gunakan krew mejadi kenderaan emergency untuk para pelumba,mengapa tidak ada kenderaan khas untuk para pelumba jika berlaku nya kecemasan

misal kata ada pelumba mengalami masalah kecederaan ringan adakah mereka juga akan di hantar ke pit menggunakan motor kapcai ??? selain menjadi kebanggaan bagi kita ,perkara ini boleh menjadi pertikaian oleh orang luar menggunakan kapcai untuk pengangkutan kecemasan untuk para pelumba,jika di malaysia tidak mempunyai sebarang masalah


jika pihak luar yang menyaksikan perlumbaan formula satu di sepang baru-baru ini mungkin akan ketawa jaguh f1 menjadi juara membonceng kapcai,mungkin perkara ini membabit kan kos,tetapi mana pergi nya rekod malaysia sebagai penganjur terbaik fomula satu


mungkin fakto kos menyebabkan penganjuran f1 di malaysia serba sederhana dengan kedatangan 2 pasukan meggunakan label malaysia itu 1 kebanggan bagi kita tetapi datang 1 aib dari dunia luar,kesilapan boleh di perbaiki agar tahun yang mendatang kita lebih baik

Isnin, 5 April 2010

apabila tudung menjadi sekadar hiasan

slot pembaca berita sukan tv3 sewaktu orang kenamaan meninggal dunia


slot pembaca berita rtm1

slot pembaca berita tv3

slot isyarat tangan untuk golongan bisu rtm1

slot pembaca berita rtm1 sewaktu maulidur rasul






bila sebut soal tudung tentang pembaca berita di media perdana mungkin ramai perasaan atau pun tidak,ada kalanya mereka ini di wajibkan bertudung pada hari hari tertentu sahaja, tapi sayangnya tudung itu cuma menjadi hiasan dan kiasan budaya untuk menghormati orang kenamaan atau orang besar yang telah mangkat atau pun meninggal dunia ,sedangkan perayaan besar membabitkan agama islam seolah-olah tudung itu di pelekeh dan di abaikan secara serius

yang manakah betul betul mereka hormati agama atau pun budaya ??? soal tudung adalah soal agama bukan nya satu budaya,menyarung tudung semasa orang atas meninggal dunia umpama satu budaya oleh pembaca berita ini mungkin ini semua arahan bos mereka,tidakah mereka fikir tudung ini bukan boleh di bawa main hari ini pakai esok kita buka,benarkanlah kata rasullah s.w.t pagi umatku islam petang umat ku umpama kafir,apa yang di katakan telah pon terlihat di depan mata kasar tidak boleh di sangkal lagi oleh kita sebagai pemerhati

maka benda yang sepatut yang kita sebagai umat islam hormati tidak di hormati dengan sebaiknya,dimanakah letaknya permikiran mereka di dalam dakwah mereka kepada umum ternyata media perdana yang selalu di tayangkan di tv tidak mengambil kisah langsung mengenai agama islam di malaysia sedangkan malaysia du akui sebagai negara islam

bukankah cantik apabila mereka bertudung seperti ganbar di atas tetapi hari untuk menutup aurat tidak kena dengan masa dan ketika malah panduan agama di budayakan dan di permainkan,tidak salah kita nak menghormati orang besar dengan memakai tudung tetapi di manakah rasa hormat kita kepada agama sendiri sedangkan cara pemakaian tudung itu adalah teras utama sebagai wanita muslim,hari yang sepatutnya kita hormati perpakaian suci tidak di ikuti dan terus di cemari,wahai wanita jangan mepermainkan tudung,tudung adalah penyelamat dari rambut mu di bakar oleh api neraka


Wanita Islam wajib menutup aurat sebagaimana maksud Firman Allah SWT:
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka ( daripada memandang yang haram), dan memelihara pandangan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya".


sebenarnya laporan ini sudah lama b99 mahu laporkan oleh kerana ingin membuat kajian terlebih dahulu ternyata tudung itu hanya hiasan dan permainan oleh pihak berkenaan yang tidak memandang serius soal tudung dan waktu yang sepatut mereka pakai,sedar atau tidak malaysia hanya di gelar negara islam tapi cara islam tidak ikuti 100%





mekah pada masa akan datang


inilah gambaran kota mekah yang di gambarkan oleh para akitek dalam perancangan memajukan kota mekah pada masa akan datang di lengkapi dengan serba lengkap,hotel dan asrama para jemaah haji dan umrah, pengangkutan monorel, dan kawasan masjidil haram di besarkan untuk menampung berjuta-juta jemaah serata dunia

bangunan yang tersusun serba mudah untuk para jemaah untuk ke masjidilharam untuk menunaikan haji di sana,dengan pernambahan bangunan hotel dan asrama yang di khaskan untuk para jemaah haji dan umrah, jika ia terlaksana kemajuan di kota mekah dapat semua umat islam nikmati dengan keberkatan allah s.w.t kepada hamba-hambanya


b99 juga berharap jika ada umur yang panjang jika di izinkan allah s.w.t menjejaki tanah suci ini dapat melihat kemajuan dan pembangunan kota mekah yang menjadi kunjungan umat islam di seluruh dunia pada saban tahun

buletin99 lancar saluran youtube




buletin99 telah melancarkan saluran youtube untuk lanjutan maklumat berita,pendapat dan kajian dalam bentuk video dengan nama chanel mediatelus di harapkan dapat memberi maklumat yang lebih di fahami oleh para pembaca bloger ketika menonton

saluran di youtube ini julungkali di buat selepas pelancaran blog buletin99 pada januari lalu,dengan ada nya pengwujudan chanel buletin99 di youtube dengan kata nama mediatelus di harapkan dapat menambah pengunjung untuk singgah berkongsi maklumat dan pendapat


kesemua laporan berbentuk video akan di masukan dalam chanel yang di beri nama mediatelus dalam masa terdekat nanti, layarilah profile kami di yotube di url ini http://www.youtube.com/user/mediatelus?feature=mhw5

Jumaat, 2 April 2010

din beramboi meninggal dunia


belasungkawa mior ahmad mior badri




Setelah hampir sejam bertarung nyawa, pelawak dan penyampai radio Era FM, Din Beramboi telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, sebelum ini dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang kerana disyaki menghidap kejutan denggi berdarah pada 29 Mac 2010.

Pemergian arwah telah disahkan oleh adik iparnya, Shariffudin Che Man, 37, yang mengumumkan kematian arwah sejurus selepas beliau keluar dari wad ICU.

Turut berada disamping arwah ketika pemergiannya ialah ahli keluarga serta tiga orang rakan artis iaitu Azwan Ali, Zul Yahya dan Ifa Raziah.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah keluarga isterinya, di Taman Ehsan, Kepong sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Frim, sebelum solat Jumaat.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Suhaini Che Man dan 3 orang anak Nil Aina,17, Mior Syafiq Aridhuan,12 dan Nir Ain.


al fatihah untuk allayarham mior ahmad mior badri atau lebih di kenali sebagai din beramboi kehilangan allahyarham memang turut di rasai semua rakyat malaysia yang terhibur dengan gelagat nya dalam seni hiburan,satu lagi kehilangan permata dalam seni hiburan lawak amnya