Khamis, 31 Disember 2009

selamat tinggal 2009

selamat tinggal 2009 tahun yang banyak menambah pergelaman hidup,setiap tahun kita meredah hidup dapat merasa suka duka dalam kehidupan seharian, pada tahun 2009 ini banyak juga perubahan baru yang ada dalam negara kita dari segi perbagai sektor yang baik mahupun yang buruk,bergitu cepat masa berlalu yang kecik menjadi besar, yang muda pula semakin tua, kadang kala kita tidak sedar masa berlalu semakin pantas ada kala nya kita tidak sedar umur kita kian meningkat dimakan hari, 2009 tahun terakhir kita merasa 1 nombor di berlakang selepas ini jika mahukan merasa angkat 1 di berlakang kena tunggu tahun 3001 mungkin kita tidak dapat merasa tahun tersebut ,mustahil umur abad kita boleh hidup pada tahun 3001


permulaan era teknologi moden pada tahun 2000 zaman permulaan y2k zaman milinium dan serba moden,tidak di sangka apa yang terjadi dalam filem sains fiksyen dapat di rasa oleh kita yang berada di zaman ini .tahun 2009 era 1 angka di berlakang hampir melabuhkan tirainya beberapa jam lagi jesteru masuk ke tahun 2010 lebih milinium dan mencabar, di sini bermula nya langkah malaysia untuk maju ke wawasan 2020, sebagai negara maju dan serba moden di rantau asia.selepas tamat nya era tahun 1999 permulaan tahun 2000 menampakkan kesan kemajuan pada negara am nya pada bandaraya, di harapkan selepas ini peluang di beri pada masyarakat luar bandar yang perlu merasa sekali keindahan teknologi.



azam kemajuan bukan senang di capai untuk mengatur strategi dan plan mengambil masa yang lama, separuh dari apa sepatut nya belum lagi terlaksana di harapkan pihak yang berkenaan serius menghadapi penyelesaian ini agar semua masalah yang belum di selesaikan pada tahun 2009 di selesaikan sepenuh nya pada tahun 2010, jika azam tahun 2009 atau tahun sebelum nya belum terlaksana jangan mimpi kan azam yang baru pada tahun 2010 pastikan tahun 2010 tahun penyelesaian azam yang tertugak pada tahun tahun sebelum nya, selamat tahun baru 2010 pada semua agar tahun yang semakin mencabar ini dapat kita harugi dengan bersama dan duduk di bawah 1 bendera yang sama walaupun berlainan ideologi pemikiran

Selasa, 29 Disember 2009

kerajaan!!! izinkan pergunaan parabola !!!



parabola antara antena yang popular di negara jiran seperti indonesia dan thailand parabola juga boleh mendapatkan siaran di seluruh dunia tanpa membayar siarannya setiap bulan seperti mana satelit tv berbayar astro yang sering di langgan oleh sebilangan penduduk malaysia, sistem yang ada pada antena parabola sama saja seperti astro, cuma bezanya kita hanya perlu membeli antena parabola dan dekodernya untuk di pakai bila-bila masa tanpa perlu membayar yuran bulanan seperti mana melanggan astro,jika di malaysia parabola di haram pergunaanya kepada orang awam dengan alasan siaran tv berkenaan tidak di tapis siarannya


di dunia global zaman milinium sekarang dengan adanya internet jalur lebar tiada bezanya pelarangan dengan alasan tanpa tapisan siaran, pendek kata tepuk dada tanya selera, semua sistem hampir sama penggunanya. pengguna perlu bijak menggunakan nya supaya tidak lari dari matlamat sebenar menggunakan teknologi maklumat antarabangsa, antena parabola yang harganya antara rm 300 sehingga rm 1000 mengikut kualiti dan saiz boleh didapatidi negara jiran seperti thailand, jika di indonesia penggunaan parabola menjadi asas penting bagi setiap rumah yang kaya atau pun miskin kerana negara itu di bebaskan pergunaannya




masih relevankah teknologi antena area berkabel magnet di digunakan di malaysia ??? penggunaan antena area berkabel magnet hanya relevan digunakan di kawasan bandaraya yang berdekatan dengan kuala lumpur kerana di situ terletaknya pancaran pusat antena berkabel magnet yang pasti hanya penduduk sekitar kuala lumpur sahaja mendapat siaran yang cantik tanpa menggunakan kuasa elektrik untuk memancarkan siaran antena berkabel magnet, jika di kawasan luar bandar ataupun kampung ada kalanya mereka terpaksa memaksa memakai area antena setinggi pokok kelapa menggunakan tiang besi atau pon batang buluh mengikut kemampuan masing masing bukan itu saja talam besi,penutup periuk juga dijadikan bahan untuk menambah pancaran magnet untuk memastikan pancaran siaran tv cantik untuk di lihat

bagi yang bahagian yang mampu mereka terpaksa membeli area antena berkabel magnet mengunakan harus elektrik untuk meluas pancaran siaran tv,adakala nya cantik adakalanya siaran tidak bergitu memuaskan mengikut geografi kawasan kampung berkenaan,apabila siaran tv menjadi kabur mereka terpaksa melanggan astro untuk keselesaan ketika menonton tv. itu bahagian yang mampu melanggan astro. jika tidak mampu melanggan siaran astro setiap bulan??? terpaksalah mereka menonton siaran kabur dan kelabu asap akibat masalah pancaran siaran tv yang tidak di selengara dengan baik oleh pihak yang berkenaan


jika dimalaysia pergunaan antena parabola perlu mendapat keizinan dan keluaran lesen bagi yang layak menggunakannya,sama sahaja seperti kita yang melanggan astro setiap bulan perlu membayar bil,jika kita di benar memasang antena parabola sama juga lesen antena parabola perlu di hidupan setiap bulan,jesteru ini kerajaan harus memansuhkan pergunaan lesen bagi antena parabola dan mengizinkan pengunaan antena parabola bagi orang awam di malaysia ini juga salah satu usaha murni jika perkara ini terlaksana di malaysia, bayangkanlah malaysia di antara negara yang membangun di asia tenggara tetapi menterhadkan penggunakan antena parabola kepada orang ramai di malaysia ini menunjukkan tiada kebebesan media di malaysia.


kalau di thailand,indonesia dan singapore boleh melihat kita siaran kita di malaysia. mengapa kita di malaysia tidak boleh melihat siaran mereka ??? macam mana minda orang kita nak terbuka kalau siaran tv pun di tempurungkan,dengan ada nya saluran internet jalur lebar terbuka juga la minda separuh rakyat malaysia dengan ada nya sensawang ilmu di internet, kalau nak harapkan siaran di tv di malaysia sebut pasal rukum iman pon jarang jarang ada!!!

Sabtu, 26 Disember 2009

astro tolong tingkatkan kualiti penyiaran !!!




cakap pasal astro sudah pasti ramai yang mengidamkan perubahan oleh pihak astro untuk menjaga kualiti penyiarannya kepada pelanggan yang setiasa membayar bil perkhidmatan penyiaran tv satelit ini, persoalan nya di manakah tindakan astro untuk memajukan dan menaik taraf perkhidmatan nya kepada pelanggan tetap ??


contoh kata siaran akan hilang semasa waktu hujan jikalau cuaca menyebab kan kesan tayangan dan penyiaran mengapakah pihak astro tidak mengambil langkah mengkaji sesuatu yang baru untuk mengelak dari terjadi nya benda yang sama sewaktu datang nya musim hujan di malaysia, macam manakah lesen boleh di beri perkhidmatan tiada kualiti




cuaca hujan di berikan alasan oleh pihak astro akibat masalah teknikal penyiaran terbabit ketika waktu hujan siaran akan menjadi gelap,teknologi yang sama juga digunakan oleh kad prabayar komunikasi, dan internet wifi tetapi tiada masalah penggunaan semasa waktu hujan, sedangkan teknologi yang digunakan tiada bezanya saluran yang di tujukan sehaluan ke satelit bumi dan angkasaraya jadi mungkin masalah astro mengharap satelit angkasaraya tiada penggunaan antena bumi untuk di salurkan seperti syarikat talekomunikasi prabayar dan internet wifi


sepertimana yang di katakan pihak astro seharus nya mengikut jejak langkah syarikat talekomunikasi menambah antena satelit di kawasan bandar dan kampung untuk menambah jaringan perkhidmatan walaupun mengeluarkan pembelajaan yang besar, biarlah berbelanja semahal mana pon janji kualiti penyiaran itu ada tidak mendatangkan rasa sangsi pelanggan ke atas kualiti penyiaran, pihak astro seharusnya langkah dengan kedaan cuaca khatulistiwa di malaysia yang setiasa panas dan hujan.


astro tolong tingkatkan kualiti penyiaran kepada semua pelanggan tetap yang tidak berenti melanggan tv satelite astro ini di manakah usaha pihak astro untuk meningkatkan naik taraf kualiti penyiaran semasa hujan turun ??? asal hujan saja gelap. bil makin naik pakej makin naik pelanggan pon makin naik mengapa pihak astro tidak menaik taraf kualiti penyiaran ??? adakah pihak astro tidak mengambil tindakan di sebabkan tanpa persaing terdekat ??? pihak astro tolong ambik tahu masalah pelanggan yang rata-rata di kalangan peniaga penduduk taman dan kampung terutama nya sewaktu tayangan perdana bolasepak epl yang menjadi perhatian di kalangan penonton untuk bersantai di restoran.

mengenang peristiwa tsunami 6 tahun yang lalu



video di atas gambaran tempiasan ombak tsunami





pejam celik pejam celik sudah 6 tahun tragedi bencana tsunami yang melanda negara-negara berdekatan kepulauan andaman, tragedi bencana yang menelan ribuan nyawa ini tetap menjadi ingatan pada tarikh hari ini 26.12 yang mengenang ombak maut yang mengamuk menerjah dan menelan mangsa yang berdekatan dengan pantai

tsunami yang di ambil dari bahasa jepun yang bermaksud ombak besar atau ombak ganas ini tetap menjadi trauma pada mangsa yang terselamat dalam peristiwa ini,sebelum ini tiada sesiapa penah terfikir kejadian seumpama ini akan berlaku di negara mereka, mengikut kajian punca ombak besar ini tejadi dari gegaran gempa bumi dasar laut


pergerakan kerak bawah tanah yang terjadi menyebabkan tekanan tenaga yang menyebabkan tejadi nya ombak besar yang bernama tsunami semakin hampir ombak ini dengan pantai ketingian ombak akan meningkat sebesar mana yang mungkin yang boleh menyebabkan orang yang berada di tepian pantai mejadi mangsa jeritan alam ini akibat tidak sempat menyelamatkan diri dari malapetaka ini.


Bagaimana tsunami terhasil



Punca utama gelombang tsunami adalah pergerakan muka bumi dasar laut yang berpunca daripada gempa bumi dasar laut. Gempa bumi tsunami berlaku pada zon terbenam "subduction zones" di mana kepingan kerak bumi atau "lithosphere" yang dikenali sebagai plak tetonik bertembung sesama sendiri menyebabkan satu daripadanya terbenam di bawah yang satu lagi. Terdapat zon terbenam "subduction zones" di pinggir negara Chile, Nicaragua, Mexico, dan Indonesia yang mencetuskan tsunamis pembunuh dalam tempoh 100 tahun lalu. Di lautan Pasifik, terdapat rekod 17 tsunami dari tahun 1992 sehingga 1996 yang bertanggungjawab mengakibatkan kehilangan 1,700 nyawa. Negara Indonesia terdedah kepada bencana alam disebabkan kedudukannya yang merupakan pertembungan 3 plat tetonik, iaitu kepingan Euro-Asia, kepingan Indo-Australia dan kepingan Pasifik. Selain ketiga kepingan yang besar itu, Indonesia juga menjadi pertemuan plak tetonik dengan skala kecil seperti kepingan Filipina.

Apabila kepingan kerak bumi terbenam kedasar, pergerakannya bergerak tersekat-sekat - melekat sekejab sebelum tergelincir. Apabila ia terlekat pada tebing benua, tekanan terhasil. Apabila kawasan yang terlekat terbebas, sebahagian daripada dasar laut mungkin melantun naik seperti papan anjal, ketika tekanan terbebas; sementara bahagian lain mungkin tenggelam. Seketika selepas gempa bumi, air yang tertolak membentuk gelombang dan tsunami pun terhasil.

Zon terbenam "subduction zones" terdapat di seluruh dunia, tetapi lokasi yang paling dikenali adalah di sepanjang lingkaran Cincin Api Pasifik. "Pacific Ring of Fire". Lingkaran Cincin Api Pasifik merupakan sempadan pertembungan antara dua plak tetonik. Lingkaran Cincin Api Pasifik terletak sepanjang pantai barat Tengah dan Selatan Amerika, Jepun, dan Filipina, merentasi New Zealand, ke lautan Atlantik. Gunung berapi juga wujud di tengah laut sepanjang rabung laut. Rabung Tengah Atlantik merupakan contoh gunung berapi dasar laut. Apabila gunung berapi dasar laut ini meletus, ia mampu menghasilkan gelombang tsunami.

Dalam lautan lepas, gelombang tsunami mencecah kelajuan 500 batu sejam, selaju jet penumpang. Tetapi di lautan lepas, gelombang tsunami itu tidak dapat dibezakan dengan ombak biasa. Di lautan dalam, ombak tersebar dan merunduk, dengan jarak beratus batu antara puncak ombak yang hanya kelihatan beberapa kaki tinggi. Tetapi sebenarnya, puncak gelombang tsunami hanyalah hujung jisim air menggunung yang bergerak. Berbeza dengan ombak yang disebabkan oleh angin yang berkesan pada lapisan atas air, gelombang tsunami terbenam sehingga beribu kaki di dalam laut.

Oleh kerana pergerakan ombak begitu kuat, dan sifat pedam air, gelombang tsunami mampu bergerak beribu batu dan kehilangan hanya sedikit tenaga. Sebagai contoh, gelombang tsunami yang disebabkan oleh gempa bumi di persisiran Chili pada tahun 1960 menghasilkan gelombang tsunami yang mempunyai cukup tenaga untuk membunuh 150 di Jepus setelah bergerak selama 22 jam sejauh 10,000 batu. Gelombang tsunami tersebut kemudiannya berulang-alik menyeberangi lautan selama beberapa hari.

Apabila gelombang tsunami sampai kepantai, ia menjadi perlahan disebabkan dasar laut menjadi cetek, dan kehilangan laju ini diiringi oleh peningkatan dalam ketinggian ombak. Ombak tersebut terhimpit antara satu sama lain seperti akordian dan meningkat naik. Bergantung kepada jenis punca gelombang tsunami itu, gelombang tsunami boleh menyebabkan air laut surut menyebabkan ikan tertinggal di dasar lautan. Ini menarik orang ramai untuk berkumpul melihat keadaan ini sebelum gelombang tsunami menghentam menyebabkan kematian mereka.

Gelombang tsunami juga mampu melanda dengan tiba-tiba tanpa sebarang amaran. Gelombang tsunami yang melanda tidak bergulong dikemuncak seperti ombak biasa. Mereka yang terselamat menggambarkan gelombang tsunami sebagai dinding air yang gelap. Ombak gergasi tsunami yang terdiri daripada jisim air yang menggunung ini akan menghentam ke pantai dan menenggeamkan kawasan persisiran, menumbangkan pokok seperti ranting kering, merobohkan tembok batu, dan rumah api, dan memusnahkan bangunan seperti bangunan permainan.

Bentuk permukaan dasar laut seperti berbentuk parit, dan persisiran pantai memainkan peranan penting dalam menentukan jenis glombang tsunami yang terhasil, kadang kala dengan keputusan yang mengejut dan merbahayakan Pada tahun 1993, satu glombang tsunami menghentam bandar, di Jepun, ombak purata setinggi 15 hingga 20 meter (50 - 65 kaki). Tetapi pada suatu tempat, ombah tertumpu oleh bentuk 'V' memampatkan ombak dalam ruang yang semakin sempit dan akhirnya menghasilkan gelombang tsunami setinggi 32 meter (90 kaki) dari aras laut, setinggi bangunan 8 tingkat.


syukur alhamdullilah selepas 6 tahun tragedi ini berlalu tiada lagi gauman ombak berulang kembali, tragedi dasyat ini hampir menelan separuh tanah semenanjung syukur allah s.w.t menyelamat kan tanah semenanjung dengan terbinanya kepulauan sumatera, bagaimana kita tengok dasyat nya bumi acheh di timpa malapetaka ini yang menjadi benteng utama sememnanjung dari lindungan ombak besar dari gegaran kepulauan andaman

Jumaat, 25 Disember 2009

selamat hari natal




selamat hari natal kepada semua peganut kristian di malaysia

Rabu, 23 Disember 2009

lionel messi permain terbaik dunia



lionel messi telah di nobatkan sebagai permain terbaik dunia 2009 oleh fifa world cup melalui undian permerhati dunia permain kelahiran argentina yang menetap di sepanyol ini telah mengekalkan gelaran permain terbaik pada tahun 2009 ini selepas sebelum ini beliau di nobatkan sebagai permain terbaik eropah oleh majalah bolasepak perancis, selain itu permain terbaik wanita dunia terus di rangkul malta dari brazil 4 tahun berturut-turut.


sejarah permain terbaik dunia sejak tahun 1991

1991: Lothar Matthaeus (Germany)

1992: Marco van Basten (Netherlands)

1993: Roberto Baggio (Italy)

1994: Romario (Brazil)

1995: George Weah (Liberia)

1996: Ronaldo (Brazil)

1997: Ronaldo (Brazil)

1998: Zinedine Zidane (France)

1999: Rivaldo (Brazil)

2000: Zinedine Zidane (France)

2001: Luis Figo (Portugal)

2002: Ronaldo (Brazil)

2003: Zinedine Zidane (France)

2004: Ronaldinho (Brazil)

2005: Ronaldinho (Brazil)

2006: Fabio Cannavaro (Italy)

2007: Kaka (Brazil)

2008: Cristiano Ronaldo (Portugal)

2009: Lionel Messi (Argentina)

Jumaat, 18 Disember 2009

oley oley datuk k rajagobal


seluruh malaysia merasa kegembiraan selepas skuad kebanggsaan bawah 20 tahun menjuarai pingat emas bolasepak sukan sea 2009 di laos semalam 1 lagi detik sejarah bagi bolasepak tanah air selepas kemarau 20 tahun yang berlalu, duka penyokong bolasepak tanah air terubat atas kejayaan di peringkat asia tenggara ini hasil di terajui oleh k rajagopal.

kejayaan ini mengulangi kejayaan 20 tahun lepas semasa skuad kebanggsaan di terajui oleh allahyarham datuk basri menjuarai emas sukan sea1989 di kuala lumpur, kali ini kejayaan di perolehi dari negara orang, adakah penerajui skuad bawah 23 tahun kebanggsaan k rajagobal bakal mendapat gelaran datuk ??? oley oley datuk k rajagobal semoga anda mendapat perhargaan jasa anda menyuntik semangat anak buah untuk berjaya di peringkat antarabangsa.

detik emas malaysia menjadi raja bolasepak asia tenggara




antara aksi menarik

umpama angin memusing bola masuk ke gawang boleh dikatakan gol ni gol yang ajaib

goal keeper vietnam tidak dapat menahan sebak

jurulatih vietnam tunjuk aksi bongkak padan muka tu la cakap besar kata boleh menang nahhh ambik faedah

video di atas tetap akan menjadi kenangan lagenda bagi semua rakyat malaysia dan menjadi pengubat duka selepas sekian lama menantikan detik detik kejayaan bolasepak malaysia di pesada di antarabangsa

Khamis, 17 Disember 2009

malaysia berjaya menamatkan kemarau 20 tahun









malaysia berjaya menamatkan kemarau emas 20 tahun selepas membenam pasukan di rangking 123 dunia vietnam, selepas ke angkuhan vietnam yang yakin berjaya membenam malaysia di sukan sea nyata merosot dengan sorakan ribuan penyokong vietnam yang hadir di stadium tidak mematah kan semangat juang skuad bawah 23 tahun yang di terajui rajagobal ini


bola yang di tendang dengan jarak jauh oleh permain malaysia shafiq terkena permain vietnam Mai Xuan Hop kemudian termasuk ke dalam gawang sendiri menyebab kan gol itu memberi kemudahan mutlak kepada malaysia, boleh di katakan gol pusingan angin itu sebagai gol ajaib, ini juga berkat doa rakyat malaysia dan usaha semangat skuad kebanggsaan yang di suntik oleh rajagobal yang telah berjaya menamatkan kemarau 20 tahun, sekali taniah malaysia boleh!!!


harap skuad bawah 23 tahun yang berjaya memenangi pingat emas sukan sea 2009 dia loas ini di kekal kan oleh rajagobal dan pengurusan fam sendiri agar selepas ini kejayaan seperti dapat di ulangi di peringkat antarabangsa pada masa akan datang

salam maal hijrah 1431


salam maal hijrah 1431 pada semua muslimin dan muslimat di bumi bertuah malaysia setiap tahun kita berjuang dalam perjalanan kehidupan di bumi allah .s.w.t agar sejarah baginda nabi muhammad s.w.t yang berhijrah dari makkah ke madinah menjadi tauladan bagi kita sebagai seorang di lahirkan sebagai insan muslim




Hijrah ke Habsyah

Dua belas laki-laki dan perempuan dua belas sahabat, kaum muslim yang awalnya bertemu di Mekkah, mencari perlindungan dari penganiayaan Quraisy dalam Kerajaan Habsyah pada bulan Rejab 7 SH (614 - 615M). Tindakan ini dikenal sebagai Hijrah Pertama ke Habsyah; Habsyah dalam perkara ini kerana kata Arab, al-Habasha, dari mana "Abyssinia" berasal. Mereka kembali semula ke Jazirah Arab setelah tiga bulan berhijrah kerana maklumat yang diperolehi bahawa penganiayaan ke atas umat Islam telah berhenti.


Hijrah ke Madinah

biasanya merujuk kepada sebuah perjalanan yang diambil oleh umat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622 Masihi dari Makkah ke Madinah. Tujuan penghijrahan ini adalah untuk meneruskan penyebaran Islam. Ancaman orang Arab Quraisy juga telah menjejaskan aktiviti penyebaran ajaran Islam. Hijrah merupakan satu strategi Nabi Muhammad s.a.w untuk mengembangkan Islam dengan aman. Hijrah membolehkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna diwujudkan. Perjalanan sejauh 320 km ini mengambil masa 8 hari.



Takwim Hijrah

Tarikh Hijrah juga menandakan permulaan tahun dan tarikh baru bagi umat Islam. Di dalam Takwim Hijrah, asas kalendarnya adalah berdasarkan pergerakan bulan mengelilingi bumi.

plan kemajuan sesetengah tempat jangan ada yang terpinggir



semakin dekat dengan tahun 2010 perbagai pihak pengatur pelan bandaraya untuk kemajuan wawasan 2020 di sesetengah kawasan majlis pembandaran,sebut pasal kemajuan atau guna hak milik tanah dikawasan bandaraya harus seimbang dengan peruntukan sedia ada tak de orang yang mahu tolak kemajuan, semuanya mahukan kemajuan.jika tanah sesetengah kawasan taman perumahan, kampung dan setinggan terpilih untuk di majukan dalam plan bandaraya 2020 harus di ganti hak milik individu dengan setimpal untuk mengelak pembalahan dan rasa tidak puas hati dari perbagai pihak yang terlibat

contohnya tanah taman perumahan,kampung dan setinggan yang terlibat untuk di majukan pihak yang bertanggung jawab harus menstabikan penempatan penduduk asal untuk mengelak mereka dari terpinggir dan rasa tidak puas hati, kalau melibatkan tanah di kawasan bandaraya pampasan mungkin melibatkan setengah juta atau ada yang mencecah berjuta di kawasan strategik amnya,dalam isu pembangunan jangan ada pihak yang terpinggir terutamanya di kalangan penduduk sederhana. perlu di ingatkan dalam kemajuan orang-orang yang terlibat dalam hal tanah nya harus di beri sama adil dan sama rata,contohnya tanah kawasan perkampungan, jangan lah pula pampasan ganti rugi rumah pangsa kos rendah bersekala kecil, ini contoh bayaran tidak setimpal


jika pampasan di beri dengan adil semua pihak setuju tiada yang terpinggir barulah pihak bandaraya yang bertanggungjawab memajukan sesetengah kawasan mengikut kongsep pembangunan menjelang 2020 bermula atau berjalan, jangan pula kemajuan yang di kehendaki penduduk asal mendukai kemajuan yang dirancang, menjelang tahun 2020 di jangkakan ramai yang akan terpaksa berpindah dari kawasan strategik ini akibat permilihan tanah untuk kemajuan yang akan di lakukan oleh pihak bandaraya di kawasan bandar strategik ini, di jangkakan beribu atau mungkin berjuta yang terlibat dalam permindahan akibat kemajuan tanah menjelang 2020 itu termasuk kawasan perumahan,kampung dan setinggan yang berdekatan dengan bandaraya kuala lumpur.


b99 memang berbangga dengan kongsep plan town yang merancang untuk memaju kan kawasan bandaraya kuala lumpur dan berdekatan dengan nya menjelang tahun 2020, apa yang b99 tidak mahukan derita yang di tanggung oleh mangsa perobohan anti setinggan ketika dahulu berulang kembali apabila pampasan tidak setimpal dengan tanah yang di ambil

teknologi jalur lebar harus di naik taraf dengan segera




tidak lagi masuk tahun 2010 tahun milinium yang lebih mencabar dan perbagai teknologi dipertingkatkan diseluruh dunia, sebut pasal jalurlebar atau jaringan internet di malaysia ramai yang mengadu teknologi internet di malaysia masih rendah kelajuan nya berbanding dengan negara jiran singapore, bayaran untuk perkhidmatan di malaysia masih terlalu mahal walaupun boleh di guna golongan sederhana. walaupun harga nya boleh di katakan mahal tetapi tahap kualiti masih tiada.

jika masalah ini melanda syarikat komunikasi di malaysia, seharus nya mereka mempertingkatkan kelajuan internet, bukan memandang remeh tentang masalah ini, jika sektor masalah ini melibatkan kerajaan atau kementeria komunikasi sepatut nya bermula tahun 2010 inilah masa kita untuk mempertingkat kan teknologi jalur lebar kemudahan kelajuan internet di seluruh malaysia bandar dan luar bandar, di dunia yang serba canggih teknologi internet penting pada zaman global ini


dengan kemudahan internet tanpa wayar yang senang di bawa ke mana tetapi sayang nya teknologi ini hanya boleh di gunakan di sesetengah tempatdi kawasan kampung, kemudahan ini sepatut nya melibatkan semua tempat. bukan hanya di bandar sahaja. jika ada berita atau kejadian untuk di maklumkan ini menyebabka memakan satu masa yang panjang alangkah buruk nya teknologi jika tidak boleh di gunakan di semua tempat tambah pula di kawasan semenanjung malaysia dan malaysia timur


singapore negara jiran yang berdekatan dengan kita sahaja telah mencipta rangking nombor 7 kelajuan internet di asia,ini lah masa nya untuk kita bersaing maju bersama mereka, perkhidmatan internet harus di naik taraf bermula sekarang sehingga hujung tahun 2010, jika malaysia sudah masuk ke tahun 2012 kelajuan internet masih di takuk yang lama, mana pergi wawasan kita untuk majukan negara pada tahun 2020 ??? harap pihak berwajib yang berkenaan mendengar keluhan pengguna internet di malaysia yang rata-rata mengatakan jalur lebar di negara kita masih perlahan



b99 mendengar khabar mengatakan teknologi internet di negara kita di perlahankan oleh pihak tertentu untuk kepentingan peribadi jika ini betul pihak berkenaan harus berfikir panjang sebab kegunaan internet ini melibatkan banyak sektor

pada syarikat yang berkenaan jangan fikir untung sahaja setiap bulan pelanggan membayar yuran perkhidmatan, keluhan pengguna tidak di ambil kira. iklan gah tetapi adalah nya kualiti tiada indah khabar dari rupa


jangan marah jika ada mengatan kan kelajuan internet di malaysia kadang kala nya umpama siput babi, jangan sampai orang luar negara menghebahkan cerita tetang kelajuan internet di malaysia perlahan baru lah tergesa gesa mengambil tindakan susulan, biar malu dengan orang kita jangan malu dengan orang luar.

perlawanan akhir bolasepak sukan sea 2009



pasukan : vietnam vs malaysia

tarikh :17.12.2009

tempat:main stadium

masa: 6:00 petang waktu malaysia

siaran tv: rtm 2 dan tv3




rangking kedua-dua pasukan

FIFA/Coca-Cola World Ranking malaysia : 160

FIFA/Coca-Cola World Ranking vietnam: 123

Rabu, 16 Disember 2009

ayuhhh padamkan kemarau 20 tahun



ayuhhh skuad kebanggsaan malaysia bawah 23 tahun padam kan kemarau 20 tahun selepas lama negara kita tidak memenangi ini lah masanya untuk merubah keadaan rangking bolasepak tanah air yang sudah lama terhanyut, inilah masanya untuk membuktikan pada rakyat malaysia dan dunia asia tenggara, kita akan bangkit dari terlena dengan buai mimpi kesenangan

harapan rakyat malaysia untuk melihat skuad kebanggsaan malaysia menrangkul emas sangat tinggi, media tempatan mula berminat menyiarkan siaran langsung semata-mata ingin semua rakyat malaysia menyaksikan detik detik kemungkinan skuad bolasepak tanah air mencipta sejarah selepas 20 tahun kemarau emas bolasepak sukan sea di loas


jika skuad kebanggsaan berjaya bangun dari tidur yang lena insyallah kita akan berjaya kelak, kita sebagai penyokong dan pencinta bolasepak tanah air hanya dapat mendoakan kejayaan skuad kebanggsan berjaya merangkul emas di final bolasepak sukan sea 2009. di harapkan skuad kebanggsaan bermain bagus dan berjaya mencipta gol yang besar untuk menjamin kemenangan, ingat la wahai permain kebanggsaan ini 1 peluang mencipta sejarah


pada pasukan kebanggsaan malaysia jangan senang berlenang terlalu awal sebelum sampai ke puncak gunung yang belum tentu di kecapi,ayuhh padam kan kemarau 20 tahun ingat kalau menang di puji kalau kalah di maki itu hakikat insan bergelar ahli sukan

Jumaat, 11 Disember 2009

daulat tuanku


DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ



D.K.,D.M.N.,D.K.(Terengganu).,D.K.(Kelantan).,D.K.(Perak).,

D.K.(Perlis)., D.K.(Negeri Sembilan)., D.K.(Kedah).,S.P.M.S.,S.S.I.S.,S.P.M.J.



Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan

Serta Segala Daerah Takluknya





Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dimasyhurkan sebagai Sultan Selangor ke 9 pada 22 November 2001 bersamaan dengan 6 Ramadhan Tahun 1422 Hijrah. Pemasyhuran Baginda adalah berikutan kemangkatan Padukan Ayahanda Baginda Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada 21 November 2001. Baginda kemudiannya ditabal dan dimahkotakan dengan penuh Adat Istiadat Diraja di Balairung Seri,Istana Alam Shah, Klang dalam Istiadat Pertabalan dan Kemahkotaan pada 8 Mac 2003 bersamaan dengan 5 Muharram 1424 Hijrah.



Baginda adalah putera sulong D.Y.M.M. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan Y.M.M Paduka Bonda Raja Selangor, Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah. Baginda diputerakan di Istana Jemaah, Klang yang kini dikenali sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang pada 24 Disember 1945. Pada September 1960 ketika Baginda berusia 15 tahun, Baginda telah diisytiharkan sebagai Raja Muda Selangor. Istiadat Mengangkat Sumpah dan Menjunjung Duli sebagai Raja Muda ke 8 telah diadakan pada tahun 1970 di Istana Alam Shah.



Baginda telah dikurniakan dengan dua orang Puteri iaitu Y.A.M Tengku Zerafina dan Y.A.M Tengku Zatashah, dan seorang Putera, D.Y.T.M. Tengku Amir Shah, Raja Muda Selangor.



Baginda telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Raja Muda, Kuala Lumpur dan St.John Institution, Kuala Lumpur dari tahun 1954 hingga 1959. Pada tahun 1960, Baginda melanjutkan pelajaran ke Perth, Australia hingga tahun 1964 dan meneruskan pelajaran Baginda di England hingga ke tahun 1968. Pada tahun yang sama Baginda kembali ke tanah air dan berkhidmat di dalam Pentadbiran Kerajaan di mana perkhidmatan pertama Baginda di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Baginda juga pernah berkhidmat di Pejabat Daerah Kuala Lumpur dan Jabatan Polis Diraja, Kuala Lumpur yang membolehkan Baginda memperolehi pengalaman dan pengetahuan yang begitu kuas di dalam bidang pentadbiran.



Baginda telah dilantik buat pertama kalinya sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Raja pada 23 Februari hingga 20 September 1969 semasa Paduka Ayahanda Baginda berangkat ke England. Baginda telah beberapa kali dilantik sebagai Pemangku Raja Selangor dari masa ke semasa, dari tahun 1972 hingga tahun 1997. Pada 24 April 1999, Baginda telah dilantik sebagai Pemangku Raja Selangor sekali lagi apabila Paduka Ayahanda Baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-11.



Baginda telah membuat beberapa lawatan rasmi ke Daerah-daerah untuk melihat pembangunan dan juga masalah-masalah setempat yang dihadapi oleh rakyat Baginda dan beramah mesra dengan mereka. Baginda juga telah beberapa kali merasmikan Mesyuarat Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun 1972, 1974, 1989, 1997, 2000, 2001, 2002, 2003, 2004 dan 2005.



Baginda telah dianugerahkan Darjah Kerabat (Yang Amat Dihormati) Selangor pada tahun 1973 dan Darjah Kebesaran Pertama, Seri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J.) pada tahun 1975. Baginda juga telah dianugerahkan Darjah-Darjah Kerabat dari Negeri Terengganu, Kelantan, Perak, Perlis, Negeri Sembilan dan Kedah.



Baginda adalah pemegang pertama Darjah Kebesaran Dato' Setia - Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S) yang Baginda zahirkan pada tahun 2002. Baginda telah dianugerahkan Darjah Kebesaran-Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.) oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa Pertabalan dan Kemahkotaan Duli Yang Maha Mulia sebagai Sultan Selangor ke 9 pada 8 Mac 2003.



Dalam bidang ketenteraan, Baginda telah ditauliahkan sebagai Mejar Kehormat Tentera Darat (Wataniah) Malaysia pada tahun 1974 dan Komander Kehormat Sukarelawan Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia pada tahun 1998. Pada tahun 2002, Baginda telah dilantik sebagai Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia.



Baginda amat berminat di dalam aktiviti sukan termasuk sukan lasak seperti mendaki gunung, memandu kereta antik jarak jauh dan belayar mengelilingi dunia dengan kapal S.Y.JUGRA. Baginda mendapat pengiktirafan sebagai Putera Inspirasi dan banyak lagi pengiktirafan yang dianugerahkan kepada Baginda berkaitan dengan "maritime". Baginda dilantik sebagai Penaung kepada Persatuan-Persatuan Sukan dan Seni.



Hobi Baginda adalah membaca, belayar, fotografi, mengumpul setem serta sampul surat Hari Pertama, mengumpul "vintage cars" dan mengumpul senjata tradisi orang-orang Melayu. Pada 9 November 1998, Baginda telah berjaya melancarkan buku pertama Baginda iaitu "Peking to Paris". Pada tahun 1976, Baginda telah dilantik sebagai "Honorary Member Of The Philatelic Society" di Malaysia. Yayasan Antarabangsa Rotary telah menganugerahkan "Paul Harris Fellow" kepada Baginda. Pada tahun 1998, Baginda telah menerima anugerah tertinggi dari Persatuan Pengakap Malaysia iaitu "Pingat Semangat Padi". Pada tahun 1989, Baginda telah dilantik sebagai "Honorary Life Commodore" oleh Pelayaran Diraja Selangor "Royal Selangor Yacht Club". Baginda berminat di dalam bidang seni dan telah mengumpul banyak lukisan-lukisan tempatan dan Baginda telah dilantik sebagai Pengerusi Galeri Shah Alam pada tahun 1991. Pada tahun yang sama juga Baginda telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Seni Selangor Darul Ehsan. Pada 11 Mei 2000, Baginda telah dilantik sebagai "Fellow of The Chartered Institute Of Transport". Pada 25 Mei 2000, Baginda telah dilantik sebagai "Pro Canselor" UiTM dan pada 31 Mac 2001, Baginda telah dianugerahkan Darjah Kehormat Doktor Pentadbiran Awam. Pada 1 April 2002 Baginda telah dilantik sebagai Canselor Universiti Putra Malaysia.



Pencapaian tertinggi di dalam kegiatan sukan lasak ialah apabila nama Baginda telah terukir di dalam "Malaysia Book of Records" sebagai "The First To Sail Around The World" dan "The First To Complete Peking-Paris Motor Challenge"pada tahun 1998.



Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor adalah seorang insan yang peka di dalam perkembangan semasa. Baginda selalu memberi idea yang bernas di dalam mengatasi masalah-masalah kemanusiaan. Di dalam bidang agama pula Baginda sering bertitah di masjid-masjid menasihatkan rakyat jelata agar benar-benar mengikut ajaran Islam dengan penuh keyakinan. Baginda adalah seorang Raja yang berjiwa rakyat dan menitikberatkan kemajuan rakyat Baginda dalam semua bidang termasuklah ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Khamis, 10 Disember 2009

lambaian cinta export


dulu heboh anak dara orang di larikan oleh mat bangla kini di larikan mat indon dari lombok.dalam hal ini salah siapa ??? jika mangsa yang di larikan di pukau alasan itu boleh di terima, jika mangsa sendiri sukarela mengikut jejaka atau gadis yang di cintai ke sana, usah pedulikan mereka kerana mereka juga yang mengatal atau miang mengikut teman yang mereka cintai ke sana, apa bila susah baru sibuk mintak tolong kepada ngo-ngo di tanah air


malaysia negara bertuah ini lah menjadi lubuk emas kepada negara yang susah mendapat pekerjaan, jadi buat apa kita menyusahkan diri untuk ke sana ??? dalam hal ini salah siapa ?? salah kan diri sendiri tepuk dada tanya iman fikir menggunakan akal pandang luas menggunakan pancaindera yang telah di kurniakan. percaya kan calon calon di atas akan pulang ke tanah air selepas merasakan azab kesusahan di negara orang, jangan anak sudah ramai baru nak pulang menagihkan simpati orang lain atas kesilapan sendiri meninggal kan tanah air dan saudara mara mereka di sini, ingat kembali kan ke pangkal jalan walapun pun hujan batu di negara sendiri lebih baik di negara sendiri kerana batu itulah menjadi rebutan di luar serantau.

sediakan litar untuk golongan mat rempit


cakap pasal mat rempit dari dulu lagi benda seumpama ini tidak terhapus atau ada pihak berusaha menangani isu mat rempit ini saban hari ada saja kes lumba haram terjadi di serata malaysia,perkara ini terjadi dari pengaruh kawan sehingga jadi nya hobi kegilaan,tidak itu juga kerana rempit ini juga lah terjadi nya budaya negatif sehingga terperosong di dalam dunia jenayah seperti rogol,seks bebas, samun berkumpulan, dadah,ragut dan banyak lagi berkaitan dengan jenayah dan menlanggar undang undang di malaysia

sejurus itu tidak semua mat rempit yang terlibat dalam dunia jenayah, ada juga mat rempit yang berpontensi menjadi perlumba motosikal profesional cuma salah tempat mengasahkan bakat mereka, 1000 kali sayang jika bakat yan ada pada mereka tidak di curah dengan betul dan di landasan yang sebenar,sediakan kan la litar lumba di setiap daerah untuk golongan mat rempit beriadah sebagai minat dan hobi mereka dari berlumba di jalan raya yang membahayakan mereka dan pengguna jalan raya itu sendiri


jadi apa guna nya ada kementerian belia dan sukan tetapi tiada tempat riadah di setiap daerah untuk golongan rempit menunjukan bakat mereka, dari situ juga kita boleh mengenali siapakah sebenar yang membawa minat serius di dalam sukan permotoran, tapisan dan mengenal pasti siapakah sebenar di antara golongan mereka melakukan jenayah, jika benda seumpama ini di laksanakan mereka yang tetap berlumba di jalan raya itulah yang menjadi punca jenayah yang melibat orang ramai,benda seumpama ini perlu di ambil tindakan serius sebelum virus negatif terserap dalam jiwa generasi akan datang.

banteras pendatang awang hitam segera



pembanterasan pendatang haram dari afrika atau awang hitam@pak hitam perlu di lakukan segera supaya negara dalam keadaan aman dan stabil, kedatangan ramai golongan ini di malaysia kurang di senangi majoriti orang tempatan di kawasan kejiranan yang padat.

dengan sikap kurang ajar mereka yang sentiasa mengambil kesempatan pada wanita tempatan amnya seperti mencabul dan sebagainya kemungkinan terjadi, bukan itu sikap samseng mereka di negara orang memang kurang di senangi oleh penduduk tempatan

mereka mengambil kesempatan duduk di malaysia menggunakan visa sebagai seorang pelajar antarabangsa di kolej swasta, kebanyakan di antara mereka lari dari niat sebenar yang datang malaysia untuk belajar di negara ini, malah di antara mereka sanggup berkerja secara haram

perkerjaan haram yang kerap di lakukan, penyeludupan manusia,samun berkumpulan,mencabul,black money dan banyak lagi perkerjaan yang melanggar undang undang negara ini dan terperosok dalam dunia jenayah

selain itu juga mereka turut memgangu kenteraman awam selain mabuk dan membuat kecoh di antara mereka,sikap kurang ajar segelintir pendatang haram dari afrika ini mengundang ancaman kepada sesetengah tempat di sebab kan gelagat mereka yang kurang ajar

pihak berkuasa harus membanteras pendatang afrika atau pak hitam pulang ke negara mereka dari masa ke semasa jangan biarkan antara mereka penuh seperti mana pendatang serantau indonesia,myanmar dan bangla, ingat jangan sampai negara kita terjajah secara senyap.

Isnin, 7 Disember 2009

lereng bukit runtuh di mrsm bentong





kejadian lereng bukit runtuh berhampiran kawasan mrsm bentong menjadi persoalan adakah semasa pembinaan lereng bukit ini terlibat dalam projek makan dalam kekurangan spesifikasi pembinaan punca runtuh ??? mrsm bentong yangt baru siap dan di gunakan baru setahun

harap pihak terbabit mengambil tindakan serius mengkaji punca runtuhan tanah agar akan datang tidak terjadi di kawasan sekolah mujurlan tiada kemalangan jiwa berlaku di tempat kejadian yang terletak beberepa meter guru kuaters guru mrsm bentong.


sumber photo:ondscene.my

2 maut seorang parah nahas kereta terjun





Kejadian kira-kira jam 5 petang itu berlaku apabila kereta di tingkat tiga parkir kereta pasar raya KB Mall di sini, hilang kawalan sebelum merempuh dinding dan terjunam ke bawah dari ketinggian lebih 18 meter lalu menghempap tiga penuntut Kolej Kejururawatan Masterskill cawangan bandar ini.

Kejadian itu menyebabkan dua daripada pelajar berkenaan iaitu Siti Nor Amira Shamsuddin, 19, mati di tempat kejadian manakala Siti Nordiana Azman, 18, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Seorang lagi pelajar kolej itu, Rashidah Ahmad Lufti, 24, dan pemandu kereta itu, Nor Ain Said, 19, cedera parah.

Suasana mencemaskan itu menyebabkan aktiviti perniagaan lebih 40 premis di pasar raya terbabit terpaksa dihentikan bagi memberi laluan kepada lapan anggota bomba dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Darulnaim dan Kota Bharu melakukan tugas menyelamat.

Kejadian turut menyebabkan Jalan Hamzah berhampiran sesak teruk kira-kira dua jam apabila sekitar bangunan pasar raya itu dipenuhi hampir 2,000 orang awam yang mahu melihat keadaan itu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, berkata kejadian berlaku apabila kereta dipandu Nor Ain Said, 19, bersama adiknya, Nor Atikah, 17, hilang kawalan ketika ditolak seorang lelaki dikenali sebagai Sabri, 27, bagi menghidupkannya.

Menurutnya, kereta berkenaan tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh dinding lubang angin di tingkat tiga dan menghempap tiga penuntut kolej berkenaan.

“Siti Nor Amira dan Rashidah di temui di tangga bergerak, manakala Nordiana terpelanting ke bawah,” katanya.

Menurutnya, Nor Ain dihantar ke HRPZ II untuk rawatan lanjut, manakala Sabri dan Nor Atikah dipercayai melarikan diri dan gerakan mengesan mereka bagi membantu siasatan sedang dilakukan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

mana dia sekolah 8 tingkat ???



mana dia pelaksanaan sekolah 8 tingkat ??? ini persoalan kami dari b99,idea ini penah di keluarkan bekas mpm dt hishamuddin ketika beliau memegang jawatan berkenaan, di dunia yang semakin berkembang penambahan manusia berhijrah ke bandar semakin meningkat tambahan pula anak anak peneroka bandar yang mempunyai masalah kesesakan sekolah

sekolah sekolah di kawasan bandar padat penduduk mempunyai masalah kelas dan mempunyai murid dan pelajar yang terlalu ramai kadang kala nya dalam sesebuah kelas menampung sampai 44 orang murid dan pelajar kalau di amerika syarikat setiap kelas mesti di muat 25 orang murid dan pelajar dalam sebuah kapisiti kelas di sekolah, jadi kebanjiran pelajar turut di terbeban

jika terjadi masalah di sekolah guru juga di persalahkan nya,bergitu juga dengan masalah perlajaran anak anak yang hilang tumpuan apabila kedaan murid dan pelajar terlalu ramai di dalam kelas ini menganggu konsisten ketika belajar akibat sosialiti yang terlalu ramai di dalam kelas, jadi inilah masa nya untuk berfikir menambah kelas tingkat sekolah

jika masalah tanah menjadi masalah untuk membina sesebuah sekolah yang baru, tapak asal sekolah juga boleh di naik taraf menjadi sebuah sekolah setinggi 8 tingkat biarlah sekolah itu setinggi appartmen atau kondominium sekali pon asal kan masalah kebanjiran murid dan pelajar di dalam sesebuah sekolah di kawasan bandar dapat di atasi menjelang malaysia maju2010

benarkah kereta proton tiada kualiti ???


bermacam-macam cerita yang saya dengar mengenai kereta nasional malaysia buatan proton, ada yang kata tiada kualiti dan banyak lagi rintihan yang di dengari mengenai teknologi proton,jika benar apa yang di katakan ini pihak proton harus membuktikan bahawa kereta buatan malaysia berkualiti di seluruh dunia dan sama taraf dengan ferari.

jika kita berpegang pada kongsep malaysia boleh,tanpa peyelewengan semestinya proton boleh duduk dan berdiri bersama syarikat pengeluar kereta yang lain,proton harus bertanggung jawab mengeluarkan kereta yang berkualiti tinggi untuk pasaran dalam dan luar,rakyat malaysia tertunggu tunggu bilah kah proton boleh menghasilkan kereta lumba f1

jika proton bersungguh sungguh untuk memajukan industri mobile tanah air benda seumpama ini pasti menjadi realiti walaupun ada yang kata kereta proton tiada kualiti namun itu semua boleh di perbaiki,majoriti rakyat malaysia masih memilih kereta buatan malaysia, ayuh proton tingkatkan prentasi menghasil kan kereta berkualiti untuk terus mendapat sambutan di negara dan luar negara malah pelusuk dunia dan terhapus slogan tin milo dalam kereta proton.

2010 masanya jalan ke 2020



tidak lama lagi kita akan ke tahun 2010 tahun yang semakin naik pemulaan 2 angka kembali di penghujung selepas tamat nya era 90 an pada tahun 19999, di zaman milinium yang semakin berkembang ini saingan sains dan teknologi semakin mencabar permulaan dari tahun 2010 ini lah masanya kita bermula melangkah maju menjelang 2020

saya berharap wawasan malaysia maju2020 menjadi kenyataan dengan penyerapan kemajuan perbagai sektor yang harus bermula menggunakan teknologi kemajuan bermulapada tahun 2010 akan datang, ini lah masanya kita mencorak langkah memajukan diri dan negara agak visi dan misi ini tercapai dengan jayanya,misi maju 2020 masih terbuka luas 2010 adalah masanya


kerajaan harus mempertingkatkan kesemua sektor awam dengan teknologi kemajuan di seluruh negara, bandar dan termasuk luar bandar bermula 2010 saya sebagai permerhati sekitar bumi malaysia berharap penyatuan modal insan yang di lahirkan dapat membantu menaik dan memajukan negara malaysia pada tahun 2020 akan datang, sekira nya tiada corak yang lahir pada bermula pada tahun 2010 visi dan misi ini tidak akan tercapai

jangan politikan 1 malaysia







1 malaysia rakyat di dahulukan percapaian di utama kan 1 slogan yang menarik semua golongan bangsa di malaysia,saya juga tertarik dengan konsep yang di bawa oleh pm malaysia tetapi mengapakah 1 malaysia di politikan ??? bukankah matlamat 1 malaysia untuk memantapkan menyatu padukan rakyat malaysia tanpa memikirkan ideologi politik yang berlainan


jika 1 malaysia di politikan jadi ini bukanlah satu penyatuan sebenar yang di cari atau pun di ingini oleh rakyat malaysia tanpa mengira kaum dan pahaman politik, jadi saya menyeru pelaksanaan 1 malaysia ini biar la tepat degan kongsepnya bukan nya bunyi dari nama tetapi kongsep melainan jika misi tidak lari dari simpang insyallah 1 malaysia akan di contohi

sama juga dengan kemerdekaan, kemerdekaan adalah hak milik bersama semua rakyat malaysia 31.8. bukanlah hari keramaian sesebuah parti kerana kemerderkaan adalah hari di mana penyatuan di bawah bendera yang sama walaupun berbeza ideologi politik

Ahad, 6 Disember 2009

assalamulaikum dari krew buletin99

assalamulaikum hari ini 6.12.2009 permulaan kata dari saya penulis blog buletin99,setelah beberapa tahun menjadi penulis,pemerhati,mengkaji secara sukarela amatur di pelanta yang lain saya membuka blog ini untuk pengetahuan am bersama secara telus dan adil, saya berharap dapat melaporkan buletin yang menarik untuk anda semua sokongan dari anda di harapkan