.

.

Jumaat, 24 Jun 2011

perhimpunan bersih tak salah sisi undang undang








perhimpunan bersih dalam perlembagaan persekutuan malaysia


PERKARA 10. KEBEBASAN BERCAKAP, BERHIMPUN DAN MENUBUH PERSATUAN.
(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4);
(a) tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran;
(b) semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata;
(c) semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan;
(2) Parlimen boleh dengan undang-undang menggunakan:
(a) ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain, ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakkan penghinaan terhadap mahkamah, fitnah, atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan;
(b) ke atas hak yang diberi oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau ketenteraman awam;
(c) ke atas hak yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam atau akhlak.
(3) Sekatan-sekatan ke atas hak menubuhkan persatuan yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang mengenai buruh atau pelajaran.

(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2) (a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan bahagian 3, Perkara 152, 153 dan 181 berhubung dengan apa-apa jua melainkan berhubung dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu



b99:seharusnya rakyat malaysia yang mahukan pilihanraya yang lebih adil dan bersih harus turun untuk menyuarakan pendapat secara bersama,perhimpunan bersih tidak salah di sisi undang undang sebenarnya tidak seperti mana yang di katakan oleh media masa yang mengatakan perhimpunan bersih satu provokasi mengulingkan kerajaan,rakyat malaysia tidak perlu takut atau gentar dengan ugutan umno bn yang mengelirukan rakyat dengan perundangan negara yang telah di termaktub

Rabu, 22 Jun 2011

dokumen harapan baru pakatan rakyat untuk mahasiswa









dokumen harapan baru mahasiswa malaysia demi rakyat mahasiswa bangkit Muqaddimah Dokumen Harapan Baru Mahasiswa adalah manifestasi usaha Pakatan Rakyat khususnya Angkatan Muda Keadilan dalam memberikan tawaran yang lebih baik kepada mahasiswa Malaysia selaku tonggak masa depan Negara.


Di bawah pemerintah sedia ada, mahasiswa hanya menjadi tunggangan kepentingan politik dan dilayan sekadar melepaskan batuk di tangga. Pelbagai ugutan diberikan kepada mahasiswa jika berlainan pandangan dengan pemerintah. Dasar pengajian tinggi yang menekan dan mengongkong mahasiswa membantutkan potensi besar mahasiswa selaku pelapis Negara.
Lebih malang apabila isu pembiayaan pengajian tinggi yang melibatkan PTPTN dan biasiswa seperti JPA menjadi dilema besar kepada generasi muda Malaysia meneruskan pengajian


diperingkat yang lebih tinggi. Masalah selepas graduat seperti bebanan hutang dan masalah pengangguran serta bekerja tidak mengikut taraf pendidikan menjadi dilema utama kepada para mahasiswa.
Mahasiswa yang masih menuntut dan graduan segar sekitar 1.5 juta orang. Kelompok ini adalah kelompok yang paling terkesan dgn tekanan ekonomi dan dasar pengajian tinggi negera yang tidak berpihak kepada mereka. Lebih penting adalah kerana kelompok terpelajar ini bakal keluar dan menjadi kelompok penting yang menjadi penentu hala tuju negara. Sehubungan dengan itu siri wacana Meja Bulat Dokumen Harapan Baru Mahasiswa telah dijalankan bagi mendapat maklum balas dan input daripada kepimpinan mahasiswa dan pihak berkaitan menerusi pendekatan ‘Bottom-Up’.


Wacana ini, sebenarnya adalah mengambil susulan daripada buku jingga, yang kemudiannya memberi fokus kepada isu mahasiswa yang dinamakan Dokumen Harapan Baru Mahasiswa Malaysia, dengan bertemakan “Demi Rakyat: Mahasiswa Bangkit”.
Hasil daripada Wacana Meja Bulat ini, Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan telah mendapat input dan buah fikiran pihak berkepentingan terutama pimpinan mahasiswa dan badan gerakan mahasiswa utama Malaysia dan telah menggariskan komitmen Angkatan Muda Keadilan di dalam menjuarai isu yang dinyatakan dengan mandat Pakatan Rakyat sebagai kerajaan persekutuan. Garis Besar Dokumen Harapan Baru Mahasiswa:




1. AUTONOMI UNIVERSITI DAN KEBEBASAN AKADEMIK
Mutu dan kualiti Universiti berkait rapat dengan autonomi dan kebebasan akademik universiti. Adalah malang apabila institusi pendidikan tinggi ini menjadi lubuk menyebarkan pengaruh parti politik tertentu semata-mata. Dasar, hala tuju dan aktiviti universiti termasuk kajian akademik, kenaikkan pangkat kakitangan universiti, pelantikan Naib Canselor hinggakan aktiviti persatuan mahasiswa semuanya dikawal dan disekat mengikut kehendak pihak-pihak tertentu. DEMI MAHASISWA, Angkatan Muda Keadilan komited untuk memberikan kebebasan automoni kepada universiti terutama di dalam soal pentadbiran, penyelidikan akademik, dan ruang kepada mahasiswa untuk bergerak. Proses pemilihan Naib Caselor dan kenaikkan pangkat kakitangan termasuk pensyarah adalah ditentukan oleh pihak panel yang terdiri daripada pakar-pakar.




2. MEMANSUHKAN AUKU
Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU) yang digubal pada 1971 hanya dilaksanakan kerana ketakutan pihak pemerintah kepada kebangkitan gerakan mahasiswa di era 70-an yang berjuang bagi rakyat terbanyak dalam isu kemiskinan. Walaupun AUKU yang telah dipinda sebanyak tiga kali iaitu pada 1975, 1983 dan terbaru adalah pada 2009, namun tidak ada perubahan yang signifikan, AUKU tetap menjadi dilema mahasiswa bagi tujuan untuk menakutkan. DEMI MAHASISWA, Angkatan Muda Keadilan percaya bahawa seperti undang-undang zalim lain termasuk ISA dan Akta Mesin Cetak, AUKU telah disepakati oleh pimpinan Pakatan Rakyat untuk dimansuhkan sama-sekali.



3. MANSUH BUNGA PTPTN DAN POLISI BAYARAN BALIK 6 BULAN SELEPAS KERJA TETAP
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ditubuhkan sejak 1997 membelenggu mahasiswa dan graduan segar dengan bebanan hutang PTPTN serta kadar bunga yang dikenakan. Peluang pekerjaan yang terhad dan kadar gaji yang rendah membingungkan mahasiswa dan menyusahkan graduan segar. Lebih malang pihak PTPTN mengambil tindakan keras dengan menguatkuasa senarai hitam Imigresen bagi peminjam. DEMI MAHASISWA, Dokumen Harapan Baru Mahasiswa Malaysia memberikan komitmen Angkatan Muda Keadilan bagi meringankan beban Mahasiswa dan Graduan segar dengan polisi pinjaman tanpa faedah dan membenarkan pembayaran semula enam bulan setelah peminjam mendapat pekerjaan tetap.



4. PERUNTUKKAN BIASISWA DIBESARKAN DAN PERBAIKI PROSES PEMILIHAN.
Saban tahun Biasiswa JPA menjadi isu hangat yang tidak mampu diselesaikan pemerintah Ruang penerima biasiswa yang terhad tidak dapat menampung jumlah pemohon yang ramai. Sebagai contoh, pada tahun lepas (2010) seramai 18,690 telah memohon bagi mendapatkan biasiswa JPA, namun demikian hanya seramai 1829 atau 9.8 peratus pemohon sahaja berjaya mendapatkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). DEMI MAHASISWA, ruang dan peruntukkan kepada biasiswa akan dibesarkan bagi membolehkan lebih ramai pelajar cemerlang mendapat biasiswa bagi melanjutkan pelajaran serta prosedur pemilihan penerima biasiswa yang lebih adil yang mampu menyeimbangi kuota dan merit. DEMI MAHASISWA, mengambil peruntukkan perlembagaan Artikel 153 (3) akan dikaji dan meneliti mekanisma pemberian biasiswa kepada seluruh pelajar bumiputera seperti yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia.



5. PELUANG PEKERJAAN GRADUAN SECARA MAMPAN Jumlah pengangguran Malaysia telah mencecah seramai 400,000 orang. Daripada jumlah ini kadar pengangguran dikalangan Graduan Segar mencecah kadar 7.2 peratus. Isu ini turut berkait rapat dengan graduan bekerja tidak mengikut taraf pendidikan. Masalah pengangguran ini menyumbang faktor daripada aspek ekonomi yang lembab, dasar ekonomi yang salah, rasuah dan tatakelola kerajaan yang rosak. DEMI MAHASISWA, Angkatan Muda Keadilan komited merubah tatakelola institusi perkhidmatan awam dengan mengambil kira faktor pretasi dan ketrampilan. DEMI MAHASISWA, pretasi ekonomi Malaysia ditingkatkan dan usaha menghapus rasuah mampu meningkatkan peluang pekerjaan kepada graduan.



6.WIFI, PENGANGKUTAN AWAM SECARA PERCUMA DAN KOLEJ KEDIAMAN DITINGKATKAN.
Kemudahan asas mahasiswa seperti kebajikan dan pengangkutan masih ditahap yang rendah. Rata-rata mahasiswa terutama mahasiswa tahun akhir tidak mendapat kediaman, lebih malang masih banyak universiti awam dan swasta yang tidak lengkap kelengkapan kediaman. Begitu juga pengangkutan awam yang teruk dan kemudahan WIFI yang masih sukar didapati. DEMI MAHASISWA, kolej dan tempat kediaman akan ditingkatkan kualiti dan diberikan kepada semua penuntut universiti awam. DEMI MAHASISWA, perkhidmatan WIFI percuma dan kualiti kelajuan WIFI ditingkatkan kepada seluruh penuntut IPTA dan IPTS. DEMI MAHASISWA, pengangkutan awam utama seperti bas, keretapi dan transit ringan diberikan percuma.


sumber:biro mahasiswa angkatan muda keadilan malaysia


b99:taniah buat pakatan rakyat kerana lebih perhatian hal mahasiswa







penting !!! Panduan bagi peserta Perhimpunan Bersih




*Penting! **Panduan bagi peserta Perhimpunan Bersih 2.0 *
Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur.
Tuntutan Bersih 2.0:
Pendaftaran automatik
Reformasi undi pos
Penggunaan dakwat kekal
Akses kepada media
Masa berkempen minima
Pengukuhan perbadanan awam
Hentikan rasuah



BERSIH 2.0 has been actively advocating for electoral reform but our demands have fallen on deaf ears. Bersih 2.0 feels that, the time has come for those mandated to administer the nation to “listen to the voices of the rakyat”. There is a clamour worldwide for greater democratisation of societies and we would invite those in power to heed those voices.
Perhimpunan Bersih 2.0 is threefold: to further press for the rakyat’s demands for electoral reform, strengthening of public institutions, and to take a stand against widespread corruption at all levels of society. We would like to emphasise that this initiative is spearheaded purely by civil society with every intention of inviting all political parties to join forces with the rakyat to promote and uphold democracy in this country.



Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia untuk mereformasikan pilihanraya.
Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.


*Perkara yang perlu anda bawa/sediakan *
Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
Duit-maksimum RM100 sahaja.
3. Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning. Sebaiknya ada logo Bersih 2.0
Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.
Aksesori kempen-Button, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihanraya boleh digunakan.
Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 2.0 H/P: 0162208784; Email: bersih2.0electoral@gmail.com [Kita perlu alamat email yang boleh id lindungi dari spam/hacking, etc – siapa boleh tolong?]
*Perkara yang tidak dibenarkan*
Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan.
Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.
Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihanraya.
6. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.
Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 tidak dibenarkan.
Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.
Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.
Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.
Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.
*Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan*
Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.
Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
Pastikan anda telah menunaikan ‘hajat’ sebelum memasuki perhimpunan.
Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.
Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.
Maklumkan mereka tujuan anda keluar.
Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.
Jangan lupa *charge* bateri handphone dan kamera.
Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan — Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru
Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.
Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.
Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).
Jangan memakai baju Bersih 2.0 sebelum perhimpunan bermula.
*Semasa perhimpunan dan perarakan*
Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru
dan tunggu arahan dari *Field Commander* yang dilantik.
Ikutilah arahan dari Unit Amal atau *Field Commander* sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada *Field Commander*
Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan *Field Commander*.
Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.
Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.
Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.
Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.
Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.
Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi *sound system* akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.
Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.
Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.
Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 2.0 H/P: 0162208784; Email: bersih2.0electoral@gmail.com.
Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.
*Selepas perhimpunan*
Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.
Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila laporkan ___________________________________[KL LAC?]
Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik.
Dapatkan maklumat ___________________________ berkaitan untuk bebaskan mereka.
Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.
Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.
6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha Bersih 2.0 H/P: 0162208784; Email: bersih2.0electoral@gmail.com.
*Apa anda perlu buat jika kumpulan Anti-tuntutan Bersih 2.0 buat Provokasi*
1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan *Field Commander* Unit Amal.
2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.
3. Jangan hampiri mereka.
4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.
5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.
6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.
*Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan*
Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.
Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.
Duduk jika pimpinan arahkan.
Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air *water canon* berwarna kuning.
Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.
Ambil gambar mereka jika sempat.
Buat laporan Polis jika anda dikasari.
*Apa yang anda perlu buat jika ditahan*
Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.
Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.
Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).
Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.
Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab “Masih tengah cari kerja” atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai student. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab
”Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.
Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab “saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja”. Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.
Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.
Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.
Jangan terlalu risau kerana, diluar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.
*Apa yang anda buat selepas dibebaskan*
Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.
Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.
Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.
Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.
Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.
Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.
Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.
*Perhatian!*
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini
Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.
Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak SPR dan kerajaan persekutuan mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan dan proces implementasi negara kita.
Ingat, Himpunan Bersih berjaya pada 10 November 2007 kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk mereformasikan pilihanraya, mengkukuhkan berbadanan institusi dan hentikan korupsi.
Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada *Field Commander* atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini.
Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.


sumber:suaram.net



b99:diharapkan apa yang di rancang berjaya dengan amnya,demotrasi bersih 2.0 bukanlah untuk berperang tetapi ia satu demotrasi aman rakyat malaysia,sebagai peserta yang bakal menyertai kita harus bersedia sebarang kemungkinan,apa yang mahukan dikatakan disini janganlah kita gentar dengan amaran perkasa dan umno yang juga mahu berhimpun pada tarikh yang sama, ayuh kita bersama turun di jalanan untuk bersama menyuara kan pendapat agar mendapat tuntutan pilihanraya yang lebih bersih dan adil

Isnin, 20 Jun 2011

artis hollywood beli beg birkin guna duit rakyat ???


kak mah flom bergaya ala artis hollywood




artis hollywood yang menggunakan beg birkin




macam macam warna


birkin warna biru

birkin warna merah jambu

birkin berwarna coklat paling mahal ada kunci mangga

tengok berapa nilai beg birkin ni



b99: tengok terang dan jelas bertapa kuatnya shoping kak mah flom,harga bukanya 1k malah bernilai jutaan ringgit artis hollywood pon tak banyak koleksi macam kak mah flom ada,persoalanya adalah pembelian beg birkin jutaan ringgit ini menggunakan duit rakyat ??? mungkin pendedahan ini antara punca kesan inflasi dan kenaikan harga barang keperluan di malaysia apabila wang rakyat di laburkan di tempat yang tak sepatutnya

Selasa, 14 Jun 2011

apabila ibrahim al kataki menyalak !!!













sejarah yang menunjukan ibrahim ali tiada pendirian





seekor katak menyalak bukit sambil mengugut akan menentang habis habisan demotrasi aman bersih yang bakal berlangsung pada 9 julai depan,seekor katak yang di maksudkan adalah ibrahim ali seekor binatang jelmaan manusia yang tiada pendirian hidup kini dulu dan selamanya


amat lucu sekali apabila seekor katak gemuk yang banyak makan duit haram dari hasil saham judi berbicara pasal jihad dan agama,lebih memalukan lagak ala samseng ini ternyata lebih menunjukan watak ibrahim ali yang sebenarnya seekor katak yang kuat menyalak seperti anjing


walaupun beliau seekor katak,beliau adalah anjing upahan umno untuk menghuru harakan perkauman yang sudah lama akrab di dalam malaysia,katak yang juga ketua perkasa ini adalah watak utama untuk menjadi anjing dalam isu perkauman dan agama



katak ini juga lupa daratan apabila beliau memenangi ahli parlimen pasir emas atas tiket pas dan bukanya umno atau pun perkasa bacul yang di tubuhkan beliau sendiri,ingatlah wahai ibrahim al kataki sikap kamu yang bodoh,bacul,angkuh,sombong akan memakan diri sendiri




b99:hanya orang bodoh dan takde pendirian hidup sahaja yang akan menyokong ibrahim ali sebagai permimpin tak pelik suatu haru nanti manusia seperti ini sanggup jadi pengkhianat kerana kepentingan diri sendiri



Jumaat, 10 Jun 2011

panas !!! jelmaan entiti hantu tetek bercoli merah

hantu nenen



seorang penulis blog terkejut apabila terserempak dengan jelmaaan entiti hantu tetek di kaki lima sebuah bandar disini,selepas terkejut beliau juga teruja dengan jelmaan entiti yang di kenali sebagai hantu tetek yang terapung di depan sebuah premis di kaki lima itu


lebih mengejutkan lagi jelmaan entiti aneh itu menyerupai imej hantu tetek bercoli merah di temui terapung terhuyung hayang seperti layang layang terputus tali selain trauma dengan kejadian ini beliau mengecam sikap peniaga yang sanggup menggunakan pelaris


walaupun pelaris perniagaan ini tidak terlibat dalam aktiviti khurafat ia mampu mengangu ketentaraman awam yang melalui kawasan ini,selain menyelar sikap tidak bertanggungjawab pemilik premis terbabit,beliau kesal dengan pihak berkuasa


yang tidak langsung mengambil tindakan menghapuskan hantu tetek bercoli merah yang berterbangan di anggarkan terbang hampir 6 kaki,selain mengangu trauma ia juga mampu mengangu jiwa dan keselamatan pengguna jalan raya yang berhampiran



entiti yang di maksudkan


b99:seharusnya perkara ini tidak patut di pandang remeh kerana bimbang ia akan menjadi seperti virus apabila semua premis menjadikan perkara ini sebagai pelaris dan tarikan



Khamis, 9 Jun 2011

rabbit kad rapid kl menyusahkan dan cekik darah rakyat !!!


rabbit kad yang harus di beli dengan harga rm5 *klik untuk besar*






sistem baru rapid kl yang menggunakan kad *klik untuk besar*




iklan komesial rapid kl mengenai rabbit kad


mesin reload rabbit kad yang di katakan menyusahkan pengguna *klik untuk besar*


penyentuh rabbit kad yang dikatakan kerap mengambil baki lebih dari tambang biasa *klik untuk besar*



prasarana negara berhad milik kementerian kewangan *klik untuk besar*http://www.prasarana.com.my/about/index.html




tax1 cara yang mencurigakan pengguna ,semasa reaload tanpa di sedari duit baki di dalam rabbit kad telah di tolak *klik untuk besar*


tax 2 baki minima bawah rm12 bermakna jika baki dalam rabbit kad tinggal rm12 anda akan anda akan di beri amaran untuk reaload *klik untuk besar*




tax 3 tiada keistimewaan harga untuk oku dan kanak kanak *klik untuk besar*

keluhan pengguna rabbit kad yang rasa tertipu *klik untuk besar*



tax4 caj tax akan di kenakan rm50 sen setiap kali reaload *klik untuk besar*




keluhan seorang ibu *klik untuk besar*


keluhan pengguna dengan sikap biadap pemandu bas rapid kl *klik untuk besar*


keluhan rakyat mengenai masalah anak untuk ke sekolah selepas sistem baru yang di perkenalkan oleh rapid kl atau syarikat prasarana negara berhad *klik untuk besar*


keluhan rakyat yang di paksa memberi rabbit kad rapid kl *klik untuk besar*


sistem rabbit kad rapid kl yang baru di perkenalkan yang dikatakan mudah sebenarnya menyusahkan rakyat dan pengguna sendiri ,sedia maklum pengangkutan awam adalah milik rakyat malaysia tanpa mengira status dan latar berlakang,tetapi sistem baru ini menyusahkan


mana tidaknya sebagai rakyat malaysia berhak menaiki pengangkutan awam menggunakan wang tunai tanpa paksaan membeli sistem rabbit kad rapid kl yang baru di pekenalkan ini,ternyata rakyat biasa telah di tekan dan di sedut oleh pentadbiran yang cekik darah rakyat


ternyata sistem baru bas rapid kl ini telah memperkosa hak pengguna dan hak rakyat malaysia yang ingin menggunakan pengangkutan awam,sudahlah memaksa individu untuk membeli sekeping kad yang di kenali sebagai rabbit kad, jika enggan rakyat akan di halau dari naiki bas


itu satu kekejaman dan penindasan yang terang dalam negara kita,bukan sahaja itu sikap biadap pembantu bas rapid kl sungguh kurang ajar apabila sanggup menghalau rakyat malaysia yang ingin menaiki bas rapid kl tanpa mengira umur dan latar berlakang jikalau tiada rabbit kad


mereka juga memaksa pengguna membeli rabbit kad yang berharga rm5 tidak termasuk nilai baki di dalam rabbit kad ,malah pengguna terpaksa menambah nilai rabbit kad di atas rm12 jika tidak rabbit kad mereka akan di beri amaran oleh mesin pengesan di dalam bas rapid kl


sedangkan pengguna hanya mahukan laluan sehala yang hanya kenakan bayaran rm1,oleh kerana di paksa dan mengelak dari di tindas atau di halau oleh pemandu bas rapid kl ,pengguna terpaksa membeli rabbit termasuk kos tambah nilai dengan kos harga rm20


kos rm20 ternyata lebih mahal dari menaiki teksi,sedangkan pengguna tidak selalu menaiki pekhidmatan rapid kl terutamanya orang luar dari lembah klang,ternyata kebebasan hak rakyat yang ingin menaiki pengangkutan awam bas rapid kl telah di sekat secara kejam dan ala kapitalis



ternyata sistem kapitalis yang di gunakan dalam rabbit kad rapid kl menyusah dan menekan hak rakyat malaysia,lebih parah para pelajar sekolah juga tidak terkecuali terkena tempias yang memaksa membeli rabbit kad atau membuat kad pelajar yang di luar daerah


ia ternyata menyusahkan ibubapa yang sibuk bekerja ia juga salah satu perkara menyusahkan rakyat yang ingin bekerja mencari rezeki tertambah beban menampung pengangkutan anak anak ke sekolah keluhan itu boleh di lihat di corong corong blog peribadi


seperti sedia maklum kepada umum rapid kl ini milik syarikat prasarana negara berhad yang juga di bawah kementerian kewangan,menteri kini adalah dato seri najib tun razak yang juga perdana menteri malaysia,yang menghairan di manakah slogan rakyat di dahulukan ????



ternyata slogan itu telah bertukar menjadi rakyat kena dulu,kini rakyat malaysia telah di sekat kebebasan untuk menaiki pengangkutan awam rapid kl apabila sistem paksaan dan peras ugut ala kapitalis telah di gunakan oleh beliau semenjak memegang jawatan kementerian kewangan


selain telah memperkosa hak sebagai pengguna dan status warga negara malaysia ia juga telah menjalankan sistem melawan tuan(tuan adalah rakyat yang membayar cukai) kerajaan adalah pekerja untuk rakyat) hasil duit rakyat dari membayar cukai untuk pengangkutan awam


telah di balas dengan dengan kejam,umpama sebuah kereta itu milik kita ,pemandu itu adalah pekerja kita tiba-tiba pemandu yang kita bayar gajinya peras ugut meminta bayaran selain kos minyak kereta kepada kita,bukankah itu satu tindakan kurang ajar,biadap dan ala samseng


ini satu kekejaman secara halus yang di buat oleh kerajaan umno barisan nasional kepada rakyat yang menaiki pengangkutan awam,bukan sahaja yang berkenderaan sendiri menjadimangsa malah pengguna pengangkutan awam juga turut menjadi mangsa rakus kapitalis cekik darah


setujukah anda apabila kos pengangkutan dari cukai rakyat,telah di caj secara melampau,sedangkan kos pengangkutan awam hasil dari anda sendiri sebagai rakyat yang membayar cukai ,cukuplah anda membayar kos minyak dan baikpulih


kini anda sebagai rakyat malaysia telah di paksa untuk membayar untuk memenuhkan poket sang kapitalis yang menggunakan sistem hasil cukai rakyat,perkara ini sungguh kurang ajar dan kejam kebanyakan pengguna telah rasa tertindas di negara sendiri



sebelum sistem kapitalis rabbit kad rapid kl yang harganya lebih mahal dari teksi di laksana di pulau pinang rakyat harus bangkit bersuara sebelum anda di tindas dengan penuh rakus dan sesuka hati mereka yang mengikut sistem kapitalis yang ternyata haru biru dan menyusahkan





b99:mungkin tulisan di atas ini ada maksud tersirat ia di ambil di dalam bas rapid penang di petik dalam sebuah blog yang *berbunyi puki mak abdullah badawi bela hantu raya*,sebelum ini jawatan menteri kewangan di pegang oleh abdullah badawi dan syarikat prasarana negara berhad di bawah beliau sebelum tampuk kepimpinan di ambil alih oleh najib razak sebagai menteri kewangan dan perdana menteri


sistem kapitalis ini harus di hentikan sebelum ia merebak di seluruh malaysia,sistem kapitalis yang di hujudkan oleh syarikat prasarana berhad yang di gunakan dalam sistem rabbit kad rapid kl ternyata tidak mengikut ajaran islam,islam tidak mengajar umatnya berniaga dengan nilai reload malah islam mengalakan umatnya berniaga jual beli secara tunai menggunakan matawang yangboleh dilihat dan pegang





Lima Pilar Muamalat yang harus di baca oleh syarikat prasarana berhad dan menteri kewangan jikalau mereka benar benar islam(Perdagangan Islam)
Ada 5 pilar Perdagangan Islam yang saling melengkapi yaitu


1. DINAR DAN DIRHAM ISLAM
Sejarah mencatat, ketika Rasulullah SAW tiba di Madinah, pada tanggal 12 Rabiul Awal tahun 1 Hijriah, beliau menetapkan suatu tempat untuk didirikan Masjid (Masjid Nabawi). Kemudian kebijakan kedua, Rasulullah SAW mendirikan pasar Baqi al Zubair. Dan kebijakan ketiga Rasulullah SAW menetapkan timbangan dan takaran, serta menetapkan standar Dirham dan Dinar.

wang yang ditetapkan oleh Rasulullah SAW pada bulan ke 8 tahun 1 Hijriah, adalah: Dinar cetakan Hiraklius untuk 1 mitsqal Dinar Islam (1 Dinar=4,25 gr emas 22 karat) dan Dirham Nabawi 14 qirat (1 dirham=2,975 gr perak murni).

2. PASAR ISLAM
Beliau SAW memerintahkan dengan tegas bahwa lokasi pasar merupakan tempat yang bebas dimasuki oleh semua orang (siapa yang datang lebih dulu maka bisa menempati posisi yang diinginkan), tanpa ada pembagian (seperti toko) dan tidak terdapat pajak, retribusi atau sewa yang harus dibebankan.

Para pedagang di pasar Islam diwajibkan mengetahui tentang riba dan fiqih dagang. Untuk mengawasi pasar agar tidak terjadi penyimpangan seperti barang haram, pengurangan timbangan, sumpah palsu, berdusta, penimbunan, manipulasi harga dan lain-lain maka diangkatlah muhtasib (pengawas pasar)

Pasar terbuka dalam konteks kekinian, tentu saja, tidak lalu berarti sekadar mengembalikan pasar-pasar tradisional yang sumpek dan kumuh, tetapi pasar-pasar dengan sarana niaga yang memadai, pergudangan, perparkiran, sarana komunikasi dan fasilitas-fasilitas pendukung lainnya tetapi terbuka bagi umum.


3. KARAVAN ISLAM (PEDAGANG KELILING)
Sepanjang sejarah Islam para pedagang selalu bergerak bebas, sendiri-sendiri maupun dalam kafilah-kafilah dagang (Karavan), dari satu pasar terbuka ke pasar terbuka lainnya. Bahkan, pasar-pasar itu pun selalu bergerak yang dicerminkan dari nama-namanya: suq al-ahad di Damaskus, suq al-thalatha di Baghdad, suq al-arba'adi Maswil, suq al-khamis di Fez dan Marakesh.

Ciri Pasar Islam yang paling terkenal adalah karavannya, sedang karavan tidak akan ada tanpa tempat untuk berdagang. Pasar adalah permata untuk setiap kota Islam. Setelah runtuhnya kekhalifahan, tata cara waqaf dari pasar hancur dan harta miliknya dijual.

Walaupun harta waqaf tidak dapat dijual, tetapi sudah menjadi kebijakan dari penguasa kolonial untuk menghancurkan waqaf secara sistematis. Hasilnya adalah akhir dari Pasar Islam, lumpuhnya perdagangan dan secara alami merupakan akhir dari karavan.

Membangun kembali karavan tidak lalu menghidupkan kembali kabilah-kabilah berunta, tetapi delegasi-delegasi pedagang, dengan kapal-kapal dagang, peti kemas bergerak, truk, mobil dan motor yang bisa berpindah dari satu pasar terbuka ke pasar terbuka lainnya.

Yang paling fundamental untuk dimengerti dari sebuah karavan adalah wataknya yang terbuka bagi setiap investor, sepanjang ada kesepakatan antara mereka dengan agen-pedagang. Maka, sebuah karavan dapat berukuran kecil, beberapa dirham saja, atau sangat besar, mencapai ribuan dinar.

Karavan bisa melibatkan kontrak kemitraan dagang antara dua orang (satu pedagang dan satu investor) atau puluhan orang (satu agen dan banyak investor). Dalam ukuran tradisional, kalau mau dilihat dari jumlah unta yang terlibat dalam sebuah karavan juga bisa : di Mekah dulu sebuah karavan bisa terdiri atas ratusan, bahkan ribuan ekor unta.

Muhammad Haekal, dalam bukunya Sejarah Hidup Muhammad Saw menyebutkan bahwa omset Karavan Mekah di masa awal Rasulullah Saw mencapai 250 ribu dinar per tahun.

Praktis semua warga Mekah ketika itu terlibat dalam pembiayaan karavan. Karavan milik Utsman bin Affan sendiri saja, ketika tiba dari Syam pada suatu kali, berjumlah 1000 ekor unta. Satu Karavan, adakalanya berangkat dengan 2000 ekor unta, dengan muatan senilai 50 ribu dinar.


4. PAGUYUBAN ISLAM
Paguyuban merupakan oganisasi dari para produsen atau pekerja ahli. Kita mulai dengan pekerjaan yang sudah terbukti ada dan kita ubah hubungan antara pegawai dan majikan. Dalam paguyuban majikan dalam perdagangan menerima beberapa orang untuk magang sehingga bisa membantu sekaligus belajar.

Hubungan ini lebih daripada sekedar gaji, pemagang diajari untuk menjadi seorang majikan. Ketika saatnya tiba, sang majikan memberikan reputasinya, ijin untuk menggunakan peralatannya, pelanggannya, pengetahuannya, ruang kerjanya kepada pemagang atau sekelompok pemagang untuk mulai mandiri. Jadi kita menghasilkan usaha baru tanpa si pemagang harus pergi dan meminjam untuk membeli peralatan, ruang kerja, menarik pelanggan, promosi supaya dikenal, dll.

Dengan sistem seperti ini bisa dengan cepat menggandakan usahanya. Paguyuban mendorong orang yang bekerja memberikan pemecahan kepada orang yang tidak bekerja dan melepaskan kebutuhan modal dari rentenir.


5. PERJANJIAN ISLAM
Dalam perdagangannya digunakan bentuk perjanjian yang sesuai syar’i sehingga melindungi keadilan dalam hak dan kewajiban masing-masing pihak. Kontrak atau perjanjian yang diberlakukan dalam sebuah karavan adalah kontrak kemitraan dagang qirad atau mudharabah. Syarat pertama qirad adalah ia hanya sah dilakukan dalam dinar atau dirham, bukan dalam bentuk lain.

Pembagian keuntungan tergantung kesepakatan dan kontrak qirad tidak mengenal batas waktu, sepenuhnya berdasarkan pada siklus perdagangan yang bersangkutan.

Perdagangan Islam meningkatkan masyarakat dengan meningkatkan kemampuan orang-orang kepada potensi ekonomi mereka yang tertinggi, menawarkan kemudahan yang sama pada setiap orang untuk memasuki jaringan bisnis dalam kondisi seimbang dan adil.

Sampai abad ke-15, Muslim sepenuhnya mendominasi perdagangan dunia. Sejak saat itulah orang-orang kafir mulai mengambil alih dengan muslihat riba. Sebagai umat Islam, mari kita tegakkan kembali lima pilar perdagangan Islam dan yang paling penting adalah mengembalikan barakah dan ridha Allah Swt

Ahad, 5 Jun 2011

awas penipuan celcom !!!



promoter licik celcom (gambar hiasan )




jenis simkad yang di beri kepada mangsa


luahan mangsa 1 *klik untuk besarkan*




luahan mangsa 2 *klik untuk besarkan*


luahan mangsa 3 *klik untuk besarkan*




satu penipuan yang licik itulah boleh dikatakan kepada sebuah syarikat komunikasi terkenal yang itu celcom,berikut (gambar) antara yang penah menjadi mangsa penipuan celcom,amat licik sekali penggunaakn promoter celcom sebagai kambing hitam untuk di elak didakwa


perkara ini harus di dedahkan kepada masyarakat supaya tidak lagi terperdaya dengan penipuan kapitalis celcom ini yang menggunakan promoternya untuk menipu mangsa supaya mangsa terpaksa membayar bil tanpa menyedari pemberian percuma oleh promoter celcom


promoter celcom ada di mana mana kawasan terutamanya bandaraya utama di seluruh malaysia di pekan pekan kecil pun ada ,mangsa utama adalah golongan muda antara umur 14-30 ,terutamanya orang yang mudah terperdaya dengan dengan pemberian percuma



caranya amat mudah promoter celcom ini akan menawar dan menyapa sesiapa sahaja yang boleh di jadikan mangsa mereka,pertama mereka akan menawarkan simkad percuma dengan perbagai pakej janji manis yang boleh menyebabkan mangsa terpedaya


cara pertama mereka umpama memaksa dan menyakinkan mangsa mengambil simkad itu dengan perbagai janji manis sehingga mangsa bersetuju mengambil simkad yang di katakan percuma itu selepas itu mangsa dikehendaki menandatangani satu surat sebagai penjanjian


lebih malang tanpa di sedari mangsa telah menandatangi surat penjanjian tersebut,sebagai tanda persetujuan untuk mengelak mereka dari di dakwa,penipuan yang di buat oleh promoter celcom terbabit mengatakan itu sebagai pendaftaran nama sebagai penggunakan untuk rujukan


ia ternyata satu penipuan yang licik dan mengelirukan mangsa,promoter celcom yang menipu ini akan meminta mykad (ic) mangsa untuk di photostat dan kemudiannya di suruh menulis satu borang yang meminta nama,alamat,no talefon rakaian lain dan nama ibu


seperti biasa promoter celcom yang juga kaki penipu ini akan mengatakan itu satu rujukan,aneh bukan ??? jika kita membeli simkad prabayar realod atau pun bil kita hanya perlu mendaftar nama dan no mykad(ic) sebagai pendaftaran utama sebagai pemilik tidak perlu photostat ic


lebih malang surat penjanjian terbabit di kaburi dari mata mangsa sehingga mangsa telah menandatangani surat terbabit ,dan no talefon asal mangsa juga di ambil kononya sebagai rujukan ,selepas itu promoter celcom ini akan mengatakan proses dalam seminggu


mereka juga menjanji pada mangsa akan menalefon untuk mengaktifkan simkad percuma terbabit,selepas seminggu apa yang di janjikan itu indah khabar dari rupa , pakej yang di janjikan tidak seperti mana yang di katakan dalam promosi



servis mangsa di rangkaian lain juga di matikan dan servis bertukar tangan kepada celcom tanpa di sedari mangsa,kejadian terbabit menyebabkan mangsa rugi apabila servis di rangkaian lain bertukar kepada celcom,selepas itu mahu atau tidak anda terpaksa membayar bil kepada celcom


bukan sahaja rugi malah anda terpaksa membayar juga caj bulanan dari celcom dengan pakej yang anda sendiri tidak setujui dan gunakan ,sebagai pengguna ia satu pencabulan hak sebagai pengguna tetapi malangnya celcom tidak boleh di dakwa kerana sehelai surat penjanjian


surat penjanjian terbabit telah di tandatangani tanpa di sedari mangsa di dalam penipuan yang agak licik ,bukan sahaja itu malah ada mangsa yang tidak langsung menggunakan simkad celcom percuma terbabit terpaksa membayar untuk elak dari di dakwa ke mahkamah


kebanyakan mangsa yang di temui berkata ,mereka di paksa menulis satu borang dan terus di beri simkad celcom axiata secara percuma tanpa memikirkan kesanya,kebanyakan mangsa menunjukan kekesalan mereka kerana menjadi mangsa penipuan licik ini


b99: perkara ini sepatutnya perlu di ambil tindakan segera oleh cfm skmm untuk mengelakan dari menjadi mangsa penipuan licik yang di jalankan celcom dan kuncu kuncunya,seharusnya perkara seumpama ini tiada kompromi kerana ia telah melanggar akta gak pengguna tinjauan b99 di sekitar kuala lumpur promoter celcom giat menjalankan aktiviti makan duit haram walaupun mangsa telah membuat aduan kepada kpdnkk,cfm,skmm





Khamis, 2 Jun 2011

bulan jun musim buang bayi merdeka










31 ogos 2010 telah pun berlalu kini awal bulan jun rakyat malaysia bakal dipersembahankan dengan peristiwa yang telah pun terjadi sebelum ini,yang itu kes perbuangan bayi yang di percayai hasil zina di antara pasangan yang telah memacu asmara pada malam 31 ogos yang lalu


buktinya penghujung bulan mei dan awal bulan ini kita telah di gemparkan dengan penemuan bayi malang di sungai gombak dan juga bayi baru lahir di campak dari tingkat lima,kedua duanya terjadi di kuala lumpur,tindakan ini sungguh keji dan tidak perikemanusian


bayi yang tidak berdosa ini akan terus menjadi mangsa kerakusan manusia yang bersifat kebinatangan selagi aktiviti seks bebas terutamanya di malam ambang merdeka dan tahun baru tidak di banteras habis habisan oleh jabatan agama islam di malaysia


amat memalukan malaysia yang di katakan negara islam ,saban hari di hidangkan dengan kes pembuangan bayi yang tidak berdosa,lebih memeranjatkan lagi perkara ini umpama tidak di kawal oleh kerajaan memerintah walaupun mempunyai undang undang


ternyata undang undang sivil dan akta ini tidak langsung menakutkan bagi si pelaku ,malah setiap bulan dan tahun kes pembuangan bayi terus di galakan lagi malah status pembuangan bayi terus meningkat dari tahun ke tahun,malah tidak pelik hari ini esok dan lusa terjadi lagi


hasil kajian b99 bulan jun adalah musim pembuangan bayi yang baru menetas selepas musim mengawan manusia bersifat binatang pada penghujung bulan ogos persamaan 31 ogos-1 september ini bermaksud penghujung bulan mei dan awal bulan jun akan berlaku kes serupa


kiraan purata mengenai pembuangan bayi merdeka dalam angka 9 bulan bermula projek runway bayi merdeka (31 ogos-1 september ) 9-10-11-12-1-2-3-4-5-6 (1-31 jun )



b99:tak percaya ??? tunggu episod pembuangan bayi merdeka dalam bulan jun tak hari ini esok atau pun lusa