Jumaat, 23 Julai 2010

apabila farouk hussain bersuara !!!



heboh di akbar pro pengampu mengecam tindakan artis komedi farouk hussain yang di katakan menentang kerajaan dalam isu kenaikan harga minyak di laman web sosial nya,boleh dikatakan apa yang di katakan oleh farouk hussain mewakili suara rakyat malaysia yang mengecam kenaikan harga minyak yang pasti memberi kesan kepada barang keperluan lain


dengan nada sebagai suara rakyat farouk hussain bersuara mengenai keadaan semasa yang membebankan rakyat dengan kenaikan harga minyak,keberanian bersuara beliau harus di puji kerana beliau tidak peduli atau pun kisah jika beliau di gam oleh kerajaan di television,apa yang dikatakan itu tepat sebagai rakyat biasa yang membantah dengan kenaikan harga minyak



facebook farouk hussain yang sebelum ini bersahabat di dalam 5000 orang telah pun penuh untuk di tambah sebagai rakan semenjak suara rakyat beliau berkumandang di laman cyber dan di putar belit oleh media pro ampu,taniah juga kepada farouk hussain kerana beliau juga sedar kesilapan yang di lakukan oleh kerajaan walaupun beliau sendiri ahli umno seumur hidup



antara kenyataan farouk hussain yang menimbulkan kontroversi oleh media pegampu

"Haah...!!!! Harga minyak naik lagi ...??? Confirm harga barang2 lain naik juga... Habis, gaji pekerja tak naik ke...??? Takkan itu pun Pemimpin Negara tak tau kot...??? Atau buat2 tak tau.....??? Gaji Menteri Naik ke turun...???"
"nak keluar pegi taruh minyak... letih...letih... lpas ni sure ramai orang naik minyak punya... hehehe... gudnite kawan2 semua... and take care ya...

" Hati masih panas dgn kenaikan harga minyak... Lpas ni semua harga akan melambung naik...Yang susah akan merana... Kes samun & jenayah akan bertambah... Banyak buruk dari baik akan muncul... Tapi Pemimpin negara tak peduli...Mereka dah cukup kaya-raya... Rakyat disuruh ubah cara hidup tapi Pak Menteri semua terus hidup ...mewah... Ini kah sikap pemimpin Melayu yg ada kini...???"

"Kenapa Pemimpin Negara tak mahu ubah cara hidup...??? Masih pakai kereta besar, rumah besar, Selera & Nafsu besar... Dapat projek besar2... Inikah yang dikatakan KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN...??? Apa punya pemimpin yang ada sekarang ni...???"

"Kenaikkan harga minyak dan gula ni harus dijadikan titik permulaan utk rakyat beri pandangan serius terhadap Pemimpin2 Negara... Kalau dibiarkan, hidup orang2 Melayu khususnya, akan merana... Since RAKYAT yg bagi UNDI, RAKYAT juga boleh ubah & tukar Pemimpin... Bukan kita memberontak dan membangkang tetapi kita mahu Pe...mimpin yang BENAR2 tahu MEMIMPIN...Dan mempunyai maruah diri & Berjiwa RAKYAT.."

"Nampaknya ada yang kurang senang dengan statement saya tentang kenaikan harga minyak & gula... Tetapi ramai yang setuju dgn pendapat saya...cuma 1-2 shj yang tak mahu menerima realiti keadaan sekarang dan beranggapan saya ni sebagai anti-kerajaan... Saya ahli UMNO seumur hidup yang sah... takkan tak boleh nak bersuara ...tentang kebenaran...??? Kan Malaysia ni Negara Demokrasi... atau dah jadi Negara Komunis ka...???"

"entah lah apa nak jadi lagi lepas ni... keadaan macam dah tak tentu arah... keputusan yg dibuat banyak mencetuskan perbalahan & pandangan negatif berbanding positif... Apa akan jadi kpd rakyat yg berpendapatan rendah...? Bagaimana masa depan mereka...? Apakah kesannya kepada golongan miskin...? Sedih & kasihan memikirkannya...

"hmmm...sejak harga minyak, gula & lain2 naik ni, banyak nak kena fikir... Kepercayaan & keyakinan kepada Pemimpin bertambah kurang... Rakyat kena fikir cara terbaik untuk ubah kehidupan... Seeing is believing... Don't listen and believe... Then kita tahu keadaan yg sebenarnya... Most times, misleading info are being to...ld to the people... So, please wake up...

"nak pegi tenang fikiran kat Pulau kejap... Letih memikirkan keadaan sekarang... Nak cari ilham & formula untuk mengubah kehidupan & keadaan yg sedia ada...Maybe hidup kat pulau lagi bagus...

"Tak jadi pegi Pulau... coz kat sana pun harga sewa bilik dah naik... semua dah mahal ni... Apa dah jadi...??? Apa dah jadi...??? Hilang gigi tinggal gusi..."

"Cara pakaian pun kena tukar jugak coz tak lama lagi harga pakaian & kain2 semua akan naik... Memandangkan ada yg suruh kita ubah cara kehidupan, cara berpakai pun kena ubah juga... Semua akan naik harga dan bertambah mahal... So, ini cadangan fesyen terbaru... Very economical... Tapi takkan kita saja yg kena pakai macm ni...? Yg kat atas tu tak nak ubah ke...?"


b99 mengharapkan ramai lagi golongan artis yang berani bersuara sebagai mewakili suara rakyat yang tidak di pedulikan dari dulu sehingga kini keluhan itu umpama menyiram air di daun keladi,apabila golongan di kenali bersuara baru sibuk nak ambik kira di lebel sebagai anti kerajaan,membantah apa yang tak betul di label anti kerajaan!!! inilah sistem konsep zionis

2 ulasan:

  1. tq b99 kerana menyiarkan komen sy... setidaknya b99 faham apa yg cuba sy luahkan sebagai rakyat Malaysia... Memang wajar kita bersuara demi membetulkan mana2 Pemimpin yg tidak melaksanakan tanggungjawab dgn baik...dan gagal menangani masalah yg dihadapi rakyat... Bukan sy bersuara untuk kepentingan diri sendiri tetapi sy bersuara untuk kepentingan semua masyarakat kerana Kerajaan sekarang berpegang pada slogan - RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN... Tq sekali lagi b99...

    Ikhlas
    Farouk Hussain
    019-335-8808

    BalasPadam
  2. sama sama saudara farouk hussain b99 juga akan folow perkembangan saudara setiap masa,yang penting kita bersuara ikhlas demi pembangunan negara yang tercinta salam perjuangan

    BalasPadam