Jumaat, 26 Mac 2010

aero bundle catat sejarah hitam




berikut antara tragedi yang sudah lama belaku melibatkan pesawat yang sama Pilatus PC-7 MK II , semua tragedi berlaku mempunyai masalah teknikal, persoalannya bukankah tentera telah di siapkan mekanik sebelum pesawat berlepas, adakah tradisi bundle aero yang di amalkan menyebabkan tentera kita terkorban sebelum ke medan perang


sejuta persoalan selamatkah malaysia dari sudut pertahanan !!! sejarah menunjukan tentera kita terkorban sebelum ke medan perang,jika amalan tangkap muat dan pembelian aero bandle dalam pertahanan di terus kan, kita sebagai orang awam perlu sediakan tempat bawah tanah untuk berlindung atau tempat ke luar negara jika tidak berani menhadapi perang



antara rekod-rekod tragedi melibatkan pesawat pilatus milik tentera udara malaysia


25 mac 2010-pesawat dipandu Mejar Muhammed Zulrihan Jusof, 39, dikatakan mengalami masalah teknikal ketika membuat persembahan sebelum terjunam ke dalam kawasan hutan simpan berhampiran kolej kediaman pelajar MISC/TM.

# 11 September 2009 - Mejar Zulkifli Hassan, 38, dan Mejar Mohd Roszaini Mustafa, 37, terbunuh apabila pesawat terhempas di Langkawi.

# 16 Disember 2004 - Nahas pesawat latihan Pilatus PC-7 mengorbankan Leftenan Amnart Summok, 23, dan jurulatihnya, Mejar Alias Bakar, 36, di Kampung Titi Besi, Kepala Batas.

# 27 Mei 2004 - Leftenan Mualimin Jasid, 23, terbunuh apabila pesawat Pilatus PC-7 terhempas di Kampung Padang Gelanggang, dekat Jerlun, Kedah.

# 12 Ogos 2003 - Pelatih penerbangan KTU, Leftenan Mai Elmy Sefrina Jalaluddin, 22, terkorban selepas pesawat Pilatus terhempas di Jalan Bukit Kayu Hitam-Changlun, Kedah.

# 12 April 2001 - Seorang juruterbang jurulatih TUDM terbunuh apabila Pilatus PC-7 TUDM terhempas di Kampung Kepala Parit Dalam, Tokai, Pendang.

# 12 Julai 1993 - Juruterbang pelatih TUDM, Leftenan Muda Mohamad Nazri Amran, 21, terbunuh apabila pesawat terhempas di sawah Kampung Chemumar, Tambun Tualang, Perlis.

# 31 Januari 1992 - Pesawat Pilatus PC-7 terhempas dalam Sungai Kemaman, Terengganu menyebabkan juruterbangnya terbunuh.

# 25 September 1990 - Leftenan Muda Faizal Muhammad terbunuh apabila pesawat merempuh asrama di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.

# September 1984 - Leftenan Muda S Thulasiram terbunuh selepas pesawat TUDM terhempas di Kampung Bukit rambai,pendang,kedah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan