Isnin, 11 Januari 2010

selangor juara sumbangsih kali ke 8


KUCUPAN PIALA SULONG MUSIM 2010! Pasukan Selangor memastikan Piala Sumbangsih kekal berada di bumi Darul Ehsan apabila dengan bergaya menundukkan pasukan N.Sembilan 2-1 di hadapan puluhan ribu penyokong Hoben Jang Hoben yang memenuhi segenap ceruk Stadium Paroi.

Perlawanan bermula dengan agak baik apabila kedua-dua pasukan saling bertukar-tukar serangan sesama mereka dengan situasi perlawanan yang agak pantas serta pergerakan-pergerakan yang agak laju. Selangor bagaimanapun berjaya mengawal rentak permainan dengan agak cemerlang pada 20 minit pertama perlawanan dengan menyaksikan asakan-asakan berterusan dilakukan ke kubu Negeri Sembilan.

Selangor yang kerap mendapat sepakan-sepakan sudut, walaubagaimanapun gagal untuk menyudahkan bola dengan baik untuk diterjemahkan kedalam bentuk jaringan mutlak, sekaligus menjadikan para penyokong Red Giant tidak senang duduk.

Serangan-serangan pantas juga dilakukan oleh jentera N.Sembilan namun berjaya dipatahkan dengan baik oleh benteng pertahanan Selangor.

Walaubagaimanapun, jaring Selangor akhirnya bocor pada minit ke-26 apabila tandukan Idris Karim menerjah ke penjuru kiri gawang Selangor sekaligus menukar keadaan kepada N.Sembilan mendahului Selangor 1-0.

Kedudukan ini kekal sehingga babak pertama tamat.

Sebaik sahaja babak kedua bermula, serangan-serangan pantas mula dihidangkan oleh jentera serangan N.Sembilan untuk mereka mendapat defisit gol yang lebih untuk menjadikan kedudukan mereka lebih selamat namun kegagahan benteng pertahanan Selangor melenyapkan impian mereka.

Sebagaimana pada babak pertama, Selangor kerap mendapat peluang melalui sepakan-sepakan sudut namun sekali lagi barisan penyerang gagal menyudahkannya dengan baik dan sempurna.

N.Sembilan hampir menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke 70 namun apabila jentera mereka melakukan satu sepakan deras ke arah gawang Selangor namun Hamsani nyata kebal apabila kerapkali menggagalkan cubaan-cubaan mereka dengan baik dan menarik!

Selangor akhirnya berjaya mengikat N.Sembilan 1-1 pada minit ke-76 apabila pemain gantian Selangor yang dibawa masuk, R.Surendran berjaya mengelecek 2 pemain pertahanan N.Sembilan dan melorongkan dengan baik kepada Safee Sali dan beliau tanpa melakukan kesilapan, mudah menolak masuk bola ke gawang N.Sembilan menjadikan kedudukan bertukar kepada 1-1.

Akibat gol tersebut, N.Sembilan mula melancarkan beberapa siri gerakan yang merbahaya ke kubu Selangor namun gagal membolosinya dengan sempurna.

Tidak sampai 10 minit hasil jaringan Safee Sali, Stadium Paroi sekali lagi sunyi dari sorakan Hoben Jang Hoben apabila satu pergerakan yang amat cantik hantaran satu-dua menyaksikan Safee membalas budi R.Surendran apabila kali ini Safee bijak melorongkan bola tepak ke kaki R.Surendran dan beliau dengan pantas menolak bola ke arah gawang N.Sembilan dan sekaligus menyaksikan kedudukan bertukar kepada Selangor mendahului N.Sembilan dengan 2-1!

Pada minit-minit terkahir perlawanan, serangan bertali arus dilakukan oleh jentera serangan N.Sembilan namun benteng pertahanan sekali lagi bijak mengawal keadaan dengan tenang dan akhirnya berjaya mengawal perlawanan dengan baik sekaligus mengekalkan keputusan Selangor memenagi perlawanan dengan menewaskan N.Sembilan 2-1 di Paroi!

Dengan kemenangan ini, bermakna Selangor berjaya menewaskan pihak lawan 2 tahun berturut-turut di halaman musuh apabila pada musim lalu, Kedah rebah 1-4 kepada Selangor dihadapan puluhan ribu penyokong Hijau-Kuning mereka di Stadium Darulaman dan pada musim 2010 ini, Selangor gah apabila berjaya membuatkan para penyokong Hoben Jang Hoben senyap di Stadium Paroi dengan kemenangan 2-1!

Tahniah juga kepada Kapten pasukan, Amri Yahyah kerana berjaya menggondol Anugerah Pemain Terbaik Perlawanan.

Syabas buat Selangor Darul Ehsan! Piala Sumbangsih kekal lagi di bumi Darul Ehsan buat tahun ke-2 berturut-turut!
Kepada para penyokong Red Giant, ayuh penuhkan stadium berhampiran anda dengan turut sama memberikan sokongan yang tidak berbelah-bagi kepada pasukan Selangor Darul Ehsan!

alhamdulillah doa untuk melihat selangor langkah kanan di tempat lawan untuk mempertahanan mahkota sumbangsih termakbul jua taniah untuk selangor fc agar kejayaan demi kejayaan di rangkul pada tahun 2010 ini semoga pada tahun ini piala malaysia dapat di bawa balik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan