Selasa, 12 Januari 2010

jenayah meningkat apabila polis sibuk jaga menteri



indeks jenayah meningkat apabila polis sibuk menjaga menteri itulah terjadi di tanah air kita malaysia apabila indeks jenayah meningkat di sepuluh balai polis seperti mana yang di siarkan di media harus perdana 10 kawasan panas antaranya ialah Balai Polis Tun HS Lee dan Cheras di Kuala Lumpur, Johor Sentral dan Tampoi di Johor Bahru dan Balai Polis Klang di Selangor


yang mendedahkan perkara itu Menteri Dalam Negeri sendiri Hishammuddin Tun Hussein peningkatan kadar jenayah membabitkan jenayah jalanan seperti ragut dan samun, walaupun peningkatan kes ini dikata membimbangkan di manakah tindakan drastik untuk membendung aktiviti jenayah yang semakin meningkat di negara kita


Turut dikenal pasti 50 kawasan ‘panas’ jenayah di seluruh negara, ini bermakna hanya kawasan di kenal pasti belum di kira kawasan yang belum di kenal pasti walhal aktiviti jenayah berlaku di mana mana sahaja tindakan drastik bukan hanya di sesuatu tempat sahaja,peningkatan 100% jenayah di kuala lumpur pada tahun lepas belum lagi reda dengan kekurangan drastik jenayah, soal nya di manakah tindakan polis dalam membendung jenayah yang membimbangkan di atas


Ketika ditanya media, dalam kes jenayah yang meningkat di kawasan pudu raya Hishammuddin Tun Hussein bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung jumlah sebenar laporan diterima balai polis terbabit. adakah dalam hal peningkatan peratus indeks jenayah di kuala lumpur masih lagi ingin di rahsiakan oleh beliau, sepatut nya kesemua kawasan panas yang di kenal pasti di wawarkan kepada masyarakat agar semua boleh berhati-hati



jika dalam hal menjaga menteri pdrm nombor 1 jika dalam hal menjaga rakyat dari penjenayah di manakah tindakan drastik polis ??? polis sibuk menjaga menteri sedangkan keselamatan awam terabai bergitu saja, keberanian penjenayah yang semakin bertambah menunjukan sistem keselamatan awam di negara kita longgar, memang betul polis tidak boleh menjaga masyarakat awam 24 jam tetapi tugas yang di laksanakan biar berpada dengan sumpah seorang pendekar



di manakah sumpah setia mu di dalam membela masyarakat dari tangan penjenayah ??? harap lantik 1 badan awam untuk menjaga keselamatan orang ramai agar tindakan membateras jenayah itu nampak dengan mata kasar,memang betul kalau nak di harapkan polis sahaja mereka sibuk jaga menteri sampai bila perkara ini akan terjadi ??? peragut, penculik pembunuh masih belum di berkas untuk masuk ke perangkap keadilan sejagat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan