Selasa, 12 Januari 2010

cara mengenal skim penipuan




1.jaminan pulangan yang tinggi

untuk setiap pelaburan yang di buat anda menerima pulangan yang tinggi contohnya 20-30% sebulan bagi setiap bulan

berwaspada dengan sebarang pelaburan yang menjamin keuntungan tetap atau tinggi

berhati-hati terhadap syarikat yang menjanjikan keuntungan besar atau menunjukan prentasi cemerlang dalam tempoh masa yang pendek

anda mesti ingat bahawa setiap pelabuhan mempunyai risiko dan anda tentu selalu dengar bahawa kalau risikonya tinggi pulangan nya juga tinggi ambil langkah berjaga-jaga terutamanya jika pelabuhan itu kononya akan memberi pulangan tinggi


dengan risiko yang rendah atau tiada risiko langsung





2.anda pelu mencari piramid downline


anda tidak pernah di tunjukan produk yang kononya berkualiti yang perlu di jual sebaliknya di bayar mengikut bilangan orang yang dilatih untuk mendaftar diri

berhati-hati dengan pelan yang membayar anda dengan melatih orang lain dan bukanya untuk menjual produk atau perkhidmatan

perkataan yang menjadi kunci utama untuk mengingat anda supaya berhati-hati ialah downline atau piramid





3.peluang pelaburan untuk masa yang terhad shaja


anda diberitahu bahawa peluang pelaburan itu hanya untuk tempoh terhad dan anda mesti melabur sekarang

jangan sekali-kali bersetuju menyertai apa-apa peluang pelaburan dalam tempoh untuk menyertai skim ini terhad . contoh (melabur sekarang,jika tidak anda akan menyesal)


ingatlah,jika peniagaan itu sah,ia akan tetap wujud esok,minggu hadapan,bulan hadapan,tahun hadapan






4.untung besar tanpa risiko

anda di tawar satu produk pelaburan yang menjamin keuntungan besar tanpa sebarang risiko kewangan


pastikan anda peroleh rekod prentasi syarikat tersebut mintalah maklumat bertulis mengenai produk pelaburan dan peniagaan itu serta risiko yang terbabit dalam pelaburan itu,baca dengan terliti prospektus dan laporan tahunan syarikat sebelum melabur






5.tuntutan hadiah lumayan

anda diminta memasukan wang dalam dalammata wang asing ke dalam bank luar negara untuk mendapat suatu hadiah tetapi anda tidak ingat pun pernah masuk sebarang pertandingan atau cabutan bertuah


memang mustahil anda untuk anda memenangi sebarang hadiah atau wang yang banyak jika anda tidak masuk sebarang pertandingan atau peraduan

jika anda menerima panggilan yang mengatakan bahawa anda telah memenangi satu hadiah lumayan tetapi perlu mengirim sejumlah wang ke sebuah negara asing untuk menuntut hadiah tersebut.letakan telefon jangan buang masa dan tenaga untuk melayan panggilan sebegini






6.panggilan telefon yang tidak di undang


anda menerima panggilan telefon menawarkan peluang-peluang pelaburan dan anda sendiri tidak tahu bagaimana syarikat itu mendapat nombor telefon anda


anda perlu bersikap ragu-ragu mengenai sebarang panggilan telefon yang tidak di jangka mengenai pelaburan daripada jurujual atau syarikat jurujual atau syarikat luar persisir yang anda tidak kenali

jika pemanggil itu mengaku sebagai wakil peniaga syarikat broker saham atau penasihat pelaburan yang di lesenkan di luar negara, minta nama pihak kawal selia asing berkaitan yang melesenkan syarikat itu

layarilaman webnya untuk mendapatkan senarai mereka yang berdaftar atau di lesenkan,anda mesti sentiasa memeriksa bukti kelayakan individu yang di lesenkan dengan pihak berkuasa berkenaan sebelum menyerahkan wang anda







7.sukar menemui maklumat syarikat


alamat dan maklumat syarikat pelaburan yang menawarkan keuntungan besar itu terletak di sebuah negara asing yang anda tidak dapat pastikan di mana kedudukan sebenar,anda juga sukar mendapatkan sebarang maklumat mengenai lesen syarikat tersebut


elakkan dari pada memberi sebarang maklumat kewangan atau peribadi sebelum anda memastikan kesahihan syarikat itu jangan takut bertanyakan soalan malah,lebih banyak soalan yang anda tanyakan,lebih baik lagi minta penjelasan mengenai apa-apa perkara yang tidak benar-benar fahami

jika ragu-ragu,jangan melabur pastikan anda mendapat maklumat sepenuhnya mengenai syarikat jurujual/ejen atau pelaburan tersebut






8. syarikat dagangan asing


anda di datangi oleh seseorang yang mengaku sebagai ejen bagi syarikat dagangan asing (umpamanya yang beribu pejabat di macau,bahamas kepulauan british vigin) untuk berdagang dalam indeks asing (contohnya indeks hang seng ) komoditi (contohnya kopi) atau mata wang asing (contohnya as$ yen dsd euro) tetapi anda perlu mendepositkan sejumlah wang dalam mata wang asing sebagai margin sebelum sesuatu urus niaga boleh di lakukan


setiasa periksa laman web pihak pengawal selia,contohnya lawan web suruhanjaya sekuriti malaysia (www.sc.com.my) untuk mendapatkan maklumat mengenai amaran untuk pelabur atau senarai syarikat-syarikat yang di lesen sebelum melabur


di harapkan selepas ini anda lebih berhati-hati dengan skim-skim di atas yang jelas banyak penipuan dengan kata-kata manis untuk mempegaruhi anda menyertainya dengan menggunakan wang modal anda sendiri,jelas sekali kebanyakan pihak yang membuat penipuan atas nama syarikat umpama tidak di ambik tindakan , di mana pihak berkuasa untuk mebanteras jejala ini??? b99 percaya ramai yang sudah menjadi mangsa penipuan di atas, walaupun yang menawar skim di atas kawan atau saudara mara kita, siasat terlebih dahulu latar belakang syarikat supaya anda tidak tertipu dengan manusia haram jadah ini, jika anda telah menyertai skim- skim di atas bertindak lah dengan segera adu kan pegaduan anda kepada pihak berkuasa agar ramai tidak menjadi mangsa penipuan keparat ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan