Khamis, 7 Januari 2010

Anwar Ibrahim akan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur


Dato' Seri Anwar Ibrahim akan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, 7hb Januari 2010, hari Khamis, jam 10 pagi untuk menghantar affidavit serta menandatangani wakalah berhubung tuntutan qazaf yang sengaja ditangguhkan itu.

Responden bagi tuntutan ini ialah:

1. SHAMSUDDIN BIN HUSSAIN, KETUA PENDAKWA SYARIE WILAYAH PERSEKUTUAN

2. DATO’ HJ CHE MAT BIN CHE ALI, PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

3. MEJAR JENERAL DATO’ HJ JAMIL KHIR BIN HJ BAHAROM (B) MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Antara tuntutan tersebut:

1. Bahawa Mahkamah yang Mulia ini melaksanakan kuasa-kuasanya di bawah Seksyen 244 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998 dan memerintahkan Responden Pertama supaya menggunakan kuasanya yang diberi di bawah Seksyen 58(2) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 bagi mendakwa Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan kerana kesalahan Qazaf di bawah Seksyen 41 Akta Jenayah Syariah 1997 dan/atau Hukum Syarak dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh Perintah Mahkamah

2. Bahawa Mahkamah yang Mulia ini melaksanakan kuasa-kuasanya di bawah Seksyen 244 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998 dan memerintahkan Responden Kedua dan Responden Ketiga supaya menunaikan amanah dan melaksanakan kewajipan mereka di bawah undang-undang dan Hukum Syarak.


sumber:PEJABAT DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan