Khamis, 17 Disember 2009

salam maal hijrah 1431


salam maal hijrah 1431 pada semua muslimin dan muslimat di bumi bertuah malaysia setiap tahun kita berjuang dalam perjalanan kehidupan di bumi allah .s.w.t agar sejarah baginda nabi muhammad s.w.t yang berhijrah dari makkah ke madinah menjadi tauladan bagi kita sebagai seorang di lahirkan sebagai insan muslim




Hijrah ke Habsyah

Dua belas laki-laki dan perempuan dua belas sahabat, kaum muslim yang awalnya bertemu di Mekkah, mencari perlindungan dari penganiayaan Quraisy dalam Kerajaan Habsyah pada bulan Rejab 7 SH (614 - 615M). Tindakan ini dikenal sebagai Hijrah Pertama ke Habsyah; Habsyah dalam perkara ini kerana kata Arab, al-Habasha, dari mana "Abyssinia" berasal. Mereka kembali semula ke Jazirah Arab setelah tiga bulan berhijrah kerana maklumat yang diperolehi bahawa penganiayaan ke atas umat Islam telah berhenti.


Hijrah ke Madinah

biasanya merujuk kepada sebuah perjalanan yang diambil oleh umat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622 Masihi dari Makkah ke Madinah. Tujuan penghijrahan ini adalah untuk meneruskan penyebaran Islam. Ancaman orang Arab Quraisy juga telah menjejaskan aktiviti penyebaran ajaran Islam. Hijrah merupakan satu strategi Nabi Muhammad s.a.w untuk mengembangkan Islam dengan aman. Hijrah membolehkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna diwujudkan. Perjalanan sejauh 320 km ini mengambil masa 8 hari.



Takwim Hijrah

Tarikh Hijrah juga menandakan permulaan tahun dan tarikh baru bagi umat Islam. Di dalam Takwim Hijrah, asas kalendarnya adalah berdasarkan pergerakan bulan mengelilingi bumi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan